Wednesday, October 02, 2013

Lauk Kenduri 'Ayam Masak Merah' Ragut Tiga Nyawa Tiada Unsur Khianat!


Kes keracunan makanan kenduri yang telah mengorbankan tiga nyawa, semalam dipercayai tidak mempunyai sebarang unsur khianat dikaitkan dengan insiden tersebut.

Keracunan makanan

Menerusi Ahli Parlimen Merbok, Prof Dr Ismail Daut berkata, “berdasarkan makluman mangsa dan tuan rumah sendiri, tiada unsur khianat wujud.

”Namun, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan”.

Menurut laporan sebuah akhbar, setakat ini seramai 114 mangsa lain mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Sekurang-kurangnya 180 tetamu rumah kenduri kahwin tersebut menerima rawatan di tiga hospital berdekatan setakat ini, termasuk 114 di HSAH.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan sejak awal pagi semalam.

Keracunan makanan
Keracunan makanan
Keracunan makanan
Keracunan makanan

“Buat masa ini, 78 daripada mereka telah dibenarkan pulang dari HSAH. Kebanyakan daripada mangsa terdiri daripada warga emas sementara kanak-kanak seramai 14 orang,” katanya.

Dalam pada itu, seramai sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dengan lapan daripadanya masih ditahan di wad.

Jurucakap Hospital Yan pula berkata, seramai 49 orang mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital tersebut dan kebanyakan mereka dilaporkan stabil.

Semalam, tiga dilaporkan maut ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini pada Sabtu lalu.

Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang hari manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan.

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di HSAH.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami keracunan berpunca lauk ayam masak merah yang dihidangkan di kenduri tersebut.



Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon