Wednesday, April 22, 2020

Bagaimana Virus Covid-19 Menyerang Sistem Dalam Badan Yang Menyebabkan Kerosakan Teruk?

Bagaimana Virus Covid-19 Menyerang Sistem Dalam Badan Yang Menyebabkan Kerosakan Teruk?

Wabak jangkitan coronavirus yang bermula di Wuhan, China, pada bulan Disember 2019 telah menular ke hampir semua negara, dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenal pasti wabak ini sebagai satu ancaman terbesar di seluruh dunia.

Bahaya Covid-19

Mengapa penyakit ini sangat menakutkan? Apa sebenarnya yang terjadi kepada badan kita apabila dijangkiti COVID-19 ini? Artikel ini ada jawapannya.

Serangan ke atas paru-paru

Memandangkan virus COVID-19 ini adalah jangkitan pada saluran pernafasan, bahagian pertama yang pasti terjejas ialah paru-paru.

Individu yang dijangkiti COVID-19 akan memiliki virus dalam titisan cecair badan mereka dan ketika bersin atau batuk, ia boleh menjangkiti individu lain pula melalui titisan air liur.

Simptom-simptom jika anda dijangkiti COVID-19 ini ialah selesema, batuk atau demam.

Virus ini boleh menyebabkan masalah kepada sistem pernafasan dan menyebabkan keradangan pada paru-paru.

Jangkitan Covid-19 ini boleh disedari seawal 2 hingga 14 hari selepas bermulanya jangkitan.

Berikut adalah perbezaan antara virus influenza biasa dan virus Covid-19:

Individu seperti kanak-kanak, orang tua, wanita hamil dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik adalah lebih berpotensi untuk mendapat jangkitan ini.

Serangan ke atas arteri koronari adalah sama seperti virus lain yang menyerupai COVID-19 seperti SARS dan juga MERS.

Terdapat tiga peringkat kecederaan pada paru-paru:

Pertama, virus akan merebak dalam tubuh dan apabila virus tersebut tidak dikenali antibodi badan, sistem imun akan terus bertindak secara agresif.

Sekiranya sistem imun terus bertindak balas kepada keradangan yang berlaku, paru-paru akan menjadi rosak.

Malangnya, sistem imun yang bertindak secara agresif terhadap virus akan merosakkan saluran darah dalam paru-paru, menyebabkan kebocoran cecair dalam saluran darah.

Cecair tersebut akan berkumpul dalam poket udara paru-paru atau disebut alveoli, yang kemudiannya akan menyebabkan paru-paru sukar untuk memindahkan oksigen daripada udara ke dalam darah.

Menyerang Saluran Gastrousus

Kesan serangan virus COVID-19 ini bukan sahaja berlaku di dalam paru-paru, ia juga menyerang saluran pencernaan.

Antara kesan yang boleh disebabkan oleh virus ini ialah kekejangan abdomen, sembelit dan juga cirit-birit.

Biasanya, virus akan menyebabkan cirit-birit yang menjejaskan dinding usus dan menyebabkan kebocoran cecair.

Respon Imun Yang Berlebihan

Jangkitan coronavirus ini juga boleh menyebabkan tindak balas imun yang kuat dan akibat daripada tindak balas ini, keradangan boleh berlaku kepada organ-organ dalaman tubuh.

Sistem imun tubuh akan aktif terlebih dahulu bagi mengenal pasti lokasi jangkitan apabila jangkitan coronavirus telah memasuki tubuh badan. Ia disebut Cytokine.

Apabila tubuh terdedah kepada jangkitan virus, sistem imun tubuh akan menghasilkan cytokine untuk melawan jangkitan tersebut.

Antibodi tubuh yang terhasil daripada sistem imun kemudiannya akan datang ke tempat di mana cytokine ini terdedah.

Namun, sekiranya terlalu banyak cytokine dilepaskan, ia akan menyebabkan masalah lain pada tubuh.

Cytokine yang berlebihan akan merosakkan organ-organ dalaman lain seperti hati, buah pinggang, jantung dan juga saluran darah.

Serangan Ke Atas Hati

Hati adalah organ paling penting dalam badan dan ia disambungkan ke saluran darah. Oleh itu, jangkitan coronavirus ke atas hati juga boleh berlaku dengan mudah.

Jangkitan coronavirus ini akan menyerang sel hati atau memusnahkannya atau menyebabkan keradangan melalui sistem imun yang berlebihan.

Hati boleh pulih dengan cepat jika berlaku kerosakan yang normal, namun jika serangan yang berlaku itu terjadi secara berulang-ulang, sel-sel hati yang baharu tidak dapat tumbuh semula dengan cepat lalu menyebabkan hati menjadi rosak.

Buah pinggang

6% daripada kematian mereka yang dijangkiti COVID-19 adalah akibat daripada kerosakan buah pinggang.

Walaupun kerosakan terhadap buah pinggang ini jarang berlaku, ginjal cenderung untuk mengalami kerosakan apabila jangkitan coronavirus bermula.

Kerosakan yang berlaku pada buah pinggang disebabkan oleh kedua-dua serangan virus dan juga sistem imun.

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui bahawa sekiranya jangkitan coronavirus ini berlaku, mereka yang dijangkiti COVID-19 ini akan mengalami pelbagai serangan daripada setiap sudut ke atas organ-organ dalaman tubuh mereka.

Virus ini bukan sahaja menyerang paru-paru pesakit, tetapi ia juga menyerang buah pinggang, saluran darah, perut dan juga hati anda.

Sememangnya ia adalah satu serangan yang sangatlah dahsyat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

4 Cara Penjagaan Kereta Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

4 Cara Penjagaan Kereta Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Dalam usaha untuk menjaga kereta dalam keadaan yang baik ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Proton telah berkongsikan beberapa inisiatif menarik dalam memastikan kereta anda masih mampu beroperasi dengan baik sehingga selesai tempoh PKP.

Penjagaan Kereta

Berikut merupakan 4 tips asas penjagaan kereta sepanjang PKP ini berlangsung.

1. Pastikan bateri kereta anda dicas

Meskipun kereta tidak banyak bergerak atau mungkin tidak bergerak langsung sempena musim PKP, anda dinasihatkan untuk menghidupkan enjin kereta dan membiarkannya selama 10 minit setiap tujuh hari bagi membolehkan altenator menjalankan kerjanya.

Selama tempoh 10 minit tersebut, adalah dinasihatkan untuk tidak membuka penghawa dingin kereta dimana perkara ini dapat melambatkan proses pengecasan bateri.

Proses yang dibuat ini sekali gus membolehkan kereta dapat dihidupkan dengan mudah pada minggu-minggu akan datang.

2. Periksa keadaan tekanan tayar kereta

Setiap dua minggu pastikan tayar kereta anda berada dalam keadaan yang baik. Salah satu cara untuk mengetahui tekanan tayar adalah dengan penggunaan alat bagi menyemak tekanan tayar atau menggunakan Tyre Pressure Monitoring System display seperti yang tersedia di Proton.

Adalah dinasihatkan untuk mengisi angin tayar anda di stesen minyak berdekatan sekiranya tekanan angin dalam tayar anda dalam keadaan yang rendah.

3. Elakkan wiper berada di cermin

Wiper kereta

Tip ini khas buat anda yang meletakkan kereta di tempat terbuka serta terdedah kepada cahaya matahari.

Cara terbaik untuk memastikan ketahanan wiper anda adalah dengan memisahkan seketika wiper dari cermin kereta seperti gambar yang tertera di atas.

Cara ini akan membuatkan wiper anda bertahan lebih lama dan tidak akan cepat mengeras sekali gus membuatkan proses menolak air pada cermin kereta lebih efektif.

4. Elakkan tayar menjadi leper

Sewaktu PKP sudah pastinya kereta anda tidak bergerak dalam tempoh yang panjang, anda boleh menggerakkannya sedikit ke depan atau ke belakang untuk mengelakkan permukaan bawah tayar terus leper pada tempat yang sama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Monday, April 20, 2020

Manusia Yang Ingkar PKP 'Bodoh' Macam Keldai

Manusia Yang Ingkar PKP 'Bodoh' Macam Keldai

Gambar dibawah ini telah diambil dari satu kejadian ketika perang dunia kedua, yang mana seorang askar terpaksa memikul seekor keldai ketika melintasi padang rumput, bukan kerana kasihankan keldai atau menderita sakit mental, namun jika keldai itu dibiarkan bebas, ia akan memijak peledak jerangkap samar yang ditanam di segenap penjuru lalu meletup dan membunuh tentera.

Carrying a Donkey

Pengajaran dari gambar ini adalah, dalam keadaan musibah dan bahaya, yang perlu dijaga adalah "KELDAI-KELDAI" yang tidak memahami betapa besarnya bahaya yang sedang dihadapi akibat kebodohannya.

Sama macam keadaan yang kita hadapi sekarang.

Walaupun ketika arahan PKP sedang dilaksanakan, masih terdapat segelintir manusia yang degil keluar rumah, melepak, berhimpun, juga ada yang ke hulu ke hilir tanpa tujuan tertentu.

Paling malang, pihak polis dan tentera terpaksa MEMIKUL arahan bagi menjalankan tugas mengawasi setiap pergerakan dan mengambil tindakan, agar keldai-keldai dari spesies manusia tidak terpijak jerangkap samar Covid-19.

Mereka yang degil arahan PKP ini serupalah macam keldai ini juga.

Mereka wajar dihantar ke kawasan yang banyak keldai dan diasingkan supaya tidak menyusahkan orang lain.

Atau, hantar saja ke Korea Utara atau Filipina agar hukuman bunuh boleh dilaksanakan.

Perangai keldai. Puii!!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Microalgae: 2.5 Billion Years Old Super Food

Microalgae: 2.5 Billion Years Old Super Food

The origin of marine phytoplankton (microalgae) dates back to 2.5 billion years. These organisms were responsible for the production of oxygen into atmosphere of our planet into a "breathable" environment, which allowed the development of other life forms.

Microalgae Super Food
Microalgae.

The very existence of microalgae till today is due to their survival in extreme environment.

The Discovery

In the heart of the Doñana Nature Reserve, Veta La Palma estate (southern Spain) constitutes an authentic natural paradise and a perfect example of biodiversity. Over 250 different species of birds and fishes feed in its abundant waters.

But below its waters, it hides a true environmental treasure: marine phytoplankton. Curiosity came into mind when Flamingos fly a long 150 miles every day to take the feed for their chicks from the marine life in Veta la Palma and observed excellent fish quality with long shelf life.

After 15 years of research and findings, scientist discovered an exclusive strain of microalgae with the highest bioactivity against reactive oxygen (explained below), causing oxidative stress to most living organisms.

The Culprit

Oxidative stress as defined by Wikipedia:

"An imbalance between the systemic manifestation of reactive oxygen species and a biological system's ability to readily detoxify the reactive intermediates or to repair the resulting damage. Disturbances in the normal redox state of cells can cause toxic effects through the production of peroxides and free radicals that damage all components of the cell, including proteins, lipids, and DNA."

Reactive Oxygen Species (ROS) are chemically reactive chemical containing oxygen, which can be managed and converted to non-toxic chemical compound. ROS is a natural by-product of normal metabolism and have important roles in cells.

However, during times of environmental stress (e.g., UV or heat exposure), ROS levels can increase dramatically without conversion, thus resulting in harmful free radicals, peroxides and damage in cell structure.

Oxidative stress caused by both external and internal factors:
  • Natural aging
  • Excessive Exercise
  • Stress
  • Negative emotions
  • Inflammation
  • Alcohol
  • Smoking and second-hand smoke
  • Ultraviolet Rays
  • Chemical Pollution
  • Oily, fried food
  • Radiation (eg. Electronic and Electrical Devices)
  • Food preservatives & additives

There are over 200 chronic diseases in peer-reviewed scientific articles linked to oxidative stress.

List of some effects from Oxidative Stress and production of free radicals:
  • Memory Loss
  • Bronchitis
  • Fatty Liver
  • Liver cirrhosis
  • Arthritis
  • Cardiovascular disease
  • Gastric ulcers
  • Acid reflux
  • Bloating and Diarrhoea
  • Loose, sagging skin
  • Causes wrinkles and fine lines
  • Cancer

The Solution

We need Superoxide Dismutase (SOD) enzyme, which plays a critical role in preventing oxidative stress as it is the only agent able to control production of reactive oxygen species (ROS) and prevent cell oxidations.

SOD is the first essential enzyme in the antioxidants pathway as shown below, making SOD enzyme the first line of defence.

Antioxidant enzyme versus classical antioxidant
Figure 1: Antioxidant enzyme versus classical antioxidant.

TetraSOD

TetraSOD® is a marine ingredient from a microalgae named Tetraselmis Chuii. Cultivated with patented technology by Fitoplancton Marino, in an ISO22000 certified plant in Spain.

Why TetraSOD® as the outmost solution to oxidative stress:
  • Possessed the highest SOD activity among all food in the world.

SOD activity comparison
Figure 2: SOD activity comparison: TetraSOD® and other available products.

  • Complete antioxidative enzymes comprising of SOD, glutathione peroxidase (GPX) and catalase (CAT) performing at the cellular level. Other foods or ingredients only have one of these 3 enzymatic functions.

Action of SOD
Figure 3: Action of SOD to control anion superoxide. Further reactions are needed to remove H2O2 derived from superoxide anion by catalase (CAT) and glutathione peroxide (GPX).

  • Scientifically Proven. Fitoplancton Marino had their 15 years of science backed by laboratory test and trials. Some test can be found at https://tetrasod.com/backed-by-science. Others material, test and data can be requested and some is published on health or medical journal sites.
  • Healthy functional food with essential fatty acids, vitamins, antioxidants, minerals, amino acids and pigments, not to mention, it was the 1st microalgae certified as Novel Food EU.
Novel Food EU certification
Figure 4: Novel Food EU certification

  • Natural encapsulation down to most needed absorption area. This encapsulation is naturally found in the raw ingredient of TetraSOD®, without enhancing the material or putting it in pill form. Nature wants us to consume this.
  • Stringent and uncontaminated natural process of cultivating raw Tetraselmis Chuii. Fitoplancton Marino has an ISO22000 and GMP in their TetraSOD® production plant.
  • All sea water is being filter away from contamination and heavy metal toxic. All process is being monitored by advanced manufacturing system in a controlled environment.

There are more

I admit we should further uncover the importance of this 2.5 billion years old microalgae on other form of living organisms, not just in managing oxidative stress, but with hope to unveiled more wonders it affect human health and ecosystem in the food chain.

We learned that our "first line of defence is to manage our oxidative stress."

This is essential to protect and allow our cells to optimally perform its function. At the current state of discovery, TetraSOD® had given enough humanity a solution in a safe and sustainable way.

Now raises the question of how we can we acquire these food wonders.

Written by:
Leng Yap
Head of Operations @ Vii Nutrition Sdn Bhd
Tel: +60 17 3225000, Email: leng@viinutrition.com

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Bila Wabak Covid-19 Akan Berakhir?

Bila Wabak Covid-19 Akan Berakhir?

Bermula dari Kota Wuhan, jangkitan Covid-19 telah menular ke seluruh dunia menyebabkan peningkatan pesat pada angka jangkitan dan kes kematian dan telah diisytiharkan sebagai pandemik pada pertengahan bulan Mac 2020, oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Covid-19 Akan Berakhir

Dan kini, ramai yang tertanya-tanya, bagaimana wabak Covid-19 ini bakal berakhir, dengan beberapa teori telah dikemukakan.

1. Tiada Pengakhiran Bagi Wabak COVID-19

Jika anda pernah membuka laman sesawang Worldometer, anda akan sedar, kadar penularan wabak COVID-19 adalah sangat pantas.

Ia berkait rapat dengan nilai R-naught (R0) iaitu jumlah individu sihat yang boleh dijangkiti oleh virus tersebut daripada seseorang yang telah dijangkiti.

Kini, nilainya masih berada di antara 2 hingga 3, yang bermakna seorang individu berjangkit boleh menyebarkan COVID-19 kepada 2-3 individu sihat pada satu masa.

Sebelum ini, terdapat seorang pesakit di Hospital Wuhan telah menyebarkan jangkitan Covid-19 tersebut kepada lebih daripada 57 individu lain.

Ini menjadikan COVID-19 sebagai virus yang lebih mudah berjangkit berbanding dengan virus sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan virus sindrom pernafasan timur tengah (MERS).

Menurut Dr Amesh Adalja, Pakar Penyakit Berjangkit dari Universiti Hopkins, jika dilihat pada model penyebaran jangkitan, berkemungkinan ia tidak mempunyai penghujungnya, yang telah diterbitkan di laman jurnal terkemuka Annals of Internal Medicine.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak semestinya bermaksud wabak COVID-19 akan menjadi lebih teruk.

Terdapat 2 kemungkinan berkaitan dengan hal itu:
  • Seperti jangkitan influenza, COVID-19 berpotensi untuk menjadi jangkitan bermusim. Maknanya, vaksin dan ubat antiviral bagi mereka yang mengalami simptom teruk memainkan peranan penting.
  • Jangkitan COVID-19 masih ada namun ia tidak akan menyebabkan simptom teruk. Ini boleh berlaku jika ia mengalami proses mutasi yang menurunkan keupayaannya menyebabkan simptom teruk.

2. Kadar Jangkitan COVID-19 Berkurangan Dengan Sendiri

Perkara yang pernah berlaku ketika wabak SARS suatu ketika dahulu boleh berulang dengan COVID-19. Kedua-duanya berasal daripada keluarga yang sama.

Terdapat pakar yang meramalkan wabak COVID akan menemui nasib yang sama seperti wabak SARS. Ia akan perlahan-lahan menjadi kurang agresif dan akhirnya lenyap.

Namun, usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan perlu dilakukan secara aktif bagi memastikan COVID-19 dapat dikawal dan penularannya dapat dihentikan.

Ketika wabak SARS sedang merebak, badan autoriti kesihatan global menggalakkan proses pengesanan, pemeriksaan dan pengisolasian pesakit yang dijangkiti oleh virus tersebut. Tujuannya sama, untuk memutuskan rantaian jangkitan.

Oleh sebab SARS tidak seagresif wabak COVID-19, langkah yang diambil itu berkesan dengan cepat.

Mungkin perkara ini sukar bagi wabak COVID-19 apabila kita melihat keupayaannya untuk merebak kepada individu lain dengan mudah, namun ia tidak mustahil.

Jika tindakan yang sama ditambah dengan amalan jarak sosial terus dilakukan oleh individu di segenap penjuru dunia, kita bakal menyaksikan penurunan kes sepesat ia sedang meningkat sekarang.

Kemudian, sehinggalah ke satu tahap, ia akan menunjukkan corak penurunan yang lebih kurang sama dengan kes influenza H1N1, virus Zika dan SARS.

Jangkitan tersebut masih wujud di persekitaran, namun kadar penularannya tidak tinggi seperti pada peringkat permulaan wabak.

3. Vaksin Dan Ubat Antiviral Tersedia Untuk Melawan Wabak Covid-19

Banyak syarikat di serata dunia sedang giat berusaha menyediakan vaksin dan ubat antiviral virus korona yang selamat digunakan oleh orang awam.

Gilead, salah sebuah syarikat farmasi terbesar di Amerika Syarikat, mempatenkan ubat antiviral remdesivir dan Malaysia merupakan salah satu negara yang akan menggunakan ubat tersebut dalam fasa ujian klinikal.

Syarikat-syarikat terkemuka di dunia seperti Johnson & Johnson dan Novavax juga sedang bertungkus lumus menyediakan vaksin wabak COVID-19.

Namun, walau secanggih mana pun teknologi, ia memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun sebelum disahkan selamat untuk kegunaan kepada manusia, berikutan fasa ujian klinikal bagi vaksin mempunyai beberapa peringkat.

Saintis juga perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti keberkesanan dan kesan sampingan ubat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

Monday, April 13, 2020

Dokumentari 'The Next Pandemic' Bill Gates Yang Telah Meramal Kemunculan Covid-19

Dokumentari 'The Next Pandemic' Bill Gates Yang Telah Meramal Kemunculan Covid-19

Jika anda tidak tahu bagaimana Bill Gates telah terlibat dalam teori konspirasi tentang kemunculan wabak Covid-19 yang telah membunuh ribuan orang diseluruh dunia, maka kita perlu kembali pada bulan Oktober 2019 yang lalu.

The Next Pandemic Bill Gates

Pada bulan tersebut, Yayasan Bill & Melinda Gates telah bekerjasama dengan Forum Ekonomi Dunia dan John Hopkins Center for Health Security untuk menguji sejauh mana kita telah bersedia untuk berhadapan dengan wabak.

Dan mungkin secara "kebetulan", virus Covid-19 muncul dua bulan kemudian!

Para ahli teori konspirasi berkata bahawa program itu merupakan permulaan kepada wabak yang bakal berlaku dan telah dirancang oleh ketiga-tiga organisasi ini.

Dalam satu rancangan dokumentari Netflix pada tahun 2019 "The Next Pandemic" itu, Bill Gates telah meramalkan bahawa wabak seperti Coronavirus akan berlaku, bermula dari sebuah pasar di China.

Sementara itu, John Hopkins Center for Health Security telah menafikan sebarang hubungan antara kejadian itu dan wabak Covid-19.

Ahli teori konspirasi menyokong dakwaan mereka dengan hakikat bahawa Yayasan Bill & Melinda Gates terlebih awal telah menyediakan pembiayaan untuk Institut Pirbright yang berpangkalan di UK, yang mempunyai paten bagi vaksin koronavirus.

Mereka berkata bahawa Bill Gates telah bekerjasama dengan institut itu untuk memulakan wabak ini agar beliau boleh menjual vaksin.

Namun, Pirbright Institute menafikan sebarang hubungan antara organisasi mereka dan virus Covid-19.

Seorang jurucakap Pirbright Institute berkata mereka hanya meneliti coronavirus yang menjejaskan burung dan bukan manusia.

Kononnya vaksin Coronavirus itu tidak akan memberikan kesan kepada manusia ataupun haiwan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Benarkah Covid-19 Berasal Dari Angkasa Lepas?

Benarkah Covid-19 Berasal Dari Angkasa Lepas?

Sesuatu yang menakjubkan telah berlaku di timur laut China pada awal pagi 11 Oktober 2019, apabila sebuah meteor meletup di langit sejurus selepas tengah malam, menyebabkan cahaya dahsyat yang membuatkan langit cerah seperti siang.

Covid-19 dari Angkasa

Ahli teori konspirasi kemudiannya mengulas tentang kejadian ini dengan mengatakan bahawa meteorit itu membawa virus Covid-19 dari angkasa lepas.

Saintis pula berkata ia tidak mungkin kerana meteor itu tidak mendarat di Bumi dan jika ia mendarat sekalipun, saintis pecaya bahawa ia tidak akan bertahan disebabkan oleh suhu yang sangat tinggi ketika ia mendarat.

Meteor yang tidak terbakar di atmosfera boleh mencecah suhu 647.8°C sebaik sahaja ia menghentam Bumi dan ini sudah cukup untuk membunuh virus sebanyak beberapa kali.

Pakar penyakit berjangkit iaitu Dr. Dominic Sparkes menambah bahawa virus Covid-19 mungkin berasal dari Bumi kerana ia hampir sama dengan SARS dan MERS.

Ketiga-tiga virus ini tergolong dalam kumpulan yang sama dikenali sebagai Coronavirus yang kita tahu berasal dari Bumi, tetapi adakah Covid-19 pun sama?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, April 10, 2020

Khasiat Dan Manfaat Pokok Semambu (Neem)

Khasiat Dan Manfaat Pokok Semambu (Neem)

Pokok Semambu (Azadirachta indica), Pokok Neem atau Pokok Margosa, adalah tumbuhan hijau berdaun lebat yang mempunyai banyak cabang dan daun yang merimbun, mempunyai helaian-helaian daun dimana setiap daun matang berwarna hijau gelap yang sama.

Pokok Semambu (Neem)
Pokok Semambu.

Pokok Semambu juga akan mengeluarkan bunga putih kecil di hujung ranting apabila cukup matang dan boleh membesar sehingga 30 kaki tinggi dengan lilitan batang pokok berukuran lebih kurang 6-9 kaki apabila cukup besar.

Pokok Semambu mudah ditanam dan tidak ada masalah serangan serangga perosak.

Minyak Neem

Biji Pokok Semambu mempunyai bahan minyak dimana ia ada banyak kegunaan dikenali sebagai Minyak Neem.

Minyak ini dianggap bernilai kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk sebagai bahan penting dalam kawalan serangga perosak tanaman.

Antara elemen pahit yang diasingkan dari minyaknya dinamakan sebagai Nimbin, Nimbinin dan Nimbidin, iaitu bahan aktif yang penting di dalamnya.

Elemen aktif utama yang diasingkan iaitu bahan 'Nimbidin' mengandungi bahan iaitu Sulfur.

Bunga Pokok Semambu mampu menghasilkan bahan Glukosid, Nimbosterin dan minyak yang berbau sangat menusuk hidung.

Bahan Nimbosterol nimbecetin dan Asid fatty juga terkandung dalam bahagian bunga pokok Semambu, juga mengandungi bahan yang pahit dan minyak pahit perengsa.

KHASIAT DAN MANFAAT POKOK SEMAMBU

Banyak kajian dan penyelidikan mengenai kegunaan dan khasiat pokok Semambu telah dijalankan ke atas tumbuhan ini sejak dahulu.

1. Mencegah Penyakit Demam Malaria dan Kolera

Kaedah meminum air rebusan daun segar pokok Semambu sebagai tonik yang pahit adalah alternatif penting bagi mengubati demam malaria yang kronik disebabkan tindak balasnya ke atas organ hati.

Sediakan 2-3 helai daun untuk direbus ketika membuat persediaan untuk minuman.

2. Menyembuhkan Kudis Dan Luka

Dakwaan seterusnya adalah dimana daun Neem boleh digunakan atau disapu dibahagian luaran.

Ia didakwa sangat berkesan kepada penyakit kulit terutamanya bisul, ulser kronik, letusan cacar (smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan juga merawat luka.

Ia boleh digunakan dengan cara menuam, secara rebusan atau sapuan terus kepada bahagian yang bermasalah.

3. Merawat Buasir

Jika anda merebus kulit kayu pokok Semambu, iaitu diambil bahagian dalam kulitnya, dengan dicampur gula kelapa atau kabung setiap pagi, ia sangat berkesan untuk mengubati penyakit buasir.

Untuk mengatasi buasir berdarah, sebaiknya diambil 3-4 biji buah Semambu dicampur dengan air suam dan diminum untuk rawatan.

4. Merawat Kusta

Air dari pokok Neem juga mampu merawat penyakit kusta apabila ia diambil pada kadar 60 gram setiap hari.

Badan pesakit juga boleh di urut dengan air dari pokok ini dan perlu dilakukan secara berterusan selama 40 hari tanpa henti.

Jika air dari pokok Neem tidak boleh didapati, memadai dengan mengambil sebanyak 12 gram daunnya dan 3 decigram lada hitam yang ditumbuk bersama dengan air dan dimakan mengikut kesesuaian.

5. Menghalang Rambut Gugur

Amalan untuk membasuh rambut dengan air rebusan daun Semambu juga akan dapat menghalang rambut dari gugur atau hilang.

Selain dapat mengelakkan rambut dari gugur, ia juga dapat membantu pertumbuhan rambut baru.

6. Mengatasi Masalah Kutu

Penggunaan minyak Semambu juga dapat menghapuskan dan mengatasi masalah serangga dan kutu dikepala.

7. Merawat Penyakit Mata

Ada dakwaan pengamal perubatan dimana Pokok Neem juga berguna pada penyakit mata.

Apabila dilakukan penitisan jus daun neem kepada mata setiap malam, didapati ia mampu memberi kesan untuk mengubati penyakit buta waktu malam.

Daun Neem hendaklah ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan air. Jus akan diperolehi dengan memerahnya melalui kain yang bersih dan titiskan ke dalam mata dengan menggunakan rod penitis mata.

Jus Neem juga boleh dikeluarkan dengan menggosok beberapa helai daunnya dengan sedikit air dan diperah dengan kain yang bersih dan sangat berguna untuk mengubati sakit pada mata akibat konjunktivitis.

Selain titisan pada mata, titiskan beberapa titik kedalam telinga bertentangan dengan mata yang sakit untuk melegakan kesakitan. Mata akan menjadi baik setelah diulangi beberapa kali.

8. Membersihkan Gigi

Kegunaan lain daripada pokok Neem didakwa untuk membersihkan gigi dengan kayu ranting Neem yang dapat mengelakkan dari penyakit gusi.

Ia mengukuhkan gigi yang longgar, melegakan sakit gigi, menghilangkan bau busuk mulut dan melindungi mulut dari pelbagai jangkitan.

9. Kebaikan Untuk Ibu Mengandung

Penggunaan jus daun Neem kepada wanita yang hendak bersalin sebelum kelahiran dapat mewujudkan kontraksi normal pada rahim dan dapat mengelakkan kemungkinan keradangan.

Ia juga membantu memperbetulkan pergerakan perut serta mengawal demam dan dengan itu membantu ibu bersalin secara normal. Menggunakan air suam rebusan daun Neem untuk membasuh faraj juga dapat membantu menyembuhkan luka selepas bersalin dan menggelakkan jangkitan dalam lorong faraj.

10. Membunuh Parasit Tanah

Pokok Semambu juga adalah pemusnah serangga yang kuat untuk membunuh nematod tanah dan parasit tumbuh-tumbuhan yang lain.

11. Melegakan Sakit Telinga

Wap hasil dari rebusan daun ini dapat memberikan kelegaan bagi kes-kes sakit telinga.

Beberapa helaian daun Neem hendaklah direbus dan dekatkan telinga kepada wap yang keluar dari rebusan tersebut.

Jika anda ada bisul ditelinga, rebus daun Neem, suamkan, campur sedikit madu, kemudian titiskan beberapa titisan kedalam telinga. Diulangi beberapa hari akan melegakan sakit akibat bisul tersebut.

Bagi kes dimana serangga memasuki telinga, jus daun neem suam dicampur dengan sedikit garam biasa dan titiskan kedalam telinga dapat membunuh serangga tersebut.

Dua titisan suam kuku minyak Neem kedalam telinga dua kali sehari boleh memulihkan pekak.

Racun Serangga

Pokok Semambu (Neem)
Pokok Semambu.

Dari satu penyelidikan makmal, mengesahkan hasil minyak yang diekstrak dari pokok semambu boleh bertindak sebagai racun serangga (insecticide), racun nematode (nematicides) dan racun kulat (fungicide).

Bahan aktif azadirachtin yang terkandung dalam tumbuhan ini berfungsi sebagai racun larva dan anti pemakanan.

Ianya dikatakan mampu mengawal serangan 400 hingga 500 spesies serangga seperti belalang, kumbang dan serangga penghisap cecair tumbuhan.

Ini termasuk aphids, bena putih, teritip, kutu daun, lalat putih, lalat buah, nyamuk, lipas dan banyak lagi.

Manakala dalam penternakan ayam, penyakit sampar ayam boleh juga diubati dengan menggunakan minyak dari ekstrak daun semambu.

KKM NAFI REBUSAN DAUN SEMAMBU MAMPU SEMBUHKAN COVID-19

Sementara itu, KKM telah menafikan dakwaan amalan meminum rebusan daun semambu boleh memulihkan keadaan pesakit yang mempunyai simptom COVID-19 seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas.

Pakar Epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba, berkata rawatan dengan daun semambu pernah diuji untuk penyakit lain, bukan COVID-19, namun didapati tidak berkesan.

Apa yang didakwa berkesan itu mungkin dalam satu atau dua kes (penyakit lain) dan mungkin tiada kena mengena langsung dengan daun semambu.

Kesimpulan

Apa juga pun dakwaan diatas, sebaiknya anda sentiasa merujuk kepada doktor perubatan moden sebagai langkah berjaga-jaga dengan kesihatan kita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: animhosnan

15 Jenis Ubat Anda Wajib Simpan Dalam Rumah Supaya Tak Perlu Ke Wad Kecemasan

15 Jenis Ubat Anda Wajib Simpan Dalam Rumah Supaya Tak Perlu Ke Wad Kecemasan

Mesti ramai tahu macam mana peritnya nak tunggu giliran di hospital kerajaan kan? Sebab, kalau nak ke pusat kesihatan swasta paling sikit pun kena sediakan duit beratus ringgit. Macam tak berbaloi pula nak bayar mahal untuk sakit yang ringan. Lain la kalau teruk.

Ubat wajib ada di rumah

Menurut satu perkongsian daripada Dr. Asmi Syabil yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Kecemasan, antara yang menyebabkan kesesakan di jabatan tersebut adalah kerana perkara-perkara yang bukan kecemasan.

Ia sebenarnya rawatan yang boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.

Pesakit-pesakit yang biasanya ada di jabatan kecemasan adalah seperti mereka yang:-
  • Demam
  • Batuk
  • Selesema
  • Cirit-birit
  • Gatal-gatal badan
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Pening
  • Sakit kepala

Oleh sebab itu, doktor ini berkongsi serba sedikit tentang ubat-ubatan yang korang boleh simpan dirumah sebagai 'First Aid kit’ atau pun dibawa ketika pergi bercuti.

Ubat-ubat ini boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang telah disenaraikan tadi.

1. Paracetamol 500mg

Rasanya semua kenal ubat ini. Boleh diambil kalau korang mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepada dan sebagainya.

Dos disyorkan: 2 biji (sekali makan), tiga kali sehari. Jangan melebihi 8 biji sehari.

2. Loratadine 10mg

Ubat dalam kategori antihistamin digunakan untuk mengurangkan gejala alahan, gatal-gatal, mata berair atau bahasa mudahnya orang selalu cakap ‘resdung’.

Dos disyorkan: 1 biji sekali sehari.

3. Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

Kalau korang dah selalu jumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan, mesti kenal dengan ubat ni.

Sama seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin yang digunakan untuk mengurangkan gejala alahan atau gatal-gatal.

Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk, elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi yang sedang berkerja.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari.

4. Diclofenac sodium 50mg (Voltaren)

Ubat tahan sakit atau radang yang tergolong dalam kategori NSAIDs.

Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol.

Sesiapa yang ada gout mesti kenal sebab ini antara ubat yang wajib makan kalau terkena serangan gout.

Elakkan pengambilan ketika perut kosong atau bagi anda yang ada gastritis.

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.

5. Metoclopramide HCI 10mg (Maxolon)

Ubat untuk gejala loya dan muntah, juga digunakan untuk migrain.

Ibu-ibu yang mengandung mengalami rasa loya dan muntah-muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

6. Buscopan 10mg

Mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

7. Ranitidine 150mg (Zantac)

Digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut, gastritis dan juga GERD.

Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid dalam perut.

Dos disyorkan: 1 biji, dua kali sehari.

8. Diphenoxylate + Atropine sulphate (Lomotil)

Ubat ini diambil untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu

9. Activated charcoal 250mg

Sama seperti Lomotil, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari.

10. Oral Rehydration Salt (ORS)

ORS ini sering dipreskripsi oleh doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan supaya fungsi tubuh badan tidak terjejas.

Dos disyorkan: 1 paket apabila perlu.

11. Mist Magnesium Trisilicate (MMT)

Sama fungsinya seperti Gaviscon. Bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.

Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak makan apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.

Dos disyorkan: 15ml, tiga kali sehari.

12. Ubat batuk

Boleh beli di mana-mana farmasi atau kedai serbaneka, daripada korang penat nak tunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.

13. Ammeltz yoko yoko

Kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan oleh doktor untuk mengurangkan ketegangan otot.

Ini pun banyak dijual di luar dan sangat berguna untuk mengurangkan sakit otot atau lenguh-lenguh badan.

14. Chloramphenicol eye drop

Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis, iaitu bila anda bangun dari tidur tiba-tiba penuh tahi mata dan rasa pedih serta berair.

15. Termometer

Eloklah kalau beli dan simpan satu di rumah untuk check suhu badan sendiri.

Julat suhu normal ada pelbagai mazhab, tapi kebiasaan yang digunakan adalah suhu 38 selsius dan ke atas, maknanya anda memang demam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

China, AS Dan Kanada Dalang Covid-19?

China, AS Dan Kanada Dalang Covid-19?

Ramai orang sependapat bahawa, virus Covid-19 mula muncul di sebuah pasar makanan laut di Wuhan China, tetapi ada ahli teori konspirasi yang tidak mempercayai kisah ini dan mendakwa bahawa ia direka untuk menutup asal sebenar virus berbahaya ini.

China, AS Dan Kanada Dalang Covid-19

Kami kongsikan teori konspirasi melibatkan tiga negara yang paling berkemungkinan terlibat dalam mencipta Coronavirus Covid-19.

China

Sesetengah orang percaya bahawa China mencipta virus Covid-19 sebagai sebahagian daripada program senjata biologinya.

Menurut teori konspirasi, virus Covid-19 tersebar dari sebuah makmal yang seterusnya menyebabkan epidemik.

Makmal itu adalah Makmal Biokeselamatan Kebangsaan dan merupakan satu-satunya kemudahan milik kerajaan China untuk menjalankan kajian ke atas virus-virus berbahaya.

Ia merupakan sebahagian daripada Institut Virologi Wuhan, yang terletak di Wuhan di mana virus ini berasal.

Dakwaan ini dibuat disebabkan oleh kenyataan yang dibuat oleh Presiden Xi Jinping sebaik sahaja wabak ini bermula.

Xi dilaporkan berkata, keselamatan makmal-makmal adalah isu kebangsaan dan pada hari berikutnya, Kementerian Sains dan Teknologi China mengeluarkan arahan mengenai bagaimana untuk memastikan makmal-makmal dapat mengelakkan virus daripada tersebar.

Ahli teori konspirasi menyokong dakwaan mereka dengan fakta bahawa virus-virus sebelum ini telah bocor dari makmal Cina.

Sebagai contoh, Sindrom Pernafasan Akut Pernafasan Akut (SARS) telah bocor sebanyak dua kali.

Amerika Syarikat

Apabila sesuatu yang sangat besar berlaku di dunia, Amerika Syarikat tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengannya.

Terdapat khabar angin yang mendakwa bahawa kerajaan AS adalah pihak yang bertanggungjawab mencipta Covid-19 ini.

Dakwaan ini pertama kali dibuat oleh rangkaian berita Rusia iaitu Channel One, semasa siaran berita secara langsung.

Penyampai berita berkata bahawa, kerajaan AS mencipta virus Covid-19, bertujuan untuk memusnahkan ekonomi pesaing terdekatnya iaitu China.

Teori lain mendakwa, AS mungkin juga telah mencipta Covid-19 supaya mereka boleh menjual vaksin kepada kerajaan China.

Penyampai itu mendasarkan dakwaannya terhadap hakikat bahawa "corona" bermaksud mahkota dalam bahasa Rusia dan Latin.

Bagi yang tidak tahu, Donald Trump pernah menjadi hakim bagi pertandingan ratu cantik dan pernah mengambil bahagian memakaikan mahkota kepada pemenang.

Penyampai berita tersebut berkata, ini adalah sebab mengapa virus Covid-19 ini dinamakan bersempena nama mahkota.

Namun, saintis menyatakan bahawa mereka menamakan dengan nama Covid-19 kerana virus itu mempunyai bentuk seperti mahkota.

Kanada

Kanada juga tidak terlepas daripada dikaitkan dengan isu Covid-19 ini, dengan sesetengah orang percaya bahawa, kerajaan Kanada yang dipimpin oleh Justin Trudeau telah mencipta virus Covid-19 di Makmal Mikrobiologi Kebangsaan di Winnipeg, Kanada.

Makmal ini merupakan milik kerajaan Kanada yang menjalankan kajian ke atas virus-virus berbahaya, sama seperti yang terdapat di Wuhan.

Menurut ahli teori konspirasi, 2 perisik China telah mencuri virus Covid-19 itu dan menghantarnya ke Institut Virologi Wuhan di mana ia akhirnya menyebabkan epidemik.

Perisik yang dimaksudkan adalah Dr. Keding Cheng dan isterinya, Dr. Xiangguo Qiu.

Pasangan itu bekerja di makmal tersebut sebelum diberhentikan pada tahun 2019.

Ahli konspirasi berkata bahawa, mereka dipecat kerana mencuri sampel virus itu dan menghantarnya ke China.

Tetapi, polis Kanada pula berkata ia disebabkan oleh masalah-masalah dasar dan pentadbiran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com