Saturday, April 07, 2018

Lelaki Kerap Ejakulasi Kurang Risiko Kanser Prostat

Lelaki Kerap Ejakulasi Kurang Risiko Kanser Prostat

Lelaki yang berejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali sebulan mempunyai risiko kanser prostat 20 peratus lebih rendah berbanding mereka yang melakukannya hanya tujuh kali sebulan.

Lelaki Kerap Ejakulasi Kurang Risiko Kanser Prostat
Gambar hiasan.

Kajian Fakulti Perubatan Harvard yang membabitkan sejumlah 32,000 responden sepanjang tempoh 18 tahun itu bagaimanapun tidak memberi penjelasan khusus mengenai hubung kait ejakulasi dan risiko kanser tersebut.

Namun begitu, kajian terdahulu memberi gambaran bahawa proses ejakulasi boleh mengeluarkan bahan kimia yang terkumpul di bahagian prostat lelaki.

Sementara itu, portal Daily Mail melaporkan wujud teori yang menyatakan bahawa air mani yang keluar membantu pertumbuhan sel baharu yang dapat mengurangkan risiko menghidap kanser prostat.

Prostat merupakan bahagian kelenjar yang terletak di antara zakar dan pundi kencing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Petua Lelaki Elakkan Terpancut Awal

sumber: astroawani

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Seorang budak lelaki luar biasa yang didakwa memiliki 'kuasa elektrik' telah menjadi sensasi di media sosial selepas video dia menyalakan mentol lampu LED yang boleh dicas semula dengan hanya meletakkan lampu itu di mana-mana bahagian badannya tular.

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Abu Thahir, 9, dari Kerala, India mendapati dirinya mempunyai kuasa luar biasa itu baru-baru ini, selepas pulang dari membeli mentol lampu LED tersebut bersama bapanya.

Bapanya, Nizar, yang merupakan seorang juruelektrik, memberitahu pemberita bahawa ketika dia memberikan lampu itu kepada anaknya, ia menyala di tangannya.

Pada mulanya, dia berfikir ia adalah satu bentuk 'gurauan', tetapi kemudian dia sedar bahawa mentol itu akan menyala apabila bahagian bawahnya menyentuh mana-mana bahagian badan anaknya.

Ibu saudara Abu Thahir sangat kagum dengan kebolehan itu dan terus membuat rakaman dengan telefon pintar dan berkongsinya di media sosial.

Postingnya terus tular dan keluarga itu mula menerima panggilan daripada wartawan yang mahu menemubual dan merakamkan kebolehan luar biasa budak lelaki itu.

Bagaimanapun, dia nampaknya tidak sukakan populariti dan dilaporkan agak malu apabila menjadi 'selebriti' media sosial di India, sekali gus menjelaskan mengapa tidak ada rakaman berkualiti tinggi ketika dia sedang menyalakan mentol lampu.

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Sesetengah sumber membuat spekulasi bahawa kekurangan bukti video mengenai 'kuasa' Abu Thahir seperti yang didakwa mungkin disebabkan ia cerita palsu.

"Tiada gambar dan video yang saya lihat menunjukkan seluruh tubuh budak lelaki itu, jadi secara teknikal mungkin arus elektrik rendah dibuat untuk memasuki badannya dan dia hanya bertindak sebagai konduktor," kata seorang pengguna media sosial.

Ada juga yang menyatakan bahawa mentol lampu itu sendiri telah dilakukan sesuatu dengan andaian bapanya mungkin telah memasang bateri kecil di dalamnya.

Walau bagaimanapun, seorang pakar, Joshy K Kuriakose memberitahu Manorama Online bahawa fenomena luar biasa ini mungkin disebabkan kandungan garam yang tinggi dalam badannya.

"Orang yang banyak berpeluh biasanya mempunyai kandungan garam yang tinggi dalam tubuh mereka. Jika tahapnya luar biasa tinggi," kata Kuriakose.

"Kandungan garam meningkatkan kekonduksian kulit. Ini dapat menjelaskan mengapa lampu LED menyala apabila ditekan pada badan Abu Thahir," katanya.

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Menariknya, Abu Thahir tidak dapat menyalakan semua mentol lampu, sebaliknya hanya mampu melakukannya pada mentol LED yang boleh dicas semula.

Jika dia menekannya lama-lama, seluruh tubuhnya dikatakan akan mula panas.

Nazir benar-benar bangga dengan 'kuasa' anaknya, menganggapnya sebagai 'hadiah' dari Tuhan.

Bagi Abu Thahir, dia tidak kisah untuk menghidupkan mentol lampu, tetapi dia tidak sukakan kemasyhuran gara-gara kemampuannya yang luar biasa.

Dia kini sedang menjalani hidup seperti biasa dan membuat persiapan peperiksaan di sekolah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Manusia Yang Tidak Penat Berlari!

sumber: mstar

Friday, April 06, 2018

Raja Ilya Tolak Berlakon Filem Marvel Di Hollywood Kerana Unsur Menghina Islam

Raja Ilya Tolak Berlakon Filem Marvel Di Hollywood Kerana Unsur Menghina Islam

Aktres cantik Raja Ilya menolak tawaran berlakon dalam filem terbaru Marvel di Hollywood kerana bimbang terdapat unsur-unsur dalam babak yang melanggar sensitiviti Islam.

Raja Ilya Tolak Berlakon Filem Marvel Di Hollywood

Katanya, perkara itu hanya disedari ketika dia mula membaca skrip yang diterimya selepas selesai menjalani ujian pencarian bakat yang diadakan di negara Unlce Sam itu baru-baru.

“Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam.

“Sudah pasti saya tidak mahu mencemar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu," katanya seperti dilapor Harian Metro.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh penuh Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 32, itu menegaskan tiada pembohongan dilakukan berhubung tawaran yang diterima untuk bekerja dalam francais berkenaan.

Kata Raja Ilya, dia benar-benar mendapat watak yang ditawarkan kepadanya itu selepas berjaya melalui proses saringan.

“Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi.

“Saya ke Hollywood untuk menandatangani kontrak lakonan serta menghadiri sesi uji bakat filem Marvel itu. Segala urusan seni dibantu agensi yang bertapak di sana.

“Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya.

"Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar,” katanya menjawab dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya menipu berhubung tawaran berkenaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 20 Fakta Menarik Komik Dan Filem Marvel Ramai Tidak Tahu

sumber: malaysiakini

Tarikh Mengundi PRU14 Pada 9 Mei 2018

Tarikh Mengundi PRU14 Pada 9 Mei 2018

Tarikh mengundi pilihan raya umum ke-14 telah ditetapkan pada hari Rabu, 9 Mei 2018, manakala penamaan calon bagi wakil-wakil yang bertanding telah adalah pada Sabtu, 28 April 2018 yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Tarikh mengundi PRU14

Pengumuman penetapan tarikh mengundi yang menjadi tanda-tanda kini akhirnya terjawab sudah.

Kali ini jangan lepaskan peluang untuk memilih kerajaan yang bakal memerintah negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari berbanding 15 hari pada PRU13, manakala writ pilihanraya akan dikeluarkan pada 11 April 2018 kepada pegawai pengurus (RO) pilihan raya bagi menggariskan tugas mereka pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

Berdasarkan daftar pemilih Suku Keempat 2017, sebanyak 14,940,624 pemilih layak mengundi pada PRU-14 kali ini.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru besar-besaran antara BN, Pakatan Harapan dan PAS.

PEMBUBARAN PARLIMEN PRU14

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa 7 April 2018 (Sabtu) lalu untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.

Tarikh PRU14, Parlimen Bubar!

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 12.00 tengah hari pada Jumaat, selepas menghadap dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Saya ingin memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya telah pun menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dan menyembah warkah kepada Baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-13 dibubarkan pada hari Sabtu, 7 April 2018,” katanya di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyaurat kabinet terakhir.

Hadir sama pada sidang akhbar melalui televisyen dan Facebook rasmi Najib dari Pejabat Perdana Menteri itu adalah timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet.

Susulan itu, perdana menteri menasihatkan semua ketua menteri dan menteri besar, kecuali Sarawak, untuk menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum negeri dapat diadakan secara serentak.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei 2016.

Pilihan raya umum kali ini ialah yang kedua buat Najib dalam merajui jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Sejumlah 14.9 juta pemilih berdaftar layak mengundi berdasarkan kepada Daftar Pemilih Suku Keempat 2017 pada tarikh yang akan ditentukan SPR kelak.

TAK SABAR NAK MENGUNDI!

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

8 Ciri-ciri Suami Yang Soleh

8 Ciri-ciri Suami Yang Soleh

Syarat bagi seorang lelaki masuk syurga adalah dengan menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya dan menjadi ciri terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam keluarga.

8 Ciri-ciri Suami Yang Soleh

Terdapat 8 ciri suami yang soleh menjadi idaman isteri solehah dan ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:

1. Memiliki hati yang lemah lembut

Suami soleh haruslah memiliki hati lembut dan perasan yang peka, dapat merasakan perasan orang lain. Ia dapat merasakan derita orang lain dan berusaha meringankan tanpa diminta.

Ia merawat luka itu dengan kata-kata indah, senyuman tulus serta hadiah-hadiah yang menyenangkan.

Kadang-kadang seorang isteri tertimpa musibah, ia seorang diri menanggung bebannya, hatinya luka, fikirannya keruh dan ghairah pun padam.

Rasulullah SAW memberikan petunjuk agar suami selalu berusaha mengubati hati isteri-isterinya apabila ia terluka.

Dari Anas ra. berkata, “Shafiyyah mendengar bahawa Hafshah berkata Shafiyyah itu anak Yahudi. Maka menangislah ia. Lantas Rasulullah SAW menghampiri sedangkan Shafiyyah masih dalam tangisannya.

"Rasulullah bersabda maksudnya, “Apa yang menyebabkan kamu menangis?”

"Shafiyyah menjawab, “Hafshah berkata kepadaku bahawa aku anak Yahudi.”

Bersabda Rasulullah SAW. maksudnya, “Engkau adalah anak Nabi, bapa saudaramu Nabi dan engkau menjadi isteri Nabi. Dengan apa dia membanggakan dirinya atas dirimu?”

Kemudian Nabi bersabda maksudnya, “ Bertakwalah kepada Allah wahai Hafshah.” (Hadis Riwayat Nasai dan Tirmidzi)

Oleh itu pentingnya para suami mengambil teladan hikmah nabawiah yang agung ini dalam mengubati hati isteri yang terluka.

2. Menjaga rahsia rumah tangga

Suami yang soleh mengetahui tentang kewajipan menjaga rahsia terutamanya rahsia rumahtangga. Islam melarang keras suami isteri menceritakan rahsia rumah tangga mereka kepada orang lain.

Dari Abu Sa’id Al Khudriy r.a. berkata, bersabda Rasulullah SAW maksudnya, “Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukkan manusia di hadapan Allah pada hari kiamat adalah seorang suami yang membuka rahsia dirinya kepada isteri dan isteri yang membuka rahsia dirinya kepada suami lantas salah seorang daripadanya menceritakan kepada orang ketiga.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

3. Mentaati perintah Allah

Suami soleh dan isteri solehah hendaklah selalu bekerjasama dalam menegakkan ketaatan kepada Allah SWT serta saling menasihati dalam mencari reda Allah.

Allah SWT berfirman maksudnya, ” Dan janganlah sekali-kali kebencian (mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.” (Surah al-Maaidah ayat 2)

Sesungguhnya bekerjasama dalam ketaatan dan ibadah khususnya seperti solat, zikir, sedekah dan lain-lainnya memiliki pahala yang agung dan kesan positif dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Rasulullah SAW memuji suami isteri yang saling tolong menolong dalam taat kepada Rabbnya, rukuk dan sujud di tengah malam .

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya, “Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun mengerjakan solat dan membangunkan isterinya. Jika ia enggan, disiramkan air diwajahnya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun malam mengerjakan solat dan membangun suaminya, apabila ia enggan disiramkan air di wajahnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

4. Memuliakan keluarga isteri

Suami yang baik ialah suami yang memuliakan isteri dan memuliakan kedua mertuanya serta kerabat dan sahabat-sahabatnya.

Dari Anas ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hubungkanlah silaturrahim.” (Muttafaqun Alaihi)

Bagi suami yang ingin membahagiakan isterinya hendaklah menjaga perangai ini. Kunjungilah keluarga isteri, selalu bertanya khabar mereka dan membantu bila mereka memerlukan.

Bukankah seorang suami juga suka jika isterinya memuliakan saudara-saudara dan sahabatnya? Suami perlu faham bahawa ibu dan bapa mertua adalah sama seperti ibu dan bapanya sendiri.

5. Memberi nasihat terhadap isteri

Suami yang soleh hendaklah mampu mendidik dan mengajar isterinya dengan ilmu-ilmu yang bermanafaat seperti ilmu tentang halal dan haram, ilmu kekeluargaan, ilmu fekah, akhlak, fiqhud dakwah dan ilmu kemasyarakatan.

Firman Allah SWT maksudnya, “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim ayat 6)

Isteri yang solehah memperhatikan dan mencintai ilmu. Usahakanlah untuk memberi pengajaran kepadanya dan lapangkanlah jalan menuju kesana.

Rasulullah SAW melarang orang yang menghalang wanita ke masjid.

Dari ibnu Umar r.a. sesungguhnya Nabi SAW bersabda maksudnya, “Apabila isteri-isterimu meminta izin untuk ke masjid pada malam hari izinkanlah.” (Muttafaqun Alaihi)

Daripada hadis di atas jelas sekali bahawa wanita mempunyai hak untuk mempelajari ilmu agama di luar rumah sekiranya suami tidak mampu mengajarnya sendiri.

6. Memiliki rasa cemburu (tidak dayus)

Sifat seorang lelaki soleh adalah memiliki rasa cemburu kepada isterinya kerana itu mengisyaratkan cinta dan tinggi nilai isteri dihatinya.

Islam memuji lelaki yang memiliki rasa cemburu dan mencela yang tidak memilikinya kerana bererti lemahnya emosi dan tanggungjawab.

Namun, Islam juga menetapkan batas-batasnya agar keharmonian rumah tangga tetap terpelihara.

Dari Abu Huraurah r.a. berkata, Rasulullah SAW maksudnya, “Allah itu pencemburu dan seorang mukmin juga pencemburu. Kecemburuan Allah adalah bila ada seorang hamba datang kepadaNya dengan perbuatan yang diharamkan.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Seorang yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap kehormatan isterinya dengan membiarkan isterinya bersolek, membuka aurat, bercampur bebas dengan lelaki bukan mahram merupakan seorang yang dayus dan layak untuk mendapat azab ysang pedih di akhirat nanti.

Dari Ibnu Umar ra. berkata, bersabda Rasulullah SAW. maksudnya, ”Tiga golongan yang yang tidak akan masuk syurga; orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, orang yang dayus dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis Riwayat Nasai dan hakim)

7. Memiliki sifat sabar dan penyantun

Seorang suami harus memiliki sifat sabar dan penyantun. Ini kerana tiada sesuatu yang begitu ideal dalam kehidupan berumahtangga.

Sebuah keluarga biasanya akan mengalami goncangan dan masalah. Jangan terburu-buru dalam melakukan sesuatu.

Dengan berbekal sifat sabar segala masalah dapat diselesaikan dengan baik. Sifat santun dan pemaaf merupakan perangai yang dicintai Allah dan RasulNya.

Firman Allah SWT maksudnya, “(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran ayat 134)

8. Memiliki sifat pemaaf

Suami perlu memiliki jiwa pemaaf kerana Allah SWT telah menghendaki wanita bersifat seperti dari tulang rusuk yang bengkok.

Banyak masalah akan dapat diselesaikan sekiranya suami bersifat pemaaf. Kadang-kadang suami keliru membenci sesuatu yang ada pada isteri. Ternyata yang dibenci itu mengandungi kebaikan dan akan diperlukan pada saat tertentu.

Firman Allah SWT maksudnya, “Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata . Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’ ayat 19)

Kita tidak harus mengharapkan wanita seperti malaikat, tanpa cacat. Wanita adalah makhluk Allah yang memiliki kelebihan dan kekurangan.

Janganlah disebabkan sedikit kekurangannya telah menenggelamkan kesemua kebaikannya.

Contohilah akhlak Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda.

Dari Abu Hurairah ra., bersabda Rasulullah SAW maksudnya, “Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Bila benci terhadap sebahagiannya ada bahagian lain yang menyenangkan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Ciri-ciri Isteri Tidak Solehah

sumber: islamituindah

Ketahui Tempat Tinggal Disukai Jin

Ketahui Tempat Tinggal Disukai Jin

Para ulama Islam dalam banyak riyawat berpendapat tentang tempat tinggal atau lokasi yang paling di sukai oleh bangsa jin seperti padang pasir, pergunungan, pasar dan atap rumah.

Ketahui Tempat Tinggal Disukai Jin

Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa tempat yang paling disukai para jin adalah laut, bilik mandi, tempat yang kotor atau sampah dan sebagainya. Tandas adalah salah satu tempat di muka bumi ini yang paling digemari oleh jin, oleh sebab itu Rasulullah SAW memerintahkan umatnya supaya memohon perlindungan kepada Allah dari jin, dengan membaca, “Allahumma inni a’udzu bika minal khubutsi wal khaba’its.” (Ya, Allah,aku memohon perlindungan dari gangguan jin lelaki dan jin wanita).

Rasullullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah dia mengucapkan doa, ”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan.” (Hadith Riwayat Abu Dawud)

Menurut Syekh Abdul Mu’nim Ibrahim, tempat tinggal jin adalah tempat yang sepi, tetapi ada pula beberapa jin yang hidup di pulau-pulau tengah laut, padang pasir, tempat sampah atau tempat yang rosak dan di antara mereka ada juga yang hidup bersama manusia.

Dari ibnu jabir r.a mengatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda, “pada awal malam atau pada awal kalian memasuki waktu petang, lindungi anak-anak kalian kerana syaitan masuk pada waktu itu. Apabila awal malam telah berlalu, biarkan mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak mampu terhadap pintu yang tertutup (jika di sebut dengan nama Allah ketika di tutup).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bangsa jin itu memang suka tinggal di dalam gua, laut, bukit, gunung dan hutan, atau tempat-tempat terpencil lainnya. Namun jangan terkejut, mereka juga boleh tinggal serumah dengan anda.

Berikut adalah beberapa riwayat yang menjelaskan mengenai tempat tinggal jin. Tentu saja agar kita tidak mengganggu mereka dan mereka pun tidak mengganggu kita.

1. Abu Muhammad di dalam kitabnya Al-Uzmah menceritakan satu bab khusus tentang jin dan kejadiannya. Beliau meriwayatkan satu hadis yang bersumber dari Bilal bin Al-Haris.

Demikian Bilal meriwayatkan:

“Kami pernah pergi bersama Rasulullah SAW dan beristirehat di suatu tempat untuk buang air. Lalu aku (Bilal bin Al-Haris) membawakan satu baldi air dan aku letakkan berdekatannya. Tiba-tiba aku mendengar suara gemuruh, iaitu suara pertempuran yang belum pernah ku dengar sebelumnya. Demikian pula bahasa yang mereka gunakan. Setelah Rasulullah SAW mengetahui aku pun mendengar apa yang baginda dengar, maka sabdanya, “Jin Muslim dan Jin Musyrik sedang bertempur. Mereka bermohon kepadaku untuk mendamaikan mereka. Maka jin yang Muslim saya tempatkan di kawasan yang bernama Jalis dan jin yang Musyrik saya tempatkan di kawasan yang bernama Ghour.”

Apakah Jalis dan Ghour itu?

Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Jalis adalah suatu tempat yang terletak di kawasan pergunungan, sedangkan Ghour adalah tempat antara gunung dan lautan. Ibnu Katsir seterusnya berkata, orang yang diganggu jin di Jalis kebanyakannya selamat, sedangkan yang diganggu jin di Ghour jarang sekali yang selamat.

2. Imam Za Maksyari di dalam kitabnya Rabiul Abrar menjelaskan, bahawa masyarakat di sebuah dusun bercerita kepadanya, “Kami pernah singgah di suatu kawasan di mana terdapat ramai orang dan ada beberapa khemah. Tetapi tiba-tiba orang ramai dan khemah-khemah tersebut hilang dari pandangan kami. Kami merasa yakin bahawa orang-orang itu adalah jin, sedangkan khemah-khemah itu adalah tempat tinggal mereka.”

Beliau kemudian menegaskan, “Tidak ada satu keluarga Muslim, kecuali pada atap rumahnya terdapat jin yang Muslim pula. Bila keluarga Muslim itu telah menyiapkan makanan pagi, jin itu pun turun dan ikut makan bersama, dan bila mereka makan petang, jin itu turun dan makan petang bersama mereka. Dengan jin itu Allah Ta’ala menjaga keluarga yang Allah berkenan kepadanya.”

Dengan demikian jelas bahawa adakalanya jin itu dapat dilihat oleh manusia. Ini terjadi kerana seseorang memiliki ilmu ghaib, atau kerana jin-jin itu yang memang menyamar sebagai manusia.

3. Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha’ meriwayatkan, bahawa ada sebuah berita yang sampai kepadanya, iaitu ketika Umar bin Khattab r.a hendak pergi ke Iraq.

Ketika itu Ka’bul Akhbar berseru kepada Umar, “Wahai Amirul Mukminin, janganlah engkau pergi ke sana, sebab di Iraq terdapat banyak sihir dan banyak jin-jin yang jahat dan fasik, serta penyakit yang sukar diubati.”

Kerajaan-kerajaan jin di atas air dan lautan

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat).

Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s. sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Dalam hadis Jabir r.a. berkata, Bersabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan (dalam riwayat lain di atar air) dan kemudian dia pun mengutus pasukannya.” (Hadith Riwayat Muslim (2813))

Perkuburan

Para jin juga ada yang suka tinggal di perkuburan. Ketahuilah, kebiasaan hantu-hantu yang dijumpai di kawasan kubur adalah jin-jin yang menyamar, bukannya roh ahli-ahli kubur tersebut.

Mungkin jin-jin yang menyamar itu mahu memberi kepercayaan karut kepada manusia bahawa roh manusia berkeliaran di kubur.

Telah datang dari hadis Abu Said Al Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Permukaan bumi itu semuanya masjid (boleh dijadikan tempat untuk bersolat) kecuali perkuburan dan bilik mandi.” (Hadith Riwayat Ahmad (3/83), Abu Daud (492), Tirmidzi (317), Ibnu Hibban (1699), Al Hakim (1/251))

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.a. sebagaimana yang disebutkan di dalam “Majmu Fatawa” (19/41) ketika berbicara tentang tempat-tempat jin, “Pada perkuburan itu terdapat saranan menuju kesyirikan. Para syaitan menuntut orang yang hendak menjadi tukang sihir untuk selalu tinggal di perkuburan. Dan di sanalah para syaitan turun mendatanginya dan tukang sihir itu berulang-alik ke tempat ini. Para syaitan menuntutnya untuk memakan sebahagian orang-orang mati.”

Tempat istirehat unta

Dari Abdullah bin Mughaffal r.a. berkata, bersabda Rasulullah SAW, “Solatlah kalian di tempat peristirehatan (kandang) kambing dan janganlah kalian solat di tempat peristirehatan (kandang) unta kerana sesungguhnya unta itu diciptakan dari syaitan.” [Hadith Riwayat Ahmad (4/85), Ibnu Majah (769) dan Ibnu Hibban (5657) dan selainnya)]

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam “Majmu Fatawa” (19/41) ketika menjelaskan tentang penyebab dilarangnya solat di tempat peristirehatan unta. Penyebab (dilarangnya solat) di bilik mandi, tempat peristirehatan unta dan yang seumpamanya adalah kerana itu adalah tempat para syaitan.

Tempat pembuangan sampah dan kotoran

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam “Majmu Fatawa” (19/41), “(Para syaitan) ditemukan di tempat-tempat bernajis seperti kamar mandi dan tandas, tempat sampah, kotoran serta perkuburan.”

Tempat yang telah rosak dan diabaikan

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam “Al Adab Al Mufrad” (579) dari Tsauban r.a. berkata, Rasulullah SAW berkata kepadaku, “Janganlah kamu tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman kerana tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman itu seperti tinggal di perkuburan.” (Hadis ini hasan)

Berkata lebih dari satu ulama bahawa Al Kufuur adalah tempat yang jauh dari pemukiman manusia dan hampir tidak ada seorang pun yang lalu di situ.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagaimana yang disebutkan dalam “Majmu Fatawa” (19/40-41) ketika berbicara tentang jin, “Oleh kerana itu, (para syaitan) banyak ditemui di tempat yang telah rosak dan kosong.”

Di dalam lubang-lubang

Telah datang hadis Ibnu Sarjis r.a. dia berkata, Bersabda Rasulullah SAW, “Janganlah salah seorang di antara kalian kencing di lubang...”

Mereka berkata kepada Qatadah, “Apa yang menyebabkan dilarang kencing di lubang?” Dia berkata, “Disebutkan bahawa itu adalah tempat tinggal jin”.

Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad (5/82), Abu Daud (29), An-Nasai (34), Al-Hakim (1/186) dan Al-Baihaqi (1/99). Lebih dari satu ulama yang membenarkan bahawa Qatadah mendengar dari Abdullah bin Sarjis r.a. (Lihat kitab “Jami’ At Tahshiil.)

Tempat-tempat berlaku syirik, bid’ah dan maksiat

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” [Hadith Riwayat Bukhari (3226) dan Muslim (2106) dari hadis Abu Thalhah dan Aisyah r.a. dan datang pula dari para sahabat yang lain].

Jika malaikat tidak masuk ke dalam rumah, maka syaitanlah yang masuk kerana malaikat adalah tentera-tentera Allah SWT yang diutus untuk menjaga kaum mukminin dan menolak kemudharatan dari mereka.

Termasuk kebodohan adalah jika seorang muslim mengusir malaikat dari rumahnya yang menyebabkan masuknya jin dan syaitan ke dalamnya. Maka makmurkanlah rumah itu dengan zikir kepada Allah SWT, ibadah serta membaca Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai perkuburan kerana sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah.” (Hadith Riwayat Muslim (780), Ahmad (2/337), Tirmidzi (2877) dan selainnya).

Pasar-pasar

Telah datang dari Salman r.a., berkata, “Janganlah engkau menjadi orang pertama yang masuk ke pasar jika engkau mampu dan jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya kerana pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan di sanalah ditancapkan benderanya.” (Hadith Riwayat Muslim (2451))

Di pasar atau bandarlah tempat syaitan cuba menghasut dan mengadu-domba manusia agar berbuat kejahatan dan segala macam maksiat.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar.” (Hadith Riwayat Muslim (671))

Maka untuk lebih disukai Allah, hendaklah kita lebih gemar pergi ke masjid daripada berkunjung ke pasar ataupun bandar.

Jika terpaksa untuk membeli-belah pun, sebaik-baiknya cuba larikan diri seberapa segera yang mungkin dan tidak terus duduk lepak-lepak di bandar kerana ianya sangat disukai oleh Syaitan.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk.

Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api.

Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.

Wallahu a’lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Orang Bunian, Benarkah Dari Keturunan Nabi Adam?

sumber: madinatulasrar

Thursday, April 05, 2018

Apa Hukumnya Jika Suami Mengaku Bujang? Adakah Jatuh Talak?

Apa Hukumnya Jika Suami Mengaku Bujang? Adakah Jatuh Talak?

Talak dari istilah bahasa bermaksud meleraikan atau melepaskan ikatan manakala istilah syara’ pula bermaksud meleraikan ikatan perkahwinan atau memutuskan akad perkahwinan dengan lafaz talak iaitu menggunakan perkataan yang khusus iaitu lafaz yang terang dan jelas yang membawa maksud talak ataupun menggunakan lafaz kinayah iaitu lafaz sindiran atau kiasan.

Apa Hukumnya Jika Suami Mengaku Bujang? Adakah Jatuh Talak?

Adakah jatuh talak sekiranya seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri mengaku bujang sama ada kerana mahu menutup status perkahwinannya di hadapan orang atau sekadar bergurau?

Berikut disertakan beberapa contoh:
  1. Bila ditanya suami itu oleh seseorang, “Adakah kamu sudah beristeri?” lalu dijawabnya, “Saya belum beristeri.”
  2. Seorang suami yang menghantar isterinya balik bercuti ke kampung lalu berkata suami tersebut, “Abang jadi orang bujang la seminggu.”
  3. Seorang wanita berkata kepada lelaki yang sudah beristeri yang baru dikenalinya, “Awak sudah kawin atau belum sebenarnya?” jawabnya, “Saya belum kawin.”
  4. Seorang suami ditanya olih kawannya, “Kemana isteri awak lama saya tidak nampak dia.” lalu suami itu menjawab, ”Saya sekarang seorang duda.”

Maka semua jawapan suami seperti contoh di atas tidak menjatuhkan talak kerana lafaz “Saya belum beristeri”, “Saya bujang”, “Saya belum kawin” dan “Saya duda” tersebut bukan lafaz talak sarih (yang jelas).

Tetapi, jika suami tersebut berniat talak ketika melafazkan semua lafaz seperti contoh di atas maka jatuh talak menurut pendapat yang masyhur di kalangan ulama fiqh kerana ia termasuk lafaz talak kinayah (sindiran) ertinya lafaz talak yang hanya sah jika berserta dengan niat talak.

Manakala sebahagian ulama fiqh yang lain mengatakan ia tidak termasuk lafaz talak Kinayah maka sekalipun berniat talak tidak jatuh talak dan ia dikira lagha tidak ada makna.

Berkata Imam Syairazi yang ertinya, “Dan jika bertanya kepadanya oleh seseorang, "Adakah kamu mempunyai isteri? Maka dijawabnya, "tiada" maka jika tidak berniat ia akan talak dengan lafaz tersebut maka tidaklah jatuh talak dari kerana lafaz itu bukan lafaz yang jelas. Dan jika ia berniat talak dengan lafaz tersebut maka jatuh talak dari kerana ia boleh dipakai makna talak.” (Kitab Al-Muhazzab)

Berkata Imam Nawawi yang ertinya, “Dan jika berkata kepadanya oleh seseorang, "Adakah bagi kamu isteri? Maka berkata ia, "Tiada" dan dia berniat talak dengan kata-katanya itu maka berlaku talak. Tersebut di dalam kitab Furu’, Ditanggungkan bahawa lafaz tersebut bukan lafaz talak yang jelas dan bukan juga lafaz talak sindiran. Pendapat pertama iaitu ia termasuk lafaz talak kinayah ialah pendapat yang masyhur kerana ia boleh jadi bermakna talak.” (Kitab Al-Majmu’)

Kesimpulan

Tidak jatuh talak jika suami mengaku bujang atau belum kawin atau belum beristeri atau duda atau yang semakna dengannya jika suami tersebut tidak berniat talak ketika melafazkan kata-kata tersebut.

Bermain-main dengan lafaz talak atau seumpamanya adalah tidak disukai syara’.

Sekalipun tidak jatuh talak, berbohong adalah perbuatan yang berdosa disisi syara’.

Wallahu a’lam

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Kesilapan Besar Dan Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

sumber: facebook

Rahsia Disebalik Kepintaran Albert Einstein

Rahsia Disebalik Kepintaran Albert Einstein

Siapa yang tidak kenal dengan Albert Einstein, manusia yang dikatakan paling genius pernah dilahirkan di atas muka bumi dengan banyak teori beliau mencetuskan fenomena sejarah dalam dunia sains yang diguna pakai sehingga ke hari ini.

Rahsia genius Albert Einstein

Tetapi, tahukah anda cerita disebalik kepintaran Albert Einstein yang dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Jerman sebelum berpindah ke Amerika Syarikat ini?

Malah, ketika zaman kanak-kanak beliau, Albert Einstein tidak sepetah kanak-kanak lain malah beliau gagal bertutur dengan lancar sehingga berusia empat tahun.

Kepintaran Albert Einstein mula dikesan ketika dia mula meningkat usia dan fasih dalam fizik ketika berusia 11 tahun.

Albert Einstein juga diketahui ramai oleh kenalan yang biasa dengannya sebagai individu yang tidak pernah memakai stokin.

Beliau juga pernah gagal dalam peperiksaan ketika berada di bangku sekolah selepas gagal dalam Bahasa dan budaya.

Majalah Time juga pernah melaporkan bahawa Albert Einstein juga mempunyai anak luar nikah bersama Mileva Maric yang tidak pernah didedahkan oleh kepada umum.

Beliau juga terpaksa menggunakan wang hasil daripada Anugerah Penghargaan Nobel dalam fizik pada 1921 untuk menyelesaikan kes penceraian dengan bekas isterinya.

Albert Einstein juga tidak mempunyai kereta sendiri dan tidak pernah tahu memandu kenderaan.

Mata Albert Einstein kini di simpan di sebuah kotak di ibu kota New York.

Galileo Galilei adalah ilmuan yang paling digemari oleh Albert Einstein.

Albert Eistein juga pernah ditawarkan menjadi Presiden Israel pada tahun 1952 selepas meninggalnya Presiden Israel pertama, Chaim Weizmann.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Adakah Tuhan Wujud? Dan Ini Jawapannya Yang Mengejutkan

sumber: astroawani

Malaysia Negara Paling Banyak Hantu Di Dunia?

Malaysia Negara Paling Banyak Hantu Di Dunia?

Kawasan Gurun di Kedah mendapat perhatian ramai ekoran pendedahan beberapa pihak yang mendakwa melihat hantu hingga mereka terlibat dalam kemalangan anehnya, lembaga eksentrik itu dikenali berdasarkan jenis pakaiannya, Baju Kebaya Merah!

Malaysia Negara Paling Banyak Hantu Di Malaysia?

Kisahnya bertambah menarik apabila 'wanita kebaya merah' itu dipercayai roh jelmaan mangsa kemalangan maut yang tidak tenteram.

Kawasan lebuh raya makhluk itu berlegar kebetulan pernah mencatatkan banyak nahas ngeri suatu ketika dulu.

Dalam tempoh kurang 100 tahun ini, ribuan buku penulis asing bercakap mengenai hantu di Malaysia mendedahkan negara kita 'mewah' dengan lebih 700 jenis hantu. Itu setakat jumlah yang baru sahaja dikenal pasti dan didaftarkan di dalam katalog.

Perkara itu disahkan oleh ramai pengkaji Barat berdasarkan kepada buku tulisan mereka sejak tahun 1896 hingga 1960-an.

Angka sebenar mungkin banyak lagi tetapi mujur Malaysia selepas dibentuk pada 1963, menyaksikan semakin kurang penulisan ilmiah berkaitan hantu.

Hantu Orang Asli

Mengulas mengenai kepercayaan kepada hantu, masyarakat Orang Asli dikenal pasti paling tinggi memiliki jumlah hantu.

Ini berkait rapat dengan faktor kehidupan mereka yang banyak bergantung kepada alam sekeliling kerana mereka tinggal di dalam hutan.

Manakala kaum Melayu, tidak ketinggalan mempercayai sejumlah besar hantu, menjadikan mereka sebagai bangsa bertamadun moden yang 'meriah' dengan pelbagai makhluk halus.

Setakat ini, bilangan hantu dalam masyarakat Melayu dianggarkan ada 300 jenis.

Tidak hairanlah tema hantu juga menjadi pilihan pembikin filem genre seram bermula dengan Pontianak pada 1957 membawa kepada 33 filem. Antaranya Sumpah Orang Minyak (1958), Badang (1962), Si Tora Harimau Jadian (1964), Puaka (1974) dan Toyol (1981).

Bagaimanapun, pada umumnya kawasan perkuburan dan jirat Cina merupakan tempat paling banyak aktiviti hantu dicatatkan diikuti rumah tinggal atau bangunan terbiar lama, tempat penyembelihan haiwan ternakan, lokasi kejadian bunuh dan langgar lari mati.

Bercakap mengenai makhluk halus, umat Islam perlu mempercayai kewujudan hantu sebagai ciptaan Allah berpandukan kepada pelbagai dalil al-Quran dan hadis Nabi.

Walau bagaimanapun, segala kejadian pastinya atas kendak dan izin Allah SWT semata-mata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Tempat Paling Berhantu Dan Menyeramkan Di Malaysia

sumber: kosmo

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

Britain sememangnya dipenuhi dengan lokasi seram dan menakutkan, ditambah pula dengan cerita penampakan roh dan salah satu lokasi paling menyeramkan ialah kediaman keluarga nombor 30 di East Drive, Ponterfract, Yorkshire.

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

Di sebalik kediaman itu yang dibina pada era 1950-an, terselit satu kisah popular sejak zaman-berzaman, The Black Monk of Ponterfract (Sami Hitam Ponterfract).

Ghost Quest, pasukan penyiasat paranormal yang memburu hantu dengan perspektif skeptikal membuat penjelasan berdasarkan siasatannya.

Pasukan ini sebolehnya akan menghuraikan kejadian misteri menerusi penjelasan logik akal sebelum membuat andaian dan kesimpulan yang ia betul-betul misteri dan berhantu.

Di Yorkshire misalnya, pencarian mereka turut membawa ke lokasi sama iaitu 30 East Drive.

Apa sebenarnya yang tersembunyi di kediaman itu?

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

Mengikut cerita, 'hantu' sami itu mula mengganggu keluarga Pritchard sekitar 1960-an seperti merosakkan salib, menampar muka keluarga berkenaan dan menghasilkan bau-bauan yang tidak menyenangkan.

Malah, hantu itu juga sering mengenakan 'prank' kepada keluarga itu seperti mencurah susu dan sebagainya.

Namun, kekacauan itu bertambah dahsyat apabila hantu itu menarik anak perempuannya, Dianne, menaiki tangga ke tingkat atas sehingga meninggalkan kesan di leher.

Dianne juga kerap ditolak dari katilnya oleh makhluk berkenaan.

Ibu bapanya, Joe dan Jean turut menyaksikan kelibat menakutkan sami berpakaian hitam terbang di atas katil mereka.

Penyiasat paranormal, Tom Cuniff yang membuat kajian lanjut mendapati terdapat satu tiang gantung berhadapan dengan rumah itu.

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

Jelasnya, sami itu yang hidup pada zaman pemerintahan Henry VIII telah digantung di situ atas kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan.

Penjelasan ini memberi gambaran mengapa hantu sami itu begitu obses terhadap anak perempuan mereka, Dianne.

Sejak itu, sudah ramai penyiasat paranormal yang sering berkunjung ke lokasi itu.

Walaupun aktiviti pemujaan dan permainan papan ouija tidak dibenarkan, para penyiasat masih boleh merasa kehadiran makhluk berkenaan di situ.

Operator kamera berusia 24 tahun, Ben yang bekerja untuk Ghost Quest berkata, sudah bertahun dia memburu hantu.

Dia merumuskan memang makhluk halus ada berkeliaran di sekeliling manusia walaupun fizikal mereka sudah tiada setelah meninggal dunia.

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

"Rumah nombor 30 di East Drive ni adalah lokasi wajib untuk semua penyiasat dan pemburu hantu.

"Saya tertanya-tanya kenapa hantu itu begitu kuat di sini sehingga kami terpaksa menyiasat sejarah rumah ini dan tapaknya," ujar Ben.

Antara pengalaman aneh yang dirasainya ialah gangguan bunyi seperti pintu diketuk dan bunyi tapak kaki.

Menerusi kamera khas SLS yang digunakannya, dia dapat melihat satu figura aneh sedang berjalan.

Lebih menakutkan, makhluk itu berjalan menuju ke arahnya.

Sewaktu berada di sana, Ben menghabiskan masa tujuh jam berjalan di dalam rumah itu ketika teman penyiasatnya yang lain sedang tidur.

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

"Saya tak nak cakap rumah ni berhantu, tapi nak cakap tak berhantu pun tak betul juga.

"Yang pasti, memang ada sesuatu yang aneh dan menyeramkan di sini," jelasnya lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Video Seram Pembantu Rumah Dirasuk ‘Nenek Bongkok’

sumber: mstar