Thursday, April 05, 2018

Sambutan Minggu Sains Negara, World Science Day

Sambutan Minggu Sains Negara, World Science Day

Sambutan Minggu Sains Negara, World Science Day disambut setiap tahun diseluruh dunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan “sains” yang menarik dan interaktif.

Sambutan Minggu Sains Negara, World Science Day

Minggu Sains juga disambut oleh beberapa buah negara seperti Afrika Selatan, Republik Rakyat China, Kanada, Norway dan United Kingdom, manakala negara seperti India dan Thailand memperuntukkan satu hari sahaja bagi sambutan hari sains.

Penganjuran program Minggu Sains adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002.

TUJUAN SAMBUTAN

Minggu Sains Negara diharap dapat meningkatkan kesedaran dan kepentingan STI kepada semua lapisan rakyat Malaysia.

Secara tidak langsung, program Minggu Sains ini akan meningkatkan pembangunan modal insan dan menarik minat pelajar untuk memilih bidang dan jurusan STEM sebagai kerjaya serta mengiktiraf sumbangan saintis, ahli akademik serta individu dalam mempromosikan sains.

Program Minggu Sains ini juga diharap mampu memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya STI dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Minggu Sains Negara ini dapat dijadikan sebagai salah satu aktiviti dan pendekatan strategik dalam usaha meningkatkan minat para pelajar terhadap STEM.

Program Minggu Sains ini juga diharapkan dapat memenuhi hasrat Kerajaan untuk mencapai Dasar 60:40 iaitu 60 peratus pelajar memilih aliran sains dan teknikal berbanding 40 peratus pelajar sastera.

Dasar ini berperanan bagi menyediakan modal insan berpengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam bidang STEM yang mencukupi pada masa hadapan.

SASARAN

Pelbagai lapisan masyarakat seperti pelajar (sekolah, siswazah pusat pengajian tinggi), pendidik, saintis, belia, sektor awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

Selamat menyambut Minggu Sains.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mosti

Wednesday, April 04, 2018

1984: Menteri Kebenaran Yang Menulis Semula Dan Memutar Belit Kebenaran

1984: Menteri Kebenaran Yang Menulis Semula Dan Memutar Belit Kebenaran

Saya paling teruja dengan buku bertajuk, 1984, berkisar mengenai Winston Smith yang menjadi ahli sebuah rejim totallitarian (Outer Party) yang bekerja di jabatan rekod bawah Menteri Kebenaran (Ministry of Truth), menulis semula dan memutar belit sejarah.

1984: Menteri Kebenaran Yang Menulis Semula Dan Memutar Belit Kebenaran

Setiap fikiran dan aksi warganegara sentiasa dipantau dan kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam apa sahaja. Tidak pernah terfikir imaginasi George Orwell merentas zaman dan sesuatu yang boleh berlaku.

Untuk melarikan diri dari kekejaman 'Big Brother', paling kurang dalam mindanya sahaja, Winston menulis sebuah diari, sesuatu yang dianggap 'subversif' dan boleh dihukum mati.

1984 telah ditulis sebagai peringatan keras untuk kita terus berhati-hati terhadap kuasa yang ada pada kerajaan dan untuk melindungi kebebasan warganegara sebelum menjadi abu dan habuk semata-mata.

Buku yang ditulis dalam tahun 1949 itu, malangnya masih lagi relevan pada hari ini, kerana gambaran kerajaan totalitarian dan tema universal mengenai manipulasi media dan kehebatan teknologi untuk memantau, mengawasi dan mempengaruhi setiap warganegara secara total.

Bermula dari ungkapan 'fake news' yang dipopularkan oleh Presiden Donald Trump (yang tentu ada agenda politik), ironi, kalau tidak sadis, suasana 1984 telah tiba di tanah air melalui Akta Antiberita Palsu (AABP) yang dibentangkan dan diluluskan di parlimen.

Pemikiran jenayah

Dalam dunia 1984 yang tiada warna, kelam, suram, monotonous, terdapat "pemikiran jenayah" (thoughtcrime).

Semua ahli parti dan warganegara tidak dibenarkan untuk memiliki atau menyatakan apa-apa pemikiran yang tidak sesuai dengan parti dan kerajaan.

Maka kalau mengikut AABP, apa sahaja maklumat yang bercanggah dengan 'kebenaran' yang hanya boleh disahkan oleh kerajaan, adalah berita palsu yang boleh dihukum berat, denda RM500,000 dan penjara 6 tahun.

Seperti imaginasi George Orwell, kerajaan membasuh minda pemikiran rakyat melalui propaganda berulang, kitar semula, fitnah dan serangan maklumat palsu bertubi-tubi melalui media yang dipunyai 100 peratus.

Parti yang memerintah kerajaan dalam 1984 bukan sekadar memusnahkan musuhnya; malah mentransformasi sebahagian lain, mungkin melalui bantuan dana dan perjuangan demi agama dengan para lebai. Itu contoh dan tidak kena mengena dengan mana-mana parti yang 'ana dan ente tahu'.

Setelah membaca AABP dan semua bantahan dari pelbagai pihak, termasuk Majlis Peguam, sesuatu yang tentunya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri untuk pihak yang sedang berkuasa. Agenda lebih besar untuk terus memenangi pilihan raya.

Pedulikan hak-hak demokrasi dan kesucian dewan rakyat untuk para 'wakil rakyat' berbahas serta mengundi untuk kepentingan negara.

Apalagi 'drama swasta' yang memaparkan lakonan terbaik ramai pihak yang begitu superfisial setelah mengangkat sumpah dengan nama tuhan.

Tidak juga pasti mereka yang kita panggil 'wakil rakyat', tetapi sebetulnya 'wakil parti' atau lebih tepat lagi 'macai Big Brother' memahami sedalamnya, terperinci AABP dan kesan akibat dari pelaksanaan sebuah akta drakonian yang tidak perlu ini.

Seperti mana suasana dalam negara 1984, pembohongan, fitnah, putarbelit fakta menjadi 'kebenaran'.

Pemerintah terus melakukan proses transformasi kepada media, surat khabar, buku, majalah, risalah, poster, risalah, filem, teater, lagu dan lain-lain lagi.

Tujuannya adalah untuk memastikan kekuatan ideologi sehala pemerintah dikekalkan dengan membersihkan semua ideologi yang bercanggah. Hanya satu kebenaran - dari parti yang memerintah.

Berlakulah fenomena yang disebut sebagai "doublethink", yang rakyat terpaksa menerima dua jenis maklumat yang bertentangan sekaligus - kebenaran sebenar dan "kebenaran" pihak yang berkuasa.

Secara beransur-ansur, lama kelamaan, rakyat pun akur dan membuang proses analisis asas mereka sekali gus taat, patuh dan setia kepada Big Brother atau Big Momma.

Rakyat juga membina keupayaan, kemampuan untuk beralah atau "crimestop" iaitu dengan memadam idea sendiri sebaik sahaja menyedari idea, pendapat, visi dan mimpi-mimpi yang boleh dianggap menentang kerajaan.

Apalagi ada timbalan menteri yang berkata, apa sahaja berita dari luar negara dianggap berita palsu oleh kerajaan walau seluruh dunia telah memaparkan hitam putih skandal tersebut.

Versi 'kebenaran'

Versi 'kebenaran' kerajaan yang mesti diperakui sebagai maklumat sahih walau tidak dibahaskan di parlimen.

Seperti buku 1984, hukuman atas kesalahan melawan pemerintah begitu teruk. Sesiapa yang melakukan "jenayah pemikiran" akan dipenjara, diseksa, dicuci otak atau dileburkan (mati).

Begitulah yang terjadi kepada Winston. Dia dihukum, dipenjarakan, sentiasa kelaparan, dipukul secara fizikal, diseksa secara psikologi dan akhirnya tercungap dalam igauan terburuk - dikelilingi tikus besar.

Kita lihat bawah AABP, Seksyen 4 menetapkan had hukuman penjara enam tahun dan atau denda RM500,000. Hukuman yang berat untuk pesalah.

Malah, sesiapa yang menyokong secara kewangan kepada pesalah tersebut menghadapi hukuman yang sama bawah Seksyen 5; yang dianggap bersubahat boleh menerima hukuman yang sama seperti pesalah Seksyen 13 dan Seksyen 10.

Selain denda RM100,000 kerana gagal memadamkan "berita palsu" sebaik sahaja diketahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai ia mengandungi "berita palsu".

Penjara enam tahun dengan denda berjumlah RM500,000 seadanya menafikan kebebasan dan membebankan rakyat.

Undang-undang kejam ini mengabaikan dasar undang-undang jenayah asas seimbang dalam justifikasi keadilan. Hukuman begitu berat dan tidak sesuai dengan kadar jenayah.

Apakah para 'wakil parti' memahami dan menyedari kesan, implikasi dari tindakan yang hanya untuk menyelamatkan 'Big Brother' ini?

Mungkin solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, bayar zakat, pergi haji dan umrah berulang kali belum dapat menjadikan mereka lebih wasatiyyah dalam tindakan terhadap rakyat?

AABP dan persempadanan semula kawasan pilihan raya bakal menjadi taruhan untuk kerajaan kleptokrat terus berkuasa. Ledakan propaganda menjelang pilihan raya akan menyaksikan demokrasi sekadar hiasan. Begitu palsu dan superfisial.

Untuk para 'wakil parti' yang mengangkat sumpah atas nama Tuhan bagi memegang amanah rakyat tetapi mengkhianati rakyat dengan menyokong 'Big Brother' dan 'Big Momma', semoga kalian terus tidur lena, makan kenyang, kencing berak lawas dan bergembira sebagai wira-wira yang akan dimaki hamun oleh generasi akan datang!

2+2=5

Dalam novel distopian George Orwell, 1984, watak utama Winston Smith diseksa oleh polis rahsia dan dihantar untuk "pendidikan semula".

Matlamatnya untuk memaksa warga menolak bukti yang sudah berada depan mata. Ia adalah pemerintahan diktator dengan apa yang benar menjadi palsu dan apa yang palsu menjadi benar.

Salah seorang polis berkata kepada Winston, "Kau pelajar lembap, Winston."

Jawab Winston, "Bagaimana aku mampu elak apa yang sudah di depan mata? Dua campur dua sama dengan empat."

"Adakala, Winston, dua campur dua sama dengan lima. Adakala jumlahnya tiga. Dan mungkin juga semua sekali. Kau perlu cuba lagi. Bukan mudah untuk jadi orang waras."

Untuk rakyat Malaysia, 2018 mungkin '1984' yang baru.

Kecuali kita mengumpul keberanian untuk memberitahu 'Abang Besar no 1' bahawa jawapan kepada dua campur dua hanyalah empat. Bukan lima, tiga atau kesemuanya sekali.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Akta Antiberita Tidak Benar 2018 Dan Definisi Berita Palsu Yang Anda Wajib Tahu

sumber: malaysiakini

Ameera Khan Dikritik Video Yoga Terlalu Menggoda

Ameera Khan Dikritik Video Yoga Terlalu Menggoda

Ameera Khan atau Little Miss Khan, adik selebriti terkenal Neelofa, sering saja menjadi tular apabila ada isu berkaitan dirinya yang menjadi bualan ramai.

Ameera Khan Dikritik Video Yoga Terlalu Menggoda

Jika sebelum ini Ameera didakwa telah memperlekehkan telefon pintar jenama Samsung, kali ini isu tentang penampilannya pula menjadi bualan.

Ameera menerusi Insta Story miliknya telah berkongsi video dia sedang melakukan senaman Yoga.

Video tersebut mendapat kecaman ramai apabila aksi yang dipaparkan remaja 17 tahun ini dikatakan telah memaparkan aksi dan gaya menggoda.

Kontroversi demi kontroversi yang melanda Ameera membuatkan dia sentiasa menjadi bualan ramai.

Ada yang menyifatkan apa dilakukan Ameera ini sengaja mencari publisiti murahan untuk mendapat perhatian.

Bagaimanapun, Ameera seperti biasa tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan kepadanya, sebaliknya sentiasa bersikap positif setiap kai berdepan kecaman netizen.

BACA INI JUGA: Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!



sumber: sinarharian

Zambia Haramkan Patung Seks

Zambia Haramkan Patung Seks

Patung seks tidak dijual secara terbuka, tiada siapa yang mengaku memilikinya malah tiada sebarang tangkapan dilakukan namun, Zambia bertegas melaksanakan kempen memerangi penggunaan dan penjualan patung seks silikon.

Zambia Haramkan Patung Seks
Gambar hiasan.

Pihak pemerintah negara itu melancarkan kempen besar-besaran menumpaskan alat permainan seks itu pada bulan Mac 2018 lalu.

Pelaku akan berdepan hukuman berat ekoran bersekududukan dengan patung seks yang disifatkan sebagai kegiatan luar tabii.

Tindakan tersebut telah menjadi topik hangat dan perdebatan di dada akhbar serta media sosial tempatan mutakhir ini.

Malah, isu tersebut juga nyata mengejutkan negara konservatif di selatan Afrika tersebut. Menteri Pembimbing Nasional dan Hal Ehwal Keagamaan, Godfridah Sumaili berkata, tindakan membeli dan menggunakan patung seks menyalahi undang-undang Zambia.

Katanya, pihak kerajaan juga akan memastikan urusan jual beli patung seks di internet dan yang diimport juga akan disekat.

“Sebagai sebuah negara Kristian, kita berpegang teguh kepada ajaran serta prinsip yang memandang tinggi nilai-nilai moral dan etika.

Import

“Penggunaan patung seks bertentangan dengan warisan dan naluri semula jadi manusia.

“Undang-Undang di negara ini melarang sebarang pembelian dan penggunaan objek yang terang-terangan menyalahi norma warga Zambia selama ini,” tegasnya.

Tindakan itu diambil susulan laporan media tempatan yang mengatakan kemunculan patung-patung seks di bumi Zambia yang semakin meningkat dipercayai diimport dari Asia.

Selain itu, beberapa agensi media bebas Zambia mendedahkan negara tersebut kini memiliki beberapa buah kedai yang menjual alat seks di sekitar ibu kota Lusaka.

“Tuhan telah mencipta manusia secara berpasangan bagi memuaskan keinginan seksual masing-masing.

“Bagi seorang lelaki atau wanita yang menggunakan objek tidak bernyawa sebagai pemuas nafsu, ia tidak bermoral.

“Usah diagungkan kepercayaan atau anasir luar sebaliknya percaya pada diri kita sendiri,” jelasnya lagi.

Pembuatan patung seks kini semakin sofistikated apabila China menghasilkan patung perempuan boleh bercakap, memainkan muzik malah menghidupkan suis mesin basuh.

Pengusaha patung seks itu rata-rata mengatakan semua itu bagi menangani masalah kesunyian dan menemani golongan lelaki warga emas.

Di Zambia, patung-patung bekenaan dipercayai diperbuat daripada silikon.

Ketua The Patriots for Economic Progress (PEP), Sean Tembo membangkang larangan pihak kerajaan Zambia dan menyifatkan pemerintahan Presiden Edgar Lungu sebagai autoritarian.

“Hujah yang mengatakan Injil melarang penggunaan objek itu adalah salah.

“Injil menggalakkan semangat bebas maka adalah salah menghantar individu ke penjara hanya kerana menggunakan patung seks.

“Hal ini kerana sesetengah lelaki tidak mempunyai keyakinan menjadikan mereka tidak mampu memiliki cinta sejati,” selarnya.

HIV/AIDS

Tambah Tembo, penggunaan patung seks juga dilihat dapat mengurangkan penyebaran HIV/AIDS di negara yang mencatat rekod 12.4 peratus kadar jangkitan virus berkenaan.

Malah katanya, tiada undang-undang yang berhak menyekat import dan penggunaan patung seks kerana penggunaannya di tempat persendirian.

"Zambia merupakan negara konservatif yang mengharamkan homoseksual dan sesiapa yang terlibat dengan hubungan sejenis akan berdepan hukuman penjara 14 tahun.

"Pihak berkuasa berkata pemilikan, import, jual atau mempamerkan patung seks akan dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun.

Perdebatan mengenai patung seks semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat Zambia. Seorang rakyat tempatan yang tidak ingin dikenali berkata, dia tetap dengan keputusan untuk memiliki patung seks.

“Saya menjalin hubungan bebas penyakit malah patung tersebut tidak akan sesekali curang. Pihak kerajaan kini mencabul hak privasi rakyat,” katanya.

Bagi seorang rakyat Lusaka, Jane Kaluba, patung seks merupakan ujian menyeimbangkan moral dengan hak individu.

“Saya tidak menyokong penggunaan patung seks namun saya masih merasakan seseorang itu bebas untuk memilih apa yang dimahukan,” jelasnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia

sumber: kosmo

Ahok Berstatus Duda, Veronica Bergelar Janda

Ahok Berstatus Duda, Veronica Bergelar Janda

Rumahtangga bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama bersama isterinya, Veronica Tan, secara rasmi 'runtuh' selepas terbina kira-kira 21 tahun, diputuskan majlis hakim yang bersidang di Jakarta bagi mendengar permohonan Basuki atau lebih dikeali sebagai Ahok, untuk bercerai dengan Veronica.

Ahok Berstatus Duda, Veronica Bergelar Janda

Seramai tiga orang hakim mendengar permohonan berkenaan yang menyerahkan hak penjagaan anak pasangan terbabit kepada Ahok sesuai dengan permohonan yang dibuatnya sebelum ini.

Veronica, 40, diarah untuk membayar kos mahkamah sebanyak Rp476,000 (RM129).

Ahok, 51, mengemukakan permohonan untuk membubarkan perkahwinannya itu pada 5 Januari 2018 lalu dengan alasan wujud orang ketiga dalam rumahtangga mereka.

Sebelum ini pernah ada cubaan untuk menyelamatkan perkahwinan itu namun gagal menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Salah seorang adik Ahok, yang juga peguamnya, Fifi Lety Indra, mendakwa hubungan ahli politik terbabit dengan Veronica bermasalah sejak tujuh tahun silam.

Puncanya ialah seorang ahli perniagaan yang terus berhubung dengan Veronica walaupun selepas dinasihati oleh Ahok serta anak sulung mereka, Nicolas.

Selepas berkahwin pada Sept 1997 Ahok dan Verconica dikurinakan tiga orang anak - Nicholas Sean, 20; Nathania Berniece, 17; dan Daud Albeenner, 12.

Ketika ini Ahok sedang menjalani hukuman penjara Depok, Jawa Barat selepas dituduh melakukan kesalahan menghina Islam.

Kekasih gelap isteri Ahok

Walaupun tiada kisah rasmi keluar daripada mulut Basuki Tjahaja Purnama atau Veronica Tan mengenai punca sebenar mereka terpaksa memilih haluan sendiri, Fifi Lety Indra, memberi sedikit sebanyak pencerahan.

Kata Fifi, sebenarnya Ahok sudah cuba bersabar dan menyelesaikan krisis berkenaan sejak lama dulu.

Malah kata peguam itu, Ahok pernah bersemuka dengan lelaki yang dituding menjadi orang ketiga memisahkan Ahok serta Veronica.

"Ahok tak tahan dengan perbuatan si isteri yang mengkhianatinya dalam diam-diam," katanya dipetik Tribunnews.

Lelaki dimaksudkan Fifi itu ialah Julianto Tio yang pada awalnya diperkenalkan sebagai kawan baik Veronica.

Kata Fifi yang juga adik Ahok itu, Veronica dan Julianto sudah menjalin hubungan selama tujuh tahun, kira-kira seiring dengan perubahan sikap ditunjukkan wanita terbabit pada 2010.

Ketika itu ceritanya anak Ahok dan Veronica tidak sihat. Justeru Ahok meminta isterinya menemani anak mereka di rumah.

"Sebaliknya Veronica keluar dengan alasan mahu ke majlis di gereja," katanya.

Lama-kelamaan sikap Veronica itu semakin dicurigai Ahok sebelum hubungan mereka benar-benar terdedah pada 2016.

Namun menurut portal berkenaan, Ahok - ketika itu masih bertugas sebagai gabenor Jakarta - menemui Julianto di sebuah hospital.

Insiden di Singapura jadi penamat

Julianto ketika itu sedang menemani isterinya yang baru bersalin.

Di hospital Ahok yang ditemani anak sulungnya, Nicholas Sean, bertemu untuk berbincang secara baik dengan ahli perniagaan terbabit dan meminta dia tidak lagi menghubungi Veronica.

"Bayangkan seorang gabenor datang bertemu lelaki yang menggoda isterinya dan meminta secara baik. Malah bukan Ahok saja, tapi anaknya," kata Fifi.

Namun difahamkan Julianto hanya memperlahankan aksinya untuk seketika sebelum kembali 'mengejar' Veronica.

Keadaan itu kata Fifi membawa Veronica terus berhubung dengan Julianto.

Pada ketika itu, katanya, sebagai gabenor Jakarta Ahok, 51, boleh mengambil pelbagai tindakan - kalau mahu - terhadap Julianto.

Sebaliknya Fifi berkata dia melihat abangnya itu tetap tenang dan sabar menangani skandal isterinya.

Pada masa sama kata Fifi kakak iparnya itu pernah mengaku salah dan meminta maaf kepada Ahok. Dia juga meminta Julianto tidak lagi menghubunginya.

Namun kata Fifi Julianto tidak putus asa dan terus menghubungi Veronica, 40, lantas hubungan itu tetap terjalin.

Kemuncaknya, hubungan Veronica - Julianto jadi ketahuan pada Nov 2017. Ahok ketika itu sedang melalui hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya.

Kata Fifi dia melihat Veronica dan Julianto bersama-sama menghadiri majlis perkahwinan di Singapura. Kejadian itu katanya berlaku pada 12 Nov 2018.

"Kejadian itulah yang membuat Ahok nekad mahu menceraikan isterinya," kata Fifi.

Sementara itu banyak pihak tertanya-tanya mengapa Julianto terus memburu Veronica sedangkan lelaki terbabit sudah mempunyai isteri dan anak.

Malah beberapa individu yang ditemui mengakui isteri Julianto seorang wanita yang lebih lawa berbanding Veronica.

Wanita itu digambarkan sebagai belum berusia 40 tahun, berkulit cerah dan gebu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Spicy Chicken Rendang Recipe By Chef Wan

Spicy Chicken Rendang Recipe By Chef Wan

A chicken rendang is basically a stew rendered with all our fresh Asian spices and herbs in coconut milk. This Chicken Rendang recipe is not grilled or pan fried.

Spicy Chicken Rendang Recipe By Chef Wan

Some people feel intimidates with making Rendang, but Don’t be! Making rendang is not difficult. The starting point to any Rendang is spice mix rich in lemongrass, galangal, shallot, garlic and chilies. Pieces of meat are slowly cooked in coconut milk and the spice mix until almost all of the liquid is gone, allowing the meat to absorb all of the complex flavours.

One thing, when you start making Rendang, your kitchen will smell delicious.

But remember, if you wanting the chicken skin crispy, it is like telling a French chef, why your coq au vin, chicken cooked in red wine, not having crispy skin.

Redzuawan Ismail or better known as Chef Wan, born January 6, 1958, is a Malaysian celebrity chef.

He has an associate degree in Professional Chef Training and Hotel Management from the California Culinary Academy and a Ritz Escoffier Diploma from the Hôtel Ritz Paris. In 2009, he won the Best Celebrity Television Chef of the Gourmand World Cookbook Awards.

INGREDIENTS
  • 1.5 kg Chicken cut into 12 pieces
  • 500ml Milk from starch of 1½ grated coconut with 500ml (2 cups) water
  • 110g Toasted coconut paste (kerisik)
  • Salt to taste
  • Sugar to taste
  • 1 Turmeric leaf, sliced
  • 2 Red chillies, composed of flowers
  • 1 Handful Kaffir lime leaves, torn

For Spice Paste
  • 8 Shallots, skin peeled
  • 3 cloves Garlic, skin peeled
  • 8 stalks Lemongrass, sliced
  • ¾ inch Ginger, skin peeled
  • ¾ inch Fresh turmeric, skin peeled
  • 6 Red chillies, deseeded
  • 5 Chilli padi, deseeded
  • 1½ tbsp Coriander powder
  • 1 tbsp Powdered aniseed
  • 1 tsp Cumin powder
  • 2 tbsp Chilli paste

METHOD
  • Combine the spice paste ingredients in a blender and blend until smooth.
  • Combine chicken, spice paste and coconut paste into the pot and simmer for 30 min or until the broth is almost dry.
  • Lower heat and stir in coconut paste. Season with salt and sugar.
  • Add turmeric and stir well before turning off the fire.
  • Decorate with red chilli and kaffir lime leaves. Serve with white rice.

Happy Cooking!

BACA INI JUGA: Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

source: weekender

Resume Steve Jobs Tahun 1973 Terjual RM684,000!

Resume Steve Jobs Tahun 1973 Terjual RM684,000!

Pada tahun 1973, Steve Jobs pernah membuat permohonan kerja di sebuah syarikat dan surat permohonan ini entah bagaimana disimpan rapi sehingga kini.

Resume Steve Jobs Tahun 1973 Terjual RM684,000!

Surat ini dijual dalam satu acara lelongan oleh syarikat lelongan RR dan pada mulanya dijangka dijual pada harga hanya USD50,000 tetapi, dalam acara lelongan sebenar, ianya terjual pada harga USD174,757 (RM684,000+-) lebih 3 kali ganda harga ianya dijangka terjual.

Permohonan kerja ini dibuat selepas beliau drop out daripada Reed College pada tahun 1992 dan menurut naib presiden RR Auction, Booby Livingston berkata individu yang membida surat kerja Steve Jobs ini adalah entrepreneur yang menjadikan Steve Jobs sebagai idola mereka.

Resume Steve Jobs Tahun 1973 Terjual RM684,000!

“Dokumen ini adalah sesuatu yang sangat menarik tentang perjalanan hidup Steve Jobs. Sewaktu ini beliau tidak mempunyai apa-apa tetapi ketika ini, beliau adalah salah seorang insan yang paling hebat pernah muncul di abad ini,” kata Livingston.

Antara barangan lelongan lain yang mempunyai kaitan dengan Steve Jobs yang turut terjual adalah buku manual Mac OS X yang mempunyai tandatangan Steve Jobs (USD41,806) dan newspaper clipping dengan tandatangan Steve Jobs (USD26,950).

Resume Steve Jobs Tahun 1973 Terjual RM684,000!

Itulah nilai untuk barangan Steve Jobs ketika ini.

Tiada maklumat tentang siapa pembeli untuk barangan ini ketika ini namun, yang pasti mereka sangat sanjungi jasa Steve Jobs kepada Apple dan dunia teknologi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Maksud ‘i’ Pada Produk Apple Akhirnya Terbongkar

sumber: thevocket

Lelaki Bergaji RM5K Pilihan Utama Wanita Yang Mencari Jodoh!

Lelaki Bergaji RM5K Pilihan Utama Wanita Yang Mencari Jodoh!

Satu kaji selidik yang dibuat oleh aplikasi pencari jodoh, SweetRing, mendedahkan pendapatan seseorang lelaki menjadi salah satu faktor penting bagi wanita yang mencari jodoh.

Lelaki Bergaji RM5K Pilihan Wanita Yang Mencari Jodoh!
Gambar hiasan.

Hasil kajian yang didedahkan oleh portal China Press itu menunjukkan pendapatan paling stabil untuk dipertimbangkan wanita di negara ini sebagai calon suami ialah sekitar RM5,000.

Kajian dilakukan dalam kalangan 500 orang wanita bujang, dengan 70 peratus daripada mereka berpendapat pendapatan sebanyak RM5,000 dikira stabil dan mampu menanggung keluarga.

Baki 30 peratus wanita pula yakin lelaki berpendapatan RM3,000 ke atas adalah cukup stabil untuk menjadi ketua keluarga.

Sebahagian daripada 30 peratus itu pula mendedahkan mereka tidak akan berkahwin jika gagal bertemu dengan lelaki dengan pendapatan tersebut.

Bagi golongan lelaki pula, mereka berpendapat gaji sekitar RM3,000-RM5,000 akan memberi ketenangan fikiran dan memudahkan mereka menguruskan keluarga.

SweetRing merupakan antara aplikasi pencari jodoh yang kerap menjadi pilihan dengan lebih 7 juta pengguna di seluruh dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Tuesday, April 03, 2018

Pensyarah Kantoi Curang Selepas 'Skandal' Kongsi Gambar Di Instagram

Pensyarah Kantoi Curang Selepas 'Skandal' Kongsi Gambar Di Instagram

Seorang isteri mendapati suaminya sedang 'bermain kayu tiga' di belakangnya selepas melihat sesuatu yang amat dikenalinya dalam salah satu gambar yang dimuat naik oleh pelajar suaminya.

Pensyarah Kantoi Curang Selepas 'Skandal' Kongsi Gambar Di Instagram
Emilia Ignatova.

Dalam satu gambar yang dikongsi seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun di Instagram, Anna Rudenok sedar bahawa gambar apartment dalam gambar itu adalah milik dia dan suaminya yang bekerja sebagai pensyarah.

Anna mula mengesyaki suaminya, Dmitry, 27, tidak setia setelah menyedari suaminya itu tidak henti-henti meletakkan tanda 'like' pada gambar yang dimuat naik pelajarnya, Emilia Ignatova di media sosial.

Setelah menyiasat dengan mendalam, ibu kepada seorang anak itu terjumpa gambar pelajar itu sedang memakai bajunya dan bermain dengan kucing peliharaannya.

Dia juga terkejut melihat katil anaknya berada dalam salah satu gambar yang dimuat naik Ignatova.

Pensyarah Kantoi Curang Selepas 'Skandal' Kongsi Gambar Di Instagram

Satu keterangan dalam salah satu gambar ditulis, "Satu lagi hari yang berangin untuk membayar hutang universiti saya."

Semua gambar itu diambil ketika Rudenok balik kampung bersama anaknya.

Menurut laporan, Dmitry adalah seorang guru dan ketua pegawai akhbar di South Ural State University di Rusia.

Apabila isterinya menghantar mesej dalam keadaan marah, bertanyakan tentang hubungan mereka, dia segera memadam akaun Instagramnya dan Ignatova telah menukar status kepada 'private'.

Pensyarah Kantoi Curang Selepas 'Skandal' Kongsi Gambar Di Instagram
Anna Rudenok.

Bagaimanapun, mereka berdua tidak menafikan tuduhan Rudenok yang kemudian mendakwa suaminya mengaku mempunyai hubungan 18 bulan dengan pelajarnya.

Dia berkata Dmitry telah mengugutnya, "Dia hubungi saya dan kata 'saya akan musnahkan kamu, saya akan tanam kamu, saya tak peduli kamu adalah ibu kepada anak saya."

Katanya, pelajar berkenaan juga menghubungi dan mengugutnya untuk membuat laporan polis jika dia terus mengganggunya.

Rudenok melahirkan anak lelakinya beberapa bulan yang lalu mendakwa telah keluar dari rumah suaminya dan kini tinggal bersama ibu bapanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Juri MasterChef UK Dikritik Tak Kenal Nasi Lemak Rendang Ayam

Juri MasterChef UK Dikritik Tak Kenal Nasi Lemak Rendang Ayam

Komen dibuat juri program MasterChef UK berhubung nasi lemak rendang ayam hasil air tangan peserta Zaleha Kadir Olpin bukan saja mengundang reaksi rakyat Malaysia, malah turut mendapat perhatian chef selebriti terkenal, Chef Wan.

Juri MasterChef UK Dikritik Tak Kenal Nasi Lemak Rendang Ayam

Dalam mempertahankan masakan tradisi itu, Chef Wan berkata kedua-dua juri iaitu John Torode dan Gregg Wallace tidak mempunyai pengetahuan luas dalam bidang diceburi mereka.

“Dia (Zaleha) bukan menghidangkan Duck Ala Orange atau Confit D Carnard, kedua-duanya juga tidak memerlukan kulit yang garing.

“Terdapat juga komen mengenai nasi lemak dan sambal yang saya anggap tidak adil dan mengecewakan.

“Juri nampaknya tidak tahu kaedah sebenar untuk memasak makanan kita dan kaedah menyiapkannya,” katanya melalui Instagram.

Status dimuat naik itu turut disertakan dengan imej hidangan rendang ayam.

Sebelum tersingkir, Zaleha perlu berdepan cabaran untuk memasak hidangan yang dianggap istimewa dalam hidupnya.

Wanita itu memilih juadah nasi lemak dimasak bersama rendang ayam kerana ia makanan kegemarannya sejak kecil.

Bagaimanapun, Torode dan Wallace tidak berpuas hati terhadap hidangan disediakan.

Ternyata ulasan daripada Wallace lebih menjengkelkan kerana dia berpendapat “kulit ayam tidak rangup” selain berkata kuah berlebihan pada rendang menjadikanya sukar untuk dimakan.

Torode pula berkata, meletakkan ayam rendang di sisi nasi lemak adalah satu kesilapan besar.

Juri kemudian mengambil keputusan untuk menyingkirkan Zaleha atas alasan yang dianggap umum sebagai tidak munasabah itu.

Hal ini turut menimbulkan keanehan kerana seorang daripada juri berkenaan iaitu Torode pernah mengacarakan John Torode’s Malaysian Adventure untuk saluran Good Food yang disiarkan pada tahun 2015.

Pendek kata, sepatutnya Torode sedia maklum mengenai juadah yang menjadi kegemaran di negara ini.

Gesa tarik balik keputusan

Chef Wan atau nama penuhnya Datuk Redzuawan Ismail dalam pada itu menggesa juri MasterChef UK untuk menarik balik keputusan yang dibuat ke atas Zaleha.

“Tidak mengapa jika dia kalah untuk sebab yang sepatutnya, tetapi bukan dalam kes ini.

“Mereka perlu memasukkan dia semula dalam program itu dan memohon maaf kepadanya secara umum jika MasterChef UK mahu memulihkan semula kredibiliti mereka,” katanya.

Sementara itu, Zaleha berkata, biarpun pahit, penyingkirannya daripada rancangan yang disiarkan saluran BBC pada 25 Mac 2018 lalu itu memberi pengalaman paling berharga.

“Kecewa disingkirkan dari #masterchefuk tetapi saya tetap berpegang kepada cara tradisi untuk memasak nasi lemak. Saya tidak akan menukar kaedah itu untuk apa jua alasan sekalipun.

“Terima kasih kerana sokongan dan ucapan. Sepertimana pernah diluahkan seorang rakan, perkara yang tidak membunuh menjadikan kita lebih kuat,” katanya

Untuk makluman, Zaleha, 48 tahun berasal dari Kuantan, Pahang kini menetap di Bristol, UK bersama suami dan dua anak perempuan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 16 Jenis Nasi Di Malaysia, Semua Sedap!

sumber: malaysiakini