Friday, June 30, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Jun)


Tanggal 30 Jun merupakan hari ke 181 (hari ke 182 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 184 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Jambatan Teluk Jiaozhou
Jambatan Teluk Jiaozhou.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Republik Demokratik Congo (1960).

Peristiwa

1559 - Dalam satu perlawanan lawan tombak, Gabriel Montgomery mencederakan mata Raja Henri II dari Perancis, akhirnya menyebabkan kematian baginda.

1864 - Taman Negara Amerika Syarikat: Presiden Abraham Lincoln memberikan Lembah Yosemite kepada California untuk "rekreasi dan kegunaan awam".

1894 - Jambatan Menara yang merupakan gabungan jambatan imbang dan gantung dibuka di London, merentasi Sungai Thames.

1905 - Jurnal sains Annalen der Physik menerbitkan rencana Albert Einstein "Mengenai Elektrodinamik Jasad Bergerak" yang memperkenalkan teori kerelatifan khas.

1908 - Letupan besar Tunguska terjadi di tempat yang kini Jajahan Krasnoyarsk, Rusia, merosakkan kira-kira 80 juta pokok di kawasan seluas 2,150 km persegi.

1934 - Adolf Hitler dengan ganasnya menyingkirkan lebih 85 pesaing politiknya pada Malam Pisau Panjang (Nacht der langen Messer).

1971 - Kapal angkasa lepas Soyuz 11 mengalami penyahmampatan tak terkawal ketika masuk semula ke atmosfera, membunuh kosmonaut Vladislav Volkov, Georgi Dobrovolski dan Viktor Patsayev, menjadi kematian pertama di angkasa.

1972 - Biro Masa Antarabangsa menambah saat lompat pertama kepada skala masa Waktu Semesta Berkoordinat.

2008 - Sepanyol memenangi UEFA Euro 2008, menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir.

2009 - Penerbangan 626 Yemenia dengan 142 penumpang dan 11 anak kapal terhempas di Lautan Hindi dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa ke Lapangan Terbang Prince Said Ibrahim.

2009 - Taliban menarik diri daripada perjanjian damai dengan kerajaan Pakistan, membunuh kira-kira 30 askar Pakistan tidak lama selepas mengumumkannya.

2010 - Hurikan Alex, hurikan Atlantik Jun terhebat dalam 53 tahun, bertemu daratan buat kali kedua di Tamaulipas, Mexico, mengorbankan 24 orang.

2010 - Christian Wulff terpilih menjadi Presiden Jerman.

2010 - Bekas juara Olimpik Pál Schmitt terpilih menjadi Presiden Hungary.

2011 - Jambatan Teluk Jiaozhou (gambar), jambatan rentas laut terpanjang dunia, dibuka di Shandong, Republik Rakyat China.

2011 - Laluan Kereta Api Kelajuan Tinggi Beijing–Shanghai sepanjang 1,318 km (819 mi) dibuka selepas 39 bulan dalam pembinaan.

2013 - Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir.

Kematian

2012 - Yitzhak Shamir, Perdana Menteri Israel ke-7.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Jun)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon