Selasa, April 17, 2018

Kisah Benar Amukan Prebet Adam Di Jalan Chow Kit


Lebih 30 tahun lalu, Chow Kit pernah digemparkan angkara amukan oleh seorang anggota tentera yang didera secara mental dan fizikal. Kejadian amuk membabitkan Prebet Adam di, Kuala Lumpur pada Oktober 1987, mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Kisah Benar Amukan Prebet Adam Di Jalan Chow Kit

Prebet Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun kerana disahkan tidak siuman ketika melakukan kesalahan berkenaan.

Isu mengenai kejadian Adam mengamuk itu kembali mendapat perhatian selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pendapat peribadinya dan mengkritik "individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri".

Sementara itu, adik perempuan Adam, Hawa Jaafar, 53, pada April 2018, memohon maaf kepada kerabat diraja Johor yang diheret ke dalam insiden amukan abangnya dan menyatakan Adam mengamuk disebabkan masalah di tempat kerja dan tiada kaitan dengan kerabat diraja Johor.

Amok at Chow Kit

Sejarah itu telah ditulis dalam sebuah buku bertajuk Amok at Chow Kit yang menceritakan kejadian sebenar punca amukan tersebut.

Menerusi perkongsian Syahril A. Kadir, beliau menceritakan sedikit kisah yang terdapat di dalam buku tersebut mengenai seorang Prebet iaitu Adam Bin Jaafar.

PREBET ADAM, SEKS ORAL DAN PENDERAAN DI DALAM KEM TENTERA!

Sewaktu saya menulis mengenai buku mengenai dirinya, Adam telah menceritakan A sampai Z apa yang sebenarnya terjadi.

Ternyata jauh menyimpang daripada fitnah kononnya ia disebabkan perbuatan Yang Dipertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar yang selama ini dikatakan telah membunuh adik Adam di padang golf.

“Mereka di luar sana dengan tanpa usul periksa menuduh saya mengamuk disebabkan adik saya dibunuh sedangkan ia langsung tidak ada kena mengena.

"Adik saya meninggal ketika kami semua masih kecil masa rumah kami terbakar.

"Surat mati, segala bukti pasal kejadian itu masih ada. Kubur adik saya pun ada lagi.

"Jangan cuba NAK ALIH isu, mereka yang terlibat tahu saya jadi begitu sebab saya didera dengan tanpa perikemanusiaan dalam kem.

"Kesannya saya tanggung sampai sekarang!," katanya yang pada mulanya dijatuhkan hukuman gantung tetapi hakim akhirnya memutuskan untuk dia dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi menjalani rawatan psikiatri yang dialaminya kesan daripada penderaan tersebut.

BERIKUT SAYA BERIKAN PETIKAN ISI KANDUNGAN BUKU KONFESI PREBET ADAM YANG SAYA TULIS BERDASARKAN KISAH BELIAU ITU

Kisah Benar Amukan Prebet Adam Di Jalan Chow Kit

"Semasa dalam kem, budaya sepak terajang ni sudah jadi semacam ‘rutin’, denda lain tu tak payah cakaplah.

"Kata penyelia aku yang berpangkat Koperal, lepas ni bila kau jadi senior, kau pula yang akan buat benda yang sama pada junior yang lain.

"Aku diam saja. Nak kata kejutan budaya, taklah juga. Sebab aku pun bukanlah ‘kosong’ habis dalam tentera ni, dah dua tahun jadi simpanan jadi bukanlah satu yang mengejutkan sangat pun.

"Aku tahan apa saja yang anggota lama ini buat pada aku dan rakan-rakan.

"Memandangkan anggota pasukan Renjer ni terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan, tak hairan kalau kita tengok yang Melayu buli yang India, yang India buli yang Iban, yang Iban buli yang Cina. Macam-macamlah!

"Tetapi aku akui, lama-kelamaan aku makin tertekan dengan penderaan fizikal dan mental yang dilakukan oleh anggota-anggota senior ini. Makin lama makin melampau.

"Apa yang boleh aku katakan, kami semua didera hampir 24 jam! Hanya kalau ada latihan saja kami ‘selamat’. Tak kira siang atau malam, kami akan ‘kena’. Tengah tidur pun mereka kejutkan. Hampir tiga atau empat bulan juga kami dilayan seperti haiwan!

"Tangan aku ni, pernah melecur dicucuh dengan rokok yang menyala. Aku dipaksa menjilat tapak selipar seperti seekor anjing dan dipaksa minum air yang dicampur kicap, cuka, belacan, kuah kari dan gula. Sampai sakit perut dan pening kepala aku dibuatnya.

"Lebih menyakitkan hati, ada antara anggota senior ni bawa kawan-kawan yang terdiri daripada orang awam masuk ke dalam kem sedangkan itu adalah satu kesalahan besar.

"Bayangkan macam mana malunya aku dan kawan-kawan bila orang awam tengok kami dibuli sebegitu rupa.

"Paling memalukan, dorang suruh aku sapu kemaluan sendiri dengan kiwi hitam sampai habis satu tin!

"Masa tu kemaluan saya melecet dan sakit, ibarat disapu dengan tanah kering. Masa nak buang air kecil, sakitnya Tuhan saja yang tahu.

"Kemuncak pada penderaan ini, saya disuruh menghisap zakar seorang anggota berketurunan India.

"Serius waktu itu saya memang tak sanggup, apatah lagi zakarnya berkulup kerana tidak berkhatan.

"Takut punya pasal, saya buat juga sampai termuntah sebab ‘benda’ tu sangat busuk.

"Masa itu, saya betul-betul marah kerana ia telah menjatuhkan maruah dan martabat diri sebagai seorang Islam, sebagai seorang tentera!

"Ada lagi, masa aku disuruh mencium dan menjilat selipar yang macam anjing tu, sambil menjilat mereka menjerit perkataan pariah! pariah! berulang kali.

"Apa yang saya buat semua tak betul.

"Ada satu ketika kepala saya dihentak ke dinding bertubi-tubi seperti dalam adegan gusti.

"Kami juga diarahkan berbogel dan bergusti sesama kami!

"Disebabkan penderaan yang ‘gila’ itu, kepala saya selalu sakit dan pening.

"Apatah lagi saya sering tak cukup tidur.

"Saya sering nampak pecahan cahaya yang terang dan terdengar seolah-olah bunyi letupan dalam kepala dan telinga.

"Kalau tanya aku siapa anggota senior yang menderaku itu, sejujurnya aku memang tak ingat kerana ketika itu saya baru dalam pasukan. Yang pasti, aku cukup ingat satu nama ni, Koperal P****!

"Saya pernah laporkan perkara ini kepada Pegawai Pemerintah, tetapi beliau macam buat tak tahu saja.

"Kerana terlalu marah dengan manusia bernama Koperal P****, pernah saya rasa macam nak tembak saja dia tetapi saya tahu ia salah dalam Islam.

"Membunuh itu salah, kecuali terdesak!"

***

Apapun, kita yakin dan percaya hari ini pelbagai pendekatan dan tindakan telah dan akan diambil oleh peringkat kepimpinan tertinggi ATM bagi mengatasi masalah ini.

Janganlah hanya kerana Adam dan kes kematian beberapa anggota TLDM sewaktu latihan, kita hilang kepercayaan kepada institusi yang telah memainkan peranan yang besar dalam menjaga keselamatan kita dan negara yang kita cintai ini sejak sekian lama.

Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Liwat, Oral Seks Perkara Biasa Ketika Latihan Tentera - Bekas Pensyarah UPNM

sumber: siakapkeli

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon