Saturday, December 01, 2012

Askar Yahudi Kutuk Barack Obama Di Facebook

Askar Yahudi Kutuk Barack Obama Di Facebook

Seorang pegawai atasan tentera Israel didakwa, mencetuskan isu perkauman selepas memuat naik gambar wajahnya yang dilumuri lumpur dan menggelarnya sebagai 'gaya Obama' ke laman sosial Facebook Tindakan Leftenan Sacha Dratwa, 29, itu dianggap menghina Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan menimbulkan kemarahan rakan Fecebook terutama dari AS.

Foto dimuat naik ke dalam akaun Facebook Dratwa.

Laman berkenaan menjadi bualan rakyat AS sekali gus memaksa Dratwa memohon maaf atas sikap keterlaluannya itu.

"Bermuka hitam adalah sangat perkauman dan mungkin ada yang terguris dengan gaya anda," komen seorang daripada rakan Facebooknya.

Sementara itu, sebahagian pengguna rangkaian sosial lain melabelkan tindakan Dratwa sebagai kesilapan kecil dan lebih bodoh daripada sifat perkauman.

Dratwa yang bertanggungjawab sebagai jurucakap dan pengemas kini akaun Twitter rejim, bertindak menyekat masuk akaun Facebook peribadinya dan memberi jawapan bahawa dia bukan individu bersifat perkauman.

"Tolong berhenti menyebarkan fitnah terhadap saya," kata warga Belgium itu.-Mail Online

Ngeri! Budak Tertusuk Pemutar Skru Di Hidung

Ngeri! Budak Tertusuk Pemutar Skru Di Hidung

Info Ngeri. Seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas sekumpulan doktor berupaya mencabut pemutar skru dari hidungnya di Tianshui, wilayah Gansu, China.

Jiali bertahan ketika menerima rawatan di hospital Xijing, China.

Akhbar tempatan melaporkan, Jiali Gang, 4, dipercayai tergelincir ketika bermain di rumah neneknya.

Menurut ibu mangsa, Jiali dikejarkan ke dua hospital, namun doktor enggan merawatnya kerana berisiko tinggi.

“Saya bergegas ke hospital Xijing untuk mendapatkan rawatan dan keadaan Jiali terlalu tenat ketika itu,“ katanya.

Sementara itu, pakar bedah Yu Qin berkata, dari imbasan x-ray, pemutar skru itu hanya terletak dua hingga tiga milimeter dari bahagian otaknya.

“Dia berisiko mengalami kerosakan sel jangka panjang. Kami berjaya melakukan pembedahan tanpa mengusik bahagian otaknya,” katanya.-Daily Mail

AS Bakal Tenggelam Bongkah Ais Gergasi Cair!

AS Bakal Tenggelam Bongkah Ais Gergasi Cair!

Bongkas ais di Lautan Artik yang didakwa berukuran lebih besar dari saiz Amerika Syarikat dilaporkan mencair pada tahun ini, menurut laporan agensi cuaca di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin.


Laporan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) itu dibentangkan semasa mesyuarat perubahan iklim PBB di ibu negara Qatar.

Setiusaha Agung WMO, Michel Jarraud berkata, ais di Lautan Artik semakin mencair berikutan perubahan cuaca yang melampau sepanjang tahun.

Perubahan iklim ini dijangka berterusan akibat pembebasan gas rumah hijau yang meningkat secara mendadak pada setiap tahun.-AP

Yahoo Bayar Ganti Rugi RM8 Billion!

Yahoo Bayar Ganti Rugi RM8 Billion!

Kumpulan Internet, Yahoo telah diperintah agar membayar AS$2.7 bilion (RM8 bilion) oleh mahkamah Mexico semalam berhubung dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan kerugian berkaitan dengan penyenaraian perkhidmatan 'yellow pages'.


Firma itu mahu merayu keputusan itu.

Yahoo berkata, pihaknya "percaya tuntutan plaintif adalah tanpa merit dan akan meneruskan semua bentuk rayuan."

Tuntutan itu dibawa oleh Direktori Worldwide SA de CV dan Idea Interactivas SA de CV.

Berikutan keputusan itu, saham Yahoo jatuh sebanyak 1.4 peratus di akhir dagangan semalam.

-Sinarharian

Kim Kardashian Bakal Jadi Penyanyi

Kim Kardashian Bakal Jadi Penyanyi

Jika sebelum ini, bintang terkenal, Kim Kardashian mula dikenali menerusi rancangan realiti, Keeping Up With The Kardashian.


Namun, kini Kardashian mula berminat untuk melebarkan sayapnya dalam dunia seni suara seperti kekasihnya, Kanye West.

Mendapat sokongan dan bimbingan penuh daripada Kanye, Kim percaya dengan sentuhan magis Kanye yang mampu membawa namanya ke tahap lebih tinggi.

"Merakam suara adalah sebahagian daripada impian saya dan akhirnya, dengan bantuan Kanye, saya mampu menggapainya.

"Kanye akan membantu saya dalam latihan ton suara, penampilan dan pemilihan lagu. Saya percaya, Kanye mampu meletakkan saya dalam senarai 40 penyanyi sensasi," katanya.

Bukan sekadar bercakap kosong, Kardahshian kini dikatakan telah menjalani rakaman suara di studio milik Kanye di, Honolulu yang mengambil masa selama dua bulan.

-Sinarharian

Gambar Bogel Kumpulan i-Pop Cherry Belle Indonesia Tersebar!

Gambar Bogel Kumpulan i-Pop Cherry Belle Indonesia Tersebar!

Beredar secara meluas di internet foto super-imposed bogel kumpulan pop dari Indonesia, Cherry Belle membuatkan pihak management kumpulan itu menjadi kelam-kabut.


Pengurus kumpulan Cherry Belle, Victor menerima lebih dari 20 panggilan telefon dari media untuk mengesahkan foto tersebut. "Foto itu adalah hasil kerja orang yang tidak bertanggungjawab. Jelas sekali rekayasa, editannya kasar," kata Victor.


Namun kehebohan di dunia maya tersebut tidak membuat ahli2 kumpulan Cherry Belle terpengaruh. Menurut Victor, kumpulan I-POP yang juga dikenali sebagai Chibi itu menjalankan aktiviti seni mereka seperti biasa. "Ini tentu bukan tindakan peminat ChiBi, apalagi peminat fanatik tentu tidak akan melakukan hal yang merugikan Cherry Belle," tegasnya.


-Osemmm.net

Tanda-tanda Seorang Wanita Meminati Anda

Tanda-tanda Seorang Wanita Meminati Anda

Wanita adalah salah satu misteri paling besar di jagat raya, terutama bagi lelaki. Fikiran dan perilaku mereka sukar diramal dan dalam satu kajian disebutkan, lirikan mata mereka setelah terjadi kontak mata dengan seorang lelaki boleh menunjukan adakah dia sedang jatuh cinta atau tidak.

Lirikan mata wanita
Gambar hiasan.

Sebenarnya, tiada lagi istilah "Perigi mencari timba" di zaman yang serba moden ini. Dibawah ini adalah artikel yang membincangkan jika seorang wanita berminat terhadap anda (jika anda adalah seorang lelaki).

"Dia Tidak Senang Duduk"

Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya.

Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda.

Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja.

Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

"Tunjuk Minat"

Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina.

Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda.

Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara.

Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

"Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya"

Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda.

Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

"Dia Men'jual' Dirinya"

Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

"Bersikap Terbuka"

Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan.

Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!

"Membayangi Anda"

Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda.

Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya.

Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.

"Anda Diajak Ke Tempat Lain…"

Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda.

Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Lakukan Seks Jika Anda Sakit Kepala!

Lakukan Seks Jika Anda Sakit Kepala!

Biasanya orang akan minum ubat tahan sakit ketika sakit kepala menyerang. Tapi kini ada penyelesaian yang lebih menyenangkan untuk menghilangkan sakit kepala iaitu dengan melakukan hubungan seks.

Sakit kepala

Para ahli mengatakan hubungan seks yang baik boleh memberikan manfaat bagi kesihatan, seperti kelihatan lebih muda, mengelak dari sakit jantung, mengurangkan risiko diabetes, meningkatkan ikatan dengan pasangan serta menghilangkan sakit kepala.

Hal ini kerana ketika seseorang mencapai orgasme maka tubuh menghasilkan ubat penghilang rasa sakit alami seperti oksitosin dan endorfin, serta bahan kimia serotonin yang boleh mengurangkan stres, seperti dikutip dari News.com.au (17/11/2011).

Endorfin merupakan bahan kimia seperti opiat yang dikeluarkan oleh tubuh ini berkaitan dengan perasaan seperti perasaan positif dan bahagia, dan menyimpan mesej untuk mengurangkan rasa sakit ke otak.

Tidak seperti ubat penghilang rasa sakit yang boleh memakan masa hingga 15 minit untuk bekerja, pada bahan kimia semulajadi yang ada di dalam tubuh, endorfin ini boleh segera bekerja dan menghilangkan sakit kepala.

Selain itu berdasarkan kajian dalam laporan jurnal Headache menunjukkan bahawa neurotransmitter serotonin yang dilepaskan semasa seks, mencipta semua sensasi yang membuat orang merasa baik.

Manfaat lain yang boleh didapati seseorang jika berjaya mencapai orgasme adalah turut membakar kalori di dalam tubuh dan membantu mengurangkan keinginan untuk makan.

Kerana semasa orgasme tubuh mengeluarkan phenetylamine yang berperanan penting dalam menguruskan selera makan seseorang.

Serta keringat yang keluar ketika berhubungan seks turut membantu mengeluarkan segala bentuk kotoran dan racun dari dalam tubuh, sehingga membantu menjaga kulit tetap bersih dan cerah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Rahsia Tersirat Di Sebalik Logo Syarikat Terkenal Dunia

Rahsia Tersirat Di Sebalik Logo Syarikat Terkenal Dunia

Setiap syarikat yang terkenal di dunia rata-ratanya mempunyai logo syarikat yang menarik, ringkas dan mampu menarik perhatian pelanggan..Walaubagaimana pun, logo-logo yang dihasilkan bukan sahaja digunakan untuk mewakili sesebuah syarikat malah dicipta untuk mempunyai makna yang tersembunyi yang tidak mampu dikesan sekiranya dipandang buat kali pertama..Kalau nak tahu apa makna tersebut, meh usha kat bawah ni..

Amazon


Anda mungkin tertanya-tanya sebab apa terdapat anak panah dalam logo Amazon yang menghala dari abjad 'A' ke 'Z'. Sebab sebenar bagi kehadiran anak panah tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa semua benda yang dijual dari 'A' ke 'Z' ada di Amazon. Selain itu, anak panah tersebut juga boleh mewakili satu senyuman.

Apple


Logo Apple yang menunjukkan sebiji epal yang telah digigit sebenarnya di ambil dari sebiji buah dari "Tree of Knowledge" mengenai kisah Adam dan Hawa dalam kitab Injil.

IBM


Garisan putih yang melintasi logo IBM ini menyerlahkan bentuk tanda 'sama', yang membawa mesej "kesaksamaan".

Mobil


Logo yang mudah lagi bermakna dari Mobil ini dicipta dari warna merah dan biru. Warna merah di dalamnya menunjukkan 'kekuatan' manakala warna biru menunjukkan kesetiaan dan keselamatan dalam syarikat.

FedEx


Logo FedEx walaupun nampak ringkas namun mempunyai makna yang tersembunyi di dalamnya. Jika anda perhatikan dengan teliti huruf 'Ex' di dalam logo tersebut, anda akan mendapati terdapat satu anak panah putih di tengah-tengah abjad 'E' dan 'X' yang menghala ke kanan. Anak panah ini membawa maksud pentingnya dalam menuju masa hadapan.

Audi


Empat bulatan dalam logo tersebut membawa kepada maksud 4 syarikat berlainan iaitu DKW, Horch, Wanderer dan Audi yang merupakan sebahagian Konsortium Kesatuan Auto pada 1932.

BMW


Logo bulat pada logo BMW yang kelihatan seperti kipas kapal terbang yang sedang bergerak manakala warna putih mewakili udara. Ini kerana BMW merupakan pengeluar enjin untuk kapal terbang tempur Jerman semasa perang dunia Ke-2.

Mercedes-Benz


Logo yang mempunyai bintang 3 bucu ini, yang terdapat tempat kosong di antara bucu ini mewakili air, darat dan udara. Ini bermakna Mercedes dominan ke atas ketiga-tiga elemen ini.

Toyota


Logo syarikat automotif terkenal di Jepun ini mempunyai tiga bulatan elips. Setiap satu bulatan elips ini mewakili hati pelanggan, jantung produk dan jantung kemajuan teknologi serta peluang tanpa had di masa hadapan.

Volkswagen


Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen mempunyai dua abjad di dalam logo nya iaitu 'V' dan 'W' yang membawa maksud 'Volks' untuk rakyat dan 'Wagen' untuk kereta.

-Anak-ketam.blogspot.com

Tahukah Anda Kenapa Manusia Ketawa?

Tahukah Anda Kenapa Manusia Ketawa?

Menurut saintis, ketawa bukan satu tingkah laku yang dipelajari. Bahkan ketawa tidak sama seperti memilih untuk bercakap.

Paling lawak

Ia berlaku tanpa sedar dan sangat cepat. Walaupun ada ketikanya kita boleh mengelakkan diri daripada tertawa, tapi tiada siapa sebenarnya sedar bagaimana ketawa terhasil.

Ada saintis percaya bahawa apabila seseorang tertawa dengan ikhlas tanpa dipaksa, tiga bahagian otak akan turut menjadi aktif.

Penyelidikan menunjukkan amigdala, iaitu struktur berbentuk badam di dalam otak dan hipokampus atau bonjol melengkung pada lantai ventrikel lateral otak, seolah-olah menjadi kawasan utama yang terlibat dengan emosi.

Amigdala dikenal pasti berhubung dengan hipokampus dan talamus. Sambungan in dikesan memainkan peranan penting dalam penghantaran dan mengawal aktiviti utama seperti persahabatan, cinta dan kasih sayang serta ungkapan perasaan.

Hipotalamus iaitu kawasan pada otak depan di lantai ventrikel kedua bersambung dengan talamus juga dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada pencetus ketawa kuat yang tidak terkawal.

Kawasan otak yang terlibat dengan gelak ketawa turut dikaitkan dengan sistem limbik. Sistem limbik merupakan satu struktur rangkaian yang terletak di bawah korteks serebrum.

Sistem ini penting kerana ia mengawal beberapa tingkah laku dalam kehidupan semua mamalia seperti mencari makan dan pemuliharaan diri.

Pada manusia, ia terlibat dalam motivasi dan tingkah laku emosi. Mainan emosi seperti qembira dan ketawa biasanya terjadi apabila kita melihat atau mendengar sesuatu yang lucu.

Sebuah jenaka akan bertambah lucu apabila kita sebagai pendengar mengharapkan satu keputusan berlaku.

Penyelidik berkata, apabila jenaka bermula, minda kita sudah menjangkakan apa yang akan berlaku dan bagaimana ia akan berakhir.

Jangkaan itu berbentuk logik berkait rapat dengan emosi, dipengaruhi pengalaman masa lampau dan proses pemikiran kita.

Dan sekiranya lawak terjadi pada keadaan yang tidak diduga, pemikiran dan emosi kita secara tiba-tiba perlu diubah.

Dua set pemikiran emosi yang berbeza inilah membuatkan sebuah jenaka terasa begitu lucu. Sungguhpun begitu, sesetengah ilmuwan berpendapat seseorang itu ketawa bukanlah semata-mata kerana melihat atau mendengar sesuatu yang lucu.

Tetapi, rasa suka itu ialah sebagai satu mesej untuk dihantar kepada orang lain.

Sesetengah orang mempamerkan ketawa apabila berhadapan dengan kesusahan sebagai cara menenangkan hati.

Ada pula beranggapan tujuan ketawa adalah untuk membiarkan orang sekeliling tahu bahawa anda sedang berfikir sesuatu yang lucu.

BACA INI JUGA: Ketawa Sebagai Penawar Stress

-Sentiasapanas.com