Monday, April 13, 2020

Dokumentari 'The Next Pandemic' Bill Gates Yang Telah Meramal Kemunculan Covid-19


Jika anda tidak tahu bagaimana Bill Gates telah terlibat dalam teori konspirasi tentang kemunculan wabak Covid-19 yang telah membunuh ribuan orang diseluruh dunia, maka kita perlu kembali pada bulan Oktober 2019 yang lalu.

The Next Pandemic Bill Gates

Pada bulan tersebut, Yayasan Bill & Melinda Gates telah bekerjasama dengan Forum Ekonomi Dunia dan John Hopkins Center for Health Security untuk menguji sejauh mana kita telah bersedia untuk berhadapan dengan wabak.

Dan mungkin secara "kebetulan", virus Covid-19 muncul dua bulan kemudian!

Para ahli teori konspirasi berkata bahawa program itu merupakan permulaan kepada wabak yang bakal berlaku dan telah dirancang oleh ketiga-tiga organisasi ini.

Dalam satu rancangan dokumentari Netflix pada tahun 2019 "The Next Pandemic" itu, Bill Gates telah meramalkan bahawa wabak seperti Coronavirus akan berlaku, bermula dari sebuah pasar di China.

Sementara itu, John Hopkins Center for Health Security telah menafikan sebarang hubungan antara kejadian itu dan wabak Covid-19.

Ahli teori konspirasi menyokong dakwaan mereka dengan hakikat bahawa Yayasan Bill & Melinda Gates terlebih awal telah menyediakan pembiayaan untuk Institut Pirbright yang berpangkalan di UK, yang mempunyai paten bagi vaksin koronavirus.

Mereka berkata bahawa Bill Gates telah bekerjasama dengan institut itu untuk memulakan wabak ini agar beliau boleh menjual vaksin.

Namun, Pirbright Institute menafikan sebarang hubungan antara organisasi mereka dan virus Covid-19.

Seorang jurucakap Pirbright Institute berkata mereka hanya meneliti coronavirus yang menjejaskan burung dan bukan manusia.

Kononnya vaksin Coronavirus itu tidak akan memberikan kesan kepada manusia ataupun haiwan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon