Nov 12, 2015

Nu Couche, Lukisan Berusia 60 Tahun Wanita 'Tanpa Pakaian' Berharga RM745 Juta!

Salah sebuah lukisan terkenal karya seniman Itali, Amedeo Modigliani akhirnya berjaya dijual dalam acara lelongan di sini pada Isnin lalu (9/11/2015) dengan harga mencecah AS$170.4 juta (kira-kira RM745.5 juta).

Nu couche

Ini merupakan rekod untuk harga kedua paling tinggi bagi satu hasil karya seni yang dijual menerusi sebuah acara pelelongan, menurut laporan stesen penyiaran antarabangsa, British Broadcasting Corporation (BBC).

‘Nu couche‘ atau bermaksud telanjang sambil berbaring dilaporkan telah dijual di pusat lelongan ternama, Christie’s New York dan dibeli oleh seorang pengumpul lukisan nadir tidak didedahkan identitinya dari China.

Lukisan ini belum pernah dijual kepada sesiapa dalam mana-mana acara lelongan secara terbuka sebelumnya kerana dianggap merupakan sebahagian daripada koleksi peribadi seorang individu selama 60 tahun.

Untuk rekod, harga karya seni paling mahal pernah dicatatkan menerusi acara sedemikian ialah ‘Les femmes d’Alger‘ oleh pelukis terkenal Pablo Picasso bernilai AS$179 juta (kira-kira RM783.2 juta) pada Mei lalu.

Bagaimanapun ‘Nu couche‘ pada mulanya dijangka oleh pihak Christie’s New York hanya dapat dijual dengan harga paling tinggi pun ialah setakat AS$100 juta (RM437.5 juta) sebelum acara lelongan tersebut berlangsung.

Nu couche [2]

Harga ini sebenarnya juga rekod bagi Modigliani sendiri. Lukisan itu dihasilkan pada 1917 dan pernah ditayangkan buat kali pertama di Paris, Perancis pada tahun tersebut bersama-sama dengan enam lukisan bogel yang lain.

Sekitar enam orang dilaporkan bersaing sengit untuk mendapatkan karya unik tersebut dalam penjualan ini dengan bidaan pembukaan AS$75 juta (RM328) berbanding tawaran asal hanya AS$70 juta (RM306 juta).

Terdapat lagi 33 karya seni lain yang turut dilelong pada hari berkenaan dengan nilai keseluruhan penjualan dicatatkan ialah AS$494 juta (kira-kira RM2.2 bilion). –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: Onement VI, Lukisan Paling Mengarut Berharga USD44 Juta!

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Bernilai tinggi juga lukisan ini..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon