Wednesday, April 18, 2018

Kisah Bonnie Dan Clyde, Pasangan Penjenayah Paling Terkenal Di Dunia

Kisah Bonnie Dan Clyde, Pasangan Penjenayah Paling Terkenal Di Dunia

Siapa tidak mengenali Bonnie dan Clyde, dua pasangan penjenayah paling terkenal dunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sekitar tahun 1931 sehingga 1934.

Kisah Bonnie Dan Clyde, Pasangan Penjenayah Paling Terkenal Di Dunia

Mereka melakukan rompakan di lebih 15 bank, premis perniagaan dan meragut bergerak aktif bersama kumpulannya dikenali sebagai Barrow Geng dianggotai Buck Barrow, Blanche Barrow, Raymond Hamilton, W D Jones, Joe Palmer, Ralph Fults dan Henry Methvin.

Sepanjang melakukan jenayah, mereka dilaporkan membunuh 13 orang termasuk sembilan anggota polis sehingga mereka diberkas dan ditembak mati di Louisiana.

Kematian dan segala kegiatan jenayah yang dilakukan, membuatkan pasangan Bonnie dan Clyde sangat popular sehingga dilabelkan sebagai penjenayah kelas dunia apabila kisah hidup pasangan ini difilemkan oleh pengarah Fritz Lang berjudul You Only Live Once pada 1937.

Pada tahun 1958, pengarah William Witney kemudiannya turut memfilemkan kisah hidup pasangan jenayah ini dengan judul The Bonnie Parker Story.

Sepuluh tahun kemudian, stesen televisyen tempatan membuat drama bersiri mengangkat kisah pasangan ini melalui Bonnie & Clyde: The True Story.

Plot kisah mereka mudah. Memaparkan pasangan romantis seperti Romeo & Juliet, melakukan rompakan, membunuh, mencuri dan akhirnya menemui ajal bersama.

Di sebalik keganasan dilakukan, Bonnie dikatakan seorang ‘penjenayah sentimental’ susulan penemuan ratusan puisi cinta oleh anggota penyiasat ketika menggeledah kediaman mereka.

Selain itu, kumpulan penyiasat turut menemui beberapa keping foto romantis mereka sambil bergaya bersama puluhan senjata yang digunakan untuk melakukan jenayah.

Kini, kesemua senjata berkenaan di pamerkan di National Museum of Criminal and Punishment.

Bonnie

Kisah Bonnie Dan Clyde, Pasangan Penjenayah Paling Terkenal Di Dunia

Bonnie merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil pasangan Charles Parker dan Emma Krause.

Bonnie dilahirkan dilahirkan di Rowena, Texas dan ketika berusia 4 tahun, ayahnya meninggal dunia lalu mereka kemudiannya berpindah ke kampung halamannya di Cement City, Dallas.

Sepanjang berada di bangku sekolah, Bonnie merupakan pelajar paling menonjol terutama dalam penulisan puisi dan pengucapan awam.

Sehingga ke hari ini, karyanya boleh diperoleh melalui buku The story of Suicide Sal dan The Trail’s End.

Ketika berada di gred dua sekolah tinggi, Bonnie yang ketika itu berusia 16 tahun jatuh cinta dengan rakan sekelasnya Roy Thornton, lalu mereka berkahwin pada 1926 dan berhenti sekolah.

Bagaimanapun, usia perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun tetapi, penceraian itu dikatakan tidak dilakukan secara rasmi.

Media melaporkan, ketika Bonnie ditembak mati, beliau masih memakai cincin perkahwinannya itu.

Lebih mengejutkan, ketika Bonnie ditembak, Thornton merupakan salah seorang daripada anggota polis yang terlibat ketika serbuan terbabit.

Clyde

Clyde dilahirkan di Ellis County, Texas, selatan Dallas, merupakan anak kelima dari tujuh beradik dari hasil perkahwinan Henry Basil Barrow dan Cumie T Walker.

Membesar dalam keluarga miskin, mereka kemudiannya berpindah ke barat Dallas pada awal tahun 1920 kerana kemelesetan ekonomi dunia.

Pada bulan pertama mereka berpindah, keluarganya hanya berteduh di gerabak kereta api usang.

Sebagai seorang remaja, Clyde cuba untuk memasuki angkatan Tentera Laut AS, tetapi kesan daripada penyakit masa kanak-kanak yang serius, mungkin malaria atau demam kuning, menyebakan dia tidak diterima atas alasan perubatan. Ini adalah tamparan keras untuk Clyde, yang telah melabelkan mencacah tatu "USN" di lengan kirinya.

Kali pertama Clyde ditahan polis adalah pada tahun 1926 kerana gagal memulangkan kereta yang disewa pada masa yang ditetapkan.

Beliau kemudiannya sekali lagi ditahan bersama abangnya, Marvin 'Buck' Barrow, atas kesalahan mencuri ayam belanda.

Setahun kemudian, beliau terus aktif mencuri hingga dipenjarakan selama dua tahun di Eastham Prison Farm.

Cinta Bonnie dan Clyde

Jika dilihat dari sudut latar belakang keluarga Bonnie, beliau bukan gadis kasar.

Namun, sejak berkenalan dengan Clyde dalam satu majlis di rumah sahabatnya, menjadikan Bonnie seorang gadis liar.

Mulai saat perkenalan itu, Bonnie yang ketika itu berusia 19 tahun mula berjinak dengan kumpulan Barrow.

Beliau sanggup mengikut jejak Clyde gara-gara kemaruk cinta. Maka itu tidak hairan pasangan ini dikenal sebagai penjenayah dua sejoli kerana sering melakukan kegiatan jenayah bersama.

Selain aktif melakukan jenayah, pasangan ini juga dikatakan sering mengambil gambar bersama mangsa.

Mereka melakukan kegiatan jenayah dan pembunuhan di Texas, Oklahoma, New Mexico dan Missouri.

Walaupun sering digambarkan sebagai Robin Hood yang mencuri dari institusi kewangan yang kaya dan berkuasa, Bonnie dan Clyde lebih banyak melakukan rompakan di stesen-stesen minyak dan kedai runcit berbanding merompak bank. Rompakan mereka biasanya hanya melibatkan jumlah yang kecil sekitar $5 atau $10.

Jenayah

Bonnie dan Clyde bertemu di Texas pada bulan Januari, 1930, yang pada masa itu, Bonnie berusia 19 tahun, Clyde berusia 21 tahun.

Tidak lama selepas itu, Clyde telah ditangkap kerana mencuri dan dihantar ke penjara sebelum melarikan diri, menggunakan pistol Bonnie yang diseludup kepadanya, namun dia berjaya ditangkap dan dihantar semula ke penjara.

Clyde berjaya melarikan diri pada Februari 1932, menyertai Bonnie dan meneruskan kehidupan jenayah.

Selain tuduhan mencuri kereta, Bonnie dan Clyde disyaki terlibat dalam jenayah lain. Sebelum dibunuh dalam serang hendap pada tahun 1934, mereka dipercayai melakukan 13 pembunuhan dan beberapa rompakan.

Barrow, disyaki membunuh dua pegawai polis di Joplin, Missouri dan menculik seorang lelaki dan seorang wanita di luar bandar Louisiana sebelum membebaskan mereka berhampiran Waldo, Texas.

Di Texas juga, Clyde didakwa membunuh seorang lelaki di Hillsboro, membuat rompakan di Lufkin dan melakukan pembunuhan di Dallas, membunuh seorang sherif dan mencederakan seorang lagi di Stringtown, Oklahoma, menculik seorang timbalan sherif di Carlsbad, New Mexico, mencuri sebuah kereta di Victoria, cuba membunuh seorang timbalan sherif di Wharton, melakukan pembunuhan dan rompakan di Abilene dan Sherman, menculik sherif dan ketua polis di Wellington dan melakukan pembunuhan di Joplin dan Columbia, Missouri.

Pada tahun 1932, Bonnie dan Clyde kemudiannya bergabung dengan Raymond Hamilton, seorang lelaki muda namun meninggalkan pasangan itu beberapa bulan kemudian dan digantikan oleh William Daniel Jones pada bulan November 1932.

Ivan M. "Buck" Barrow, abang Clyde, dibebaskan dari Penjara Negeri Texas pada 23 Mac 1933, setelah diberi pengampunan penuh oleh gabenor.

Dia kemudiannya menyertai Bonnie dan Clyde, membawa bersama isterinya, Blanche, menjadikan kumpulan itu kini berjumlah lima orang.

Mereka kemudiannya memulakan satu siri rompakan berani yang menjadi tajuk utama di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, semasa tembak menembak dengan polis di Iowa pada 29 Julai 1933, Buck Barrow cedera parah dan Blanche ditangkap.

Jones, yang sering disalah anggap sebagai "Pretty Boy" Floyd, ditangkap pada November 1933 di Houston, Texas oleh pejabat sheriff.

Pada 22 November 1933, perangkap telah diatur oleh sheriff Dallas, Texas dan timbalannya dalam usaha untuk menangkap Bonnie dan Clyde berdekatan Grand Prairie, Texas, tetapi pasangan tersebut berjaya melarikan diri.

Mereka merompak seorang peguam di lebuh raya dan mengambil keretanya, yang mereka tinggalkan di Miami, Oklahoma.

Pada 21 Disember 1933, Bonnie dan Clyde menahan dan merompak seorang penduduk tempatan di Shreveport, Louisiana.

Pada 16 Januari 1934, lima orang banduan, termasuk Raymond Hamilton (yang menjalani hukuman penjara lebih daripada 200 tahun), berjaya dibebaskan dari Eastham State Prison Farm di Waldo, Texas, dalam serangan nekad oleh Clyde dan Bonnie.

Dua pengawal ditembak ketika mereka melarikan diri dengan pistol automatik, yang disembunyikan di longkang oleh Clyde.

Antara banduan yang berjaya melarikan diri itu ialah Henry Methvin dari Louisiana.

Pada 1 April 1934, Bonnie dan Clyde bertembung dengan dua orang pengawal sempadan berhampiran Grapevine, Texas, dan membunuh mereka.

Pada 6 April 1934, seorang konstabel di Miami, Oklahoma cedera parah ditembak oleh Bonnie dan Clyde, kemudian mereka menculik seorang ketua polis yang cedera.

Kematian

Kisah Bonnie Dan Clyde, Pasangan Penjenayah Paling Terkenal Di Dunia

Pada 13 April 1934, seorang agen FBI, melalui siasatan di sekitar Ruston, Louisiana, memperoleh maklumat lokasi persembunyian Bonnie dan Clyde, dirumah Henry Methvins.

Agen khas di Texas telah mengetahui bahawa Bonnie dan Clyde selalu melakukan perjalanan dari Texas ke Louisiana untuk bertemu Henry Methvins.

FBI dan penguatkuasa tempatan di Louisiana dan Texas mendapati bahawa Bonnie dan Clyde, bersama Henry Methvins telah mengadakan pesta di Black Lake, Louisiana pada malam 21 Mei 1934 dan akan kembali ke situ dua hari kemudian.

Sebelum fajar pada 23 Mei 1934, pasukan keselamatan yang terdiri daripada pegawai polis dari Louisiana dan Texas, termasuk Texas Ranger Frank Hamer, bersembunyi dalam semak di sepanjang lebuh raya berhampiran Sailes, Louisiana.

Kemudian, tembakan bertalu-talu dilepaskan.

Pada 1934, merupakan tahun kumpulan mereka tumpas. Bonnie dan Clyde mati ditembak oleh enam anggota polis dalam serbuan di Bienville Parish Louisiana.

Akhirnya terpisah

Walaupun mereka adalah pasangan bercinta ketika hidup, Bonnie dan Clyde terpisah selepas kematian, walaupun pasangan itu ingin dikebumikan bersebelahan.

Ibu Bonnie, yang tidak pernah merestui hubungan anaknya dengan Clyde, mengebumikan anak perempuannya di tanah perkuburan Dallas secara berasingan.

Clyde dikebumikan di sebelah abangnya Marvin dengan batu nisan yang tertulis, "Pergi tetapi tidak dilupakan."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pasangan Penjenayah Kejam Yang Sangat Terkenal

sumber: sinarharian

Misteri Bayang-bayang Rumah Lama Laguna Beach

Misteri Bayang-bayang Rumah Lama Laguna Beach

Bangunan lama atau bangunan terbiar sering dikaitkan dengan kisah-kisah misteri dan menyeramkan kerana kononnya, terdapat roh-roh tidak tenteram yang masih menghuni bangunan tersebut atas pelbagai sebab.

Laguna Beach Haunted House

Antaranya termasuklah roh seorang lelaki yang dikatakan masih menghuni sebuah rumah lama di Laguna Beach, California, Amerika Syarikat, kisah seram yang dikatakan berlaku kira-kira 17 tahun yang lalu.

Sepasang suami isteri yang hanya dikenali sebagai David dan Lily baru berkahwin.

Mereka mencari rumah sewa di sekitar Laguna Beach, kemudian menjumpai sebuah rumah besar dengan harga sewa yang cukup berpatutan.

Tanpa berfikir panjang, David terus menyewa rumah tersebut dan mula berpindah masuk bersama isterinya.

David diberitahu, bangunan itu sudah wujud semenjak tahun 1920-an.

Ia sudah mula kelihatan agak usang, namun David tidak kisah memandangkan harga sewanya yang berpatutan.

Begitu pun, mimpi ngeri David bermula apabila dia dan isterinya diganggu oleh bayang-bayang misteri hampir setiap hari.

Bayang-bayang lelaki

Pada suatu hari, David bertengkar teruk dengan Lily. Wanita itu kemudian turun ke tingkat bawah untuk menenangkan diri.

“Ketika isteri saya turun ke bawah, saya duduk bersendirian di dalam bilik.

"Tiba-tiba, saya terlihat satu bayang-bayang seorang lelaki berdekatan pintu bilik.

“Saya amat terkejut memandangkan hanya saya dan isteri yang ada di rumah ketika itu,” dedah David.

Beberapa saat kemudian, bayang-bayang itu hilang begitu sahaja.

Begitu pun, insiden sama berulang kembali kira-kira dua minggu kemudian.

Ketika itu, David sedang berdiri berdekatan cermin solek di dalam biliknya.

Tiba-tiba, dia ternampak bayang-bayang sama.

“Ia berwarna hitam pekat dengan ketinggian sekitar 1.8 meter. Lebih menakutkan, kali ini, bayang-bayang itu seolah-olah sedang merenung saya.

“Saya cuba memberanikan diri dan berjalan ke arah bayang-bayang tersebut kerana mungkin ada manusia yang sedang berdiri di situ.

“Namun, tiada sesiapa yang berada di situ dan saya terus menjerit memanggil isteri saya,” ujar David.

Lelaki berambut perang itu sudah mulai tidak sedap hati dan mahu berpindah daripada rumah tersebut.

Begitu pun, hasratnya itu dihalang Lily kerana bagi wanita itu, ia hanyalah mainan perasaan suaminya.

“Lily tidak pernah terserempak dengan bayang-bayang tersebut menyebabkan dia mahu terus tinggal di situ,” kata David.

Terlalu takut

Sebulan selepas insiden menyeramkan itu, David diganggu lagi oleh bayang-bayang yang sama semasa dia berseorangan di dalam rumah.

“Ketika itu, saya sedang berdiri betul-betul di hadapan almari pakaian di dalam bilik.

"Sebaik sahaja pintu almari itu ditutup, saya ternampak bayang-bayang misteri itu di sebalik pintu bilik tidur.

“Kali ini, ia bergerak ke arah saya, menyebabkan saya terkejut dan terus berlari ke luar rumah,” ujarnya.

David terlalu takut dan tidak berani untuk masuk semula ke dalam rumah tersebut.

Dia menelefon Lily dan meminta isterinya itu untuk pulang ke rumah dengan segera.

Kira-kira 10 minit kemudian, Lily tiba di rumah dan David terus meminta wanita itu untuk mengemaskan barangnya dan berpindah keluar daripada rumah tersebut.

Sehingga kini, tiada sesiapa pun yang dapat merungkaikan misteri kehadiran bayang-bayang misteri itu.

Namun, ada yang mendakwa bayang-bayang tersebut merupakan roh salah seorang pendatang tanpa izin yang pernah disembunyikan di situ.

Lelaki tersebut dikatakan telah mati akibat diracun oleh rakan-rakannya sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ini Kisah Benar, Kalau Berani Dail Nombor 12 Digit Itu!

sumber: kosmo


Tuesday, April 17, 2018

Apa Itu Isotonik, Minuman Untuk Menggantikan Air Dalam Tubuh Ketika Cuaca Panas

Apa Itu Isotonik, Minuman Untuk Menggantikan Air Dalam Tubuh Ketika Cuaca Panas

Minuman isotonik yang mengandungi gabungan air, gula dan elektrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi badan manusia dikategorikan sebagai minuman sukan iaitu bagi membantu atlet menggantikan air dan tenaga dengan pantas selepas bersukan atau bertanding.

Apa Itu Isotonik, Minuman Untuk Menggantikan Air Dalam Tubuh Ketika Cuaca Panas

Minuman berisotonik selain air kelapa sangat digalakkan untuk diminum bagi menggantikan garam mineral yang hilang semasa berpeluh terutamanya ketika musim panas.

Apa itu elektrolit atau electrolytes? Secara umumnya, ia merujuk kepada penjanaan tenaga dalam badan, sama seperti tenaga terhasil dari bateri ke lampu.

Elektrolit dalam isotonik ialah sodium, potassium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat dan air.

Peluh yang keluar daripada liang-liang roma badan mengandungi kepelbagaian elektrolit ini dan cecair.

Kehilangan berterusan elemen ini akan membawa kepada nyahhidrasi (kurang air dalam badan) dan boleh menyebabkan badan menjadi lesu serta membawa pitam.

Meminum air kosong yang banyak digalakkan dan dalam konteks bersukan, air isotonik merupakan jawapannya.

Menurut pakar diet Mary Easaw-John di Insitut Jantung Negara, secawan minuman isotonik iaitu 240 mililiter (ml) mengandungi 115 miligram (mg) sodium klorida.

Sekiranya anda seorang yang hipertensif (darah tinggi), pengambilan sodium anda tidak boleh melebihi 2400 mg sehari.

Bagi penghidap diabetes yang kerap bersenam, minuman isotonik boleh membantu mereka menggantikan kehilangan cecair dan mengelakkan hypoglycaemia (kurang gula dalam badan).

Pesakit diabetes wajar mendapatkan nasihat daripada pakar tentang pelan pemakanan dan minuman mereka sebelum bersenam.

Berapa banyakkah minuman isotonik yang wajar kita minum?

Secara umumnya, anda boleh meminumnya sebanyak dua liter hari. Tetapi elok disertakan dengan air kosong, susu dan jus buah-buahan.

Berapa lama pula minuman isotonik boleh disimpan?

Jika di dalam tin, seelok-eloknya minum terus kerana jika tidak, karbon dioksida di dalamnya akan lupus.

Jika di dalam botol, pastikan penutupnya ditutup ketat dan habiskannya dalam tempoh paling lama tiga hari.

Seorang pengkaji di University of New Mexico, Robert Rogbergs yang mengkaji air minuman berjenama Gatorade berkata, air isotonik tidak perlu diminum oleh ahli sukan bagi acara yang tidak melebihi 90 minit.

Malah, Institut Sukan Australia mencatatkan pengambilan garam berlebihan semasa bersenam boleh membawa ketidak seimbangan cecair dalam badan.

Apa kelebihan meminum minuman Isotonik ini dan kenapa ia popular di kalangan remaja dan orang dewasa?

1. Meningkatkan tenaga

Sangat jelas manfaat minuman tenaga iaitu mendorang peningkatan tenaga. Dalam beberapa minit, minuman ini amat berkesan untuk tubuh dan dapat meningkatkan tenaga.

2. Mengurangkan keletihan

Minuman ini juga mampu merangsang tubuh dan menyegarkan fikiran. Sekiranya anda tidak cukup tidur, ini adalah pilihan terbaik.

3. Meningkatkan tumpuan

Ia mengandungi pelbagai Vitamin B khusunya Vitamin B12. Ia dapat meningkatkan tumpuan dan keseluruhan fungsi.

4. Meningkatkan prestasi

Minuman ini berkesan meningkatkan prestasi fizikal dan diakui oleh para ahli sukan.

5. Minum tambahan (suplemen)

Minuman tenaga mengandungi banyak vitamin, mineral dan herba bagi meningkatkan pola pemakanan yang sihat.

6. Meningkatkan saingan

Mengambil minuman tenaga adalah cara terbaik untuk meningkatkan daya saing ketika bersenam atau bersukan.

7. Mengurangkan kelesuan

Minuman tenaga memberi kesan kepada produktiviti kerja daripada keletihan fizikal dan mental. Sesuai buat mereka yang terpaksa kerja sehingga lewat malam.

8. Meningkatkan metabolisme

Walaupun ada beberapa minuman tenaga mengandungi kadar gula dan kalori yang tinggi, ada juga yang mengandungi kadar gula dan kalori yang rendah. Ia akan membantu meningkatkan metabolisme dalam badan dan membantu anda dalam merencanakan diet yang lebih sihat.

Apa yang pasti, wujud situasi check and balance dalam soal minuman isotonik.

Boleh dirumuskan, minuman isotonik ini ada baik dan buruknya. Ia menjadi buruk jika diambil berlebihan. Samalah seperti minum air kosong berlebihan.

Minuman selain Isotonik

Susu sebenarnya memberi kesan hidrasi yang lebih baik daripada banyak jenis produk minuman isotonik yang ada di pasaran.

Kandungan sodium yang berada pada paras tinggi dan jelas membantu 'pengisian' semula cecair dalam tubuh. Komposisi lemak dalam susu pula bertindak melengahkan proses penyerapan.

Maka, untuk menggantikan kehilangan cecair tubuh dengan segera akibat perpeluhan, pengambilan susu rendah lemak atau susu skim boleh dipertimbangkan.

Satu lagi pilihan minuman untuk menggantikan tenaga segera adalah soda. Ya, bunyinya agak pelik biarpun ramai yang tidak menggalakkan pengambilan walaupun minuman berkarbonat yang tinggi dengan kandungan gula ini.

Kombinasi kafein, gula dan cecair memang 'mujarab' untuk mengembalikan kesegaran dan mengawal hidrasi selepas bersukan.

Hanya tambahkan sedikit garam ke dalamnya atau diminum sambil mengambil snek bergaram seperti biskut dan pretzel agar tubuh dapat menyimpan cecair itu lebih lama.

Tembikai pula antara buah yang tinggi kandungan airnya. Tekak yang haus boleh terubat dengan meminum jus buah ini yang juga mengembalikan tenaga.

Memakan beberapa potongan buah ini juga sudah memadai. Ia sememangnya buah yang istimewa kerana 92 peratus daripada komposisi beratnya terdiri daripada air.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bukan Semua Orang Perlukan Supplemen! Rujuk 12 Perkara Ini Sebelum Buat Keputusan

sumber: utusan | kosmo | abangbrian

‘Black Shark’ Xiaomi ‘Smartphone’ Khas Buat Gamer!

‘Black Shark’ Xiaomi ‘Smartphone’ Khas Buat Gamer!

Penggunaan spesifikasi yang berkuasa tinggi antara ciri yang menjadi pilihan untuk bermain game, tambahan pula dengan pertambahan game yang dipertandingkan dalam industi e-sukan, penggunaan gaming smartphone tampak lebih releven berbanding dahulu.

‘Black Shark’ Xiaomi ‘Smartphone’ Khas Buat Gamer!

Terbaru, Xiaomi telah memperkenalkan gaming smartphone pertama mereka iaitu ‘Black Shark’ yang menerusi model ini, Xiaomi dilihat ingin cuba lari daripada kebiasaan dengan mengenakan tema hijau dan hitam.

Sekali pandang, jelas Xiaomi sedang cuba untuk ‘meniru’ Razer Phone bermula dengan pilihan warna.

Rekabentuk

‘Black Shark’ Xiaomi ‘Smartphone’ Khas Buat Gamer!

Dari segi rekabentuk, Xiaomi Black Shark hadir dengan bezel yang agak tebal bagi smartphone keluaran 2018.

Penyertaan bezel ini dikatakan untuk memberi keselesaan buat para pengguna khususnya gamer untuk memegang Xiaomi Black Shark dengan lebih selesa.

Gabungan warna hijau dan hitam sekaligus membangkitkan lagi rekabentuk smartphone ini.

Dalam memberi pengalaman yang lebih baik buat pengguna, model ini turut hadir dengan dwi speaker pada bahagian hadapan.

Spesifikasi

Xiaomi Black Shark dilengkapkan dengan processor Snapdragon 845 beserta Adreno 630 untuk GPU.

Skrin bersaiz 5.99-inci Full HD+ dengan nisbah 18:9 pastinya berjaya berjaya menawarkan kepuasan buat para pengguna.

Dua variasi model yang ditawarkan hadir dengan RAM 6GB dengan storan 64GB, manakala variasi yang lebih high spec ditawarkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

Kapasiti bateri yang disertakan pada model ini adalah sebesar 4000 mAh.

Ciri-ciri menarik

‘Black Shark’ Xiaomi ‘Smartphone’ Khas Buat Gamer!

Apa yang membezakan Xiaomi Black Shark berbanding smartphone ialah penawaran aksesorinya.

Melalui model ini, Xiaomi telah memperkenalkan Black Shark Gamepad.

Berfungsi seakan Nintendo Switch, gamepad ini bakal membolehkan anda bermain game dengan lebih mudah khususnya game melibatkan FPS dan bola sepak.

Melayari aplikasi game sudah tentunya membuatkan smartphone akan lebih cepat panas.

Sebagai usaha untuk membuatkan Xiaomi Black Shark kekal sejuk, Xiaomi telah menyertakan sistem liquid cooling.

Dikatakan sistem ini mampu menyejukkan smartphone sehingga 8 darjah celcius.

Harga

Mengulas dari segi harga, sudah tentunya para pengguna mengharapkan harga yang rendah dari jenama ini

Xiaomi Black Shark bakal mula ditawarkan dengan harga sekitar $477 (~RM1850.76) manakala untuk model RAM 8GB ditawarkan pada harga $557 (RM2238.76).

Black Shark Gamepad dijual secara berasingan dengan harga $28 (~RM89.24).

Sekiranya anda seorang gamer atau individu yang mahukan spesifikasi terbaik pada smartphone, Xiaomi Black Sharp merupakan smartphone berbaloi untuk dimiliki berdasarkan penggunaan processor Snapdragon 845 dan RAM 8GB yang disertakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Gadis Dirasuk Lepas Main Game Panggil Roh Di Smartphone!

sumber: thevocket

Mengantuk Selepas Makan, Itu Tidak Normal!

Mengantuk Selepas Makan, Itu Tidak Normal!

Baru sahaja mahu memulakan kerja selepas makan, mata terasa amat berat, fikiran sudah ‘melayang-layang’ dan mula menguap. Gula-gula pudina pun tidak mampu segarkan anda kembali!

Punca Mengantuk Selepas Makan Kerana Itu Tidak Normal!

Situasi ini kebiasaanya pernah dialami oleh setiap individu terutamanya selepas makan dan berbuka puasa.

Berikut terdapat beberapa punca tabiat ini dapat kenal pasti mudah berlaku kepada individu dan penyelesaian yang dicadangkan berdasarkan portal online Hospital Islam Az-Zahrah.

1. Pengambilan Karbohidrat Yang Tinggi

Makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti roti, nasi, pasta, biskut, pancake dan segala jenis makanan bertepung akan ditukarkan menjadi glukos bila dicerna.

Pengambilan glukos yang banyak memberi peluang insulin untuk dilepaskan. Insulin yang tinggi terutamanya kepada individu yang mempunyai masalah rintangan insulin akan menyebabkan rasa mengantuk.

Rintangan insulin berlaku apabila sel-sel organ mempunyai masalah menggunakan insulin.

Insulin yang tinggi dalam tubuh akan mengurangkan paras gula secara mendadak yang memberi kesan gula tidak sampai di bahagian otak, seterusnya membawa rasa letih dan mengantuk.

Namun, tidak dinafikan organ-organ tertentu dalam tubuh kita memerlukan insulin untuk membantu mereka bekerja tetapi pengambilan insulin tidak boleh terlampau banyak.

Pengambilan protein dan salad dalam hidangan adalah baik dan boleh diamalkan.

2. Makanan Tidak Hadam Dengan Sempurna

Secara asasnya, sistem penghadaman akan bekerja ekstra jika makanan yang diambil mempunyai kadar glukosa yang tinggi ataupun ia akan terjadi bila anda makan dalam jumlah yang banyak. Jadi tenaga yang diperlukan juga banyak untuk proses pencernaan tersebut.

Semakin banyak makanan yang diambil, semkain sukar makanan tersebut dihadamkan. Hasilnya anda merasa letih, kembung dan sukar untuk fokus.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pengambilan cuka epal yang ditambah ke dalam makanan atau diambil bersama air suam mampu membantu penghadaman yang lebih optimum.

Jangan lupa tambahkan lemak baik dalam diet anda kerana kehadiran lemak baik mampu kenyang lebih lama dan kepuasan dalam menikmati makanan.

Antara sumber lemak baik adalah dari minyak kelapa dara, telur, ikan salmon, kacang seperti walnut dan juga minyak zaitun.

3. Tabiat Tidur

Tabiat tidur memberi impak yang besar terhadap kehidupan harian anda. Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan kerana badan berasa kenyang dan rileks selepas makan, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat sekali gus boleh rasa mengantuk.

Selain itu juga, waktu tidur yang tidak mencukupi antara punca anda cepat berasa letih dan mengantuk di siang hari yang mampu membawa penyakit.

Anda perlu perbaiki kualiti dan tabiat tidur anda untuk mengelakkan stress. Tingkatkan aktiviti fizikal anda secara berkala, boleh membantu anda mendapatkan tidur malam yang baik.

Adalah disyorkan supaya anda mengelakkan tidur sebentar dan tidur petang (napping) jika anda mengalami masalah tidur pada waktu malam.

4. Keadaan Kesihatan Diri

Sekiranya anda tetap dan sering berasa mengantuk, mungkin juga adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit celiac, anemia, food intolerance, sleep apnea, alahan atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif.

Anda dinasihatkan rujuk doktor jika anda mengalami keadaan ini atau jika anda sering tidur selepas makan.

5. Sikap ‘Malas’ Selepas Makan

Anda disarankan untuk kekal aktif dan lebih bertenaga dengan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan bersenam secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Jika tiada masa untuk bersenam, lebihkan berjalan selepas makan. Anda juga boleh meletakkan kenderaan anda jauh dan berjalan ketempat kerja atau menggunakan tangga.

Mungkin dengan ini mengantuk selepas makan akan dapat dikurangkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kenapa Badan Kita Selalu Letih

sumber: mynewshub

8 Ciri-ciri Negara Kleptokrasi, Perbezaan Negara Yang Dipengaruhi Dan Dikuasai Rasuah

8 Ciri-ciri Negara Kleptokrasi, Perbezaan Negara Yang Dipengaruhi Dan Dikuasai Rasuah

Memahami istilah kleptokrasi adalah sangat penting untuk mengetahui perbezaan antara negara yang hanya dipengaruhi oleh rasuah atau negara yang dikuasai oleh rasuah yang merujuk kepada negara yang dikuasai oleh maling atau pencuri harta rakyat.

Ciri-ciri Negara Kleptokrasi
Gambar hiasan.

Sebuah negara kleptokrasi merupakan pemerintahan oleh pencuri yang menyamar sebagai pegawai negara yang jujur.

Ciri utama kleptokrasi adalah ia sejenis jenayah negara.

Rasuah ditakrif sebagai pencurian melalui penipuan terhadap badan pemerintah, syarikat swasta ataupun orang awam dan terdiri daripada tiga komponen, iaitu, penyuapan, pemerasan dan nepotisme.

Penghubung bagi tiga jenis rasuah ini, adalah, penempatan kepentingan masyarakat umum di bawah kepentingan peribadi serta pengkhianatan kepercayaan.

Menurut Syed Hussein Alatas dalam buku beliau bertajuk Korupsi: Sifat, Sebab dan Fungsi, ciri rasuah yang penting adalah dwifungsi pada mereka yang terlibat dalam kegiatan rasuah.

Contohnya, ketika seorang pegawai disuap oleh pihak yang menawarkan pemberian supaya mengeluarkan lesen perniagaan, perbuatan mengeluarkan lesen itu merupakan fungsi, baik pun daripada segi jawatannya mahupun daripada segi kepentingan peribadinya.

Rasuah terdapat di semua negara, tetapi bukan semua negara yang dikuasai oleh daya rasuah.

Negara yang dikuasai rasuah dapat digelar sebagai kleptokrasi.

Istilah dan maksud kleptokrasi berasal daripada dua perkataan, iaitu, klepto (mencuri) dan krasi (pemerintahan).

Negara seumpama ini dikuasai oleh para kleptokrat yang melibatkan diri dalam amalan rasuah untuk mengumpulkan modal yang utama.

Kleptokrat-kleptokrat yang utama tidak terdiri daripada pekerja perkhidmatan awam yang memeras atau menerima suapan untuk membiayai hidup mereka, tetapi daripada elit-elit politik dan birokrasi yang menggunakan rasuah sebagai cara mengumpulkan modal.

Rasuah sebagai cara dan alat pengumpulan modal tidak diamalkan hanya melalui pemerasan perbendaharaan negara.

Dalam negara kleptokratis, elit-elit dan pegawai-pegawai negara mempergunakan jawatan awam untuk memajukan kepentingan ekonomi peribadi dan memperkayakan diri sendiri.

Ciri-ciri negara kleptokrasi

Penerimaan lesen-lesen, francais, insentif dan konsesi cukai dimudahkan melalui hubungan penaung dan yang dinaungi dan seringkali juga melibatkan nepotisme.

Sebuah kleptokrasi itu dikuasai oleh pegawai negara dan ahli politik yang amat egoistik.

Tujuan mereka dalam melakukan rasuah bukan untuk membantu kaum keluarga dan sahabat disebabkan oleh perasaan kewajipan moral dan timbal-balik.

Tekanan untuk membantu kaum keluarga seringkali didorong oleh kepatuhan kepada apa yang difahami sebagai norma masyarakat.

Bagi pihak lain, rasuah dalam konteks kleptokrasi berasaskan kepada keinginan untuk keuntungan peribadi.

Perbezaan ini membolehkan kita mengkritik teori budaya rasuah yang mengatakan bahawa amalan rasuah itu selaras dengan nilai tradisional, apabila orang tua membantu anggota keluarga yang muda.

Tambahan pula, dengan kemunculan masyarakat moden, ukuran baru digunakan untuk mempertimbangkan dan mengadili amalan-amalan lama yang sekarang dirujuk sebagai rasuah.

Negara-negara kleptokrasi dihinggap rasuah egoistik ketika ikatan kepuakan dan keluarga besar tidak lagi berpengaruh atau lagi wujud.

Istilah kleptokrasi digunakan buat kali pertama oleh ahli sosiologi, Stanislav Andreski, tanpa keterangan lanjut tentang ciri-cirinya.

Pelbagai perkara dianggap ciri-ciri negara kleptokratis termasuk:

1. Ia sejenis jenayah negara;

2. Hubungan rasuah adalah antara ahli politik dan birokrat pada satu pihak, dengan ahli kelas pemodal pada pihak lain;

3. Rasuah merupakan salah satu alat pengumpulan modal yang utama dan dapat dianggap faktor pengeluaran dalam bidang ekonomi;

4. Ia berasaskan kepada peranan dwifungsi negara dalam proses pembangunan;

5. Ia berdasarkan kepada permintaan dan penawaran pertolongan;

6. Kleptokrasi adalah transistemik, iaitu, terdapat di kedua-dua negara demokratis dan autoriter;

7. Dalam sebuah negara kleptokratis, kebanyakan pegawai negara terlibat dalam rasuah, sekurang-kurangnya secara berskala kecil, supaya status quo dapat dikekalkan. Pertikaian dan pertentangan daripada dalam negara dielakkan;

8. Negara kleptokratis itu merupakan oligarki, iaitu, negara itu dikuasai oleh segolongan kleptokrat egoistik yang kecil.

Kurang didik rakyat

Oleh kerana negara memain peranan yang amat penting, khususnya di negeri-negeri membangun, negara kleptokrasi dapat membawa kesan yang amat buruk terhadap ekonomi, termasuk kehilangan pendapatan pemerintah, kekurangan kecekapan, herotan dasar-dasar kerajaan, dan penumpuan modal.

Ada yang berhujah rasuah dapat menambahkan kecekapan kerana pekerja yang menerima wang segera akan menjadi lebih produktif tanpa tambahan gaji.

Pemerhatian ini kurang tepat kerana wang segera biasanya tidak membeli kecekapan, tetapi hanya suatu perkhidmatan yang tidak akan diberi tanpa insentif kewangan itu.

Pemerintahan kleptokratik juga menyebabkan penyimpangan dasar-dasar kerajaan.

Sesuatu dasar yang bertujuan memanfaatkan segolongan tertentu dalam masyarakat akhirnya dimanfaatkan golongan-golongan lain.

Contohnya, di sebuah negara di Asia Tenggara beberapa tahun yang lalu, pemerintah memperuntukkan 20,000 ekar untuk sebuah syarikat besar sedangkan tanah itu dikhaskan untuk 20,000 keluarga.

Rasuah juga mengakibatkan penumpuan modal.

Rasuah dan, khususnya, nepotisme memain peranan yang penting dalam penumpuan modal.

Ini merujuk kepada sejauh mana segolongan kecil syarikat menguasai industrinya daripada segi jumlah pengeluaran dan guna tenaga.

Contohnya, kadar penumpuan modal dianggap agak tinggi jika 75 peratus daripada guna tenaga dalam industri adalah dalam lima syarikat terbesar.

Negara kleptokratis amat berbahaya.

Kesedaran tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pembangunan ekonomi dan politik seharusnya dipertingkatkan sehingga muncul gerakan sosial menentang kleptokrasi.

Malangnya, selain segolongan kecil sarjana seperti Syed Hussein Alatas, Peter Evans dan Bjorn Beckman, yang mengambil perhatian tentang dimensi rasuah dalam pengkajian negara, masih ada kekurangan usaha mendidik rakyat tentang bahaya fenomena negara kleptokrasi.

***

SYED FARID ALATAS tenaga pengajar di Jabatan Sosiologi, Universiti Nasional Singapura.

Beliau boleh dihubungi di alatas@nus.edu.sg

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ketakutan Bertemu Donald Trump Yang Amat Sangat!

sumber: malaysiakini

Kisah Benar Amukan Prebet Adam Di Jalan Chow Kit

Kisah Benar Amukan Prebet Adam Di Jalan Chow Kit

Lebih 30 tahun lalu, Chow Kit pernah digemparkan angkara amukan oleh seorang anggota tentera yang didera secara mental dan fizikal. Kejadian amuk membabitkan Prebet Adam di, Kuala Lumpur pada Oktober 1987, mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Kisah Benar Amukan Prebet Adam Di Jalan Chow Kit

Prebet Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun kerana disahkan tidak siuman ketika melakukan kesalahan berkenaan.

Isu mengenai kejadian Adam mengamuk itu kembali mendapat perhatian selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pendapat peribadinya dan mengkritik "individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri".

Sementara itu, adik perempuan Adam, Hawa Jaafar, 53, pada April 2018, memohon maaf kepada kerabat diraja Johor yang diheret ke dalam insiden amukan abangnya dan menyatakan Adam mengamuk disebabkan masalah di tempat kerja dan tiada kaitan dengan kerabat diraja Johor.

Amok at Chow Kit

Sejarah itu telah ditulis dalam sebuah buku bertajuk Amok at Chow Kit yang menceritakan kejadian sebenar punca amukan tersebut.

Menerusi perkongsian Syahril A. Kadir, beliau menceritakan sedikit kisah yang terdapat di dalam buku tersebut mengenai seorang Prebet iaitu Adam Bin Jaafar.

PREBET ADAM, SEKS ORAL DAN PENDERAAN DI DALAM KEM TENTERA!

Sewaktu saya menulis mengenai buku mengenai dirinya, Adam telah menceritakan A sampai Z apa yang sebenarnya terjadi.

Ternyata jauh menyimpang daripada fitnah kononnya ia disebabkan perbuatan Yang Dipertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar yang selama ini dikatakan telah membunuh adik Adam di padang golf.

“Mereka di luar sana dengan tanpa usul periksa menuduh saya mengamuk disebabkan adik saya dibunuh sedangkan ia langsung tidak ada kena mengena.

"Adik saya meninggal ketika kami semua masih kecil masa rumah kami terbakar.

"Surat mati, segala bukti pasal kejadian itu masih ada. Kubur adik saya pun ada lagi.

"Jangan cuba NAK ALIH isu, mereka yang terlibat tahu saya jadi begitu sebab saya didera dengan tanpa perikemanusiaan dalam kem.

"Kesannya saya tanggung sampai sekarang!," katanya yang pada mulanya dijatuhkan hukuman gantung tetapi hakim akhirnya memutuskan untuk dia dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi menjalani rawatan psikiatri yang dialaminya kesan daripada penderaan tersebut.

BERIKUT SAYA BERIKAN PETIKAN ISI KANDUNGAN BUKU KONFESI PREBET ADAM YANG SAYA TULIS BERDASARKAN KISAH BELIAU ITU

Kisah Benar Amukan Prebet Adam Di Jalan Chow Kit

"Semasa dalam kem, budaya sepak terajang ni sudah jadi semacam ‘rutin’, denda lain tu tak payah cakaplah.

"Kata penyelia aku yang berpangkat Koperal, lepas ni bila kau jadi senior, kau pula yang akan buat benda yang sama pada junior yang lain.

"Aku diam saja. Nak kata kejutan budaya, taklah juga. Sebab aku pun bukanlah ‘kosong’ habis dalam tentera ni, dah dua tahun jadi simpanan jadi bukanlah satu yang mengejutkan sangat pun.

"Aku tahan apa saja yang anggota lama ini buat pada aku dan rakan-rakan.

"Memandangkan anggota pasukan Renjer ni terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan, tak hairan kalau kita tengok yang Melayu buli yang India, yang India buli yang Iban, yang Iban buli yang Cina. Macam-macamlah!

"Tetapi aku akui, lama-kelamaan aku makin tertekan dengan penderaan fizikal dan mental yang dilakukan oleh anggota-anggota senior ini. Makin lama makin melampau.

"Apa yang boleh aku katakan, kami semua didera hampir 24 jam! Hanya kalau ada latihan saja kami ‘selamat’. Tak kira siang atau malam, kami akan ‘kena’. Tengah tidur pun mereka kejutkan. Hampir tiga atau empat bulan juga kami dilayan seperti haiwan!

"Tangan aku ni, pernah melecur dicucuh dengan rokok yang menyala. Aku dipaksa menjilat tapak selipar seperti seekor anjing dan dipaksa minum air yang dicampur kicap, cuka, belacan, kuah kari dan gula. Sampai sakit perut dan pening kepala aku dibuatnya.

"Lebih menyakitkan hati, ada antara anggota senior ni bawa kawan-kawan yang terdiri daripada orang awam masuk ke dalam kem sedangkan itu adalah satu kesalahan besar.

"Bayangkan macam mana malunya aku dan kawan-kawan bila orang awam tengok kami dibuli sebegitu rupa.

"Paling memalukan, dorang suruh aku sapu kemaluan sendiri dengan kiwi hitam sampai habis satu tin!

"Masa tu kemaluan saya melecet dan sakit, ibarat disapu dengan tanah kering. Masa nak buang air kecil, sakitnya Tuhan saja yang tahu.

"Kemuncak pada penderaan ini, saya disuruh menghisap zakar seorang anggota berketurunan India.

"Serius waktu itu saya memang tak sanggup, apatah lagi zakarnya berkulup kerana tidak berkhatan.

"Takut punya pasal, saya buat juga sampai termuntah sebab ‘benda’ tu sangat busuk.

"Masa itu, saya betul-betul marah kerana ia telah menjatuhkan maruah dan martabat diri sebagai seorang Islam, sebagai seorang tentera!

"Ada lagi, masa aku disuruh mencium dan menjilat selipar yang macam anjing tu, sambil menjilat mereka menjerit perkataan pariah! pariah! berulang kali.

"Apa yang saya buat semua tak betul.

"Ada satu ketika kepala saya dihentak ke dinding bertubi-tubi seperti dalam adegan gusti.

"Kami juga diarahkan berbogel dan bergusti sesama kami!

"Disebabkan penderaan yang ‘gila’ itu, kepala saya selalu sakit dan pening.

"Apatah lagi saya sering tak cukup tidur.

"Saya sering nampak pecahan cahaya yang terang dan terdengar seolah-olah bunyi letupan dalam kepala dan telinga.

"Kalau tanya aku siapa anggota senior yang menderaku itu, sejujurnya aku memang tak ingat kerana ketika itu saya baru dalam pasukan. Yang pasti, aku cukup ingat satu nama ni, Koperal P****!

"Saya pernah laporkan perkara ini kepada Pegawai Pemerintah, tetapi beliau macam buat tak tahu saja.

"Kerana terlalu marah dengan manusia bernama Koperal P****, pernah saya rasa macam nak tembak saja dia tetapi saya tahu ia salah dalam Islam.

"Membunuh itu salah, kecuali terdesak!"

***

Apapun, kita yakin dan percaya hari ini pelbagai pendekatan dan tindakan telah dan akan diambil oleh peringkat kepimpinan tertinggi ATM bagi mengatasi masalah ini.

Janganlah hanya kerana Adam dan kes kematian beberapa anggota TLDM sewaktu latihan, kita hilang kepercayaan kepada institusi yang telah memainkan peranan yang besar dalam menjaga keselamatan kita dan negara yang kita cintai ini sejak sekian lama.

Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Liwat, Oral Seks Perkara Biasa Ketika Latihan Tentera - Bekas Pensyarah UPNM

sumber: siakapkeli

Monday, April 16, 2018

Antonov An-225 Mriya Pesawat Terbesar, Terberat Dan Terpanjang Di Dunia

Antonov An-225 Mriya Pesawat Terbesar, Terberat Dan Terpanjang Di Dunia

Pesawat paling besar di dunia, Antonov An-225 Mriya, adalah sebuah pesawat kargo gergasi milik Ukraine yang digunakan sebagai pesawat pengangkut barangan komersial.

Antonov An-225 Mriya Pesawat Terbesar, Terberat Dan Terpanjang Di Dunia

Ukraine berjaya membuktikan bahawa, dalam sesetengah bidang seperti aeroangkasa dan pembinaan kapal terbang, mereka menjadi antara peneraju di dunia.

Dengan ukuran 84 meter panjang dan 18 metet tinggi, Antonov An-225 mampu membawa berat berlepas maksimum 640,000 kilogram atau 640 tan.

Kelebihan pesawat Antonov An-225 Mriya bagi pelanggan adalah, ia lebih cepat dan murah untuk menghantar kargo berat dengan menggunakan pesawat ini kerana ia bersamaan dengan lima pesawat kargo biasa.

Antonov An-225 menggunakan enam enjin dan memiliki sayap berukuran 88 meter panjang dan 32 tayar.

Direka bentuk oleh Antonov pada akhir 1980-an, Antonov An-225 adalah pesawat terbesar, paling panjang dan paling berat yang pernah dibina setakat ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Kehilangan Pesawat Udara Yang Menggempar Dunia

sumber: bernama

Biji Rambutan Kaya AntiOksidan Mencegah Kanser Dan Diabetes

Biji Rambutan Kaya AntiOksidan Mencegah Kanser Dan Diabetes

Masih ramai tidak tahu khasiat biji rambutan yang mempunyai lemak polifenol tinggi, sejenis enzim antioksidan yang dapat melindungi tubuh manusia daripada kerosakan sel akibat radikal bebas.

Biji Rambutan Antioksidan

Biji rambutan memberi manfaat seperti antipenuaan, antiinflamasi, antibarah, antipatogen dan selain itu, biji rambutan dapat membantu merawat penyakit kencing manis.

Kajian yang telah dilakukan oleh pakar pemakanan, Pram Pramono, mendapati ekstrak metanol pada biji rambutan mengandungi flavonoid dan fenolik.

Flavonoid juga dikenali sebagai Polifenol berfungsi sebagai antioksidan, antiradang, antibakteria dan antivirus.

Begitu juga dengan Fenolik, ia mengandungi antioksidan yang sangat baik untuk mencegah penyakit-penyakit berbahaya.

Malah, ada pesakit menggunakan biji rambutan sebagai perubatan alternatif untuk merawat kencing manis.

Biji rambutan juga dipercayai mampu merawat sakit pinggang, manakala Asid oleic dan asid stearic dalam biji rambutan juga mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.

Kandungan nutrisi dalam biji rambutan

Rambutan memiliki kandungan karbohidrat, lemak, protein, zat besi, vitamin C dan kalsium.

Kulit buah rambutan mengandung tannin dan saponin. Bijinya mengandung polifenol dan lemak, kulit batangnya mengandung tannin, flavonida, saponin, zat besi dan pectic substance.

Daun rambutan mengandungi saponin dan tannin.

Di dalam buah rambutan tersimpan khasiat sebagai ubat yang tidak ternilai harganya.

Menurut kajian pakar herba, setiap 100 gram biji rambutan mengandung 69 kalori, 58 mg vitamin dan 18.1 gram karbohidrat.

Kajian dimakmal mendapati biji rambutan mengandungi nutrisi seperti protein (7.8 peratus), karbohidrat (46 peratus), serat (11.6 peratus) selain asid lemak seperti oleic (40.3 peratus), arachidic (6.1 peratus), palmitic (7.1 peratus) dan stearic (6.3 peratus).

Buah rambutan juga memiliki kandungan serat yang cukup tinggi, sekitar 2 gram bagi setiap 100 gram berat buah.

Dengan banyaknya kandungan khasiat buah rambutan, ia sangat sesuai untuk kesihatan dan bagi mereka yang sedang berdiet.

Biji rambutan sembuhkan Penyakit Kencing Manis Tahap 2

Penggunaan biji rambutan untuk merawat pesakit kencing manis tahap 2 juga telah terbukit berjaya.

Kajian yang dilakukan di Eropah telah berjaya merawat seramai 17,542 orang pesakit diabetes tahap 2 diseluruh dunia pada tahun 2014.

Ini juga bermakna, pengambilan biji rambutan sebagai snek harian mampu mencegah penyakit kencing manis.

Kita seharusnya merasa cukup bertuah kerana memiliki buah rambutan di negara sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Daun Sukun Menyembuhkan Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

sumber: hmetro

39 Tanda Anda Jatuh Cinta

39 Tanda Anda Jatuh Cinta

Hanya yang pernah mengalamani atau sedang mengalami sahaja tahu bagaimanakah indahnya dan terseksanya apabila jatuh cinta. Jatuh cinta adalah sesuatu perasaan yang amat indah dan sukar untuk digambarkan.

Tanda Anda Jatuh Cinta

Kadang-kadang kita jatuh cinta tanpa kita sedari. Kita jatuh cinta kepada si dia tapi kita menafikannya. Jika anda mengalami mana-mana simptom seperti di bawah, ini bermakna anda memang sedang jatuh cinta!

40 Tanda-tanda Anda Jatuh Cinta kepada seseorang.

1. Sukar melelapkan mata. Setiap malam sebelum tidur pasti anda teringatkan si dia. Anda teringatkan peristiwa yang berlaku antara anda dengan si dia pada siang tadi. Atau mungkin anda terbayangkan saat-saat romantis antara anda dengan dia. Kemudian, anda tertidur dengan hati yang berbunga-bunga.

2. Hati anda sentiasa berdebar bila sahaja ternampak kelibat beliau lalu dihadapan anda. Kalau si dia muncul muncul betul-betul dihadapan anda, anda boleh terkena renjatan elektrik 1 badan.

3. Kebelakangan ini, anda sering membaca tips-tips cinta di majalah mahupun internet untuk mempraktikkan ke atas si dia.

4. Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda. Siap bergurau dan menepuk-nepuk bahu antara satu sama lain. Anda curi-curi menjeling terhadap aksi si dia.

5. Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati anda. Kalau boleh anda mahu si dia berada di depan mata anda 24 jam.

6. Tiba-tiba anda banyak menghabiskan masa anda dengan handphone anda. Walaupun sesibuk mane, anda masih sempat menghantar mesej ataupun meninggalkan tweet anda kepada si dia walaupun dengan hanya berkata ‘Hai’.

7. Anda sentiasa bersemangat untuk memulakan hari anda berbanding sebelum ini. Anda mahu menjadi orang pertama yang datang ke kelas/tempat kerja untuk melihat si dia. Si dialah sumber semangat anda setiap hari.

8. Jika sehari anda tidak dapat melihat si dia walaupun hanya bayang-bayangnya, anda merasa gelisah umpama cacing kepanasan. Ditambah pula, semua mesej anda di hp, facebook dan twitter tidak dibalas oleh si dia.

9. Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

10. Anda semakin menjaga penampilan anda. Anda sentiasa mahu memakai pakaian yang kemas dan cantik. Dan mungkin juga memakai perfume yang boleh menarik perhatian si dia!

11. Tiba-tiba anda berubah menjadi defensif terhadap si dia. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia.

12. Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Mungkin mengajak si dia keluar makan bersama atau mengajak si dia berbincang tentang assigment/projek walaupun anda boleh mebuatnya seorang diri.

13. Ketika rakan-rakan membicarakan tentang jodoh terus tiba-tiba kamu teringatkan akan si dia. Dan tiba-tiba juga anda berangan-angan dapat berkahwin dengan si dia.

14. Anda mempunyai hobi baru iaitu mengelamun. Kejap-kejap si dia datang dalam fikiran anda. Kemudian, mulalah anda tersenyum seorang diri. Kadang-kadang sambil memandu pun boleh termengelamunkan tentang si dia.

15. Hati anda terus berbunga-bunga bila ditegur/disapa oleh si dia walaupun si dia hanya bertanya tentang assigment yang diberikan oleh lecturer tadi. Bagaikan dunia ini anda yang punya.

16. Anda memberikan si dia sedikit hadiah sebagai tanda ingatan agar si dia berasa terharu dan sentiasa mengingati anda. Mungkin boleh diberikan kad ucapan selamat berjaya dalam minggu peperiksaan.

17. Anda cuba lari daripada terserempak dengannya. Takut si dia perasan yang anda menaruh hati dengannya. Dan anda takut cinta anda tidak berbalas.

18. Citarasa anda berubah. Anda mahukan persamaan dengan si dia. Anda cuba mendengar lagu yang si dia dengar. Anda cuba menonton rancangan tv kegemarannya.

19. Anda melihat bayangan wajahnya di mana saja anda pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga anda mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.

20. Anda sanggup berkorban apa sahaja demi si dia. Anda sanggup berkorban wang ringgit dan memerah kudrat tenaga hanya untuk menarik perhatian si dia terhadap diri anda. Dan anda mengharapkan ianya akan berhasil.

21. Anda cuba menguji si dia adakah si dia juga menyimpan perasaan terhadap anda. Anda berpakat dengan rakan anda untuk membuatkan si dia cemburu.

22. Sebelum tidur, anda akan mendengar lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu. Sambil-sambil itu anda membaca kembali mesej-mesej anda dengan si dia petang tadi seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan anda.

23. Bila bersama dengan si dia, anda berjalan/memandu dengan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat yang hendak dituju. Kalau boleh, ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

24. Prestasi anda dalam kerja/belajar tiba-tiba naik mendadak kerana anda cuba untuk memberitahu kepada si dia bahawa anda pun boleh lakukan apa sahaja.

25. Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.

26. Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.

27. Ke mana sahaja anda pergi anda pasti akan teringat haruman badan si dia. Ketika berjalan-jalan, anda tercium bau yang sama macam si dia dan terus anda tersenyum teringat akan si dia.

28. Anda tidak pernah menolak mahupun berkata “TIDAK” bagi semua permintaan yang datang dari si dia. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

29. Anda mengajak rakan-rakan anda untuk melepak di tempat laluan yang sering digunakan oleh si dia selepas habis kelas hanya semata-semata melepaskan rindu untuk melihat kelibat si dia.

30. Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.

31. Anda menyimpan apa sahaja pemberian dari si dia. Kad raya, surat, resit dan apa sahaja di dalam kotak. Dan juga semua sms dari si dia bermula daripada anda berjaya mendapatkan nombornya. Tidak sanggup anda delete kesemua sms dalam hp anda yang dihantar oleh si dia.

32. Apabila rakan-rakan anda cuba ‘melaga-lagakan’ anda dengan si dia, anda tidak akan marah sebaliknya anda tersipu-sipu malu. Dan pipi anda mula kemerah-merahan.

33. Si dia kerap menemani anda di dalam mimpi sejak akhir-akhir ini. Bila bangun pagi esoknya, anda cuba mengingati mimpi-mimpi indah antara anda dengan si dia semalam.

34. Tiba-tiba anda berubah perwatakan apabila bersama si dia. Anda cuba menjadi lelaki/perempuan idaman mereka. Segala tindak-tanduk anda dikawal agak tidak over seperti bersama rakan-rakan.

35. Anda sering tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukan oleh si dia. Adakah si dia sudah makan, mandi, pergi kelas/kerja?

36. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan mempeduli orang lain mahupun keadaan di sekeliling anda pada waktu itu. Anda cuma melihat dia seorang sahaja.

37. Kebelakangan ini anda sering berdoa kepada si Dia agar dibukakan hati si dia untuk anda dan diperjodohkan dengan anda.

38. Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.

39. Ketika anda membaca post ini, hanya wajah si dia saja yang bermain di benak fikiran anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: zoncinta