Sunday, December 18, 2016

20 Aplikasi iPhone Paling Popular 2016

20 Aplikasi iPhone Paling Popular 2016

Tahun 2016 akhirnya bakal melabuhkan tirai. Pelbagai aplikasi telah tercipta dan viral. Tidak dilupakan juga aplikasi yang telah terkubur sepanjang tahun ini.

Aplikasi+Popular+iPhone

Setakat ini lebih 2 juta aplikasi telah tersedia buat di Apple Store. Syarikat tersebut turut mengumumkan 20 aplikasi paling top sepanjang 2016 termasuk 10 aplikasi percuma dan berbayar.

Aplikasi yang paling kerap dimuat turun sepanjang tahun ini adalah Snapchat. Snapchat yang berada pada tangga kelima pada list tahun lepas berjaya menarik lebih ramai pengguna menggantikan aplikasi Trivia Crack. Tidak hairanlah Instagram bersungguh-sungguh cuba implemen perkara yang sama aplikasinya.

Aplikasi yang paling viral pada tahun ini iaitu Pokémon Go tampil sebagai aplikasi percuma ketiga paling popular dimuat-turun manakala Facebook Messenger di tempat kedua.

Berikut merupakan senarai aplikasi berbayar dan percuma iPhone yang paling popular sepanjang 2016:

Top Free iPhone Apps

1. Snapchat
2. Messenger
3. Pokémon GO
4. Instagram
5. Facebook
6. YouTube
7. Google Maps
8. Pandora
9. Netflix
10. Spotify Music

Top Paid iPhone Apps

1.Heads Up!
2. Face Swap Live
3. Minecraft: Pocket Edition
4. Facetune
5. KIMOJI
6. 7 Minute Workout Challenge
7. Geometry Dash
8. Plague Inc.
9. Akinator the Genie
10. Bloons TD 5

Agak mengejutkan melihat aplikasi Heads Up! mengungguli carta. Mungkin kerana aplikasi ini kurang popular di Malaysia berbanding negara luar.

Untuk pengetahuan anda aplikasi ini memerlukan 2 individu bermain guessing game dengan cara yang sangat fun dan interaktif.

Dipopularkan melalui rancangan Ellen, aplikasi ini berjaya menjadi Top Paid iPhone Apps 2016.

Aplikasi lain seperti Minecraft dan Workout Challenge terus selesa berada di dalam carta selepas setahun carta Top Paid iPhone Apps 2015 diumumkan.

BACA INI JUGA: Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

Sumber: Thevocket

Benarkah Beg Kertas Lebih Baik Dari Bakul Plastik?

Benarkah Beg Kertas Lebih Baik Dari Bakul Plastik?

Dengan kesedaran ‘Go Green’ yang semakin meluas zaman ini, kita seringkali dimomokkan dengan kebaikan menggunakan beg kertas berbanding plastik.

Beg kertas

Lebih menyokong persepsi ini apabila kita melihat kebanyakan kedai-kedai terkemuka termasuk rangkaian restoran makanan segera yang popular di dunia juga telah menukarkan pembungkusan plastik mereka kepada beg kertas.

Namun, jika diteliti sebaiknya, benarkah penggunaan beg kertas ini sebenarnya boleh membantu alam sekitar?

Pilihan ini seolah-olah mudah untuk dibuat, namun jika dilihat dari segi tempoh hayat dan kos bagi kitar hidup kegunaannya, ia memerlukan pertimbangan yang serius.

Plastik diperbuat daripada minyak tapisan yang sukar untuk ‘ditelan’ bumi.

Plastik yang dibuang ke dalam sungai juga kan mengancam hidupan laut kerana habitat laut seperti penyu tidak dapat membezakan plastik dan obor-obor.

Pun begitu, beg kertas juga diperbuat daripada pokok-pokok yang ditebang. Persoalannya, adakah itu baik untuk alam sekitar?

Yang menjadikan beg kertas lebih baik hanyalah fakta bahawa beg kertas mudah terurai berbanding plastik. Selain dari itu, tiada apa yang boleh ‘dibangga-banggakan’ dengan penggunaan beg kertas.

Anda ingin tahu kenapa? Baik, saya akan jelaskan semuanya.

Pengeluaran beg kertas merupakan industri yang besar dengan hampir 14 juta pokok di tebang dalam tempoh setahun. Sama seperti pembuatan plastik, beg kertas juga memerlukan bahan kimia untuk menghasilkannya.

Bahan kimia ini akan mencemarkan persekitaran dan mengakibatkan pencemaran air serta meninggalkan pelbagai lagi kesan buruk kepada persekitaran kita.

Beg kertas yang berakhir di tapak pelupusan juga akan membebaskan gas metana yang akan menyumbang kepada masalah pemanasan global!

Lebih membimbangkan lagi, pengeluaran beg kertas menggunakan lebih banyak air daripada semua sektor di dunia!

Nah! Adakah kenyataan ini tidak cukup menggerunkan lagi?

Sebenarnya, penyelesaian terbaik bagi membendung masalah ini hanyalah dengan menggunakan beg yang boleh diguna semula.

Sedarkah kalian bahawa banyak syarikat yang memberi beg guna semula ini sebagai promosi.

Walaupun langkah kecil ini hanya diambil mudah bagi sesetengah pihak, impak penggunaan beg ini akan mengubah sebahagian besar dari kehidupan di dunia.

Kasihanilah bumi yang sebenarnya sedang menangis tanpa anda sedari.

Anda mampu mengubahnya!

BACA INI JUGA: Pelik! Pokok Kayu Menjerit Bila Dahaga

Sumber: Moshed

Saturday, December 17, 2016

5 Kaedah Tambat Hati Pelanggan Terus ‘Melekat’

5 Kaedah Tambat Hati Pelanggan Terus ‘Melekat’

Anda mungkin memiliki ramai pelanggan, namun anda juga mahukan mereka untuk kekal setia dengan perkhidmatan dan perniagaan anda.

Hati

Pelanggan merupakan aset bernilai kepada sesebuah perniagaan, tanpa kehadiran pelanggan, pasti sesebuah perusahaan itu tidak mampu menjana pendapatan dan memperoleh keuntungan.

Bagaimana caranya? Ketahui 5 kaedah berikut.

1. Ucap Terima Kasih

Ucapan perhargaan diberikan atas kesudian mereka meluangkan masa memberi peluang kepada kita untuk memeberi perkhidmatan sehingga pembelian dilakukan.

Mereka sebenarnya telah meluangkan masa untuk mendengar penjelasan yang lebih lanjut mengenai produk yang ditawarkan. Hargai masa mereka dan jangan hilang fokus dalam melayan pertanyaan.

Ucap terima kasih dengan cara menggunakan ayat yang memuliakan.

Akhiri dengan doa. Kita doakan pelanggan dapat kebaikan dengan penggunaan produk kita. Jangan sekadar ucap macam orang pemalas.

Contoh: “K, tq ats byrn.”

Nampak sangat acuh tak acuh.

2. Tepati Janji

Contoh: Beritahu 3 hari bekerja produk akan sampai. Tak sampai 2 hari sudah sampai depan rumah.

Beritahu 10 hari pesanan akan disiapkan. Tak sampai 7 hari dah siap, free delivery lagi!

Beritahu baju dobi siap petang lusa. Petang esok dah siap. Siap buat panggilan lagi maklumkan kepada pelanggan.

Brainstorm dengan team apa lagi ‘wow’ factor yang boleh menggembirakan pelanggan dan yang berada di luar jangkaan mereka.

3. Hubungi Untuk Tanya Maklumbalas

Selepas beberapa hari, tanya maklumbalas. Ada apa-apa bantuan yang mereka perlukan lagi atau tidak.

Suka, puas hati atau tidak puas hati dengan produk kita.

Daripada tunggu mereka buat panggilan untuk beri maklumbalas atau buat aduan, jauh lebih baik kita yang hubungi mereka dahulu.

4. Tawarkan Diskaun Untuk Pembelian Seterusnya

Diskaun mestilah istimewa. Apa maksud istimewa? Adakah dengan menawar dengan diskaun tinggi?

Tidak. Diskaun tinggi tanpa alasan kukuh boleh menyebabkan pelanggan kecewa.

Mereka akan rasa belian kali pertama itu mereka bayar dengan harga silap. Mereka rasa dipermainkan. Boleh tawarkan special discount untuk produk berlainan yang berkait rapat dengan produk pertama mereka beli.

Untuk produk sama, tawar diskaun rendah sahaja sebagai tanda penghargaan.

5. Tambah Nilai Dengan Sediakan Maklumat Berguna

Hantar maklumat berguna kepada pelanggan. Maklumat itu mesti ada kaitan dengan produk yang dibeli.

Maklumat haruslah ringkas, padat dan actionable.

Usah terlalu kerap. Sebulan 1 hingga 2 kali pun sudah cukup.

Contoh: Siapa yang jual periuk noxxa, boleh hantarkan video masakan resepi terkini menggunakan periuk tersebut.

Bila pelanggan gembira, mudah untuk mereka beli produk lain pula dengan kita. Mulut mereka pun laju menyarankan perniagaan kita kepada rakan-rakan terdekat.

BACA INI JUGA: 6 Jenis Perniagaan Modal Rendah Tapi Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan

Sumber: Majalahniaga

Gempar Khinzir Pelik Lahir Berwajah Monyet

Gempar Khinzir Pelik Lahir Berwajah Monyet

Seorang petani terkejut apabila seekor anak khinzir yang baru lahir di ladangnya mempunyai muka dan telinga seakan seekor monyet.

Khinzir+Pelik

Menurut laporan Shanghaiist, orang ramai berpusu-pusu berkunjung ke ladang petani, Lin untuk melihat binatang abnormal tersebut.

Tiada sebab kukuh mengapa khinzir berkenaan dilahirkan sedemikian, tetapi sesetengah pihak berpendapat pencemaran menjadi faktor utama kecacatan khinzir berkenaan.

Disebabkan kecacatannya juga, anak khinzir berkenaan tidak mampu menyusu melalui ibunya.

Lin terpaksa menyusukan anak khinzir tersebut menggunakan sebuah botol susu.

Khinzir pelik yang dilahirkan di ladang Lin bukanlah kes yang pertama.

Jun lalu, seorang petani di Sichuan mendedahkan anak khinzirnya yang mempunyai dua kepala dan tiga mata.

Tahun lalu pula, seorang lelaki di Tianjin menjumpai seekor khinzir yang bermuka dua dan bertelinga tiga.

BACA INI JUGA: Kisah Pelik 'Peter The Wild Boy'

Sumber: SH

Misteri Penampakan Elvis Presley Hidup Semula!

Misteri Penampakan Elvis Presley Hidup Semula!

Pada penghujung tahun 1980an, kira-kira seratus batu daripada Memphis, Amerika Syarikat, seorang pemandu trak memberhentikan kenderaannya di lebuh raya selepas terlihat seorang lelaki menahan traknya untuk menumpang.

Elvis Presley Alive

Dalam kesamaran malam, lelaki itu menaiki trak dan duduk dengan sopan tanpa banyak bicara.

Hanya selepas melalui kawasan terang, pemandu trak berkenaan mengecam penumpang tersebut, seseorang yang sangat terkenal dan telah mati tiga tahun sebelumnya, Raja Rock n' Roll, Elvis Presley!

Menurut pakar psikiatri, Dr. Raymond Moody, pengalaman pemandu trak tersebut bukanlah sesuatu yang unik.

Dalam buku tulisannya bertajuk Elvis After Life (Peah-tree, 1987), sejak kematian Elvis Presley pada tahun 1977, ramai penduduk di Amerika Syarikat mendakwa telah terserampak dengan kelibat Elvis Presley.

Seorang psikoterapi mendakwa pada suatu hari, 'Elvis' tanpa disangka-sangka muncul di pejabatnya dan memberi nasihat kepada wanita tersebut supaya cekal hati untuk meneruskan hidup, walhal Elvis Presley telah lama meninggal dunia.

Seorang wanita lain turut berkongsi perkara yang sama, ketika dia sedang bergelut ketika bersalin, 'Elvis' muncul disebelahnya dan memegang tangan wanita itu sambil tersenyum.

'Elvis' membantu wanita tersebut melahirkan anaknya dengan dorongan semangat, jelas Dr. Moody.

Selain lawatan jelmaan Elvis Presley, lagenda Hollywood itu turut dikaitkan dengan kejadian dan fenomena paranormal yang tidak terjangkau dek akal selepas seorang peminat wanita bermimpi Elvis Presley mengadakan persembahan terakhir dalam mimpinya.

Keesokan harinya, Raja Rock n' Roll itu betul-betul menemui ajal!

BACA INI JUGA: Artis-artis Hollywood Yang Membenci Watak Ikonik Sendiri

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, December 16, 2016

Adakah Anda Wajib Menukar Kad Bank?

Adakah Anda Wajib Menukar Kad Bank?

Kalau ada yang masih tak faham kenapa kita kena tukar kad bank, kami nak kongsi dengan anda semua apa sebenarnya yang sedang berlaku dengan kad atm bank ni.

Kad Bank

Guna PIN

Macam ni. Kita sekarang dah tak nak pakai bayaran yang signature-based. Sebagai ganti, kita akan guna PIN (6 digit).

Sebab tu bank suruh tukar kad-kad yang kita ada. Tak kisahlah kad debit ke, kad kredit ke, kad caj ke, semua kena tukar. Kalau perasan, sekarang ni merata-rata ada kempen 'PIN & PAY' ni.

Kenapa kena tukar?

Sebab utama adalah untuk tingkatkan keselamatan. Diorang nak kita pakai cip baru kat kad.

Lebih canggih dan selamat daripada cip yang ada sekarang. Dan bukan bank-bank Malaysia saja yang buat penukaran ni. Di luar negara dah diguna pakai agak lama juga.

Kenapa taknak pakai signature dah?

Sebab, kalau kita perasan, kebanyakan juruwang tak sahkan pun tanda tangan kita masa kita bayar pakai kad. Buat muka confident sikit, tenyeh-tenyeh, bila dapat kat dia balik terus dia senyum cakap terima kasih.

Kalau isi minyak, langsung tak ada pengesahan. Swipe, terus boleh pam.

Bahaya,kan? Jadi, untuk elakkan orang lain senang-senang guna kad kita, BNM wajibkan mulai Januari 2017, kena pakai sistem PIN.

Maknanya lepas ni, tak payah tanda tangan. Kita masukkan kad sendiri, kita tekan PIN sendiri. Malah juruwang pun tak boleh tengok apa yang kita tekan.

Timeline

Sebenarnya dari awal tahun lagi bank-bank dah mula promosi sikit-sikit. Dah mula create awareness. Dan dua tiga bulan kebelakangan ni memang boleh kata semua bank dah mula agresif dalam berkempen.

Tapi biasalah kita ni. Memang suka last-last minit macam ni baru nak kelam-kabut, kan? Hehe.

Justeru, siapa yang masih belum tukar lagi, silalah tukar secepat yang mungkin. Hari ni dah 16/12/2016 dah. Tinggal lagi setengah bulan je sebelum PIN & PAY ni start.

Kalau tak tukar jadi macamana?

Sebenarnya kad tu masih boleh digunakan lagi. Dan duit kita dalam bank tu tak hilang pun. Tapi leceh kat kita balik nanti.

Sebab mulai 1/7/2017, memang nak jalan full swing dah sistem ni. Masa tu memang langsung tak boleh pakai dah kad lama.

Maknanya, macam mana pun kita masih kena tukar juga kad. Sebab tu Bank Negara tak bagi bank-bank caj apa-apa bayaran untuk pelanggan yang tukar kad sekarang. Secara tak langsung, untuk galakkan kita tukar siap-siap, tak payah tunggu last minute.

Oh lagi satu, lepas ni dah tak ada kad ATM. Kad ATM akan automatik tukar jadi kad debit. Maknanya boleh pakai kad yang sama untuk bayaran yang ada terminal sebab kad debit ni terus link ke akaun simpanan kita.

Untuk kad kredit, hari tu bank pos je kad aku. Dah dapat, hubungi bank untuk aktifkan. Untuk kad debit pula, kebanyakan kena pergi cawangan tukar sendiri.

Ya, aku tau. Malas gila nak pergi bank. Tapi nak bagitau, kebanyakan bank (kalau bukan semua), lanjutkan masa bekerja mereka untuk mudahkan penggantian kad ni. Periksa balik sampai pukul berapa bank korang buka. Yang buka masa weekend pun ada.

Dan ada juga bank yang buat initiatif untuk letak kiosk untuk penggantian kad. Maknanya tak payah pergi branch pun boleh. Buat sendiri je. Sila Google bank mana yang offer kiosk macam ni.

Ok, ada satu lagi isu yang aku nampak berlegar di media sosial.

Contactless card

Rasanya kad baru ni semua dilengkapi dengan ciri yang canggih – kita hanya perlu touch/wave saja untuk buat bayaran.

Secara praktikalnya, kita tak payah bagi orang lain pegang kad kita langsung. Hanya touch, atau pun wave di terminal tu. Dan siap bayaran kita.

Ada yang argue, kalau macam tu, bukannya selamat, lagi bahayalah kalau orang datang ‘tap’ kad kita tanpa kita sedar?

Ok. Memang ada risiko untuk fraud yang macam tu. Memang boleh berlaku. I won’t deny that.

Tapi realitinya, tak semua orang cekap nak menipu macam Joon Jae. Ya, kita perlu berhati-hati, tapi jangan terlampau panik bila tengok video yang ‘nampak macam senang gila’ nak buat wireless pickpocket tu.

Pertama, alat atau whatever benda yang nak tap kad kita tu, kena betul-betul dekat dengan kad kita. By industry standard, it will take about 5 cm. Tapi praktis normal, selalunya kena dalam jarak kurang dari 2 cm.

Maknanya memang dia kena dekat gila-gila dengan kita, baru boleh tap. Kita pun, kalau dah tengok orang dok menyendeng-nyendeng lain macam kat kita tu, alert lah sama. Takkan nak tegak macam tu je? Kalau bukan sebab kad, boleh jadi jugak kes gangguan seksual. Kan?

Walaupun dia tu gigih jugak nak menyempit dekat kita dan ‘berjaya’ tap card kita, tak banyak info yang dia dapat melalui cara tu.

Nombor kad, expiry date dan nama kita – benda yang memang tertera atas kad.

Dan kalau dengan info yang sangat terhad ni pun dia tetap nak klon kad kita, dia ada satu lagi masalah – cip. Yang mana berbalik semula kepada faktor utama kenapa kita kena tukar kad (untuk naik taraf cip sekarang).

Jadi setakat 2-3 info yang dia dapat tadi, sebenarnya taklah berguna mana sangat untuk fraudsters (setelah bersusah payah usung alat yang quite bulky tu sana-sini, dengan risiko kantoi masa nak menyempit dekat kita lagi).

Kalau perasan, belakang kad tu ada tiga lagi digit (kita panggil kod CVV) yang dia takkan boleh dapat melalui cara tap. CVV ni dicetak. Dia tak emboss macam nombor kad di depan tu. Kaki shopping online mesti familiar bila nak buat belian, selain nombor kad, kita kena isi juga nombor CVV ni untuk pengesahan.

Jadi, walaupun dia berjaya tap kad kita, dia tak ada PIN (sebab kita hafal), kad fizikal pun tak ada, CVV pun tak tau, alamat bil tak ada, banyak lagi info yang tak lengkap. Sebab info-info ni tak akan dapat kalau setakat tap sahaja.

Satu lagi, contactless payment ni ada had. Kalau aku tak salah, had maksima pada RM250.

Kalau lebih RM250, sah-sah bayaran perlukan PIN. Bahasa mudahnya, contactless payment ni adalah untuk kita bayar barang-barang runcit saja, bukan untuk beli barang yang bernilai tinggi.

Penting

Tapi, katalah mamat tu gigih jugak nak tap kad kita, ada satu lagi point penting yang kita kena tau. Mungkin point yang paling penting.

Bila kita sedar ada fraud, jangan panik, terus bagitau bank.

And guess what?

Bank aku pulangkan balik amaun tu pada kita.

Apa maknanya?

Sebenarnya, risiko fraud ni lebih kepada pihak bank berbanding pihak kita.

Bandingkan kalau duit kita yang kena curi tu dalam bentuk ‘cash’, ada siapa-siapa tak yang sudi nak pulangkan balik pada kita?

Tak ada. Gone.

Tapi dengan penggunaan cashless payment ni, kita akan dapat pemulangan balik kalau berlaku kecurian. Bank yang akan tanggung.

Walau bagaimanapun, secara statistik, Visa mendakwa tahap penipuan kad telah menurun sejak contactless card diperkenalkan. Semua ciri-ciri keselamatan built-in menjadikan teknologi contactless tidak menarik kepada penipu. Peratus penipuan dalam kad sentuh ni adalah sangat-sangat minimal.

Ok?

Jadi, jangan risau lebih-lebih. Sebelum kita terfikir benda-benda ni, orang yang dalam bidang ni dah fikir siap-siap macam mana cara nak atasi. Relax. Sangka baik dengan orang.

Bukan semua benda di dunia ni ada niat jahat pada kita. Don’t you feel tired to play victim all the time?

Satgi adalah yang komen kata aku ni optimistik sangatlah, suka sugar-coat lah, yang tu terpulanglah. Aku pun tak tau nak jawab macamana.

Kalau tak pakai Chip & PIN ni pun, boleh juga aku argue selamat ke kad kredit bila hang bagi pada pelayan lepas makan?

Kalau nak ikut, boleh ja dia pi balun swipe ntah apa-apa n tiru signature hang, sementara hang dok lap-lap mulut kat meja tunggu bil. Macam mana pula dengan yang depa kata ada device kat ATM yang telan kad kita tu? Adakah kita terus tak pakai kad ATM?

Jadi, kalau nak cakap pasal risiko, semua benda pun boleh kait. Jadi, berpada-padalah kalau nak ‘kritikal’ pun.

BACA INI JUGA: Apa Itu Kad Debit, Adakah Ianya Selamat Dan Bagaimana Kad Berfungsi?

Sumber: Thevocket

Kajian Membuktikan Kehadiran Seorang Ayah Faktor Utama Kejayaan Anak Dalam Kehidupan

Kajian Membuktikan Kehadiran Seorang Ayah Faktor Utama Kejayaan Anak Dalam Kehidupan

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998).

Ayah

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak akan menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.

Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
  • Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
  • Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
  • Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Anak Kecil Suka Sepahkan Rumah Dan Pakar Motivasi Berikan Solusinya

Sumber: Musafircyber

Cara Syiah Beribadat, Ustaz Ini Berkongsi Pengalaman Beliau

Cara Syiah Beribadat, Ustaz Ini Berkongsi Pengalaman Beliau

Setelah sekian lama, baru berkesempatan menulis alkisah ini dengan membayangkan bahawa saya tidak mungkin akan sampai ke Iran. Masakan tidak, saya dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar tidak ke sana kerana amat dibimbangi jika nama saya telah disenaraihitamkan oleh kerajaan Iran memandangkan kelantangan menolak kehadiran Syiah di Malaysia.

Ustaz Aizam Mas’ud

Bagi saya, tiada apa yang ditakutkan, saya bukannya mencampuri urusan dalaman Iran, sebaliknya isu Syiah adalah urusan dalaman @ domestik negara kita. Tidak sepatutnya negara luar seperti Iran, Iraq atau mana-mana pihak lain campur tangan.

Sebagai seorang yang pernah bertugas di Bahagian Penyelidikan JAKIM, saya bukan hanya mengkaji Syiah, tetapi juga ajaran-ajaran dan aliran-aliran pemikiran sesat yang lain.

Cuma, Syiah adalah salah satu daripada lima ajaran sesat tegar yang disenaraikan oleh pihak JAKIM. Tegar bermaksud sesuatu ajaran yang telah pun difatwa, diwarta dan diambil tindakan, namun ia masih wujud dan menyebarkan ajarannya.

Takdir Allah SWT, saya sampai juga ke Iran. Bukan sebagai “penyelidik” tetapi atas satu tugasan yang lain.

Lebih mengujakan, kehadiran saya bersama rombongan negara lain disambut meriah dan diberikan layanan agak istimewa oleh kerajaan Iran. Syukurlah kerana saya “selamat” pergi dan kembali.

Ke Memorial Khomeini

Setelah ditempatkan di dalam sebuah hotel yang agak mewah, saya sempat melabuhkan badan di atas katil.

Urusetia kerajaan Iran mengatakan, pada hari pertama kami di sana tiada sebarang program diatur kecuali taklimat program yang hanya akan diadakan pada sebelah malam.

Bermakna, kami yang mendarat sejurus masuknya waktu Subuh di Tehran mempunyai masa rehat yang agak panjang sementara menunggu taklimat program pada sebelah malamnya.

Namun, semua itu sekadar janji manis urusetia kerajaan Iran, kira-kira jam 3.00 petang kami dikerah untuk turun ke lobi hotel.

Sesampai di lobi, bas-bas telah bersedia untuk bergerak. Semua delegasi dalam keadaan terpinga-pinga. Program apakah ini? Ke manakah ingin dibawa? Mengapa tidak termaktub di dalam jadual program? Sepanjang-panjang perjalanan dalam bas, soalan ini bermain-main di dalam fikiran kami.

Apabila sampai ke destinasi, tahulah kami bahawa rupa-rupanya kami akan dibawa “mengadap” bekas kediaman pencetus dan pemimpin tertinggi Revolusi “Islam” Iran iaitu Khomeini.

Di sisi penganut Syiah Iran dan seluruh dunia, ia digelarkan Ayatullah al-‘Uzma al-Imam Ruhullah Musavi al-Khomeini.

Maaf, oleh kerana saya bukan penganut Syiah dan membenci ajaran Syiah kerana Allah, maka saya hanya menggelarkan makhluk itu sebagai Khomeini.

Memang bagi orang yang hanya menggunakan kaedah, “Judge the book by its cover”, akan mengatakan, “Wah! Hebatnya Khomeini! Seorang ketua negara, tetapi hidup dengan begitu sederhana sekali!”.

Malangnya saya bukan jenis seperti itu. Bukan cara saya menilai seseorang hanya pada rupa luarannya. Tetapi saya diajar, lihatlah pada pemikirannya. Kaji sedalam mungkin!

Dan Khomeini, sepanjang saya melawat kediamannya termasuk memorial yang menempatkan segala kisah hidup, perjuangan dan legasi ilmu peninggalannya, ia langsung tidak menjadikan saya tertarik.

Mungkin setelah membaca karya-karyanya khususnya apa yang menyentuh akidah Islam dan para sahabat, ia menyebabkan saya benar-benar tawar hati dengan manusia yang bernama Khomeini itu.

Cuma agak menyedihkan, ada ulama sunni yang turut serta dalam delegasi tersebut, apabila diminta menyatakan pandangannya tentang Khomeini, nampaknya puji-pujian beliau terhadap Khomeini tidaklah kurang walau sedikitpun daripada pendewaan yang telah diberikan oleh Mullah Syiah yang menjadi pelayan tetamu di Dewan Khomeini.

Saya terfikir, inilah cara Syiah menyebarluaskan dakyahnya ke rantau sunni. Salah satu daripadanya adalah mengujudkan rasa takjub dan kagum terhadap keperibadian dan perjuangan Khomeini.

Kaya dengan qasidah & selawat

Selawat alul bayt
Selawat Syiah ditemui dalam sebuah surau di Tehran.

Aspek paling menarik untuk dikongsikan adalah ketika majlis dot dot dot dilangsungkan. Memang kemeriahannya tak dapat dinafikan.

Saya masih ingat guru saya mengatakan, kelebihan orang Parsi adalah pada tubuh dan suaranya. Orang Parsi memang "dahsyat".

Bukan sahaja rupawan, tetapi suaranya amat mantap sekali. Saya fikir, Majlis Maulid atau Ya Hanana yang sering menampilkan para habib dari Indon dan Yaman itu pun amat jauh sekali untuk menandingi qasidah-qasidah selingan yang disampaikan oleh mereka.

Sebab itu saya katakan, Syiah adalah firqah No. 1 dalam soal menampilkan aksesori-aksesori atau hiasan-hiasan bersalut Islam.

Pantang disebut nama Rasulullah SAW, sudah pasti dewan akan bergema dengan selawat mereka. Cuma setiap selawat pastinya akan disertai dengan doa agar dipercepatkan kemunculan Imam Syiah ke-12 iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari dan para imam yang lain dengan ungkapan “Allahumma ‘ajjil farajahum”.

Qasidah-qasidah yang ditampilkan semuanya bertema mendewa-dewakan Ahlul Bayt @ ahli keluarga Nabi SAW hingga ke peringkat memaksumkan mereka.

Kononnya “umat Islam dari seluruh dunia”

Paling melucukan, apabila penganjur mengatakan program ini mewakili semua umat Islam daripada seluruh negara di dunia.

Namun, apabila disemak dengan setiap delegasi, rupa-rupannya kebanyakan mereka itu adalah penuntut di Mustafa International University, Qom. Bererti mereka semua adalah penganut Syiah.

Malah salah seorang peserta yang sempat disapa oleh saya, apabila ditanya di manakah asalnya? Dia menjawab, “Arab Saudi”. Dalam hati saya mengatakan, "Oh, salafi pun ada join program ni?"

Namun, setelah ditanya dari daerah manakah di Arab Saudi, lantas dia menjawab dari wilayah Qatif. Apabila mendengar Qatif, saya lalu bertanya adakah anda penuntut di Mustafa International University, Qom.

Dia mengiyakan jawapan saya. Ini bermakna, peserta dari Arab Saudi ini juga penganut Syiah, kerana Qatif adalah wilayah majoriti Syiah di Arab Saudi.

Hal yang sama juga bagi peserta-peserta dari Denmark, Bahrain, Iraq, Amerika, Belgium, Sri Lanka, Afrika Tengah, Australia dll. Semuanya Syiah!

Jadi, apalah ertinya jika menjemput wakil umat Islam dari seluruh dunia, sedangkan yang dijemput hanyalah rakan sesyiah mereka!

Perpustakaan Negara, Tehran

Antara tempat yang sempat dikunjungi juga adalah Perpustakaan Negara Iran di Tehran. Antara tempat yang dilawati ketika di perpustakaan adalah naskhah al-Quran gergasi yang terdapat di ruang masuk.

Kedua, bahagian manuskrip yang menempatkan pelbagai kitab turath dan mashaf al-Quran yang berusia ratusan tahun.

Ketiga, bahagian majalah, yang menempatkan ribuan jilid majalah terutama yang melaporkan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan perjalanan revolusi Iran dari dahulu hingga kini.

Keempat, bahagian koleksi pelbagai yang menempatkan gambar-gambar, dokumen tulisan tangan, album, cakera padat dan lain-lain mengenai negara Iran dan kepimpinannya.

Sekali lagi, segala dokumen mengenai Revolusi Iran menjadi khazanah paling bernilai dalam perpustakaan ini.

Makam Khomeini, Tehran

Kubur khomeini
Kubur Khomeini ditabur duit.

Selama ini saya menyangka hanya 2 tempat sahaja di dalam dunia ini yang disebut sebagai Haram iaitu Haram Makkah dan Haram Madinah, yang mana kedua-duanya dikenali oleh umat Islam sebagai al-Haramayn.

Kedua-dua tempat ini dikenali sebagai haram kerana terdapat hadis Rasulullah SAW yang merujuk kepadanya.

Namun, apabila tiba sahaja di hadapan pintu masuk ke Makam Khomeini. Saya benar-benar terkejut! Terdapat di pintu masuk Makam Khomeini papan tanda yang menyebut Ila al-Haram al-Syarif atau Entrance of Haram.

Rupa-rupanya, perkataan haram di Iran digunakan untuk merujuk kepada makam suci atau shrine dalam Bahasa Inggeris.

Di hadapan bangunan pintu masuk makam pula tertulis perkataan Assalamualaika Ya Ruhallah (Salam sejahtera ke atasmu wahai Ruhullah).

Di dalam kawasan Makam Khomeini dilihat wang yang bertaburan dipercayai diletakkan oleh para pengunjung berfahaman Syiah bagi tujuan nazar atau memohon hajat.

Para jemaah Syiah yang bersolat turut dilihat memberi salam sambil menghadap ke arah makam sejurus selepas menunaikan solat Zuhur.

Kawasan di luar bangunan makam terdapat kawasan lapang yang amat luas dijadikan seperti taman rekreasi bagi memudahkan pengunjung bersiar-siar atau digunakan secara maksimum ketika ulang tahun hari kematian Khomeini disambut.

Makam Fatimah al-Ma'sumah, Qom

Tempat seterusnya yang saya kunjungi adalah kota suci yang juga pusat pengajian ilmu Syiah di dunia iaitu Qom.

Agak menggelikan hati apabila pemandu warga Iran yang membawa kami bergurau dengan mengatakan isterinya bimbang bila mengetahui dia akan membawa tetamu ke Qom.

Isterinya berpesan agar dia jangan sesekali melakukan nikah mut’ah di sana! (Nikah mut’ah iaitu pernikahan dengan akad kontrak untuk tempoh tertentu, tanpa perlu wali dan saksi).

Rupa-rupanya nikah mut’ah sesuatu yang dibenci oleh warga Iran yang liberal, tetapi ianya leluasa diamalkan oleh para mullah Syiah di Qom. Mmmmm….

Antara tempat yang kami lawati di Qom adalah Makam Fatimah al-Ma'sumah. Fatimah al-Ma'sumah merupakan anak kepada Imam Syiah ketujuh Musa al-Kazim dan adik kepada Imam Syiah kelapan Ali al-Ridha.

Makam beliau sentiasa dikelilingi para penganut Syiah yang menangis, meratap, bertafakur, berdoa dan bernazar sambil melemparkan wang ke dalam perkarangan makam. (Untuk makluman pembaca, para imam Alhul Bayt itu sebenarnya tiada kena mengena dengan Syiah)

Di dalam kawasan makam juga terdapat banyak kubur para ulama Syiah daripada dahulu hingga kini. Hanya kubur para ulama Syiah yang direstui oleh Pemimpin Tertinggi Iran sahaja yang akan dibenarkan untuk dikebumikan di dalam kawasan makam yang juga masjid Syiah ini.

Di dalam kawasan makam ini juga terdapat sudut-sudut yang dijadikan hauzah pengajian ajaran Syiah yang dihadiri oleh para penuntut daripada pelbagai bangsa.

Dipercayai mereka ini adalah golongan yang bakal menjadi kader-kader Syiah (mullah) untuk meneruskan legasi ajaran Syiah di Iran dan seluruh dunia.

Seorang warga Indonesia yang belajar di Tehran memaklum bahawa bilangan pelajar Syiah Indonesia di Qom mencecah ribuan orang.

Ya Allah, moga engkau selamatkan negara jiran kami, Indonesia daripada bahana kader-kader Syiah ini!!

Makam Musa bin Muhammad al-Jawwad, Qom

Kubur+Qom
Lantai perkuburan yang terletak di luar perkarangan Makam al-Jawwad.

Musa bin Muhammad al-Jawwad adalah anak kepada Imam Syiah kesembilan. Dipercayai di sini terdapat lebih kurang 40 kubur ahli keluarga Musa bin Muhammad al-Jawwad yang dikatakan meninggal dunia akibat perbuatan khianat musuh-musuh mereka.

Di luar perkarangan makam ini, kelihatan banyak kubur para penganut Syiah yang disamaratakan dengan lantai marmar sehingga menyebabkan para pengunjung terpaksa berjalan di atasnya untuk masuk ke dalam masjid.

Bermakna, pijak kubur bagi Syiah adalah harus sedangkan Rasulullah SAW bukan kata memijak, duduk di atas kubur pun dilarang oleh Baginda.

Masjid Jamkaran, Qom

Menurut golongan Syiah, masjid ini dipercayai dibina bagi mempersiapkan kedatangan Imam Mahdi Syiah iaitu Imam Syiah yang keduabelas.

Menurut mereka, seorang ulama Syiah bernama Syekh Hasan bin Mitslih Jamkarani telah bermimpi mendapat arahan daripada Imam Mahdi supaya membina masjid ini.

Setiap pengunjung Syiah yang pergi ke masjid ini dikehendaki untuk mengerjakan solat Imam Zaman sebanyak empat rakaat bagi memuliakan dan mensucikan masjid tersebut serta Imam Mahdi yang dikatakan memberi perhatian istimewa terhadap masjid tersebut.

Dipercayai masjid yang memiliki perkarangan luas ini didanai oleh kerajaan Iran berdasarkan dua potret besar yang tergantung di luar pintu utama masjid iaitu Khomeini dan Khamanei.

Pengalaman beribadat di Iran

Antara perkara yang sukar untuk dilupakan adalah suasana beribadat di Iran. Apabila berada di Iran, saya merasakan ia jauh sekali berbeza ketika berada di negara-negara Islam Sunni yang lain seperti Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Qatar, Jordan dan sebagainya.

Ia boleh dirasakan menjelang masuknya waktu solat. Saya merasakan amat sukar sekali untuk mendengar bunyi azan di sekitar tempat menginap dan ketika dalam perjalanan ke sesuatu tempat.

Ia berbeza dengan suasana di negara-negara sunni yang amat mudah sekali untuk kita bertemu dengan masjid.

Apatah lagi ketika masuknya waktu solat, kita akan mendengar bunyi azan bersahut-sahutan antara satu sama lain.

Tapi di Iran, suasana ini amat sukar untuk dirasai, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan masjid di Iran hanya beroperasi pada waktu Zuhur, Maghrib dan Subuh.

Kalaupun dibuka, ia mungkin disebabkan untuk memberi ruang orang ramai menziarahi makam tertentu yang terdapat di dalam masjid.

Kebanyakan masjid pula dibina bukan untuk mendirikan solat jemaah dan Jumaat, tetapi lebih kepada untuk mengagungkan makam yang terdapat di dalam masjid tersebut.

Sebab itu, ia lebih dikenali sebagai shrine (haram). Malah ia lebih banyak berbanding masjid yang betul-betul hanya untuk mendirikan solat.

Solat Jumaat hanya pilihan

Paling mengejutkan (walaupun saya sendiri telah mengetahuinya menerusi kajian), apabila pihak urusetia dengan selambanya membawa kami pergi makan tengahari ketika waktu solat Jumaat.

Mungkin ia tiada masalah bagi kami yang sedang bermusafir, namun ia pelik bagi warga tempatan yang bermuqim untuk tidak menunaikan solat Jumaat.

Lebih mengejutkan, kaum lelaki Iran seperti tidak menghiraukan hari tersebut adalah hari Jumaat apabila mereka turut kelihatan memenuhi kawasan-kawasan membeli belah seperti kaum wanita.

Saya yang pada awalnya telah berkira-kira untuk menyaksikan sendiri bagaimana solat Jumaat didirikan di Iran, merasa betul-betul kecewa kerana walaupun telah termaktub dalam jadual "Friday prayer", namun rupa-rupanya ia sekadar ditulis sahaja.

Seorang student Indonesia yang kami temui memaklumkan, bagi umat Islam Sunni yang bekerja di Iran, mereka terpaksa solat Jumaat sama ada di Kedutaan Indonesia atau Kedutaan Arab Saudi. Ini kerana tiada masjid sunni dibenarkan beroperasi di Tehran.

Bagi warga Iran pula, mereka diberi pilihan sama ada mahu mendirikan solat Jumaat atau tidak. Istilah yang digunakan, solat Jumaat adalah "wajib ikhtiyari" (wajib pilihan).

Malah solat Jumaat hanya mula diadakan oleh kerajaan Iran selepas Revolusi 1979. Namun begitu ia didirikan secara terhad.

Sebesar-besar Tehran, Jumaat hanya didirikan di Universiti Tehran sahaja dengan imam yang dilantik oleh Pemimpin Tertinggi Iran sekarang.

Kesimpulan

Solat Sunni Syiah

Bila berada di Iran, rasa diri ini benar-benar bertuah kerana ditakdirkan Allah SWT untuk tinggal di sebuah negara Sunni. Sungguh! Amat jauh berbeza pegangan dan amalan hidup kaum Syiah itu.

Bahkan jelas kelihatan amalan Islam mereka itu jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam hadis-hadis Rasulullah SAW dan majoriti umat Islam di dunia.

Azan dan solat berjemaah lima waktu penuh di masjid serta solat Jumaat di seluruh negara adalah SYIAR YANG HILANG di negara Iran.

Ia belum lagi membahaskan bagaimana cara solat jemaah itu didirikan oleh mereka. Paling menghairankan, mereka mengajak kaum Sunni bertandang ke negara mereka atas slogan demi penyatuan Sunni & Syiah, namun ketika solat jemaah didirikan mereka sendiri akan menolak berimamkan sunni sedangkan sunni mengerjakan solat musafir (jamak & qasar).

Saya tertanya, jika Syiah itu jujur, apa salahnya mereka yang bermuqim mengikut imam yang bermusafir?

Sekadar perkongsian untuk kita fikir-fikirkan bersama.

Wallahu a'lam.

Nota Editor: Kisah ini pada asalnya telah dikongsikan di blog Mufakkir-Islami oleh Ustaz Aizam Mas’ud. Semoga ia membantu kita untuk lebih memahami apa itu Syiah.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, December 15, 2016

Apa Itu Sistem 'Pin and Pay' Kad Debit Dan Kad Kredit?

Apa Itu Sistem 'Pin and Pay' Kad Debit Dan Kad Kredit?

Bermula 1 Julai 2017, tiada lagi transaksi yang melibatkan kad debit dan kad kredit yang memerlukan tandatangan, sebaliknya digantikan dengan hanya memasukkan 6 digit pin (password) untuk transaksi urusniaga tersebut diterima.

Sistem 'Pin and Pay'

Pengguna yang menggunakan sistem Pin and Pay ini juga akan memperoleh kemudahan pembayaran tanpa swipe, hanya sentuh dan pembayaran (dengan had tertentu) akan dilaksanakan secara automatik. Tiada pin perlu dimasukkan.

Selain itu, beberapa lagi info tambahan yang perlu anda tahu mengenai penukaran ke sistem Pin and Pay ini:

  • Transaksi melalui internet dan telefon tidak memerlukan kita memasukkan nombor pin.
  • Transaksi tanpa sentuh kurang dari RM250, tidak memerlukan kita memasukkan nombor pin, anda juga boleh hadkan jumlah nilai untuk transaksi ini.
  • Transaksi di pam stesen minyak layan diri tidak memerlukan anda memasukkan nombor pin. Jumlah prapembayaran (autodebit) akan dikenakan pada kad terlebih dahulu sebanyak RM200.
  • Transaksi di terminal kad yang tidak menyokong sistem Pin and Pay, masih perlu menurunkan tandatangan untuk pengesahan. 
  • Namun, dengan penetapan 1 Julai 2017 sebagai tarikh akhir penukaran sistem, saya pasti banyak peruncit akan tukarkan ke sistem baru.

Info Tentang Pin Sistem 'Pin and Pay'

1. Tentang PIN Sistem 'Pin and Pay'

a. Apa itu PIN?

PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, ialah kod rahsia yang diberikan kepada pemegang kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan mereka ialah pemilik sah kad pembayaran tersebut.

b. PIN untuk kad Malaysia mempunyai enam digit dan PIN anda mestilah sentiasa dirahsiakan dan jangan sekali-kali dicatatkan di mana-mana.

c. Mengapakah PIN lebih selamat daripada tandatangan?

Penggunaan PIN boleh membantu melindungi pengguna daripada penipuan akibat kehilangan atau kecurian kad kerana kedua-dua kad dan PIN diperlukan untuk membuat pembayaran. Oleh itu, anda perlu sentiasa merahsiakan PIN anda.

d. Mengapakah saya perlu mendapatkan kad baharu untuk menggunakan PIN?

Anda akan diberikan kad baharu kerana kad semasa anda tidak menyokong PIN untuk membolehkan pembayaran dibuat.

2. Cara Mendapatkan Pin Baru Sistem 'Pin and Pay'

a. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan PIN?

Pengeluar kad sepatutnya menghantarkan kad baharu kepada anda atau mengkehendaki anda memilih PIN baharu untuk kad PIN baharu anda. Hubungi pengeluar kad anda untuk maklumat lanjut.

b. Bolehkah saya menukar PIN saya?

Ya. Ikuti arahan yang disertakan oleh pengeluar kad. Hubungi pengeluar kad anda untuk maklumat lanjut.

c. Bolehkah saya terus menggunakan kad tandatangan saya selepas menerima kad PIN?

Tidak boleh. Semua pengeluar kad di Malaysia adalah dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia untuk menaik tarafkan kad pembayaran kepada PIN.

Pengeluar kad kredit anda akan menghantar kad kredit PIN baharu kepada anda sebelum penghujung 2016. Kad kredit tandatangan lama anda akan ditolak selepas 3 bulan pengeluar kad kredit anda telah menghantar kad PIN baharu.

Bagi kad debit PIN baharu, pengeluar kad anda akan sama ada meminta anda mengunjungi cawangan terdekat untuk mengambil kad PIN baharu, atau menghantarnya kepada anda. Anda mesti berhenti menggunakan kad debit tandatangan lama anda sebelum penghujung 2016, atau ianya mungkin ditolak.

d. Adakah PIN yang saya gunakan untuk membuat pembelian sama dengan PIN yang digunakan di ATM?

Ya. Setiap kad hanya mempunyai satu PIN yang boleh digunakan untuk pengeluaran wang tunai di ATM dan pembelian di tempat jualan.

e. Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan PIN yang salah?

Anda dibenarkan untuk membuat beberapa percubaan sebelum PIN anda disekat. Percubaan PIN yang terhad melindungi anda daripada kemungkinan kad anda digunakan oleh penjenayah. Jika PIN anda disekat, hubungi pengeluar kad anda untuk mendapatkan atau memilih sendiri PIN baharu.

f. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya terlupa PIN saya?

Apabila anda menggunakan kad PIN baharu sebelum 1 Julai 2017, tandatangan anda masih boleh digunakan jika anda terlupa PIN semasa membuat transaksi di tempat jualan.

Peruncit boleh membantu anda menyempurnakan transaksi dengan menggunakan tandatangan. Selepas 1 Julai 2017, anda tidak lagi dibenarkan menggunakan tandatangan di terminal tempat jualan di Malaysia jika anda tidak mengetahui PIN anda.

Sebagai langkah keselamatan, anda mesti memasukkan PIN anda di dispenser petrol automatik dan di terminal lain tanpa pengendali jika anda diminta memasukkan PIN, walaupun sebelum 1 Julai 2017.

Jika anda terlupa PIN anda, anda tidak akan dapat menggunakan kad di terminal tanpa pengendali ini.

Jika terlupa PIN, hubungi pengeluar kad anda untuk mendapatkan atau memilih sendiri PIN baharu.

3. Tentang Pembayaran Dengan PIN Sistem 'Pin and Pay'

a. Bolehkah saya menggunakan kad PIN untuk transaksi tanpa sentuh?

Ya. Jika kad tanpa sentuh anda mempunyai PIN, terminal akan meminta PIN selepas kad anda diimbas pada pembaca tanpa sentuh untuk amaun transaksi yang melebihi had tertentu. Walau bagaimanapun, transaksi tanpa sentuh yang bernilai kecil tidak memerlukan PIN atau tandatangan.

b. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui bila PIN diperlukan?

Anda hanya perlu mengikuti arahan pada terminal. Terminal pembayaran akan menentukan dan meminta PIN jika diperlukan.

c. Apakah yang akan berlaku jika saya menggunakan kad PIN baharu di terminal yang tidak menyokong PIN?

Dalam kes ini, terminal akan memproses kad PIN baharu anda tanpa meminta PIN dan tandatangan anda perlu disahkan.

d. Adakah PIN digunakan untuk transaksi kad melalui Internet atau telefon?

Tidak. PIN yang anda gunakan di terminal tempat jualan atau mesin ATM sama sekali tidak boleh didedahkan di Internet atau diberikan melalui telefon. Kad PIN anda tidak akan memberi kesan atau mengubah transaksi yang dibuat melalui Internet atau telefon.

e. Adakah saya perlu memasukkan PIN setiap kali saya menggunakan kad saya di Malaysia?

Tidak, bukan semua transaksi di tempat jualan memerlukan PIN:

  • Transaksi tanpa sentuh yang bernilai kecil tidak memerlukan PIN.
  • Transaksi yang dijalankan di terminal yang tidak menyokong PIN masih akan menggunakan tandatangan.

f. Adakah saya perlu memasukkan PIN setiap kali saya menggunakan kad di kios atau terminal layan diri di Malaysia?

Jika kios atau terminal layan diri tersebut menyokong PIN, ia akan meminta PIN apabila anda memasukkan kad ke dalam terminal.

Jika terminal meminta PIN, anda perlu tahu PIN anda dan mesti memasukkan PIN tersebut untuk menyempurnakan transaksi.

Jika anda tidak tahu PIN anda, atau anda tidak mempunyai kad dengan PIN, anda tidak boleh menggunakan kad anda di kios atau terminal layan diri yang menyokong PIN.

Contoh terminal layan diri ialah terminal pembayaran pada pam layan diri di stesen minyak.

Sehingga 1 Julai 2017, anda masih boleh menandatangani resit di terminal berjaga jika anda tidak tahu PIN anda.

Walau bagaimanapun, langkah ini tidak boleh dilakukan di terminal layan diri kerana ianya tidak berjaga, iaitu tiada juruwang atau pengendali untuk mengesahkan tandatangan anda.

Oleh itu, anda perlu sentiasa memasukkan PIN jika terminal layan diri itu menyokong PIN.

Jika anda tidak tahu PIN anda, atau anda tidak mempunyai kad dengan PIN semasa menggunakan pam layan diri di stesen minyak, anda boleh masuk ke dalam kedai untuk membayar dan menandatangani resit di terminal berjaga.

g. Adakah saya perlu memasukkan PIN apabila saya menggunakan kad di luar negara?

Jika anda telah menerima kad PIN yang baharu dan akan ke luar negara, pastikan anda mempunyai PIN untuk kad anda sebelum meninggalkan Malaysia.

Negara-negara yang belum berhijrah ke PIN akan masih memerlukan tandatangan anda sebagai pengesahan pembayaran kad.

Namun begitu, sesetengah negara akan memerlukan PIN untuk menyempurnakan transaksi pembayaran kerana kad anda disokong oleh system PIN.

Sekiranya anda masih belum mempunyai PIN untuk kad PIN anda, ikuti arahan yang telah diberikan oleh pengeluar kad anda tentang cara-cara untuk mendapatkan PIN, atau hubungi pengeluar kad anda untuk keterangan lanjut.

h. Malaysia telahpun beralih kepada PIN 6 digit. Adakah saya akan menghadapi masalah apabila menggunakan kad pembayaran PIN saya di negara-negara yang menggunakan PIN 4 digit?

Peraturan skim kad antarabangsa memerlukan kesemua terminal menerima PIN 4 hingga 6 digit secara global.

Anda tidak sepatutnya menghadapi apa-apa isu apabila menggunakan kad PIN 6 digit anda di luar negara.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah di mana-mana terminal luar negara yang tidak mematuhi peraturan skim, anda boleh memohon peniaga untuk membenarkan anda menyempurnakan transaksi tersebut menggunakan tandatangan, atau anda boleh memilih kaedah pembayaran yang lain sekiranya peniaga enggan membenarkan penggunaan tandatangan.

Untuk apa-apa kesulitan dengan terminal luar negara, sila hubungi bank pengeluar anda untuk bantuan.

4. Tentang Isu Keselamatan Sistem 'Pin and Pay' Anda

a. Bagaimanakah saya dapat memastikan PIN saya selamat?

Penting bagi anda untuk merahsiakan PIN supaya kad anda dilindungi daripada penipuan akibat kehilangan dan kecurian.

Pastikan PIN anda tidak mudah diteka dengan mengelakkan penggunaan nombor yang boleh dikaitkan dengan anda seperti tarikh peribadi yang penting (contohnya, hari lahir atau hari ulang tahun anda), nombor telefon atau nombor lesen pemandu.

Antara langkah-langkah lain bagi memastikan keselamatan PIN anda termasuk:
tidak menyimpan rekod bertulis tentang PIN anda;

  • Tidak membenarkan orang lain melihat PIN anda semasa anda memasukkannya atau semasa ia dipaparkan;
  • Tidak menyimpan PIN anda dalam bentuk yang mudah dikenal pasti sebagai PIN;
  • Tidak mendedahkan PIN anda kepada sesiapa pun (termasuk pihak berkuasa, ahli keluarga atau pasangan);
  • Tidak mendedahkan PIN anda akibat kecuaian atau kelalaian;
  • Memaklumkan pengeluar kad dengan segera jika anda menyedari bahawa PIN anda telah diketahui oleh orang lain; dan
  • Memastikan mana-mana pemegang kad tambahan yang boleh mengakses mana-mana Akaun Kad anda dengan menggunakan PIN supaya memastikan kerahsiaan PIN mereka dengan cara yang dinyatakan di atas.

Untuk info tambahan bagi anda memahami sistem Pin and Pay ini, boleh layari laman web berikut, https://pinandpay.com.my/bm/pemegangkad.html

Jadi, kepada anda yang masih belum menukar kad debit atau kredit ke sistem Pin and Pay ini, sila lakukan dengan segera.

BACA INI JUGA: Rahsia Kenapa Bank Kekurangan Wang Tunai Dan Bagaimana Wang 'Atas Angin' Dicipta!

-SENTIASAPANAS.COM

Apa Itu Kad Debit, Adakah Ianya Selamat Dan Bagaimana Kad Berfungsi?

Apa Itu Kad Debit, Adakah Ianya Selamat Dan Bagaimana Kad Berfungsi?

Kad debit adalah kad plastik yang membolehkan anda untuk mendebit, membayar atau menggunakan wang terus dari akaun anda tanpa perlu mengeluarkan wang kertas.

Kad Debit

Ini kerana bagi sebahagian dari kita, membawa wang tunai fizikal adalah sangat berisiko, menjadikannya bukan sahaja menyusahkan tetapi sukar untuk menguruskan cara anda berbelanja. Itulah salah satu sebab mengapa kad debit diperkenalkan.

Seperti buku cek, kad debit biasanya diberikan bersama-sama dengan produk perbankan yang lain (cth. apabila anda membuka akaun semasa atau simpanan baru).

Dalam beberapa cara, kad debit adalah sama dengan kad kredit, tetapi ia hanya berfungsi apabila terdapat wang di dalam akaun anda.

Kelebihan kad debit adalah ia membolehkan pemegangnya iaitu anda untuk mendebitkan atau membayar di mana-mana kedai yang mempunyai lesen tertentu asalkan akaun anda mempunyai cukup wang di dalam akaun.

Kadang-kala, kad debit dikatakan sebagai setengah kad ATM dan setengah kad kredit disebabkan kad debit yang dikeluarkan oleh bank-bank membolehkan anda untuk menikmati hak eksklusif dan diskaun yang diberikan kepada pemegang kad kredit.

Bagaimanakah Kad Debit Berfungsi?


Apabila anda membuat transaksi dengan menggunakan kad debit, wang ditolak serta-merta daripada akaun semasa atau simpanan anda kerana kad tersebut dikaitkan terus ke akaun bank anda dengan cara elektronik.

Apabila kad debit digunakan di mana-mana kedai yang menerima kad debit, ia menolak wang daripada akaun anda secara online dan dimasukkan secara automatik ke akaun pekedai tersebut. Kedai tersebut menerima wang (masuk secara online ke dalam akaunnya) serta merta.

Transaksi jenis ini adalah berlainan daripada penggunaan kad kredit, yang menggunakan wang yang dipinjam dari bank atau institusi kewangan.

Sesetengah kad debit akan memerlukan tandatangan anda apabila transaksi sedang diproses seperti kad kredit, manakala kad debit yang lain menggunakan nombor pin untuk pengesahan.

Ini dilakukan sebagai langkah keselamatan tambahan kerana hanya anda akan tahu nombor PIN anda.

Sistem Pin and Pay

Bagaimanapun, bermula 1 Januari 2017, semua bank-bank di Malaysia akan mula menggunakan sistem Pin and Pay untuk semua jenis kad debit dan kad kredit, atas arahan Bank Negara Malaysia.

Sistem ini dipercayai berupaya untuk mengekang penipuan kad kredit, dan kad debit.

Ini bermakna setiap transaksi menggunakan kad kredit dan debit hanya perlu memasukkan nombor pin untuk pengesahan. Manakala tiada tandatangan diperlukan.

Semua pemegang kad ATM yang lama WAJIB menukar kepada kad MyDebit kerana bermula 1 Januari 2017, penggunaan kad yang tidak ditukar kepada MyDebit akan terjejas dalam urusniaga pengeluaran di mesin ATM atau pembelian runcit di terminal Pin & Pay.

Terdapat beberapa faktor yang anda perlu tahu apabila anda memilih kad debit seperti;

Had

Sesetengah kad debit tidah dibenarkan untuk digunakan untuk semua jenis transaksi. Contohnya, anda tidak boleh membuat urus niaga dalam talian atau pembelian kad debit daripada peniaga tertentu.

Kad debit biasanya mempunyai had maksimum yang anda boleh dicaj, walaupun ia adalah pilihan anda untuk menetapkan had yang dikehendaki.

Akaun Simpanan Yang Dikaitkan

Ia adalah idea yang baik untuk mempertimbangkan untuk menghubungkan kad debit anda kepada akaun yang sepadan dengan tabiat berbelanja anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua akaun bank boleh 'link' dengan kad debit.

Yuran Dan Bil

Kad debit mungkin mempunyai yuran yang anda perlu bayar apabila anda memohon untuk kad debit. Kebanyakan orang biasanya tidak mempertimbangkan yuran ini.

Bayaran boleh termasuk:

Yuran Tahunan:

  • Bank yang mengeluarkan kad debit mungkin memerlukan anda untuk membayar yuran tahunan seperti yang dilakukan dengan kad kredit. 
  • Walau bagaimanapun, yuran tahunan kad debit biasanya adalah lebih kurang daripada kad kredit.

Pengeluaran ATM:

  • Beberapa bank boleh menawarkan bilangan percuma pengeluaran ATM tertentu, tetapi mula mengenakan caj selepas itu.

Yuran Penggantian Kad:

  • Jika anda menghilangkan kad anda dan mahu penggantian, bank mungkin mengenakan anda caj untuk ini.

Kepentingan Dan Faedah Kad Debit

Pemegang kad debit akan menikmati keistimewaan dan diskaun tertentu seperti;

Rebat Tunai:

  • Manfaat rebat tunai pada kad debit biasanya adalah kurang baik daripada yang ditawarkan oleh kad kredit.

Mata Ganjaran:

  • Sama seperti kad kredit, sesetengah kad debit memberikan anda mata ganjaran setiap kali anda menggunakan kad anda.

Diskaun:

  • Sebagai pemegang kad debit, anda juga boleh menikmati diskaun dan keistimewaan yang ditawarkan oleh bank-bank dan peniaga yang terbabit.

Kelebihan Dan Keburukan Kad Debit

Apabila anda menggunakan kad debit, anda tidak akan berada dalam hutang dengan bank kerana jumlah pembelian ditolak terus dari akaun simpanan yang dikait dengannya.

Satu kelemahan menggunakan kad debit adalah bahawa anda hanya boleh menggunakan wang yang anda ada di dalam akaun simpanan yang dikait dengan kad debit.

Sebarang transaksi yang melebihi baki bank anda akan sama ada tidak diluluskan, atau menyebabkan bank mengenakan anda yuran overdraf.

Istilah Biasa Kad Kredit

PIN:

  • Ini bermaksud “Personal Identification Number” (Nombor Pengenalan Peribadi). 
  • PIN adalah seperti kata laluan – ia adalah satu siri digit yang digunakan semasa urus niaga untuk mengesahkan bahawa anda adalah pemegang kad.

Pengeluar Kad Debit:

  • Ini merujuk kepada bank atau mana-mana institusi kewangan lain yang mengeluarkan kad debit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara 'Meletakkan' Gambar Pilihan Sendiri Di Kad ATM Maybank

Sumber: iMoney

Gambar Sharifah Sakinah Tayang 'Baby Bump', Hamil Anak Sulung

Gambar Sharifah Sakinah Tayang 'Baby Bump', Hamil Anak Sulung

Selama ini berita kehamilan Sharifah Sakinah menjadi teka-teki apatah lagi bila kakaknya Sharifah Shahira dikatakan bergurau mengenai adiknya itu yang sedang mengandung menerusi satu muat naik di Instagram.

Sharifah Sakinah baby bump

Dan yang terbaru, satu perkongsian gambar oleh pelakon dan jurulatih kecergasan itu menerusi akaun Instagram yang memperlihatkan ‘baby bump’ jelas membuktikan Sharifah Sakinah sedang hamil anak pertama.

Jika sebelum ini, Sharifah Sakinah menafikan dia hamil, namun perkongsian gambar tersebut jelas membuktikan sebaliknya.

Gambar tersebut diambil ketika Sharifah Sakinah meluangkan masa bersama rakan artis, Marsha dan Jiji Zainal.

Namun, Sharifah Sakinah tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai kehamilannya dan kapsyen gambar tersebut hanya tertulis ‘Feels like sunday’.

Perkongsian Sharifah Sakinah itu mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya yang teruja dengan kehamilan pelakon tersebut.

Sharifah Sakinah baby bump
Sharifah Sakinah baby bump

Sharifah Sakinah pernah mengalami keguguran sekitar bulan Mac 2016 lalu ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Pada waktu itu Sharifah Sakinah tidak mengetahui bahawa wanita yang sedang berada di peringkat awal kehamilan tidak boleh menaiki kapal terbang.

Sharifah Sakinah berkahwin dengan pilihan hatinya Aliff Adha, seorang juruterbang di sebuah majlis yang berlangsung di dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Mac 2015 yang lalu.

BACA INI JUGA: Gila Meroyan, Bahaya Gangguan Mental Selepas Bersalin

Sumber: Mynewshub