Jumaat, April 06, 2018

Tarikh Mengundi PRU14 Pada 9 Mei 2018


Tarikh mengundi pilihan raya umum ke-14 telah ditetapkan pada hari Rabu, 9 Mei 2018, manakala penamaan calon bagi wakil-wakil yang bertanding telah adalah pada Sabtu, 28 April 2018 yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Tarikh mengundi PRU14

Pengumuman penetapan tarikh mengundi yang menjadi tanda-tanda kini akhirnya terjawab sudah.

Kali ini jangan lepaskan peluang untuk memilih kerajaan yang bakal memerintah negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari berbanding 15 hari pada PRU13, manakala writ pilihanraya akan dikeluarkan pada 11 April 2018 kepada pegawai pengurus (RO) pilihan raya bagi menggariskan tugas mereka pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

Berdasarkan daftar pemilih Suku Keempat 2017, sebanyak 14,940,624 pemilih layak mengundi pada PRU-14 kali ini.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru besar-besaran antara BN, Pakatan Harapan dan PAS.

PEMBUBARAN PARLIMEN PRU14

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa 7 April 2018 (Sabtu) lalu untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.

Tarikh PRU14, Parlimen Bubar!

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 12.00 tengah hari pada Jumaat, selepas menghadap dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Saya ingin memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya telah pun menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dan menyembah warkah kepada Baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-13 dibubarkan pada hari Sabtu, 7 April 2018,” katanya di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyaurat kabinet terakhir.

Hadir sama pada sidang akhbar melalui televisyen dan Facebook rasmi Najib dari Pejabat Perdana Menteri itu adalah timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet.

Susulan itu, perdana menteri menasihatkan semua ketua menteri dan menteri besar, kecuali Sarawak, untuk menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum negeri dapat diadakan secara serentak.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei 2016.

Pilihan raya umum kali ini ialah yang kedua buat Najib dalam merajui jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Sejumlah 14.9 juta pemilih berdaftar layak mengundi berdasarkan kepada Daftar Pemilih Suku Keempat 2017 pada tarikh yang akan ditentukan SPR kelak.

TAK SABAR NAK MENGUNDI!

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon