Friday, June 30, 2017

7-Eleven Tutup Perniagaan Mulai 30 Jun 2017!

7-Eleven Tutup Perniagaan Mulai 30 Jun 2017!

Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit franchais 24 jam 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu akan ditutup bermula 30 Jun 2017.

7-Eleven
Gambar hiasan.

Penutupan kesemua 141 buah kedai itu diumumkan oleh syarikat pemilik rangkaian 7-Eleven Indonesia, PT Modern International dalam satu kenyatannya kepada Bursa Efek Indonesia.

Media-media tempatan memetik Direktur PT Modern Internasional, Chandra Wijaya, sebagai berkata, pemberhentian operasi kesemua kedai 7-Eleven itu adalah disebabkan masalah keterbatasan sumber dan urusan jual-beli saham perniagaan.

PT Modern International sebelum ini dilaporkan telah bersetuju menjual perniagaan rangkaian 7-Eleven Indonesia kepada PT Charoen Pokphand Restu Indonesia tetapi penjualan saham dan aset itu dibatalkan baru-baru ini setelah kedua-dua syarikat gagal mencapai kata sepakat.

Sehingga September 2016, terdapat 175 kedai 7-Eleven di Indonesia yang hanya beroperasi di Jakarta dan pada akhir tahun lepas lebih 20 kedai itu telah ditutup secara berperingkat atas alasan tidak menguntungkan.

Francais rangkaian 7-Eleven mula memasuki Indonesia pada 2008 dan dikelolakan oleh PT Modern Sevel Indonesia, anak syarikat PT Modern International.

Menurut laporan kewangan suku pertama 2017 PT Modern Internasional, hasil penjualan daripada 7-Eleven mengalami penurunan sebanyak 37.17 peratus daripada Rp220,66 juta (Rp1 juta lebih kurang RM300) kepada Rp138,62 juta.

Sementara itu Menteri Perdagangan Indonesia Enggartiasto Lukita menyangkal dakwaan bahawa penutupan 7-Eleven itu menunjukkan kelembapan sektor peruncitan di Indonesia kerana masih banyak kedai runcit​​​​​​​ 24 jam tempatan beroperasi seperti biasa.

Katanya penutupan itu adalah disebabkan masalah dalaman dan kerugian yang dialami syarikat tersebut.

Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk bertemu dengan pengurusan syarikat berkenaan bagi​​​​​​​mendapat maklumat lanjut mengenai penutupan kedai francais itu.

BACA INI JUGA: Kisah Di Sebalik Kenapa 7 Eleven Dibuka 24 Jam

sumber: sinarharian

Apa Itu Penyakit Autoimun, Sistem Pertahanan Tubuh Yang Menyerang Diri Sendiri

Apa Itu Penyakit Autoimun, Sistem Pertahanan Tubuh Yang Menyerang Diri Sendiri

Sebenarnya sistem imun tubuh atau disebut imuniti (kekebalan) adalah sistem yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari ‘ancaman’ yang membahayakan tubuh seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.

Autoimun

Penyakit autoimun (AI) adalah penyakit dimana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.

Ia terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menganggap sel tersebut adalah sel asing dan disebabkan kegagalan tersebut maka ia menyerang pelbagai organ dan tisu.

Tanda-tanda seseorang mungkin menghidap penyakit autoimun;
  1. Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot.
  2. Susut berat badan.
  3. Ruam yang berulang, amat sensitif pada cahaya matahari, ruam berbentuk rama-rama pada hidung dan pipi.
  4. Sukar untuk memberikan perhatian atau tumpuan.
  5. Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak tahan sejuk.
  6. Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit.
  7. Kekeringna pada bahagian mata, mulut dan kulit.
  8. Kebas pada bahaian tangan dan kaki.
  9. Kerap mengalami keguguran.

Untuk mengesahkan kehadiran gangguan autoimun pada manusia biasanya memerlukan beberapa ujian darah.

Punca Autoimun

Secara realitinya penyebab penyakit autoimun hingga saat ini belum diketahui meskipun beberapa teori telah diutarakan.

Secara umumnya penyakit autoimun disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-
  1. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit autoimun.
  2. Jantina dan status hormone (75% penyakit autoimun berlaku di kalangan wanita).
  3. Jangkitan virus atau bakteria.
  4. Pendedahan kepada persekitaran dan bahan kimia toksik.
  5. Tekanan (stress) dan trauma.
  6. Merokok.
  7. Kekurangan nutrisi.

Satu teori menarik yang dikemukan oleh Dr. Stephen B. Edelson (salah seorang pakar penyakit autoimun di USA) menyatakan penyakit autoimun adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran. Faktor genetik menyumbang kepada penyakit autoimun dan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.

Satu lagi teori menarik yang dikemukakan oleh Dr. Thomas Nissen (pakar kesihatan alam sekitar) mengatakan bahawa semua manusia mempunyai faktor genetik yang cenderung kepada satu-satu penyakit.

Jika seseorang terlalu lama terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat (toksin) ia akan mencetuskan pembentukan radikal bebas dalam tubuh manusia.

Radikal bebas ini akan merubah pH tubuh manusia yang memudahkan virus,bakteria dan fungus untuk hidup dan merangsang pembentukan radikal bebas yang berperanan merosakkan sel-sel dalam tubuh manusia.

Autoimmuniti akan terhasil apabila sistem imun badan bertindak menyerang sel-sel yang rosak ini.

Jenis-jenis penyakit autoimun

1. Anemia hemolitik autoimun

Punca
  • Sel darah merah

Implikasi
  • Anemia (penurunan dalam tahap sel-sel darah merah di dalam darah), keletihan, lemah, pening. Pembesaran limpa. Anemia boleh berlaku dalam keadaan yang sangat teruk dan kadang-kadang menyebabkan kematian pesakit.

2. Pemphigoid Bullous

Punca
  • Kulit

Implikasi
  • Lepuh besar berwarna merah, radang kulit; gatal-gatal.

3. Sindrom Goodpasture

Punca
  • Paru-paru dan buah pinggang

Implikasi
  • Gejala: sesak nafas, batuk kahak yang mengandungi darah, lemah, bengkak dan gatal-gatal. Boleh disembuhkan jika rawatan dimulakan segera sebelum berlaku kerosakan serius paru-paru dan buah pinggang.

4. Penyakit Graves

Punca
  • Tiroid

Implikasi
  • Ini adalah penyakit autoimun yang menyerang kelenjar tiroid iaitu kelenjar di leher yang menghasilkan hormon tiroid. Antara tanda-tandanya: suhu badan yang tinggi, bergegar, pengurangan berat badan, cemas.

5. Penyakit Hashimoto

Punca
  • Tiroid

Implikasi
  • Berbeza dengan Grave’s disease, Hashimoto’s disease umumnya menyebabkan kelenjar tiroid kurang aktif (hipotiroid) sehingga tidak menghasilkan cukup hormon tiroid. Gejala yang akan timbul di antaranya adalah peningkatan berat badan, gangguan emosional, keletihan tanpa sebab yang jelas, susah mengingat serta mengantuk.

6. Multiple Sclerosis (MS)

Punca
  • Axion

Implikasi
  • Sistem imun pesakit akan menyerang pelindung saraf (mielin) otak atau tulang belakang (medulla spinal) sehingga mengganggu fungsi saraf untuk berkomunikasi dengan saraf lain di otak, tulang belakang atau bahagian lain tubuh.

7. Myasthenia Gravis

Punca
  • Kelemahan otot

Implikasi
  • Dalam bahasa yunani dan latin Myasthenia gravis di ertikan sebagai kelemahan otot. Myasthenia gravis adalah penyakit autoimun yang menyebabkan kelemahan otot yang serius.

8. Pemphigus

Punca
  • Kulit

Implikasi
  • Kemunculan lepuh besar pada kulit yang boleh mengancam nyawa.

9. Anemia

Punca
  • Sel-sel lapisan dalam dinding perut

Implikasi
  • Kerosakan kepada membran sel perut, yang merupakan ciri gangguan autoimun ini, penyerapan vitamin B12 adalah perlu bagi sel-sel darah dan mengekalkan sel-sel saraf.

10. Rheumatoid Arthritis (RA)

Punca
  • Sendi dan tisu-tisu lain, seperti tisu paru-paru, saraf, kulit dan hati.

Implikasi
  • Rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun sistemik yang menyerang sendi-sendi bukan kelenjar eksokrin.

11. Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Punca
  • Sendi, buah pinggang, kulit, paru-paru, jantung, otak dan sel darah

Implikasi
  • Systemic lupus erythematosus (SLE) adalah penyakit autoimun yang paling popular. SLE merupakan penyakit autoimun yang melibatkan lebih dari satu organ. Oleh itu kesan dari penyakit ini amat berat kerana melibatkan banyak organ dan gejala-gejala yang timbul adalah tidak spesifik.

12. Diabetes Mellitus jenis 1

Punca
  • Beta-sel pankreas (yang membuat insulin)

Implikasi
  • Antara tanda-tanda: dahaga yang melampau, kerap membuang air kecil, selera makan meningkat dan pelbagai komplikasi jangka panjang. Pesakit perlu dirawat dengan insulin sepanjang hayat mereka.

13. Vaskulitis

Punca
  • Saluran darah

Implikasi
  • Vaskulitis boleh memberi kesan kepada saluran darah di dalam satu atau lebih bahagian badan. Prognosis bergantung kepada jenis Vaskulitis dan tahap kerosakan tisu.

14. Scleroderma

Punca
  • Kulit

Implikasi
  • Seperti Psoriasis, Scleroderma adalah juga penyakit autoimun yang menyerang kulit. Kulit penderita Scleroderma akan menjadi pengerasan berbentuk oval atau memanjang.

Myasthenia Gravis

Punca
  • Otot

Implikasi
  • Dalam bahasa yunani dan latin Myasthenia gravis di ertikan sebagai kelemahan otot. Myasthenia gravis adalah penyakit autoimun yang menyebabkan kelemahan otot yang serius.

15. Sjögren’s Syndrome

Punca
  • Kelenjar

Implikasi
  • Sjögren’s syndrome adalah penyakit autoimun sistemik yang menyerang kelenjar eksokrin yang menghasilkan cairan pelembab seperti air mata, air liur dan peluh.

16. Celiac Disease

Punca
  • Usus.

Implikasi
  • Adalah penyakit autoimun yang menyerang usus kecil sebagai respon dari intoleransi terhadap produk gluten iaitu bahan yang terdapat dalam gandum. Ia akan menyebabkan gangguan absorpsi (malabsorpsi) sehingga pesakit tidak mendapatkan gizi yang cukup. Pada kanak-kanak, keadaan ini menyebabkan gangguan pertumbuhan dan perkembangan. Gejala-gejala lain adalah seperti penurunan berat badan, ketidakselesaan perut, kembung, cirit dan Anemia.

17. Addison’s Disease

Punca
  • Kelenjar

Implikasi
  • Addison’s disease, sistem imun akan menyerang kelenjar adrenal yang letaknya diatas ginjal yang menghasilkan hormon steroid berupa mineralokortikoid, glukokortikoid serta gonadokortikoid.

Diagnosis

Diagnosis untuk penyakit autoimun adalah amat mencabar. Ia memerlukan kombinasi di antara tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit serta disokong oleh penyiasatan makmal.

Ujian Makmal

Prinsip asas penyiasatan makmal adalah mengesan kehadiran antibodi dalam darah pesakit.

Ada 2 kaedah yang sering dijalankan dimakmal iaitu:
  1. Ujian Elisa
  2. Ujian Immuno Flourescent (IF)

Rawatan
  • Vitamin D
  • Cahaya matahari
  • Teh Hijau Organik
  • Normalisasi Tabiat kebersihan diri (jangan fanatik memantau kebersihan)
  • Mengurangkan penggunaan minyak wangi
  • Mengurangkan penggunaan aspartame
  • Diet yang mengurangkan keradangan

Objektif rawatan penyakit autoimun adalah;
  1. Mengurangkan simtom.
  2. Mengawal proses autoimun (ubat immunosuppressive –kawal atau kurangkan tindakbalas imun.
  3. Mengekalkan kebolehan badan menentang penyakit.
  4. Rawatan mana yang akan digunakan bergantung kepada gejala dan penyakit AI tertentu.

Untuk merawat gangguan autoimun adalah dengan menggunakan ubat-ubatan yang melawan sistem imun

Walau bagaimanapun, banyak ubat-ubatan ini akan mengganggu keupayaan badan untuk melawan penyakit.

Immunosuppressants, seperti azathioprine, chlorambucil, cyclophosphamide, cyclosporin, methotrexate, mycophenolate perlu diambil untuk masa yang lama dan sepanjang rawatan ia akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit, termasuk kanser.

Kortikosteroid bukan sahaja menekan sistem imun, jika digunakan dalam jangka masa yang panjang, ia menyebabkan banyak kesan sampingan.

Etanercept, infliximab dan adalimubab menyekat aktiviti faktor nekrosis tumor, bahan yang boleh menyebabkan keradangan di dalam badan.

Ubat-ubatan ini adalah sangat berkesan dalam rawatan artritis reumatoid, tetapi ia boleh menyebabkan bahaya jika digunakan untuk merawat penyakit tertentu yang lain autoimun seperti multiple sclerosis.

Kadang-kadang rawatan penyakit autoimun menggunakan plasmapheresis, dari darah antibodi yang tidak normal kemudiannya dikeluarkan, selepas itu darah dipindahkan semula k edalam badan pesakit .

Sesetengah penyakit auto-imun boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes kronik pesakit akan memerlukan rawatan sepanjang hayat mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

sumber: myhealth

'Aku Ego Dan Lupa Diri Bila Gaji Lebih Tinggi Dari Suami'

'Aku Ego Dan Lupa Diri Bila Gaji Lebih Tinggi Dari Suami'

Zaman kini memang dah biasa wanita bekerja. Malah ada yang wanita mempunyai gaji lebih besar dari suaminya.

Isteri ego

Sekiranya ego berjaya dikawal dan mengetepikan status kerja dalam keluarga, selalunya boleh hidup bahagia seperti biasa, namun jika ego menguasai diri, boleh musnah rumah tangga.

Ini merupakan kisah benar seorang isteri yang amat menyesali perbuatannya terhadap suami sehingga mengahalu suami dari rumah. Apa yang berlaku selepas kejadian itu tidak dapat ditarik balik.

Jom kita baca kisah ini, dan jadikanlah teladan serta pengajaran buat kita:

KISAH ISTERI EGO

Assalamualaikum readers

Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana.

Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku.

Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Bismillah.

KAHWIN MUDA

Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21.

Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku.

Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.

Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja.

Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.

ISTERI BARAN

Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah.

Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising.

Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja.

Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.

GAJI ISTERI TINGGI, EGO

Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami.

Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him.

Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.

TAK PERCAYA SUAMI

Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia.

Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant.

Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah.

Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.

RASA SERBA CUKUP

Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri.

Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi.

Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam.

Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak.

Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi.

Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.

HALAU SUAMI

Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku.

Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.

KEMARAHAN MEMUNCAK SUAMI

Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas.

Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku.

Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.

Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi.

Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku.

Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku.

Rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Memang rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah.

Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.

PESANAN BUAT ISTERI LAIN

Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat.

Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.

Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku.

BACA INI JUGA: 7 Kesilapan Besar Dan Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

sumber: sehinggit

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Jun)

Tanggal 30 Jun merupakan hari ke 181 (hari ke 182 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 184 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Jambatan Teluk Jiaozhou
Jambatan Teluk Jiaozhou.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Republik Demokratik Congo (1960).

Peristiwa

1559 - Dalam satu perlawanan lawan tombak, Gabriel Montgomery mencederakan mata Raja Henri II dari Perancis, akhirnya menyebabkan kematian baginda.

1864 - Taman Negara Amerika Syarikat: Presiden Abraham Lincoln memberikan Lembah Yosemite kepada California untuk "rekreasi dan kegunaan awam".

1894 - Jambatan Menara yang merupakan gabungan jambatan imbang dan gantung dibuka di London, merentasi Sungai Thames.

1905 - Jurnal sains Annalen der Physik menerbitkan rencana Albert Einstein "Mengenai Elektrodinamik Jasad Bergerak" yang memperkenalkan teori kerelatifan khas.

1908 - Letupan besar Tunguska terjadi di tempat yang kini Jajahan Krasnoyarsk, Rusia, merosakkan kira-kira 80 juta pokok di kawasan seluas 2,150 km persegi.

1934 - Adolf Hitler dengan ganasnya menyingkirkan lebih 85 pesaing politiknya pada Malam Pisau Panjang (Nacht der langen Messer).

1971 - Kapal angkasa lepas Soyuz 11 mengalami penyahmampatan tak terkawal ketika masuk semula ke atmosfera, membunuh kosmonaut Vladislav Volkov, Georgi Dobrovolski dan Viktor Patsayev, menjadi kematian pertama di angkasa.

1972 - Biro Masa Antarabangsa menambah saat lompat pertama kepada skala masa Waktu Semesta Berkoordinat.

2008 - Sepanyol memenangi UEFA Euro 2008, menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir.

2009 - Penerbangan 626 Yemenia dengan 142 penumpang dan 11 anak kapal terhempas di Lautan Hindi dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa ke Lapangan Terbang Prince Said Ibrahim.

2009 - Taliban menarik diri daripada perjanjian damai dengan kerajaan Pakistan, membunuh kira-kira 30 askar Pakistan tidak lama selepas mengumumkannya.

2010 - Hurikan Alex, hurikan Atlantik Jun terhebat dalam 53 tahun, bertemu daratan buat kali kedua di Tamaulipas, Mexico, mengorbankan 24 orang.

2010 - Christian Wulff terpilih menjadi Presiden Jerman.

2010 - Bekas juara Olimpik Pál Schmitt terpilih menjadi Presiden Hungary.

2011 - Jambatan Teluk Jiaozhou (gambar), jambatan rentas laut terpanjang dunia, dibuka di Shandong, Republik Rakyat China.

2011 - Laluan Kereta Api Kelajuan Tinggi Beijing–Shanghai sepanjang 1,318 km (819 mi) dibuka selepas 39 bulan dalam pembinaan.

2013 - Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir.

Kematian

2012 - Yitzhak Shamir, Perdana Menteri Israel ke-7.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Jun)

sumber: wikipedia

Thursday, June 29, 2017

Apa Itu Omega 3 Dan Kepentingannya Untuk Perkembangan Memori Serta Minda

Apa Itu Omega 3 Dan Kepentingannya Untuk Perkembangan Memori Serta Minda

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang amat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda.

Omega 3

Malangnya, tubuh manusia tidak mampu menghasilkan sendiri EPA dan DHA (kecuali susu ibu yang diberikan kepada bayi). Sumber EPA dan DHA adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan.

Keperluannya hampir sama untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak, tetapi kanak-kanaklah yang sangat-sangat memerlukan Omega 3 untuk perkembangan vision (penglihatan) dan otak yang difokuskan untuk belajar, bertaakul dan mengingati sesuatu (perkembangan memori).

Namun, benarkah bahawa mereka yang berusia 18 tahun ke bawah tidak digalakkan mengambil suplemen Omega 3.

Ramai ibu bapa sedar tentang kebaikan Omega 3 ini tetapi masih ramai yang keliru, bagaimana harus menyediakan Omega 3 dalam diet anak-anak? Perlukah suplemen Omega 3 untuk anak?

Sumber Utama Omega 3

Sumber terbaik asid lemak Omega 3 ialah lemak atau minyak ikan, bijirin dan kekacang, dan minyak sayur-sayuran. Ini termasuk:

Lemak dan Minyak Ikan
  • Salmon
  • Tuna
  • Ikan trout
  • Ikan tenggiri
  • Ikan bilis
  • Sardin

Bijirin dan kekacang
  • Biji Flax
  • Walnut
  • Biji labu

Minyak sayur-sayuran
  • Minyak Canola
  • Minyak flax yang mentah

Sumber lain Omega 3 termasuk:
  • Telur omega – telur dari ayam-ayam betina yang telah diberi makanan yang diperkaya dengan Omega 3.
  • Daging dari lembu yang memakan rumput – kebanyakan lembu ternakan diberi makan dengan makanan proses yang kurang baik. Tetapi lembu yang memakan rumput-rumput dan tumbuhan semulajadi dapat menghasilkan daging yang kaya asid lemak Omega 3.
  • Produk yang telah diproses dengan tambahan asid lemak Omega 3 – seperti mayonis dan marjerin.

Namun begitu, asid lemak Omega 3 yang baik haruslah mempunyai DHA dan EPA yang tinggi.

Sumber-sumber yang dinyatakan di atas ada yang mengandungi sedikit sahaja kandungan DHA atau EPA.

Perlukah Suplemen Omega 3 Untuk Anak?

Tidak perlu sekiranya anak-anak kita mampu disiplin untuk mengamalkan diet yang sihat dan kita juga mampu untuk memberikan mereka sumber semulajadi yang baik dari Omega 3 setiap hari.

Tetapi kekangan masa kini, kekurangan masa, kekurangan sumber yang baik menyebabkan segala-galanya semakin berubah. Nak makan sayuran hijau, banyak yang ditaman dengan baja kimia.

Tambahan pula kebanyakan tumbuhan-tumbuhan ini cuma memberikan khasiat ALA dan masih tiada bukti yang kukuh bahawa tumbuh-tumbuhan ini turut membekalkan EPA dan DHA.

Kalau nak makan lemak ikan dari ikan-ikan yang kaya Omega 3 ini juga agak terhad dan mahal.

Jadi apa pilihan yang kita ada?

Perlu suplemen! Suplemen minyak ikan adalah salah satu pilihan yang tepat untuk membekalkan keperluan omega 3 kepada anak kita.

Lebih-lebih lagi anak yang picky eater dan susah nak makan ikan dalam diet seharian.

Namun haruslah diteliti brand dan kriteria untuk memilih suplemen Omega 3 untuk anak yang sesuai, pastikan;
  • mempunyai kandungan EPA dan DHA yang tinggi.
  • pilih jenama yang mempunyai minyak ikan “pharmaceutical grade“.
  • dari ikan yang rendah merkurinya.

Siapa Yang Memerlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

Mereka adalah:
  • Warga Emas
  • Pesakit Jantung
  • Wanita yang telah melahirkan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Pesakit kulit seperti psoriasis dan ekzema
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pesakit Asma dan alahan
  • Pesakit Gout atau mempunyai masalah asid urik yang tinggi
  • Selalu mengalami sakit sendi dan kebas-kebas
  • Pelajar yang ingin cerdas dan cepat tangkap apa yang diajar
  • Ibu hamil dan menyusu untuk perkembangan otak anak
  • Mereka yang ingin lansing dan kulit cantik
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Berapa keperluan harian Omega 3 tubuh anda?

Menurut artikel Omega-3 fatty acids dari University of Maryland Medical Center, dos pengamblan minyak ikan mestilah berdasarkan kandungan EPA & DHA, bukan berapa amaun minyak ikan itu sendiri.

Supplemen yang ada dipasaran berbeza kandungan dan ratio EPA & DHA.

Biasanya kita dapati asid lemak Omega 3 dalam kapsul minyak ikan mengandungi 0.18 gram (180mg) EPA dan 0.12gram (120mg) DHA. Kandungan Omega 3 berbeza dalam setiap jenis ikan.

Kanak-Kanak

Omeg 3 digunakan di dalam sesetengah susu formula bayi, yang kita nampak ada DHA & EPA tu. Tetapi tiada garis panduan yang tetap berapakah amaun Omeg 3 yang perlu diambil oleh kanak-kanak.

Cuma kanak-kanak perlu dielakkan dari memakan ikan yang mungkin mengandungi kandungan merkuri yang tinggi seperti shark, swordfish, king mackerel dan tilefish

Dewasa

Orang Dewasa hasruslah mengambil Omega 3 tidak lebih dari 3gram sehari. Jika anda ingin makan lebih atas sebab-sebab tertentu, minta nasihat doktor kerana Omega 3 yang berlebihan boleh mengakibatkan risiko pendarahan.

Dewasa yang sihat, tiada sejarah sakit jantung, American Heart Asscociation (AHA) mencadangkan untuk makan ikan 2 kali seminggu.

Orang dewasa yang mengalami penyakit jantung coronary, AHA mencadangkan pengambilan supplemen Omega -3 (dalam bentuk minyak ikan) 1 gram sehari yang mengandungi EPA dan DHA. Mungkin mengambil masa 2-3 minggu untuk melihat kesan pengambilan minyak ikan tersebut.

Dewasa yang tinggi kolesteronya, AHA mencadangkan mencadangkan pengambilan supplement Omega -3 (dalam bentuk minyak ikan) 2-4 gram sehari yang mengandungi EPA dan DHA. Mungkin mengambil masa 2-3 minggu untuk melihat kesan pengambilan minyak ikan tersebut

Dewasa yang mempunya darah tinggi saintis mencadangkan 3-4 gram sehari.

Peringatan!

Anda dinasihatkan tidak mengambil Asid lemak Omega 3 jika anda sedang mengambil ubat pencair darah seperti aspirin, warfarin (Coumadin), and clopedigrel (Plavix) kerana asid lemak Omega-3 fatty mungkin menambah kesan ubat pencair darah itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Dan Manfaat Buah Tiin Untuk Hidup Sihat

sumber: vitaminkita

Selamat Ulang Tahun ke-20 Harry Potter!

Selamat Ulang Tahun ke-20 Harry Potter!

Peminat Harry Potter di seluruh dunia menyambut ulang tahun ke-20 penerbitan buku yang pertama, Harry Potter and The Philosopher's Stone.

Harry Potter 20 years

Pengarangnya, J.K Rowling mengambil Twitter pada hari Isnin untuk merayakan peristiwa penting itu.

“20 tahun yang lalu hari ini, dunia yang saya tinggal bersendirian tiba-tiba terbuka kepada orang lain. Ia sangat indah. Terima kasih,” tweet J.K Rowling.

Buku berkenaan diterbitkan pada 26 Jun 1997.

Seperti biasa, netizen turut tidak melepaskan peluang untuk meraikan ulang tahun itu di media sosial.

Rata-rata peminat mengenang zaman kanak-kanak mereka dan mengucapkan terima kasih kepada J.K Rowling atas rekaan yang sangat indah.

Ada juga yang menceritakan bagaimana Harry Potter telah mengubah hidup mereka.

Sementara itu, Twitter turut bekerjasama dengan Bloomsbury dan rangkaian digital 'Pottermore' untuk melancarkan emoji Harry Potter khas - memaparkan ikonik parut berbentuk pentir dan kaca mata ahli sihir lelaki itu.

Emoji itu akan dijana secara automatik menerusi hashtag #HarryPotter20.

Selain Twitter, Facebook juga melancarkan tulisan yang khas.

Dengan menulis perkatan "Harry Potter," "Gryffindor," "Ravenclaw," "Hufflepuff," atau "Slytherin," pada ruang status/komen - ia diterangi dengan warna masing-masing.

Anda cubalah sendiri.

BACA INI JUGA: Dunia Fantasi Ciptaan Manusia Paling Terkenal

sumber: astroawani

Apa itu Satoshi, mBTC, uBTC Dan Berapakah Nilainya Dalam Pecahan Bitcoin?

Apa itu Satoshi, mBTC, uBTC Dan Berapakah Nilainya Dalam Pecahan Bitcoin?

Sebagai pengumpul Bitcoin, tahukah anda bahawa pecahan bilangan Bitcoin juga di sebut sebagai Satoshi, mBTC dan uBtc?

Satoshi, mBTC dan uBTC

Bagi anda yang sering mengunjungi Bitcoin Faucet untuk mendapatkan Bitcoin percuma, anda selalu dibayar dengan angka Satoshi, mBTC dan uBtc kan.

Apa itu Satoshi?

Satoshi adalah bahagian terkecil dari pecahan satu Bitcoin yang mana ketika ini 8 digit angka dibelakang koma atau dapat ditulis 0.00000001 BTC adalah bersamaan dengan 1 satoshi.

Kenapa pecahan terkecil bitcoin disebut Satoshi?

Dikatakan bahawa istilah Satoshi diberikan sebagai penghargaan kepada pencipta bitcoin itu sendiri, iaitu "SATOSHI NAKAMOTO" namun tidak diketahui siapa yang memberikan panggilan pecahan Bitcoin tersebut.

Apa itu mBTC dan uBTC?

Anda pernah mendengar mBTC atau uBTC? Ia juga sebenarnya adalah sebahagian dari pecahan Bitcoin sama seperti Satoshi.

mBTC adalah singkatan dari mili bitcoin dan uBTC juga singkatan dari mikro Bitcoin. Jadi, pecahan desimal Bitcoin adalah satoshi, mBTC dan uBTC.

Untuk mengetahui dengan lebih jelas, saya akan cuba menghuraikan tentang pecahan-pecahan Bitcoin ini.

Angka desimal Bitcoin:
  • mBTC. mili Bitcoin = 1,000 dari bitcoin, ditulis 0.001 BTC
  • uBTC. mikro Bitcoin = 1,000,000 dari bitcoin, atau ditulis 0.000001 BTC

Contoh lebih lanjut unit:
  • 1 BTC = 100,000,000 Satoshi
  • 1 BTC = 1,000 mBTC (mili Bitcoin)
  • 1 mBTC = 100,000 Satoshi
  • 1 μBTC (micro Bitcoin) = 100 Satoshi

Seterusnya:
  • 1 mBTC = 0.001 BTC
  • 1 mBTC = 100,000 Satoshis
  • 1 uBTC = 0.000001 BTC
  • 1 μBTC = 100 Satoshis
  • 1 Satoshi = 0.00000001 BTC

Kini anda lebih memahami pecahan-pecahan Bitoin kan, baca artikel seterus dibawah jika anda berminat untuk mengumpul Bitcoin.

Siapa tahu jadi jutawan. :)

BACA INI JUGA: Top Bitcoin Faucet Percuma Untuk Pengumpul Cryptocurrency 2017

sumber: jaguhbtc

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Jun)

Tarikh 29 Jun merupakan hari ke 180 (hari ke 181 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 185 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Memorial Vimy

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Seychelles (1976) dan Perayaan Santo Peter dan Paul (Katolik Rom).

Peristiwa

1149 - Perang Salib Kedua: Tentera pimpinan Nuruddin Zengi memusnahkan angkatan Antioch pimpinan Putera Raymond dalam Pertempuran Inab.

1194 - Sverre ditabalkan sebagai Raja Norway.

1880 - Raja Tahiti Pōmare V dipaksa menyerahkan kedaulatan Tahiti dan wilayah tanggungannya kepada Perancis.

1922 - Perancis memberikan 100 hektar tanah di Rabung Vimy (gambar) kepada Kanada buat selama-lamanya sebagai menghargai jasa Kanada semasa Pertempuran Rabung Vimy dalam Perang Dunia Pertama.

1956 - Presiden Dwight D. Eisenhower memeterai Akta Lebuh Raya Bantuan Persekutuan 1956, dengan itu mencipta secara rasmi Sistem Lebuh Raya Antara Negeri Amerika Syarikat.

1974 - Naib presiden Isabel Martínez mengangkat sumpah sebagai Presiden Argentina wanita pertama, menggantikan suaminya Juan Peron yang sakit, dan meninggal dunia dua hari kemudian.

1985 - Komuniti Ekonomi Eropah mula menggunapakai Bendera Eropah, bendera yang dahulunya digunakan Majlis Europah pada 1955.

1995 - Semasa misi STS-71, Atlantis menjadi bolak-balik angkasa lepas pertama yang berlabuh di pangkalan angkasa lepas Mir Rusia.

1995 - Gedung Serbaguna Sampoong runtuh di daerah Seocho-gu, Seoul, Korea Selatan, membunuh 501 orang dan mencederakan 937 yang lain.

2006 - Dalam kes Hamdan lwn. Rumsfeld, Mahkamah Agung A.S. mendapati bahawa suruhanjaya tentera yang ditubuhkan pentadbiran Bush bagi membicarakan tahanan di Teluk Guantanamo mencabuli kedua-dua undang-undang antarabangsa dan A.S.

2007 - Apple mengeluarkan iPhone generasi pertama, merevolusikan industri telefon pintar.

2010 - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh akibat banjir teruk di Romania.

Kelahiran

1986 - Farizal Marlias, penjaga gol Negeri Sembilan FA dan Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Jun)

sumber: wikipedia

Wednesday, June 28, 2017

Pendaki 'Berani Mati' Pertama Berjaya Menawan Gunung El Capitan Tanpa Tali

Pendaki 'Berani Mati' Pertama Berjaya Menawan Gunung El Capitan Tanpa Tali

Seorang pendaki, Alex Honnold, berjaya menawan gunung besar El Capitan di Taman Negara Yosemite tanpa sebarang bantuan alat keselamatan atau tali.

El Capitan

Memetik laporan portal Oddity Central, impian pemuda itu tercapai dalam masa empat jam dengan hanya menggunakan kaki dan tangannya sekali gus menjadi pendaki pertama mendaki tembok granit setinggi 3,000 kaki.

Honnold mengakui berasa begitu bangga dengan kejayaan itu kerana itu adalah satu detik yang bersejarah buat dirinya.

“Ia merupakan saat paling gembira pernah saya rasakan dan adalah sesuatu yang sudah impikan begitu lama.

“Maksud saya, ia benar-benar memberikan saya kepuasan," katanya.

Honnold yang dibesarkan di Northern California memulakan pendakian bersejarahnya dua tahun lalu.

Dia berulang-kali melakukan latihan mendaki menggunakan peralatan perlindungan dan menghafal setiap lubang yang perlu dipegangnya dan cara posisi tubuhnya sehinggalah dia merasa cukup selesa untuk mencuba pendakian ‘solo bebas.’

“Bahagian paling sukar laluan itu ialah kira-kira 2,300 dari bawah, di mana terdapat hanya lubang pegangan yang sangat kecil, hanya boleh muat satu jari.

“Namun apa yang lebih mencabar ialah mengatasi ujian mental,” katanya.

Alex Honnold El Capitan

Sementara itu, penulis ‘El Capitan: Historic Feats and Radical Routes’, Daniel Duane berkata, pendakian melangkaui had itu adalah satu sukan yang berisiko tinggi dan memerlukan tumpuan mental.

“Ini tidak pernah dilakukan sesiapa sebelum ini dan sukar untuk membayangkan sesiapa sahaja yang hampir-hampir melakukan apa yang dilakukannya,” katanya.

BACA INI JUGA: 10 Gunung Paling Sukar Ditakluki Di Dunia

sumber: sinarharian

Perkara Yang Anda Sepatutnya Lakukan Apabila Melihat Anak Orang Lain Menangis Dan Mengamuk

Perkara Yang Anda Sepatutnya Lakukan Apabila Melihat Anak Orang Lain Menangis Dan Mengamuk

Anak-anak biasanya punya dua masa yang berbeza, iaitu masa gembira dan juga masa buat perangai. Ini yang selalunya harus dihadapi oleh ibu bapa tiap-tiap hari, di mana sahaja berada.

Anak Mengamuk

Jika anak kita yang buat perangai, seperti meronta-ronta atau menangis, kita pasti tahu apa yang mereka inginkan, dan ad acara sendiri dalam menyelesaikannya.

Tapi, sekiranya kita melihat anak orang lain yang memangis dan mengamuk, apakah kita boleh memberi nasihat kepada ibu bapa tersebut, dalam cara mengawal anak-anak itu?

Sebenarnya, ia tidak banyak membantu, mengapa?

Jom kita teruskan bacaan.

Secara umumnya terdapat dua jenis amukan kanak-kanak yang biasa kita lihat di tempat awam atau pun apabila berkunjung ke majlis-majlis atau rumah rakan dan saudara-mara

1. Amukan kerana tidak mendapat apa yang diingini. Ini adalah ‘tantrum’ yang sering kita alami dan lihat berlaku kepada anak orang lain juga.

2. Amukan kerana anak terlalu terbeban dengan pelbagai stimulasi di persekitaran seperti terlalu ramai orang, terlalu bising, terlalu berwarna-warni ataupun suhu tempat yang tidak sesuai.

Ini dikenali sebagai ‘sensory melthdown’ yang berlaku apabila sensori atau deria anak terlalu terbeban dengan stimulasi berlebihan.

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana anda melihat anak orang lain mengamuk di depan mata anda.

Apa yang anda lakukan? Adakah anda hanya berlalu seolah-olah tidak nampak? Adakah anda memberi nasihat? Adakah anda membantu? Adakah anda senyum? Atau adakah anda bersyukur itu bukannya anak anda yang mengamuk?

APABILA ANAK ORANG LAIN MENGAMUK

1) Tidak perlulah memberi nasihat kepada ayah atau ibu anak tersebut jika anda tidak tahupun sebab anak itu mengamuk.

Jangan membuat andaian.

Jika anak kita sering mengamuk kerana inginkan sesuatu, anak orang lain mungkin mengamuk kerana stimulasi yang berlebihan.

Memberi nasihat seperti “Jangan beri muka sangat pada anak tu!” mungkin tidak berkaitan langsung dengan asbab amukan anak tersebut.

Nasihat seperti "Anak ini mengantuk ni. Tidurkanlah dia.” adalah sama sekali tidak releven kiranya anak tersebut cukup tidurnya tetapi amukannya disebabkan oleh lapar.

Andaian anda mungkin tidak betul.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Berilah nasihat hanya apabila diperlukan.

Jangan menambahkan tekanan yang sedia ada dengan nasihat berbau kritikan, sindiran atau ‘holier-than-thou’.

Amukan anak bukanlah disebabkan kegagalan 'parenting' semata-mata, ia berlaku kerana anak belum atau tidak pendai meluahkan kekecewaan dengan cara yang betul.

2) Tidak perlulah merenung (stare) anak beranak tersebut sehingga mewujudkan perasaan tidak selesa mereka

Cukuplah sekadar memandang sekali lalu. Jika bertentang mata secara tidak sengaja, senyumlah kepada ayah atau ibu yang sedang berhempas pulas itu dengan senyuman memahami bukannya dengan senyuman sinis atau senyuman lega “Alhamdulillah itu bukan anak saya!”

Tidak perlu juga memandang dengan pandangan “Oh comelnya anak itu mengamuk” kerana Tuhan saja yang tahu comel atau tidak situasi sebegini kepada kedua ayah dan ibu anak tersebut.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Jika ayah atau ibu tersebut memerlukan bantuan bersifat fizikal contohnya kerana air tertumpah, atau barang terlalu banyak untuk dibawa atau perlu bantuan menolak stroller atau perlu bantuan membuka pintu dan sebagainya, hulurkanlah bantuan tersebut.

Atau mungkin ketika di rumah rakan atau saudara-mara ayah atau ibu tersebut memerlukan seseorang untuk tengok-tengokkan anak yang tidak mengamuk sementara menguruskan anak yang mengamuk, anda mungkin boleh membantu.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

BACA INI JUGA: Kenapa Anak Suka Berdiri Depan TV Ketika Sedang Menonton?

sumber: siakapkeli

Bitcoin Faucet Percuma Untuk Pengumpul Cryptocurrency 2021

Bitcoin Faucet Percuma Untuk Pengumpul Cryptocurrency 2021

Bitcoin Faucet adalah senarai laman web yang memberikan Bitcoin secara percuma kepada peminat Bitcoin yang mahu mendapatkannya secara percuma. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan memasukkan alamat BITCOIN dan ketik chapta.

Top Bitcoin Faucet

Bitcoin akan dikirim terlebih dahulu ke wallet atau terus dimasukkan ke dalam akaun Bitcoin (bergantung kepada syarat berapa banyak satoshi yang boleh anda withdraw).

BTC percuma boleh diperolehi secara period, ada yang 5 minit, 30 minit, 1 jam, 6 jam malah ada yang hanya 1 kali sehari.

Tetapi, sebelum anda mula mengumpul Bitcoin, ada beberapa akaun penting yang anda WAJIB signup terlebih dahulu;

*Blockchain.info adalah tempat kita menyimpan Bitcoin manakala Faucethub dan Faucetsystem adalah akaun sementara sebagai pusat pengumpulan Satoshi Bitcoin sebelum anda TRANSFER secara manual ke akaun Bitcoin (Blockchain.info) apabila jumlah terkumpul telah menepati syarat.

Berikut ini beberapa Bitcoin faucet yang anda boleh lawat setiap masa untuk mengumpul Bitcoin:

*semua link akan kami kemaskini dari masa ke semasa terutamanya 'broken links'.

Bitcoin Paid To Click (PTC)/Auto Surf

5 Minutes

10 Minutes

1 Hour

2 Hour

24 Hour

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM