Friday, June 30, 2017

7-Eleven Tutup Perniagaan Mulai 30 Jun 2017!

Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit franchais 24 jam 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu akan ditutup bermula 30 Jun 2017.

7-Eleven
Gambar hiasan.

Penutupan kesemua 141 buah kedai itu diumumkan oleh syarikat pemilik rangkaian 7-Eleven Indonesia, PT Modern International dalam satu kenyatannya kepada Bursa Efek Indonesia.

Media-media tempatan memetik Direktur PT Modern Internasional, Chandra Wijaya, sebagai berkata, pemberhentian operasi kesemua kedai 7-Eleven itu adalah disebabkan masalah keterbatasan sumber dan urusan jual-beli saham perniagaan.

PT Modern International sebelum ini dilaporkan telah bersetuju menjual perniagaan rangkaian 7-Eleven Indonesia kepada PT Charoen Pokphand Restu Indonesia tetapi penjualan saham dan aset itu dibatalkan baru-baru ini setelah kedua-dua syarikat gagal mencapai kata sepakat.

Sehingga September 2016, terdapat 175 kedai 7-Eleven di Indonesia yang hanya beroperasi di Jakarta dan pada akhir tahun lepas lebih 20 kedai itu telah ditutup secara berperingkat atas alasan tidak menguntungkan.

Francais rangkaian 7-Eleven mula memasuki Indonesia pada 2008 dan dikelolakan oleh PT Modern Sevel Indonesia, anak syarikat PT Modern International.

Menurut laporan kewangan suku pertama 2017 PT Modern Internasional, hasil penjualan daripada 7-Eleven mengalami penurunan sebanyak 37.17 peratus daripada Rp220,66 juta (Rp1 juta lebih kurang RM300) kepada Rp138,62 juta.

Sementara itu Menteri Perdagangan Indonesia Enggartiasto Lukita menyangkal dakwaan bahawa penutupan 7-Eleven itu menunjukkan kelembapan sektor peruncitan di Indonesia kerana masih banyak kedai runcit​​​​​​​ 24 jam tempatan beroperasi seperti biasa.

Katanya penutupan itu adalah disebabkan masalah dalaman dan kerugian yang dialami syarikat tersebut.

Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk bertemu dengan pengurusan syarikat berkenaan bagi​​​​​​​mendapat maklumat lanjut mengenai penutupan kedai francais itu.

BACA INI JUGA: Kisah Di Sebalik Kenapa 7 Eleven Dibuka 24 Jam

sumber: sinarharian

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon

Loading...