Thursday, February 02, 2017

RedONE Perkenal Pakej Internet Termurah Di Malaysia, Hanya RM48 Untuk 20GB Data!

RedONE Perkenal Pakej Internet Termurah Di Malaysia, Hanya RM48 Untuk 20GB Data!

Bila sebut tentang pelan telco, orang ramai akan memfokuskan pada harga bulanan beserta kuota internet yang ditawarkan di dalam pakej, dua perkara ini memang paling penting.

RedONE

Semua benda kena pakai internet sekarang kerana asing-masing memerlukan kuota internet yang besar untuk berhubung melalui WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, Skype dan macam-macam lagi aplikasi.

Kalau kuota internet bulanan setakat 2GB memanglah tak cukup. Sekurang-kurangnya mesti kena ada 10GB baru boleh stream internet sampai puas tanpa was-was.

Cuma masalahnya, kalau nak kuota internet yang besar, duit poket pun kena tebal juga. Kadang-kadang, harga yang ditawarkan terlalu tinggi sehingga ada yang tak mampu nak bayar secara konsisten setiap bulan, tidak kiralah pelan prepaid atau postpaid.

Tapi, masalah itu kini selesai. redONE muncul dengan pelan postpaid terbaru 'Amazing Plans' untuk 20GB kuota internet yang paling murah di Malaysia, HANYA RM48 SAHAJA!

Bayar RM48 dan dapat 20GB internet bulanan? Dengar macam mustahil bukan? Tapi tidak dengan redONE.

Pelan postpaid terbaru 'Amazing48' dilengkapi dengan kuota internet sebanyak 20GB (8GB 4G LTE + 12GB basic Internet) sebulan yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana syarikat telco lain.

Inilah pelan paling murah, paling berpatutan dan paling berbaloi untuk orang ramai dapatkan.

Bukan setakat internet 20GB, pelan 'Amazing48' juga memberi 200 minit panggilan PERCUMA ke semua rangkaian, termasuk ke nombor talian tetap atau fixed lines.

Selain itu, 'Amazing Plans' turut menawarkan pelan 'Amazing28' dengan 10GB internet dan pelan 'Amazing8' dengan 1GB internet.

Maklumat lanjut tentang pelan dan servis dari redONE.

Jangan tunggu lagi. Langgani pelan termurah dan terhebat dari redONE melalui agen berdaftar di seluruh Malaysia.

BACA INI JUGA: 5 Akses Internet Yang Kena Banned Di China!

Sumber: says

'Nasi Lemak Aiskrim' Inovasi Terbaharu Makanan Tradisi Melayu

'Nasi Lemak Aiskrim' Inovasi Terbaharu Makanan Tradisi Melayu

Walaupun agak pelik, Nasi Lemak Aiskrim, bunyi yang kedengaran janggal namun makanan kegemaran rakyat Malaysia ini berjaya diinovasikan oleh seorang gadis cina yang menghasilkan aiskrim perisa nasi lemak.

Nasi

Melissa Tan Chia Hui, 25, lulusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dari Universiti Middlesex, London nekad meninggalkan kerjaya sebagai pereka grafik di sebuah syarikat di Pulau Pinang, untuk menghasilkan produk jenama sendiri, 'Skream Softserve'.

Melissa yang juga penggemar nasi lemak, berkata tujuannya menghasilkan makanan itu adalah bagi menyuntik inovasi baharu terhadap makanan tradisi Melayu itu yang turut diminati oleh pelbagai kaum di negara ini.

"Bukan kerana gimik atau ingin mendapatkan perhatian malah jauh sekali ingin digelar hipster.

"Matlamat saya ialah untuk menghasilkan perisa yang lazat, orang ramai akan menyukainya dan mereka akan berkata, 'oh ini benar-benar aiskrim perisa nasi lemak'.

"Bagi memastikan menu ini adalah tulen dan merupakan menu istimewa dari kampung halaman kami, saya jadikan ia lebih bersifat tempatan, semua kaum boleh makan," katanya ketika ditemui Bernama di Kafe Diem, di Jalan Penjara Lama, Pekan Cina.

Walaupun namanya Nasi Lemak Aiskrim, namun ia dihidangkan tanpa nasi, dan di atas aiskrim itu akan ditabur dengan bahan utama yang terdapat pada menu nasi lemak seperti kacang tanah, ikan bilis, sambal, telur (telur puyuh) dan timun.

Melissa berkata aiskrimnya dihasilkan menggunakan perisa serai dan santan kelapa dan apabila dijamah, rasanya tidak ubah seperti nasi lemak yang sebenar.

"Kesemua bahan-bahan ini saya hasilkan sendiri dan kesemuanya adalah segar tanpa bahan pengawet atau kimia, saya ambil masa tiga bulan untuk buat kajian terlebih dahulu dan belajar menghasilkan nasi lemak sendiri.

"Perkara paling sukar saya nak hasilkan ialah sambal, sebab saya perlu buat sambal kering yang ada rasa pedas kerana sambal yang terlalu berminyak tidak sesuai jika dicampurkan bersama aiskrim," katanya.

Nasi Lemak Aiskrim

Melissa baru sahaja seminggu memulakan perniagaan di kafe tersebut yang merupakan kolaborasi beliau dengan pemilik kafe itu yang menghidangkan kek dan pelbagai jenis kopi.

"Pada hari pertama saya memulakan jualan, saya berjaya menjual 30 cawan aiskrim nasi lemak, bagaimanapun semalam saya berjaya menjual 144 cawan (harga satu cawan RM10)," katanya dan menambah, permintaan semakin meningkat selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Jelasnya beliau sama sekali tidak mengambil hati dengan komen-komen negatif yang dilemparkan di media sosial kerana menurutnya, ia merupakan ruang untuk beliau memperbaiki kelemahan.

"Ramai yang kata saya macam-macam, kerana hasilkan idea seperti ini tapi saya tidak kisah kerana saya tahu ini adalah satu daripada cabaran untuk saya berjaya.

"Ada yang kata saya tidak waras, ada yang kata rasa makanan ini mungkin meloyakan, tapi apa kata, cuba dulu baru mereka boleh tahu rasanya," katanya.

Melissa turut berhasrat untuk mewujudkan perniagaan francais atas jenama sulung beliau itu dan berharap agar Tahun Ayam pada tahun ini mampu membawa lebih banyak tuah dan kejayaan pada dirinya.

BACA INI JUGA: Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

Sumber: malaysiakini

Facebook Najib Razak Diserang Mesej '20¢'

Facebook Najib Razak Diserang Mesej '20¢'

Najib '20¢' | Laman sosial Facebook Najib Razak telah diserang mesej “20¢” selepas kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan RON95 sebanyak 20sen mulai februari 2017.

Najib

Pengguna Internet yang tidak puas hati dengan langkah itu mengambil kesempatan menulis status “20¢” di bahagian komen setiap tulisan dan pautan yang dikongsi beliau.

Ramai pengguna turut menampal beratus-ratus simbol itu dalam satu komen. Tiada ulasan lain diberikan.

Di status terkini Najib yang mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang berkhidmat di musim perayaan misalnya, hampir semua komen meletakkan simbol 20sen.

Setakat berita ini ditulis, hanya dua pengguna maya sahaja yang memberi komen berbeza, iaitu:

Halimah Said: Saya suka gambar ini.

Hairil Afzal: Janji 'dicapati... tembolok sendiri dipenuhi.

Bukan itu sahaja, gambar profil beliau juga menerima menjadi mangsa 'spam' '20¢'.

'20¢'

Kenaikan terbaru petrol dan diesel berkuatkuasa sejak 12 tengah malam februari menjadikan harga minyak berada pada tahap tertinggi sejak Januari 2016.

Harga runcit petrol RON95 kini menjadi RM2.30 seliter, RON97 (RM2.60 seliter) dan diesel naik 10sen kepada RM2.15 seliter bagi februari.

Najib setakat ini belum mengulas berhubung kenaikan harga itu.

'20¢'

Kerajaan menggunakan sistem apungan terkawal yang mengambil kira pelbagai faktor untuk menentukan harga minyak, termasuk harga minyak mentah dunia, kekuatan mata wang negara serta purata harga untuk bulan sebelumnya.

Pembangkang turut menuntut Najib memberikan penjelasan mengapa harga petrol naik 20sen ketika harga minyak mentah Brent dunia merosot pada Januari, kepada AS$55.86 bagi setiap tong.

BACA INI JUGA: 11 Respon Paling 'Win' Tentang Aplikasi Rasmi Najib Razak!

Sumber: malaysiakini

Maksud Tahun Ayam Yang Disambut Masyarakat Cina

Maksud Tahun Ayam Yang Disambut Masyarakat Cina

Tahun Baharu Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di negara ini kerana ia melambangan kelahiran tahun baharu mengikut kalendar lunar.

Tahun Ayam

Tahun Baharu Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak masyarakat Cina (bulan lunar dinamakan mengikut nama haiwan).

12 haiwan yang menaungi kalendar lunar adalah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan khinzir (babi) dan setiap haiwan membawa pengertiannya yang tersendiri.

Tahun 2017 adalah Tahun Ayam Jantan, haiwan kesepuluh dalam kitaran kalendar itu.

Pada malam Tahun Baharu Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama ahli keluarga.

Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi 'Angpau' kepada saudara mara dan sahabat masih muda. Tradisi ini bermaksud kebahagian yang berpanjangan.

Sepanjang perayaan ini, tarian singa akan dimainkan dari rumah ke rumah untuk memberi berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.

Apa maknanya tahun Ayam?

Tahun baharu, menurut kalendar Cina, bermula pada 28 Februari 2017 dan berakhir pada 15 Februari 2018.

Mereka yang lahir pada tahun Ayam dipercayai mempunyai ciri-ciri seperti setia, pintar, berani dan berbakat.

Bagaimanapun, pakar astrologi Cina meramal bahawa tahun 2017 tidak akan menjadi tahun yang begitu baik kepada mereka yang lahir dibawah zodiak ini.

Sambutan

Menurut Wikipedia, Tahun Baharu Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai masyarakat berketurunan cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di pekan-pekan cina di merata dunia.

Larangan

Masyarakat cina percaya beberapa larangan perlu diamalkan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Antaranya ialah;

1. Mengambil ubat pada hari pertama tahun lunar bermakna mereka akan mengalami kemudaratan kesakitan bagi tahun itu.

2. Bubur tidak boleh dimakan, kerana ia dianggap bahawa hanya orang miskin mampu makan bubur untuk sarapan. Penganut Buddha tidak mahu memulakan tahun baharu dengan makanan yang ‘miskin’ kerana ini dianggap sebagai satu petanda yang tidak baik.

3. Masyarakat Cina tidak akan mencuci pakaian pada hari pertama dan kedua perayaan, kerana kedua-dua hari dirayakan sebagai hari lahir Shuishen (Tuhan Air).

4. Rambut tidak boleh dibasuh pada hari pertama tahun lunar. Dalam bahasa cina, rambut mempunyai sebutan yang sama dan watak sebagai 'fa fa cai’, yang bermaksud 'untuk menjadi kaya’. Oleh itu, ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak baik untuk "mencuci nasib seseorang" pada awal tahun baru.

5. Tidak boleh meyapu rumah kerana ia bermakna anda menyapu keluar kekayaan.

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikannya.

BACA INI JUGA: Sejarah Dan Asal Usul Perayaan Tahun Baru Cina

Sumber: AA

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Februari?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Februari?

Bulan Februari merupakan bulan yang cukup unik kerana memiliki hari yang sedikit berbanding bulan-bulan lain dengan jumlah 28 hari kecuali 29 hari pada tahun lompat yang disambut setiap 4 tahun.

February

Menurut kalendar Gregorian yang kita gunakan sekarang, setahun ada 12 bulan dan 12 bulan itu adalah dari bulan Januari sehingga Disember.

Kalendar Gregorian dicipta oleh Father Gregory untuk menyelaraskan hari mengikut pusingan matahari dan menambahbaik sistem kalendar Julian yang dicipta oleh Julius Caesar yang pernah digunakan di Rom pada suatu masa dulu.

Dan pastinya, setiap nama dalam kalendar Gregorian mempunyai makna dan asal usul tersendiri.

Maksud Nama Bulan Februari (Februum, Februa)

Bulan yang paling singkat dalam kalendar Gregory, kurang dari 30 hari dan juga bulan untuk tahun lompat.

Berasal dari bahasa Latin ‘Februum’ yang bermaksud penyucian, berdasarkan ritual penyucian pada hari ke-15 bulan penuh atau disebut sebagai ‘Februa’ dalam Latin.

Festival ini biasanya diadakan pada hari ke-15 di bulan tersebut dan nama 'Februa' sendiri mengacu pada salah satu suku kuno yang tinggal di Rom iaitu suku Sabine.

Februari dimasukkan ke dalam kalendar Roman oleh Numa Pompilius pada 713 sebelum masihi, merupakan bulan yang terakhir dalam senarai dan ditukar pada masa Decemvris (bermaksud ‘Ten Men’ dalam pemerintahan republik Roman) pada 450 sebelum masihi dan menjadi bulan kedua.

Dalam kalendar Julian, hari ke-29 dimasukkan setiap 4 tahun untuk melengkapkan kitaran tahun lompat dan mengalami sedikit perubahan dalam kalendar Gregory apabila tahun Anno Domini (AD) bermula pada Zaman Pertengahan.

Anno Domini dicipta oleh Dionysius Exiguus sebagai label pemisah antara kalendar Julian dan Gregory, merujuk kepada tahun sebelum kelahiran Jesus (atau juga disebut sebagai BC) dan nama Anno Domini ini berasal dari perkataan ‘Anno Domini Nostri Iesu/Jesu Christi' yang membawa maksud ‘In the Year of Our Lord Jesus Christ’.

Walaupun berlaku perubahan dalam jumlah bulan-bulan yang lain tetapi Februari hanya memiliki 28 hari.

Perkara ini berlaku kerana penghormatan yang sangat besar dari masyarakat Rom terhadap ritual penyucian di bulan tersebut sehingga tidak dilakukan pengubahan jumlah hari.

Perubahan hanya dilakukan empat tahun sekali dengan menambahkan satu hari untuk menyempurnakan sistem kalender tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Januari?

-SENTIASAPANAS.COM

Dalam Siasatan SPRM, Annuar Musa Jadi Kambing Hitam?

Dalam Siasatan SPRM, Annuar Musa Jadi Kambing Hitam?

Apabila beberapa hari lalu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad memberi amaran "tunggu" kepada ahli-ahli politik yang korup, hampir tidak ada yang menyangka mangsa pertamanya ialah Annuar Musa.

sprm

Dengan kedudukan sebagai Ketua Penerangan UMNO, lebih-lebih lagi beliau dilantik ke jawatan itu menggantikan Ahmad Maslan di tengah-tengah kehangatan serangan oleh Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak, hukum akalnya beliau adalah tokoh pilihan dan tentulah akan sentiasa dilindungi oleh Perdana Menteri.

Jika pun beliau didapati melakukan apa-apa kesalahan yang ketara dan tidak boleh dilindungi, langkah yang biasa diambil ialah menasihatkannya berundur secara sukarela.

Dengan yang demikian, bukan saja beliau akan diselamatkan, malah faktor jawatan yang disandangnya itu mungkin memberi kesan negatif kepada parti dapat dielakkan, selain yang lebih utama nama Perdana Menteri yang melantiknya juga akan turut terpelihara.

Tetapi, apa yang menimpa Annuar memang mengejutkan dan luar biasa. Pertama kali dalam sejarah Mara, malah sejak Risda ditubuhkan, pengerusinya diperlakukan sedemikian rupa.

Annuar digantung tugas dalam satu mesyuarat khas tanpa kehadirannya yang diadakan ketika beliau berada di New Zealand menjalankan tugas rasmi selaku Pengerusi Mara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob yang bertanggungjawab kepada Mara, dalam kenyataan medianya mengatakan penggantungan itu adalah proses biasa bagi membolehkan audit dalaman menjalankan siasatan terhadap Annuar.

Pada lewat petangnya pula, SPRM mengesahkan bahawa Annuar kini sedang disiasat atas dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan di mana Annuar dipercayai ada kepentingan di kedua-dua belah pihak.

Sebagaimana yang disebut dalam posting sebelum ini, maka kini tidak mustahil kepulangan Annuar di KLIA Khamis nanti akan disambut oleh pegawai-pegawai SPRM yang ingin menahan remannya, sekaligus menjadikannya ahli politik pertama yang ditahan sejak meletusnya skandal 1MDB.

Persoalan ramai, mengapa Ismail Sabri selaku menteri memberi kebenaran kepada Annuar diperlakukan sedemikian rupa sedangkan beliau sedar kedudukannya sebagai Ketua Penerangan UMNO dan merupakan antara orang kesayangan Najib?

Mengapa tidak Annuar dinasihatkan berundur secara baik, jika pun beliau mahu dihadapkan kepada audit dalaman Mara atau mahu disiasat oleh SPRM?

Mengapa tindakan gantung jawatan, bahkan ketika beliau melakukan melakukan tugas rasmi menjadi pilihan yang tentunya memalukan dirinya, UMNO dan juga Najib?

Semua orang tahu Ismail Sabri Yaakob bercita-cita untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO akan datang.

Di kalangan warga UMNO, keinginan Ismail Sabri itu bukan lagi rahsia, malah dalam program lawatannya ke beberapa negeri kebelakangan ini, beliau didapati "menyelam sambil minum air" dengan bertemu pemimpin-pemimpin UMNO di setiap negeri yang dilawatinya.

Sekiranya UMNO terus menang PRU 14, Zahid Hamidi sudah tentu akan mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO yang sekarang dipangkunya.

Dengan demikian, hanya tinggal Hishammuddin Hussein selaku penyandang Naib Presiden dan bermakna ada dua kekosongan bagi jawatan tersebut.

Jika Hishammuddin menentang Zahid pula, lagilah ketiga-tiga kerusi Naib Presiden ada kekosongan. Di sinilah Ismail Sabri merasakan beliau ada peluang untuk menempatkan dirinya di jawatan ketiga penting dalam UMNO itu.

Tetapi, Ismail Sabri bukanlah pemimpin yang benar-benar ada karektor untuk pergi lebih jauh dalam politik dan kerajaan.

Beliau hanyalah pemimpin biasa-biasa saja. Sebab itu, beliau perlukan lonjakan untuk menjadikannya sentiasa popular dan diingati.

Lantang dalam isu Low Yatt, mewujudkan Mara Digital dan mengatur perjumpaan Ketua-Ketua UMNO Bahagian untuk menyatakan sokongan kepada Najib dalam isu 1MDB dan derma RM2,600 juta sebelum ini adalah antara langkah yang dipercayai dilakukan oleh Ismail Sabri untuk mempopularkan dirinya.

Baru-baru ini pula Ketua Setiausaha kementeriannya ditahan oleh SPRM atas dakwaan rasuah. Meskipun penahanan itu tidak melibatkan beliau, tetapi hubungan rapatnya dengan Ketua Setiausaha itu telah pun menjadi bualan ramai dalam UMNO sehingga dikatakan sanggup membawanya sama berpindah dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sekarang ini untuk bersama di bawah satu kementerian dengannya.

Apabila Annuar sendiri membuat dakwaan bahawa mesyuarat khas Ahli Majlis Mara yang menggantungnya diadakan dengan restu menteri, tidak mustahil ia dalam masa yang sama juga bertujuan melonjakkan nama Ismail Sabri.

Dengan sebelum ini mengatakan kes tajaan kepada bolasepak Kelantan telah menjejaskan nama Mara, penggantungan Annuar pula dengan sendirinya mampu melonjakkan lagi nama Ismail Sabri dalam konteks memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam di bawah kementeriannya.

Namun, tidakkah tindakannya itu seolah-olah "mengenakan" Najib kerana Annuar adalah pilihan Najib sebagai Ketua Penerangan UMNO?

Sebagai menteri yang biasa-biasa, Ismail Sabri tidak mungkin berani bertindak luar biasa. Apa pun tindakannya, beliau mesti mendapat kebenaran daripada Najib terlebih dahulu.

Mustahil Ismail Sabri ada kekuatan luar biasa untuk memberi kebenaran kepada Ahli Majlis Mara mengadakan mesyuarat khas untuk menggantung Annuar tanpa mendapat lampu hijau daripada Najib terlebih dahulu.

Jika begitu, kenapa Najib sanggup "mengenakan" Ketua Penerangannya sendiri?

Najib kini berdepan tekanan masyarakat berhubung isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang dikaitkan dengan dirinya. Setiap hari sokongan rakyat makin menyusut dan berkurangan terhadapnya.

Apabila Annuar, sebagai orang kanan UMNO sendiri disiasat, direman atau didakwa kemudiannya, tukang-tukang kompang akan mengatakan itulah buktinya Najib serius dalam menanangi rasuah sehingga orang kanannya dalam UMNO sendiri pun tidak dilindunginya.

Orang kampung, makcik Felda dan pakcik kedai kopi mungkin menerima logik sebegitu, lebih-lebih lagi jika dua atau tiga lagi ahli politik turut dijadikan mangsa selepas ini.

Dalam keadaan begitu, ia sedikit-sebanyak akan memutihkan watak Najib untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Bermakna, dengan "menghitamkan" Annuar, Ismail Sabri dapat melonjakkan popularitinya serta dalam masa yang sama dapat pula "memutihkan" sedikit imej Najib di mata rakyat.

Apalah sangat setakat Annuar kalau mahu dijadikan "mangsa", yang lebih penting ialah mesti menang pilihanraya.

Selepas menang nanti, skrip dan jalan cerita boleh diubah semula.

BACA INI JUGA: Manisfesto PPBM (BERSATU) Dan Ikrar Selamatkan Malaysia

Sumber: shahbudin

Wednesday, February 01, 2017

Shalini Yadav Hidap Penyakit Misteri, Digelar Manusia Ular!

Shalini Yadav Hidap Penyakit Misteri, Digelar Manusia Ular!

Seorang remaja perempuan di India, Shalini Yadav, digelar ‘manusia ular’ akibat menderita penyakit misteri yang menyebabkannya ‘bersalin kulit’ setiap enam minggu.

Shalini Yadav

Shalini Yadav, 16 tahun, menghidap penyakit kulit Erythroderma iaitu sejenis radang kulit atau dikenali sebagai ‘red man syndrome’ yang mana para doktor belum menemui rawatan untuk mengubatinya.

Malangnya, oleh kerana keadaannya yang berbeza berbanding remaja seusia, Shalini dibuang sekolah kerana rakan sekelas takut dengannya.

“Saya mahu belajar di sekolah seperti rakan-rakan sebaya yang lain, namun dibuang sekolah hanya kerana pelajar lain takut melihat wajah saya.

“Semua orang dalam keluarga saya juga menderita akibat penyakit saya ini.

“Tapi apa salah saya? Apa dosa yang saya lakukan hingga menghidap penyakit seperti ini? Saya mahu hidup. Tolonglah saya, jika anda mampu,” luahnya.

Shalini Yadav

Shalini juga difahamkan perlu merendam badannya di dalam air setiap satu jam dan menyapu krim pelembab selang tiga jam untuk mengelak kulitnya menjadi kering dan menggelupas.

Namun, oleh kerana ibu bapanya tidak mampu membeli krim tersebut, Shalini terpaksa menahan sakit dan membiarkan kulitnya terkupas setiap enam minggu.

Luluh hati si ibu, Devkunwar melihat penderitaan yang ditanggung oleh anak perempuannya itu sejak dari kecil lagi.

“Kami telah berjumpa beberapa doktor namun tiada satu pun yang mampu mengubatinya dan keadaan Shalini bertambah teruk.

Shalini Yadav

“Saya tidak berdaya melihat kesakitan yang ditanggungnya ketika kulitnya menggelupas.

“Penyakit ini tidak membunuh, tapi mengambil nyawanya sedikit demi sedikit,” luahnya.

Shalini mempunyai dua adik iaitu Sejal, 15 tahun dan Price, 8 tahun, namun kedua-duanya dilahirkan normal dan tidak menghidapi penyakit misteri yang dialaminya.

BACA INI JUGA: Ular Kepala Pelangi Antara Spesies Baharu Ditemui

Sumber: mynewshub

Pencipta Permainan ‘Pac Man’ Meninggal Dunia

Pencipta Permainan ‘Pac Man’ Meninggal Dunia

Perintis hiburan arked yang mempelopori permainan video popular 'Pac-Man', Masaya Nakamura meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Masaya Nakamura

Masaya Nakamura mengasaskan syarikat permainan video gergasi Namco dan untuk tempoh 10 tahun, Namco juga menjadi pemilik syarikat filem Nikkatsu.

Kematian Masaya Nakamura direkodkan lebih awal iaitu pada 22 Januari 2017, tetapi ia hanya diumumkan oleh Namco selepas seminggu di laman webnya yang berbahasa Jepun.

Masaya Nakamura belajar di universiti teknikal di Yokohama, mengasaskan Namco pada tahun 1955 sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan kuda mekanikal di atas bumbung sebuah pusat beli-belah.

Selepas Namco digabungkan dengan sebuah lagi firma permainan Jepun, Bandai, untuk membentuk Namco-Bandai (kemudian Bandai Namco) pada tahun 2005, Masaya Nakamura mengekalkan kedudukan kehormatnya.

Beliau juga telah diberikan anugerah Order of the Rising Sun, oleh kerajaan Jepun untuk perkhidmatan beliau kepada industri.

Pac-Man, yang kelihatan seperti sebiji pizza yang sudah dimakan sepotong, dicipta oleh Toru Iwatani dan mula dijual sebagai permainan yang dikendalikan dengan duit syiling pada tahun 1980.

Pac-Man kemudiannya telah berkembang ke permainan konsol sebelum barangannya dijual secara besar-besaran, dijadikan siri TV, taman tema dan filem.

Namco juga membeli Nikkatsu pada tahun 1993, sebuah studio filem tertua di Jepun yang pernah terkenal dengan pink-Eiga (genre lucah).

BACA INI JUGA: Kos Pembikinan Video-video Game Terkenal

Sumber: mstar

Apa Sebenarnya Forex Dan Hukumnya Dalam Islam?

Apa Sebenarnya Forex Dan Hukumnya Dalam Islam?

Forex adalah singkatan dalam bahasa Inggeris bagi Foreign Exchange dan jika diterjemah ke bahasa melayu bermaksud Pertukaran Matawang Asing.

Forex

Secara ringkas, Forex adalah pasaran matawang dunia di mana matawang dibeli dan dijual oleh saudagar-saudagar Forex dan bank-bank diseluruh dunia.

Sebelum tahun 1996, pasaran Forex hanya dibuka kepada ahli-ahli ekslusif yang terdiri daripada Bank, Institusi Pelaburan dan individu berpengaruh (High Net Worth Individuals), konglomerat multi millionaire seperti George Soros sahaja kerana modal permulaan sebanyak USD10 juta diperlukan untuk memasuki pasaran ini.

Disebabkan peraturan ketat tersebut, pasaran forex ketika itu kurang popular dikalangan pelabur biasa kerana ramai yang tidak mampu dan tidak dibenarkan melabur di dalam forex.

Kemudian, pada tahun 1996, forex dibuka kepada orang ramai selepas diluluskan buat pertama kali oleh Presiden Amerika ketika itu, Bill Clinton.

Semenjak itu, broker-broker forex tumbuh bagaikan cendawan dan jumlah dagangan terus meningkat setiap tahun dan kini purata dagangan harian forex mencapai USD2.5 - USD3 trilion setiap hari.

Pasaran Forex amat berkuasa sehingga dapat menjatuhkan ekonomi sesebuah negara dalam sekelip mata (Contoh di Russia dan Indonesia).

Anda masih ingat siapa George Soros? Beliau sangat bijak menggunakan kuasa yang ada pada pasaran forex bagi mendapat keuntungan melebihi USD1 bilion dalam sekelip mata sahaja.

Kini, broker Forex semakin bertambah banyak dan akibat daripada saingan broker forex di internet, modal minima membuka akaun telah menjadi semakin rendah.

Memadai dengan modal sebanyak USD1 sahaja, anda boleh membuka akaun dan memulakan dagangan (trade).

Forex adalah satu instrument pelaburan dunia terbesar, jauh melebihi jumlah dagangan di mana-mana bursa saham dunia.

Pasaran Forex di buka 24 jam sehari tanpa henti, 5 hari seminggu dengan jumlah dagangan (volume) adalah melebihi 4 hingga 5 kali saiz pasaran niaga hadapan (futures) US.

Forex juga adalah merupakan pelaburan utama bagi bank-bank perdagangan utama, bank pusat (central bank dan bank-bank komersial) di seluruh dunia.

Bagaimana menjana keuntungan trading forex?

Forex adalah singkatan bagi 'Forex Exchange' dan kebiasaannya ungkapan ini adalah bagi menggambarkan aktiviti trading forex atau berdagang pertukaran matawang.

Persoalannya, bagaimana menjana keuntungan dengan trade forex?

Begini. Nilai matawang sentiasa berubah-ubah mengikut negara. Apa yang kita BUY (Beli) ketika harga matawang tersebut rendah dan SELL (Jual) ketika harganya tinggi.

Contohnya, katakan pada awal tahun 2014 anda menukar RM3.30 bersamaan 1 US Dollar di MoneyChanger.

Kemudian, pada awal tahun 2017, kadar sudah berubah iaitu sekitar RM4.40 bersamaan 1 US Dollar.

Dan ketika anda tukar kembali duit 1 US Dollar tersebut di MoneyChanger, anda akan mendapat RM4.40.

Pengiraan = RM4.40 - RM3.30 = RM1.10 (Inilah keuntungan)

Tetapi. semua transaksi ini anda dapat lakukan secara pantas melalui online sahaja, melalui platform trading forex.

Ia tidak menggunakan MoneyChanger tetapi ia menggunakan Forex Broker.

Anda juga tidak perlu menunggu bertahun-tahun, sebab naik turun nilai matawang sangat aktif dan anda boleh BUY/SELL dengan sangat pantas semudah 'klik button' BUY atau SELL sahaja.

Anda boleh mendapat keuntungan dalam tempoh masa yang sangat singkat, dalam temph 5 minit pun boleh.

Anda hanya perlu melihat graf macam saham juga, beli harga rendah dan jual pada harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan.

Apa Bezanya Spot Forex Dan Foward Forex?

1. Foward Forex

Kontrak Pertukaran Matawang Pada Masa Hadapan (Currencies Futures Contract) adalah kontrak yang sah dari segi undang-undang (bukan agama) yang melibatkan dua pihak yang memperdagangkan sejumlah wang dalam tukaran matawang pada nilai yang telah ditetapkan (kadar tukaran yang ditetapkan) pada satu masa tertentu pada masa hadapan.

Sebagai contoh, jika penjual tidak menamatkan atau menutup pegangan sebelum tarikh yang dipersetujui, dia boleh memiliki matawang tersebut pada masa yang telah ditetapkan, ataupun boleh 'meramal' nilai matawang tersebut akan jatuh di pasaran semasa (spot market) pada suatu masa sebelum tarikh persetujuan kontrak. (Maaf jika penerangan ini mengelirukan anda)

2. Spot Forex

Dalam Spot Forex pula adalah matawang yang didagangkan ditukar secara serta merta pada masa pasaran.

Secara umumnya, sebarang spot market (pasaran semasa) melibatkan pertukaran sebenar barangan dagangan dan perkara ini adalah lumrah dalam perdagangan barangan komoditi.

Sebagai contoh, apabila seseorang pergi ke bank ataupun pengurup wang (money changer) untuk menukar matawang, orang tersebut secara sedar atau tidak telah terlibat dalam pasaran Spot Forex.

Perbezaan

Perbezaan utama diantara Forward Forex dan Spot Forex adalah bila harga nilai pertukaran ditetapkan dan bila pertukaran matwang tersebut berlaku.

Dalam Forward Forex, nilai matwang ditetapkan semasa kontrak ditandatangani dan pertukaran pasangan matawang tersebut berlaku pada tarikh penghantaran (delivery date) yang biasanya ditetapkan pada suatu tarikh di masa hadapan.

Di dalam Spot Forex, harga ditetapkan pada harga semasa pasaran (real time) dan pertukaran pasangan matawang tersebut berlaku serta merta ataupun dalam jangkamasa yang singkat. -tradersguide

Hukum Pelaburan Forex Dalam Islam

Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih iaitu:-

a- Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah:

Ertinya: "Emas dengan Emas (ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai." (Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ).

b- Nabi bersabda:-

Ertinya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

c- Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis:-

Ertinya: "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang."( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan fungsinya sebagai 'medium of exchange'. Justeru setiap displin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada urusan transaksi matwang.

Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI.

Forex dalam matawang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan Forex yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang menggunakan ‘Value forward' (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam Riba Nasiah. Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain instrument yang tidak halal di sisi Shariah.

Instrumen-instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama.

Masalah dalam implementasi Forex adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal. (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Tidak dinafikan, bahawa terdapat sesetengah Institusi Kewangan Islam yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah mereka, namun semua mereka hanya terlibat dalam FOREX jenis SPOT dan bukannya jenis ‘Forward'.

Jika adapun jenis forward ia menggunakan konsep Al-WA'D atau 'Unilateral Promise' dan ia telah disepakati keharusannya.

Apa yang pasti, Majlis Shariah mereka telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja.

Justeru MELABUR MODAL (Bererti anda hanya melabur dan kemudian tunggu untung sahaja) dan di dalam institusi kewangan konvensional yang memperolehi untung melalui cara Forex adalah tidak halal di sisi Islam.

Ia adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI).

Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani', Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.

Hukum Forex Trading yang dijalankan (trade) sendiri

Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertama-tamanya ia tertakluk kepada:-

a- Terdapat unsur judi atau tidak apabila membeli dan menjual matawnag hanya kerana mengharap keuntungan dari perbezaaan nilainya, bukan kerana digunapakai di negara matawang terbabit. Maka setelah kajian perinci oleh JAKIM dan ISRA, mendapati unsur judi adalah wujud maka semua jenis forex trading adalah HARAM.

b- Kesohihan dan kewibawaan syarikat platform dari sudut lesennya dan pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak sebenar. Butiran terperinci berkenaan platform ini mestilah diteliti dan boleh diperolehi. Jika tidak, transaksi anda adalah syubhat dari awal lagi kerana terdapat unsur gharar.

b- Jika platform tersebut mempunyai wibawa dan lesen serta info yang sangat mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta-akata berkaiatan dengan aktiviti ini dari badan berwajib di Malaysia. Ini perlu bagi memastikan anda tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang Negara.

Jika yang kedua juga lulus, transaksi jual matawang asing dan simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukarannya naik adalah harus kerana ia secara automatiknya dilaksanakan menurut kaedah ‘spot'. -zaharuddin

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Apa Hukum Trade Binary Options? Adakah Halal Atau Haram?

-SENTIASAPANAS.COM



7 Faktor Yang Mempengaruhi Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dunia

7 Faktor Yang Mempengaruhi Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dunia

Kontroversi kenaikan harga bahan bakar petrol dan diesel bermula dari tujuan kerajaan untuk menyeimbangkan pembiayaan ekonomi melalui bahan bakar melalui ekonomi global.

Harga Minyak

Namun, tahukah anda apa sebenarnya faktor dan punca utama kenaikan dan penurunan petrol dan diesel di pasaran?

Kami senaraikan 7 faktor dan punca penyebab yang menentukan harga minyak yang mempengaruhi harga minyak dipasaran dan senarai ini adalah seperti yang diterbitkan oleh US Energy Information Administration (EIA).

1. Pengeluaran OPEC

Pengeluaran minyak mentah oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) adalah faktor penting yang mempengaruhi harga minyak.

Organisasi ini bertujuan untuk menetapkan pengeluaran minyak di negara-negara anggotanya dan dari sejarah, harga minyak mentah telah melihat peningkatan apabila pengeluaran OPEC dikurangkan.

Negara-negara anggota OPEC mengeluarkan kira-kira 40 peratus daripada minyak mentah dunia dengan kata lain, OPEC menguasai 40% market share pengeluaran minyak mentah dunia.

Oleh kerana market share ini, apa juga tindakan atau 'cakap-cakap' OPEC boleh mempengaruhi harga minyak, terutamanya pengeluaran minyak daripada Arab Saudi, pengeluar OPEC terbesar, yang kerap kali memberi kesan kepada harga minyak.

Sejauh mana OPEC menggunakan kapasiti pengeluaran akan menjadi petanda sama ada pengeluaran minyak dunia terbatas (tight) atau terlebih.

Contohnya, Arab Saudi boleh menyimpan kapasiti tambahan 1.5- 2 juta tong sehari untuk mengawal pasaran.

Sebagai perbandingan, jumlah pengeluaran minyak mentah Malaysia hanyalah sekitar 660,000 ribu tong sehari.

Kapasiti lebihan inilah yang digunakan oleh Arab Saudi untuk mengetepikan saingan shale oil US dengan melambakkan pasaran dengan lebihan minyak mentah. Kesannya ialah harga jatuh mendadak dan ramai juga yang hilang pekerjaan.

Apabila kapasiti lebihan (spare capacity) OPEC tinggi, harga minyak akan tinggi. Sebaliknya jika kapasiti lebihan rendah (tingkatkan pengeluaran), harga minyak akan jatuh.

Walaupun usaha-usaha OPEC untuk menguruskan pengeluaran dan mengekalkan tahap harga yang disasarkan, negara-negara anggota tidak sentiasa mematuhi sasaran pengeluaran. Harga minyak boleh terjejas oleh keengganan negara-negara anggota untuk mengekalkan sasaran pengeluaran.

Di samping itu, gangguan yang tidak dijangka boleh mengurangkan pengeluaran OPEC. Jumlah gangguan, berapa cepat ia berlaku dan ketidaktentuan mengembalikan kembali pengeluaran mempunyai pengaruh yang besar ke atas harga minyak.

Harga minyak bukan hanya bergantung kepada bekalan dan permintaan semasa, tetapi juga bekalan masa depan yang diunjurkan dan permintaan.

OPEC menyesuaikan sasaran pengeluaran negara-negara anggotanya berdasarkan pengeluaran semasa dan jangkaan bekalan dan permintaan masa depan.

Menganggarkan bekalan dan permintaan masa depan, bagaimanapun, amat mencabar apabila keadaan pasaran tidak menentu dan berubah dengan pesat.

Tambahan pula pelarasan pengeluaran biasanya lambat berbanding dengan perubahan pasaran yang cepat.

2. Pengeluaran Non Opec

Pengeluaran minyak dari negara-negara di luar Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada masa ini mewakili kira-kira 60 peratus daripada pengeluaran minyak dunia.

Pusat-pusat utama pengeluaran bukan OPEC termasuk Amerika Utara, wilayah bekas Kesatuan Soviet dan North Sea.

Berbeza dengan pengeluaran minyak OPEC, pengeluar bukan OPEC membuat keputusan yang bebas mengenai pengeluaran minyak.

Juga, berbeza dengan OPEC, di mana pengeluaran minyak adalah kebanyakannya dalam tangan syarikat-syarikat minyak nasional (NOC), syarikat minyak antarabangsa (IOC) melaksanakan kebanyakan aktiviti pengeluaran di negara-negara bukan OPEC.

Objektif utama IOC seperti Shell dan Exxon Mobil ialah untuk memaksimakan untung. Berbeza dengan beberapa NOC seperti Petronas dan Petrobras, walaupun beroperasi dalam cara yang sama seperti IOC, mereka mempunyai objektif tambahan seperti menyediakan pekerjaan dan membina infrastruktur untuk negara.

Pengeluar di negara bukan OPEC secara amnya dianggap sebagai pengambil harga, iaitu, mereka bertindak balas kepada harga pasaran dan bukan cuba untuk mempengaruhi harga dengan menguruskan pengeluaran.

Hasilnya, pengeluar bukan OPEC cenderung untuk menghasilkan pada atau berhampiran kapasiti penuh dan mempunyai kapasiti lebihan yang sedikit.

Pengeluaran bukan OPEC berlaku sebahagian besarnya di kawasan yang mempunyai kos penemuan dan pengeluaran yang agak tinggi.

Tidak seperti kos pengeluaran di Arab Saudi dan Iran yang rendah. Oleh itu, pengeluar bukan OPEC telah meneroka ke laut dalam luar pesisir dan mengejar sumber bukan konvensional seperti shale oil.

Hasilnya, pengeluaran bukan OPEC biasanya mempunyai kelemahan daripada segi kos berbanding dengan pengeluaran OPEC.

Pengeluar bukan OPEC sering membawa pembangunan teknologi pengeluaran baru. Awalnya kos untuk teknologi baru adalah tinggi, namun dengan penambahbaikan dan penggunaan yang meluas akan merendahkan kos kemudiannya.

Di samping pengeluaran minyak mentah, pengeluaran gas asli menyediakan bekalan tambahan bahan api cecair, yang dipanggil cecair gas asli (NGL). Ini umpama sumber alternatif kepada minyak mentah biasa.

Peningkatan pengeluaran gas asli pada tahun-tahun kebelakangan ini telah menyebabkan peningkatan besar dalam NGL.

Ini telah menyumbang kepada jumlah bahan api cecair dunia dan membantu untuk mengurangkan kenaikan harga.

Walaupun kenaikan pengeluaran bukan OPEC menyumbang untuk menurunkan harga minyak, gangguan pengeluaran bukan OPEC boleh mengurangkan bekalan minyak global dan membawa kepada kenaikan harga minyak.

Gangguan yang tidak dirancang ini boleh berlanjutan untuk jangka masa yang lama. Ketidakpastian tentang bila pengeluaran akan kembali pulih akan menambah kepada turun naik harga.

3. Spot Price

Minyak mentah didagangkan dalam pasaran global manakala harga minyak mentah yang dihasilkan di seluruh dunia didagangkan pada harga yang berbeza-beza bergantung kepada kandungan sulfur dan kelikatannya, namun cenderung untuk bergerak rapat antara satu sama lain.

Contohnya, minyak daripada lapangan Tapis didagangkan pada harga yang lebih tinggi daripada minyak Brent.

Harga minyak mentah dan harga minyak di stesen minyak, boleh dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa yang mempunyai potensi untuk mengganggu aliran minyak, termasuk perkembangan geopolitik dan perubahan musim.

Perkara ini boleh membawa kepada penutupan telaga minyak atau mewujudkan ketidakpastian mengenai bekalan masa depan atau permintaan, yang boleh membawa kepada turun naik harga yang lebih kerap.

Turun naik harga minyak sememangnya terikat kepada tindak balas “inelastic” pada kedua-dua bekalan dan permintaan untuk perubahan harga dalam jangka masa pendek.

Kedua-dua kapasiti pengeluaran minyak dan pengunaan minyak tidak banyak berubah bagi satu unit perubahan harga minyak pasaran untuk tempoh masa yang terdekat ini.

Bermakna, kenaikan harga minyak tidak banyak mendorong orang untuk kurang memandu kereta. Ini kerana tidak ada alternatif mudah yang boleh menggantikan minyak sebagai sumber tenaga untuk pengangkutan. Berbeza dengan nasi lemak. Kalau nasi lemak anak dara mahal boleh pilih nasi kerabu janda pula.

Dalam industri minyak dan gas, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk membangunkan sumber bekalan baru atau mengubah pengeluaran dan ia adalah amat sukar bagi pengguna untuk beralih kepada bahan api lain atau meningkatkan kecekapan bahan api dalam jangka terdekat apabila harga meningkat.

Melainkan berlaku perubahan harga besar dan drastik yang memaksa kita membuat imbangan semula terhadap pengeluaran dan pemintaan minyak.

Banyak minyak mentah di dunia terletak di kawasan-kawasan yang telah terdedah sejak dulu lagi kepada pergolakan politik.

Beberapa kejutan harga minyak utama telah berlaku pada masa yang sama seperti gangguan bekalan dicetuskan oleh peristiwa politik, terutamanya Embargo Arab Oil dalam 1973-1974, revolusi Iran dan Iran-Iraq pada tahun 1970-an dan awal 1980-an dan Perang Teluk Parsi pada tahun 1990.

Baru-baru ini, gangguan pengeluaran dan pencarian minyak akibat geopolitik telah dilihat di Nigeria, Venezuela, Iraq, Iran dan Libya.

Memandangkan sejarah membuktikan gangguan bekalan minyak berpunca daripada peristiwa politik, pemain industri ini sentiasa menilai kemungkinan gangguan masa depan dan impaknya.

Selain saiz dan tempoh gangguan yang berpotensi, mereka juga mengambil kira ketersediaan stok minyak mentah dan keupayaan pengeluar lain untuk mengimbangi kehilangan bekalan yang berpotensi.

Sebagai contoh, jika pasaran mempunyai cukup kapasiti pengeluaran ‘back-up’ untuk mengimbangi gangguan, kesan kepada kepada harga akan menjadi lebih kecil daripada jika kapasiti pengeluaran ‘backup’ adalah lebih rendah.

Apabila terdapat kebimbangan besar mengenai potensi gangguan dan pada masa yang sama kapasiti ‘back-up’ dan inventori ini kelihatan tidak mencukupi untuk mengimbangi ganguan bekalan, harga boleh berada pada tahap lebih tinggi daripada yang dijangkakan berdasarkan ‘supply and demand’ semasa.

Harga minyak mengambil kira pandangan ke hadapan dan ini diterjemah dengan kenaikan harga sebagai “premium risiko.”

Cuaca juga boleh memainkan peranan penting dalam menentukan bekalan minyak. Taufan pada tahun 2005, sebagai contoh, menutup minyak dan pengeluaran gas asli dan juga kilang-kilang penapis. Akibatnya, harga produk petroleum meningkat dengan ketara apabila bekalan ke pasaran menurun.

Hal-hal lain seperti gangguan kilang penapisan minyak atau masalah saluran paip boleh menyekat aliran minyak dan produk juga boleh menyebabkan harga naik.

Walau bagaimanapun, pengaruh faktor kepada harga minyak tidak bertahan lama. Setelah masalah reda dan aliran minyak dan produk kembali normal, harga biasanya kembali ke tahap sebelumnya.

4. Inventori

Inventori bertindak sebagai titik keseimbangan antara penawaran dan permintaan. Semasa tempoh apabila pengeluaran melebihi penggunaan, minyak mentah dan produk petroleum boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.

Dalam kegawatan ekonomi tahun 2008-an dan awal 2009, sebagai contoh, penurunan permintaan dunia mencatat rekod inventori minyak mentah tertinggi di Amerika Syarikat dan negara-negara OECD yang lain.

Sebaliknya, apabila penggunaan melampaui pengeluaran semasa, bekalan boleh ditambah dengan mengeluarkan inventori untuk memenuhi keperluan pengguna. Memandangkan ketidaktentuan bekalan dan permintaan, inventori petroleum sering dilihat sebagai langkah berjaga-jaga.

Kilang penapisan dan terminal penyimpanan minyak boleh menyimpan minyak mentah dan produk siap seperti petrol, minyak pemanas dan diesel sebagai langkah persediaan untuk naik turun bermusim, penyelenggaraan penapisan, atau cuaca yang tidak dijangka. Umpama stok penimbal.

Inventori sensitif kepada hubungan antara harga semasa minyak dan jangkaan harga masa depan. Jika jangkaan pasaran menunjukkan perubahan ke arah permintaan masa depan yang agak kuat atau bekalan masa depan yang lebih rendah, harga kontrak niaga hadapan akan cenderung untuk meningkat, seterusnya menggalakkan untuk menyimpan inventori.

Sebaliknya, penurunan mendadak pengeluaran semasa atau peningkatan yang tidak dijangka dalam penggunaan semasa akan cenderung untuk menaikkan spot price berbanding dengan harga niaga hadapan dan menggalakkan pengeluaran inventori untuk memenuhi permintaan semasa.

Dengan kata lain jika harga niaga hadapan meningkat berbanding dengan tahap spot price, insentif untuk menyimpan minyak (dan menunggu untuk menjual pada harga yang dijangka lebih tinggi) akan bertambah kukuh.

Sebaliknya, jika peserta pasaran melihat peningkatan dalam simpanan minyak mentah, kenaikan ini boleh menunjukkan bahawa pengeluaran semasa melebihi penggunaan semasa pada harga semasa. Spot price mungkin akan jatuh untuk mengimbangi permintaan dan bekalan.

Pengimbangan ini antara spot price dan masa depan dan antara bekalan dan permintaan melalui inventori adalah satu daripada sambungan utama antara peserta pasaran kewangan dan syarikat-syarikat komersial yang berkepentingan penghantaran fizikal minyak, kedua-duanya terlibat dalam dagangan niaga hadapan.

Satu pihak bertujuan untuk hedging dan di satu pihak lain adalah semata-mata ingin membuat untung daripada spekulasi turun naik harga pasaran.

Tahap inventori dan spread harga dari masa ke masa bertindak sebagai isyarat antara peserta pasaran semasa dan mereka yang mempunyai pendedahan jangka panjang.

Akhir sekali, sebagai tambahan kepada inventori komersial yang dibincangkan di atas, Amerika Syarikat dan negara-negara lain mengekalkan rizab strategik minyak.

Rizab Petroleum Strategik Amerika Syarikat kini memegang lebih daripada 700 juta tong minyak yang boleh diambil atas perintah Presiden sekiranya berlaku gangguan bekalan yang memenuhi kriteria berkanun tertentu.

Negara-negara dalam pakatan International Energy Agency, termasuk Amerika Syarikat, secara kolektif memegang kira-kira 1.6 bilion tong stok petroleum bagi tindak balas kecemasan. Kita di Malaysia belum ada lagi cadangan membangunkan stok rizab ini.

5. Permintaan OECD

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) terdiri daripada Amerika Syarikat, hampir semua negara Eropah dan negara-negara maju yang lain seperti Jepun.

Secara kolektif OECD menggunakan 53 peratus daripada penggunaan minyak dunia pada tahun 2010.

Negara ekonomi besar ini menggunakan minyak lebih daripada negara-negara laian, tetapi mempunyai pertumbuhan penggunaan minyak lebih rendah.

Penggunaan minyak di negara-negara OECD sebenarnya menurun pada dekad di antara 2000 dan 2010, manakala penggunaan bukan OECD meningkat 40 peratus dalam tempoh yang sama.

Negara-negara maju cenderung untuk mempunyai pemilikan kenderaan yang lebih tinggi per kapita. Oleh kerana itu, penggunaan minyak dalam sektor pengangkutan OECD biasanya mencakupi bahagian yang lebih besar daripada jumlah penggunaan minyak berbanding bukan OECD negara;

Dalam masa yang sama pemilikan kenderaan sudah hampir tepu dan lebih perlahan berkembang. Tidak seperti China yang masih berbillion rakyatnya masih tiada kereta.

Keadaan ekonomi dan dasar-dasar yang memberi kesan yang besar ke atas jumlah penggunaan minyak di negara-negara OECD.

Kebanyakan negara-negara OECD mempunyai cukai bahan api yang tinggi dan dasar untuk meningkatkan pengunaan bahan api kenderaan yang baru seperti biofuel.

Ini akan memperlahankan pertumbuhan dalam penggunaan minyak walaupun dalam masa pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Tambahan pula, ekonomi di negara-negara OECD cenderung untuk mempunyai sektor perkhidmatan yang lebih besar berbanding dengan pembuatan.

Akibatnya, pertumbuhan ekonomi yang kukuh di negara-negara ini mungkin tidak memberi kesan yang sama pada penggunaan minyak seperti dalam negara-negara bukan OECD.

Negara-negara OECD lebih cenderung tidak memberi subsidi kepada harga penggunaan minyak, jadi perubahan dalam harga minyak pasaran akan terus dirasai oleh pengguna.

Walau bagaimanapun, ia mengambil masa untuk orang ramai menyesuaikan rutin pengangkutan mereka dan menggantikan kenderaan yang lebih cekap dan jimat minyak sebagai tindak balas kepada perubahan harga.

Perubahan dalam harga minyak pada masa depan dijangkakan juga mempengaruhi keputusan pengguna mengenai kaedah pembelian pengangkutan dan kenderaan.

Jika harga dijangka kekal tinggi atau meningkat pada masa akan datang, lebih ramai pengguna boleh membuat keputusan untuk membeli kenderaan lebih cekap bahan api atau menggunakan pengangkutan awam.

Keputusan seperti ini membantu untuk mengurangkan permintaan minyak pada masa depan dan akan cenderung untuk menyederhanakan kenaikan harga di masa hadapan.

6. Permintaan Non-OECD

Penggunaan minyak di negara-negara yang bukan sebahagian daripada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah meningkat secara mendadak pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Dalam pada penggunaan minyak di negara-negara OECD menurun antara tahun 2000 dan 2010, penggunaan minyak bukan OECD meningkat lebih daripada 40 peratus pula.

China, India dan Arab Saudi mempunyai pertumbuhan terbesar dalam penggunaan minyak kalangan negara-negara bukan OECD dalam tempoh ini.

Penggunaan minyak mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara-negara ini. Tahap semasa dan jangkaan pertumbuhan ekonomi banyak mempengaruhi permintaan minyak dan harga minyak dunia.

Aktiviti pengangkutan komersial dan peribadi khususnya, memerlukan jumlah bahan api yang besar dan secara langsung terikat kepada keadaan ekonomi.

Banyak juga proses pembuatan menggunakan minyak sebagai bahan api atau menggunakannya sebagai bahan mentah,

Dalam beberapa negara-negara bukan OECD, minyak kekal sebagai bahan api penting untuk penjanaan kuasa.

Oleh kerana penggunaan ini, harga minyak cenderung untuk meningkat apabila aktiviti ekonomi dan permintaan minyak seterusnya berkembang dengan pesat.

Disamping itu negara bukan OECD juga mengalami pertumbuhan pesat penduduk, yang merupakan faktor tambahan menyokong pertumbuhan penggunaan minyak yang tinggi.

Negara-negara membangun cenderung untuk mempunyai kadar yang lebih besar ekonomi mereka dalam industri pembuatan, yang lebih intensif tenaga daripada industri perkhidmatan.

Justeru itu penggunaan tenaga cenderung untuk meningkatkan dengan pesat apabila ekonomi berkembang meningkatkan keperluan untuk menggerakkan barang dan rakyat.

Pemilikan kenderaan per kapita juga berkait rapat dengan peningkatan pendapatan dan mempunyai banyak ruang untuk berkembang di negara bukan OECD.

Untuk sebab-sebab ini, kadar pertumbuhan ekonomi negara-negara bukan OECD menjadi faktor penting yang mempengaruhi harga minyak.

Contohnya pertumbuhan ekonomi China yang kukuh baru-baru ini telah menyebabkan negara itu menjadi pengguna tenaga yang terbesar dan pengguna minyak kedua terbesar di dunia.

Di samping itu, penggunaan minyak yang semakin meningkat China telah menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan berterusan dalam penggunaan minyak di seluruh dunia.

EIA mengunjurkan hampir semua peningkatan dalam penggunaan minyak dalam 25 tahun akan datang adalah dari negara-negara bukan OECD.

Walaupun penggunaan minyak jelas terikat kepada aktiviti ekonomi, dasar kerajaan mengenai tenaga juga memberi kesan kepada pengunaan minyak.

Banyak negara-negara membangun, sebagai contoh, mengawal atau subsidi harga minyak, yang melindungi pengguna kepada perubahan harga pasaran.

7. Pasaran Kewangan

Peserta pasaran tidak hanya membeli dan menjual kuantiti fizikal minyak, tetapi juga perdagangan kontrak untuk penghantaran masa depan minyak.

Salah satu peranan pasaran niaga hadapan adalah penemuan harga (price discovery) dan oleh itu pasaran ini memainkan peranan dalam mempengaruhi harga minyak.

Aktiviti perdagangan pasaran hadapan minyak melibatkan pelbagai peserta dengan motivasi yang berbeza-beza.

Pengeluar minyak dan syarikat penerbangan, mempunyai pendedahan komersial yang besar kepada perubahan dalam harga minyak dan bahan api berasaskan petroleum.

Untuk melindungi mereka daripada ketidaktentuan ini, mereka menyertai pasaran untuk ‘hedging’ dengan membeli dan menjual derivatif tenaga.

Sebagai contoh, sebuah syarikat penerbangan mungkin mahu membeli niaga hadapan untuk mengelakkan kemungkinan bahawa kos bahan api masa depan akan meningkat di atas paras tertentu.

Manakala pengeluar minyak mungkin mahu menjual niaga hadapan untuk mengunci harga untuk output masa depan.

Di satu kumpulan yang lain seperti bank-bank, hedge fund, penasihat dagangan komoditi, dan pengurus dana yang lain tidak mempunyai kepentingan dalam perdagangan fizikal minyak

Mereka menyertai pasaran dengan bertujuan untuk mencuba mendapat keuntungan daripada perubahan harga. Peranan mereka ialah menjadi speculator.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pelabur juga telah menunjukkan minat kepada minyak mentah sebagai alternatif kepada pelaburan ekuiti dan bon untuk mempelbagaikan portfolio mereka atau untuk melindung nilai risiko inflasi.

Dengan munculnya pelbagai platform forex trading yang juga membolehkan pelabur kecil menyertai dagangan minyak antarabangsa akan menambahkan lagi kecairan dalam pasaran.

Namun, jika peranan spekulasi melebihi peranan fundamental akan menyebabkan harga minyak semasa tidak mengambarkan keseimbangan pengeluaran dan permintaan yang sebenar.

Aktiviti dalam spekulasi komoditi telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Satu ukuran aktiviti dalam pasaran niaga hadapan adalah kepentingan terbuka di bursa, yang menunjukkan bilangan kontrak dalam sesi dagangan yang belum diselesaikan atau ditutup.

Kepentingan terbuka pada kontrak niaga hadapan minyak mentah dagangan bursa meningkat dengan ketara sepanjang dekad yang lalu, seperti yang diukur oleh New York Mercantile Exchange (NYMEX), pertukaran komoditi utama untuk produk tenaga di Amerika Syarikat.

Kedua-dua peserta komersial (orang-orang yang mempunyai kepentingan langsung dalam pengeluaran fizikal minyak, penggunaan, atau perdagangan) dan pelabur bukan komersial (pengurus wang dan dana yang berminat dalam kontrak perdagangan untuk tujuan pelaburan dan kepelbagaian) telah menunjukkan aktiviti perdagangan meningkat.

Sebelum tahun 2007, saham, bon dan kadar pertukaran menunjukkan korelasi yang kecil dengan harga minyak.

Sebaliknya, harga minyak mentah menunjukkan korelasi positif dengan saham dari 2008-2010, korelasi negatif dengan nilai dolar AS pada kebanyakan lewat 2007 hingga kini dan korelasi lebih teratur tetapi sering negatif dengan harga bon semasa 2008- 2010.

Kejatuhan nilai dollar akan menggalakkan pengaliran wang ke dalam komoditi termasuk minyak mentah. Dan sebaliknya apabila nilai US Dollar meningkat namun, ini tidak sentiasa benar dalam semua masa dan keadaan.

Boleh sahaja US dollar naik dan harga minyak turut sama naik.

Kesimpulan

Semua faktor di atas saling kait mengait antara satu sama lain yang bermakna, kita tidak boleh mengandaikan satu faktor sahaja yang berubah sementara faktor-faktor lain kekal sama.

Ini menjadikan kerja meramal harga minyak menjadi amat sukar dan kalau ada yang mampu membuatnya dengan tepat, sudah tentu dia akan menjadi orang terkaya di dunia.

Yang nyata daripada 10 orang terkaya dunia, tidak seorang pun yang mengaku menjadi kaya sebab meneka harga minyak dengan betul.

BACA INI JUGA: Rakyat Tiada Hak Marah Harga Minyak Masak Dan Petrol Naik

Sumber: eliasabllah

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Malaysia 2017

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Malaysia 2017

Kerajaan buat masa ini menentukan harga runcit semasa bahan bakar petrol gred RON95, RON97 dan diesel menerusi sistem apungan terurus.

Harga Minyak

Harga baharu minyak petrol dan diesel akan diumumkan setiap hujung bulan dan dalam sistem kawalan terapung ini, naik turun harga petrol dan diesel bergantung pada harga minyak mentah di pasaran dunia.

Manakala harga pasaran petrol dan diesel dunia pula ditentukan oleh bekalan dan permintaan serta kadar tukaran mata wang contohnya, walaupun harga minyak mentah jatuh tapi kadar tukaran ringgit merosot, harga petrol dan diesel mungkin tak turun, sebaliknya mungkin naik.

Berikut ini merupakan senarai harga terkini bahan bakar minyak petrol dan diesel sepanjang tahun 2017;

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Mac 2017
  • RON95 RM2.30 seliter (harga tidak berubah)
  • RON97 RM2.60 seliter (harga tidak berubah)
  • Diesel RM2.20 seliter (naik 5 sen)

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Februari 2017
  • RON95 RM2.30 seliter (naik 20 sen)
  • RON97 RM2.60 seliter (naik 20 sen)
  • Diesel RM2.15 seliter (naik 10 sen)

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Januari 2017
  • RON95 RM2.10 seliter (naik 20 sen)
  • RON97 RM2.40 seliter (naik 15 sen)
  • Diesel RM2.05 seliter (naik 20 sen)

BACA INI JUGA: Adakah Kerana Ramai Berebut Membeli-belah, Semua Rakyat Malaysia Kaya-raya?

-SENTIASAPANAS.COM