Saturday, December 01, 2012

Kim Kardashian Bakal Jadi Penyanyi


Jika sebelum ini, bintang terkenal, Kim Kardashian mula dikenali menerusi rancangan realiti, Keeping Up With The Kardashian.


Namun, kini Kardashian mula berminat untuk melebarkan sayapnya dalam dunia seni suara seperti kekasihnya, Kanye West.

Mendapat sokongan dan bimbingan penuh daripada Kanye, Kim percaya dengan sentuhan magis Kanye yang mampu membawa namanya ke tahap lebih tinggi.

"Merakam suara adalah sebahagian daripada impian saya dan akhirnya, dengan bantuan Kanye, saya mampu menggapainya.

"Kanye akan membantu saya dalam latihan ton suara, penampilan dan pemilihan lagu. Saya percaya, Kanye mampu meletakkan saya dalam senarai 40 penyanyi sensasi," katanya.

Bukan sekadar bercakap kosong, Kardahshian kini dikatakan telah menjalani rakaman suara di studio milik Kanye di, Honolulu yang mengambil masa selama dua bulan.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon