Thursday, June 29, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Jun)


Tarikh 29 Jun merupakan hari ke 180 (hari ke 181 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 185 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Memorial Vimy

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Seychelles (1976) dan Perayaan Santo Peter dan Paul (Katolik Rom).

Peristiwa

1149 - Perang Salib Kedua: Tentera pimpinan Nuruddin Zengi memusnahkan angkatan Antioch pimpinan Putera Raymond dalam Pertempuran Inab.

1194 - Sverre ditabalkan sebagai Raja Norway.

1880 - Raja Tahiti Pōmare V dipaksa menyerahkan kedaulatan Tahiti dan wilayah tanggungannya kepada Perancis.

1922 - Perancis memberikan 100 hektar tanah di Rabung Vimy (gambar) kepada Kanada buat selama-lamanya sebagai menghargai jasa Kanada semasa Pertempuran Rabung Vimy dalam Perang Dunia Pertama.

1956 - Presiden Dwight D. Eisenhower memeterai Akta Lebuh Raya Bantuan Persekutuan 1956, dengan itu mencipta secara rasmi Sistem Lebuh Raya Antara Negeri Amerika Syarikat.

1974 - Naib presiden Isabel Martínez mengangkat sumpah sebagai Presiden Argentina wanita pertama, menggantikan suaminya Juan Peron yang sakit, dan meninggal dunia dua hari kemudian.

1985 - Komuniti Ekonomi Eropah mula menggunapakai Bendera Eropah, bendera yang dahulunya digunakan Majlis Europah pada 1955.

1995 - Semasa misi STS-71, Atlantis menjadi bolak-balik angkasa lepas pertama yang berlabuh di pangkalan angkasa lepas Mir Rusia.

1995 - Gedung Serbaguna Sampoong runtuh di daerah Seocho-gu, Seoul, Korea Selatan, membunuh 501 orang dan mencederakan 937 yang lain.

2006 - Dalam kes Hamdan lwn. Rumsfeld, Mahkamah Agung A.S. mendapati bahawa suruhanjaya tentera yang ditubuhkan pentadbiran Bush bagi membicarakan tahanan di Teluk Guantanamo mencabuli kedua-dua undang-undang antarabangsa dan A.S.

2007 - Apple mengeluarkan iPhone generasi pertama, merevolusikan industri telefon pintar.

2010 - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh akibat banjir teruk di Romania.

Kelahiran

1986 - Farizal Marlias, penjaga gol Negeri Sembilan FA dan Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Jun)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon