Saturday, April 07, 2018

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!


Seorang budak lelaki luar biasa yang didakwa memiliki 'kuasa elektrik' telah menjadi sensasi di media sosial selepas video dia menyalakan mentol lampu LED yang boleh dicas semula dengan hanya meletakkan lampu itu di mana-mana bahagian badannya tular.

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Abu Thahir, 9, dari Kerala, India mendapati dirinya mempunyai kuasa luar biasa itu baru-baru ini, selepas pulang dari membeli mentol lampu LED tersebut bersama bapanya.

Bapanya, Nizar, yang merupakan seorang juruelektrik, memberitahu pemberita bahawa ketika dia memberikan lampu itu kepada anaknya, ia menyala di tangannya.

Pada mulanya, dia berfikir ia adalah satu bentuk 'gurauan', tetapi kemudian dia sedar bahawa mentol itu akan menyala apabila bahagian bawahnya menyentuh mana-mana bahagian badan anaknya.

Ibu saudara Abu Thahir sangat kagum dengan kebolehan itu dan terus membuat rakaman dengan telefon pintar dan berkongsinya di media sosial.

Postingnya terus tular dan keluarga itu mula menerima panggilan daripada wartawan yang mahu menemubual dan merakamkan kebolehan luar biasa budak lelaki itu.

Bagaimanapun, dia nampaknya tidak sukakan populariti dan dilaporkan agak malu apabila menjadi 'selebriti' media sosial di India, sekali gus menjelaskan mengapa tidak ada rakaman berkualiti tinggi ketika dia sedang menyalakan mentol lampu.

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Sesetengah sumber membuat spekulasi bahawa kekurangan bukti video mengenai 'kuasa' Abu Thahir seperti yang didakwa mungkin disebabkan ia cerita palsu.

"Tiada gambar dan video yang saya lihat menunjukkan seluruh tubuh budak lelaki itu, jadi secara teknikal mungkin arus elektrik rendah dibuat untuk memasuki badannya dan dia hanya bertindak sebagai konduktor," kata seorang pengguna media sosial.

Ada juga yang menyatakan bahawa mentol lampu itu sendiri telah dilakukan sesuatu dengan andaian bapanya mungkin telah memasang bateri kecil di dalamnya.

Walau bagaimanapun, seorang pakar, Joshy K Kuriakose memberitahu Manorama Online bahawa fenomena luar biasa ini mungkin disebabkan kandungan garam yang tinggi dalam badannya.

"Orang yang banyak berpeluh biasanya mempunyai kandungan garam yang tinggi dalam tubuh mereka. Jika tahapnya luar biasa tinggi," kata Kuriakose.

"Kandungan garam meningkatkan kekonduksian kulit. Ini dapat menjelaskan mengapa lampu LED menyala apabila ditekan pada badan Abu Thahir," katanya.

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Menariknya, Abu Thahir tidak dapat menyalakan semua mentol lampu, sebaliknya hanya mampu melakukannya pada mentol LED yang boleh dicas semula.

Jika dia menekannya lama-lama, seluruh tubuhnya dikatakan akan mula panas.

Nazir benar-benar bangga dengan 'kuasa' anaknya, menganggapnya sebagai 'hadiah' dari Tuhan.

Bagi Abu Thahir, dia tidak kisah untuk menghidupkan mentol lampu, tetapi dia tidak sukakan kemasyhuran gara-gara kemampuannya yang luar biasa.

Dia kini sedang menjalani hidup seperti biasa dan membuat persiapan peperiksaan di sekolah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Manusia Yang Tidak Penat Berlari!

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon