Saturday, December 01, 2012

AS Bakal Tenggelam Bongkah Ais Gergasi Cair!


Bongkas ais di Lautan Artik yang didakwa berukuran lebih besar dari saiz Amerika Syarikat dilaporkan mencair pada tahun ini, menurut laporan agensi cuaca di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin.


Laporan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) itu dibentangkan semasa mesyuarat perubahan iklim PBB di ibu negara Qatar.

Setiusaha Agung WMO, Michel Jarraud berkata, ais di Lautan Artik semakin mencair berikutan perubahan cuaca yang melampau sepanjang tahun.

Perubahan iklim ini dijangka berterusan akibat pembebasan gas rumah hijau yang meningkat secara mendadak pada setiap tahun.-AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon