Saturday, December 01, 2012

Luar biasa! Manusia Paling Pantas Bertutur

Luar biasa! Manusia Paling Pantas Bertutur

Sekali pandang, tiada apa pun yang istimewa mengenai lelaki ini. Tetapi, jika anda berpeluang berbual dengannya, pasti anda akan terpinga-pinqaa. Ini kerana setiap perkataan yang diungkap melalui mulutnya terlalu pantas sehingga sukar untuk kita fahami.

Luar biasa! Manusia Paling Pantas Bertutur

Steve Woodmore, merupakan satu-satunya manusia paling pantas bertutur dan dianggarkan empat kali lebih cepat berbanding manusia biasa.

Kedengaran seperti sesuatu yang agak mustahil namun itulah kestimewaan yang dimiliki oleh seorang lelaki dari Orpington, England ini.

Selain itu, kebolehan yang dimiliki oleh Woodmore turut berjaya menempatkan dirinya di dalam Guiness World of Record, jadi, tidak hairanlah jika dia mendapat gelaran sebagai "World fastest talker'.

Dengan gelaran tersebut, dia berjaya mencipta rekodnya sendiri dengan kiraan pertuturan 637 patah perkataan seminit sekaligus mendahului rekod yang sebelum ini dilakukan oleh John Moschitta, Jr. dengan kiraan 586 perkataan seminit.

Menurut Woodmore, kebolehan bertutur dengan pantas mula disedari ketika dia berumur tujuh tahun. Detik manis yang tidak boleh dilupakan adalah ketika zaman persekolahannya.

Kata lelaki itu, dia sering didenda oleh gurunya kerana suka bercakap sewaktu berada dl dalam kelas. Sebagai hukuman atas kesalahan tersebut, dia terpaksa membaca banyak bahan bacaan dan petikan-petikan ayat yang panjang.

Pernah satu ketika, ujar Woodmore, dia mendakwa berjaya membaca satu karangan panjang dalam tempoh dua minit.

Lantaran itu, guru yang selalu mendendanya terkejut kerana belum pernah ada orang lain yang mampu membaca karangan berkenaan sepantas itu.

Kalau ada pun, rekod masa yang berjaya dilakukan sebelum ini adalah selama lapan minit.

Disebabkan kelebihan yang dimilikinya, lelaki ini sering kali dipanggil untuk membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton dan juga rakaman televisyen.

Antara persembahan tersebut adalah di BB'c 1Xtra Breakfast Show with Twin B, rancangan bual bicara Motor mouth dalam saluran British ITV television, dan banyak lagi rancangan tempatan dan juga luar negara.


Pada bulan Jun 2011 manusia terpantas bertutur ini pernah dijemput sebagai tetamu khas dalam satu acara berprestij di Dublin, Ireland.

Acara itu dianjurkan sempena perasmian pakej talian telefon yang dinamakan sebagai 50/50 phone oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi tempatan.

Selain acara perasmian itu, semua orang awam yang menghadiri majlis tersebut turut ditawarkan untuk menyertai satu pertandingan khas.

Mereka dicabar bertutur sepantas mungkin bersama Woodmore sekali gus memecahkan rekod yang dilakukannya sebelum ini.

Bagaimanapun, pertandingan itu yang disiarkan secara langsung gagal memecahkan rekod lama. Kesemua mereka yang bertanding gagal menewaskan Woodmore.

-Sentiasapanas.com

Fenomena Misteri Serangan Hujan Cacing

Fenomena Misteri Serangan Hujan Cacing

Pada tahun 2007, dua orang pegawai polis dari Jennings, Florida Amerika Syarikat telah berhadapan dengan satu situasi mencemaskan.

Hujan-Cacing

Pada hari kejadian, kedua-dua pegawai tersebut iaitu Eleanor Beal dan Martha Amie dikejutkan dengan satu fenomena hujan cacing sewaktu melakukan rondaan disebatang jalan.

Menurut saksi pertama, Beal, gara-gara kemunculan hujan aneh itu, dia terpaksa menghentikan kenderaan yang dipandunya secara mengejut sekaligus menimbulkan rasa panik seketika.

Ingin melihat apa sebenarnya yang berlaku, dia dan rakannya bertindak keluar daripada kenderaan yang mereka naiki.

Sebaik keluar, dua orang pegawai polis berkenaan cuba mendongak ke atas. Didapati, terdapat beribu-ribu ekor cacing sedang jatuh dari langit. Begitu juga di kawasan sekitar, turut dipenuhi dengan hidupan tersebut.

Menurut saksi kedua, Amie, semua cacing berkenaan menunjukkan reaksi seperti terkejut tetapi kembali normal selepas beberapa ketika. Ada juga yang telah mati, malah sesetengahnya masih bergumpal antara satu sama lain.

Persoalannya, bagaimana fenomena aneh ini boleh terjadi?

Mengikut laporan sebuah portal berita online WAFB, sehingga hari ini, misteri kejadian hujan tersebut masih belum terungkai sepenuhnya kerana tiada kajian lanjut dilakukan oleh penyelidik-penyelidik tempatan mahupun antarabangsa.

Ekoran dari itu, sesetengah penduduk tempatan mengemukakan beberapa tanggapan mengenai kewujudan fenomena tersebut.

Kebanyakan daripada mereka mendakwa kemunculan hujan pelik itu mempunyai kaitan dengan sebuah lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.

Lokasi yang dimaksudkan adalah Lacassine Bayou yang mana dilaporkan beribu-ribu ekor cacing turut dijumpai.

-Sentiasapanas.com

Gambar Nora Danish Ada Tatu Di Kaki

Gambar Nora Danish Ada Tatu Di Kaki

Menggemparkan! Seorang pengadu email menghantar dua keping gambar kepada kami beresolusi besar menunjukkan seperti Nora Danish mempunyai tatoo di kaki!


Kami hampir tidak nampak tatoo tersebut kerana kegebuan betis Nora Danish! Gambar penuh after the jump.


-Mediamalaya.com
Benarkah Wujudnya Kota Hantu di Angkasa?

Benarkah Wujudnya Kota Hantu di Angkasa?

Sebanyak 12 galaksi gelap mirip kota hantu dalam kosmos berjaya ditemui buat pertama kalinya. Kewujudannya telah lama diramalkan dalam teori pembentukan galaksi namun baru sekarang kelibatnya dapat dikesan walaupun kewujudan galaksi itu masih sukar difahami.

Dark Matter NASA

Galaksi-galaksi gelap itu diperhatikan lebih kecil daripada galaksi yang kita lihat pada masa sekarang ini.

Kandungannya dikatakan kaya dengan kandungan gas daripada alam semesta awal iaitu dianggarkan satu billion tahun lebih banyak daripada matahari.

Digelar sebagai galaksi gelap atau kota hantu kerana saintis mendapati hampir tidak ada bintang disana.

Ketiadaan cahaya bintang yang menerangi membuatkan kedudukan galaksi ini sangat sukar dikesan dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Tapi, bagaimana saintis boleh menemui galaksi gelap itu dengan kedudukannya yang sangat jauh pada jarak 11 billion tahun cahaya?

Menurut salah seorang ahli astronomi yang menemui objek misteri itu, Simon Lilly, imej samar-samar galaksi gelap berjaya dikesan dengan berpandukan cahaya dari Quasar.

Quasar (quasi stellar radio source) merupakan objek yang sangat terang, kuat dan paling bertenaga dalam kosmos. Bersinar dengan kuasa 100000000000000 atau 1x10 matahari.

Kemampuan luarbiasa Quasar memancarkan cahaya didorong oleh lubang hitam yang berada di dalamnya.

Lubang hitam ini berperanan sebagai pembangkit tenaga dan cahaya terang. Hanya dengan cahaya itu, ia mampu menyinari kejiranan galaksi pada radius sepuluh juta tahun cahaya.

Rakaman menggunakan Teleskop Sangat Besar (VLF) yang beroperasi di Chile mendapati cahaya ultra violet dari Quasar telah menerangi kawasan sekitarnya, termasuk galaksi gelap.

Pantulan cahaya dari Quasar turut menyebabkan galaksi-galaksi gelap bercahaya. Proses bagaimana galaksi gelap kelihatan menyala dikatakan adalah sama seperti mana ketika pakaian putih diterangi lampu ultraungu.

Melihat keadaan itu, para penyelidik kemudian memetakan langit terang sekitar Quasar yang dikenali sebagai HE0109-3518 menggunakan teleskop FORS2. Quasar dilabeikan dengan bulatan merah berhampiran pusat imej.

Sementara imej samar-samar daripada 12 galaksi gelap ditandakan dengan bulatan biru. Pelabelan ini dilakukan bagi membantu ahli astronomi untuk memahami peringkat awal pembentukan galaksi.

Meskipun objek gelap mirip kota hantu yang baru ditemui itu masih sukar difahami, saintis percaya ada cerita di sebalik kewujudannya.

Galaksi-galaksi tersebut kemungkinan merupakan galaksi primitif yang wujud di awal pembentukan alam semesta.

Semasa pembentukan awal alam semesta, ia dipercayai telah hilang dalam proses evolusi galaksi dan akhirnya tinggal menjadi blok binaan atau bahan dalam pembentukan galaksi bintang-bintang besar yang ada pada hari ini seperti galaksi Bima Sakti.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Tips Untuk Membezakan Wanita Korea atau Jepun

Tips Untuk Membezakan Wanita Korea atau Jepun

Memang sukar nak membuat pilihan antara kedua-duanya, sebab kalau kecantikan yang dijadikan ukuran; kedua-duanya cantik dan sedap mata memandang.

Ramai yang mengidamkan untuk memiliki kekasih ibarat Masami Nagasawa, Toda Erika, Kyoko Fukada, Maki Horikita, Ayase Haruka, Goo Hye Sun, Go Younha, Choi Ji Woo, Kim Hye Sun, Song Hye Gyo dan ramai lagi.

Namun, kadang-kadang kita menjadi keliru apabila memandang wajah gadis-gadis dari kedua negara ini. Jadi macamana nak membezakan samada mereka adalah gadis dari Korea atau Jepun?

Wanita Jepun


Wanita Jepun secara umumnya memiliki keperibadian yang sopan-santun, lemah-lembut, menarik dan lebih menghormati pandangan orang lain.

Bagi mereka perkataan ‘Tidak’ sangat janggal ketika menolak sesuatu pelawaan, mereka hanya mengeluarkan bunyian dengan “eemmm…

Dari pengertian orang-orang lama, itu merupakan tanda penolakan yang cukup sopan dan kita semua harus mengerti maksud mereka.

Mereka juga sangat mudah bersifat ramah dengan sesiapa pun hatta mereka tidak mengenali anda sebelumnya.

Dari segi kecantikan, biasanya wanita Jepun disebut cantik jika memiliki kulit putih bersih serta sihat, tidak ada tanda hitam di wajah, dan berambut lurus. Mereka juga sangat berdisiplin dari aspek menjaga wajah agar tetap cantik.

Dari segi perhubungan, mereka tidak terlalu memilih-milih pasangan seperti kebanyakan wanita Korea. Majoriti yang sudah berkahwin lebih cenderung memfokuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Wanita Korea


Wanita Korea secara umumnya cerdas, kelakar, dan berdikari tetapi hasil dari tinjauan Yahoo Answer dan forum-forum, ramai yang berpendapat mereka ini galak, kasar, memilih teman malah mereka juga tidak mudah rapat dengan orang lain kecuali dengan orang-orang Korea sendiri. Mereka lebih 'Racist' terhadap orang-orang luar.

Dari hasil kajian, didapati 29% masyarakat Korea Selatan membenci Jepun (anti-Japanese sentiment) atas alasan yang tidak diketahui.

Wanita Korea juga terlalu berlebih-lebihan dalam mempamerkan kecantikan dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kekal cantik.

Maka, tidak hairanlah ramai artis mereka yang melakukan pembedahan plastik (plastic surgery). Mereka juga lebih materialistik.

Biasanya wanita korea ketika makan mereka akan makan dengan mulut terbuka dan mengeluarkan suara. Bagi wanita Jepun, perlakuan sebegini sangat tidak sopan dan kasar.

BACA INI JUGA: Gambar Anak Perempuan Ketua Yakuza Jepun

Fenomena Hujan Aneh Di Seluruh Dunia

Fenomena Hujan Aneh Di Seluruh Dunia

Pada 1881, ribut petir di Worcester, England telah rnembawa turun bertan-tan ketam!

Fenomena Hujan Aneh Di Seluruh Dunia

Pada 1877, beberapa ekor buaya jatuh dari langit di kawasan ladang rnilik J.L Smith's di Selatan Carolina. Buaya tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, malah merangkak menuju ke sungai berhampiran.

Jika rnengikut rekod, Singapura juga pernah mengalami hujan ikan pada 22 Januari 1861. Tetapi kejadian tersebut berlaku di kawasan yang agak hampir dengan kawasan pantai dan disusuli dengan kejadian gempa bumi.

Jadi ada percanggahan pendapat yang mengatakan bahawa peristiwa itu bukanlah hujan ikan, sebaliknya ia adalah amaran daripada haiwan seperti yang berlaku ketika tsunami tahun 2004.

Satu peristiwa yang sangat mengejutkan telah berlaku apabila hampir 1,000 keping wang syiling telah jatuh diwilayah Meschera. Russia 1940. Tapi sayang, wang tersebut adalah syiling yang digunakan pada abad ke-16.

Pada 2 haribulan Ogos 1991, Oakville, Washingston seramai 445 orang penduduk telah dihujani dengan hujan yang meninggalkan gel misteri berwarna hijau di halarnan rumah rnereka.

Penduduk di Kerala, India, gempar apabila menyangka mereka akan dihujani dengan meteor tetapi ia sebenarnya adalah air yang dipenuhi dengan spora rnerah (biji benih tumbuhan.tak berbunga seperti cendawan, paku-pakis dan sebagainya). Kejadian tersebut berlaku pada Julai 2001.

Di Conventry West Midlands pada 16 Disernber 2011, sekitar pukul 6:45 petang bukan berupa titisan air seperti kelaziman.tetapi pada hari kejadian penduduk dikejutkan dengan fenomena hujan tumbuhan berupa buah epal.

-Sentiasapanas.com

Ngilu! Lelaki Melekat Di Lantai Terpaku Tangan Sendiri

Ngilu! Lelaki Melekat Di Lantai Terpaku Tangan Sendiri

INFO Ngeri. Seorang lelaki ‘terpaku’ di lantai rumahnya selama empat jam apabila sebatang paku sepanjang 12.7 sentimeter menembusi tangannya secara tidak sengaja.

Ngilu! Lelaki Melekat Di Lantai Terpaku Tangan Sendiri

Alan Williams, 46, sedang membaiki sesuatu di rumahnya apabila dia terjatuh dari tangga dan pemicu alat pemaku automatik di tangannya terpelantik secara tiba-tiba dan memaku tangannya dilantai.

Nasib Williams menjadi semakin malang apabila ketika itu dia bersendirian di rumah dan tidak mampu bergerak untuk mendapatkan bantuan.

Keadaan Williams hanya berubah apabila pasangannya, Suzanne Amos, seorang jururawat, pulang kira-kira jam 11 malam dan mendapati dia menggigil dan dalam keadaan terkejut.

Suzanne kemudian menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.

Williams bernasib baik kerana paku itu menembusi tangan kirinya tanpa mencederakan sebarang otot atau saluran darah penting.

Sekumpulan anggota bomba kemudian terpaksa menanggalkan kepingan kayu di lantai rumah Williams untuk membolehkan dia dibawa ke hospital di Newcastle-under-Lyme, Staffordshire.

Di situ, doktor segera mencabut paku berkenaan dan merawat kecederaan pada tangan Williams.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Menukul Paku Guna Kepala!

-SENTIASAPANAS.COM

Dua Lelaki Rompak Pelajar Malaysia Di UK Bebas

Dua Lelaki Rompak Pelajar Malaysia Di UK Bebas

Dua lelaki yang dipenjarakan kerana merompak pelajar perakaunan Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 21, dalam rusuhan di London pada tahun lepas, dibebaskan selepas rayuan terhadap hukuman tersebut diterima oleh mahkamah di sini.


John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London, dan Reece Donovan, 25, dari Romford, Essex dibebaskan selepas perbicaraan rayuan mereka dijalankan secara tertutup oleh Mahkamah Wood Green Crown.

Kafunda sebelum ini dikenakan penjara selama empat tahun dan tiga bulan manakala Donovan dikenakan penjara selama lima tahun kerana merompak dan berkelakuan ganas.

-Agensi

Gempar! Bumi Kena Lelong Di YahooAuction!

Gempar! Bumi Kena Lelong Di YahooAuction!

Di era yang canggih ini, ramai orang yang memanfaatkan internet untuk melakukan transaksi. Salah satu transaksi yang setiap hari dilakukan adalah transaksi jual beli.

Earth for auction

Sebut saja eBay dan YahooAuction, kedua laman ini setiap hari dijadikan media untuk menjual dan membeli. eBay dan Yahoo Auction adalah pasar tempat melelong atau menjual apapun di dunia maya.

Oleh kerana para penjual bebas menjual apapun yang dimilikinya maka tak hairanlah kedua laman tersebut di penuhi dengan benda-benda aneh dan tak masuk akal.

Jika sebelumnya ada kaki perajurit perang AS, Kotoran burung yang menyerupai wajah Michael Jackson yang di jual, kini yang tak kalah aneh atau lebih tepatnya sangat aneh adalah planet kita, bumi di jual di Yahoo Auctions.

Seorang lelaki dari Jepun mendedahkan bahawa dia telah di berikan bumi oleh Tuhan melalui mimpinya.

Selama ini dia memutuskan untuk tidak menjual bumi kerana dia masih memiliki cukup wang. Namun kerana terhimpit masalah ekonomi, kini dia memutuskan untuk menjual bumi kita ini. Harga yang di tawarkan hanya $ 0.86 USD.

Earth for auction [2]

Tapi kerana semakin banyaknya bidaan, kini harga bumi naik menjadi $123.000.000. Kedengaran sangat mustahil, kerana seperti yang kita ketahui, bumi adalah milik bersama.

Namun masih ramai orang yang melakukan bidaan.

BACA INI JUGA: Nu Couche, Lukisan Berusia 60 Tahun Wanita 'Tanpa Pakaian' Berharga RM745 Juta!

Sumber: Miraakim.blogspot.com

Gambar-gambar Penipuan Yang Menjadi Fenomena

Gambar-gambar Penipuan Yang Menjadi Fenomena

Pada tahun 1917 dua anak perempuan kembali dari bermain di taman mereka dengan kamera dan bukti gambar pari-pari sebenar. Namun pada tahun 1970an, ternyata pari-pari Cottingley itu palsu. Salah seorang saksi bernama Elsie Wright mengaku gambar pari-pari mereka sebenarnya guntingan dari kertas.


Gambar ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada tahun 1994 ternyata photo tersebut rekaan. Gambar ini sebenarnya sebuah kapal selam mainan yang dilengkapi dengan kepala ular laut.


Ray Santilli Pada tahun 1995 mengatakan memiliki gambar Alien UFO yang sedang di bedah pada tahun 1947, namun pada tahun 2006 dia mengakui bahawa gambar yang ada tidak sepenuhnya benar. Gambar tersebut hanyalah sebuah patung tiruan dari sebuah kejadian.


Pada tanggal 1 April 2008 yang bertepatan dengan April Fool, BBC melaporkan rakaman penguin terbang dari Antartika ke Brazil. Rakaman ini merupakan rangkaian April Fool yang sengaja di siarkan oleh BBC namun mendapat reaksi yang serius dari pelbagai pihak.


Hoax ini muncul melalui email pada tahun 2001 yang memperlihatkan sebuah helicopter diserang oleh seekor jerung ganas. Photo ini kononnya telah dipilih oleh National Geographic’s sebagai Photo of the Year.


BACA INI JUGA: Detik Seram Terselfie Dengan Makhluk Berambut Panjang!