Wednesday, April 04, 2018

Ahok Berstatus Duda, Veronica Bergelar Janda


Rumahtangga bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama bersama isterinya, Veronica Tan, secara rasmi 'runtuh' selepas terbina kira-kira 21 tahun, diputuskan majlis hakim yang bersidang di Jakarta bagi mendengar permohonan Basuki atau lebih dikeali sebagai Ahok, untuk bercerai dengan Veronica.

Ahok Berstatus Duda, Veronica Bergelar Janda

Seramai tiga orang hakim mendengar permohonan berkenaan yang menyerahkan hak penjagaan anak pasangan terbabit kepada Ahok sesuai dengan permohonan yang dibuatnya sebelum ini.

Veronica, 40, diarah untuk membayar kos mahkamah sebanyak Rp476,000 (RM129).

Ahok, 51, mengemukakan permohonan untuk membubarkan perkahwinannya itu pada 5 Januari 2018 lalu dengan alasan wujud orang ketiga dalam rumahtangga mereka.

Sebelum ini pernah ada cubaan untuk menyelamatkan perkahwinan itu namun gagal menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Salah seorang adik Ahok, yang juga peguamnya, Fifi Lety Indra, mendakwa hubungan ahli politik terbabit dengan Veronica bermasalah sejak tujuh tahun silam.

Puncanya ialah seorang ahli perniagaan yang terus berhubung dengan Veronica walaupun selepas dinasihati oleh Ahok serta anak sulung mereka, Nicolas.

Selepas berkahwin pada Sept 1997 Ahok dan Verconica dikurinakan tiga orang anak - Nicholas Sean, 20; Nathania Berniece, 17; dan Daud Albeenner, 12.

Ketika ini Ahok sedang menjalani hukuman penjara Depok, Jawa Barat selepas dituduh melakukan kesalahan menghina Islam.

Kekasih gelap isteri Ahok

Walaupun tiada kisah rasmi keluar daripada mulut Basuki Tjahaja Purnama atau Veronica Tan mengenai punca sebenar mereka terpaksa memilih haluan sendiri, Fifi Lety Indra, memberi sedikit sebanyak pencerahan.

Kata Fifi, sebenarnya Ahok sudah cuba bersabar dan menyelesaikan krisis berkenaan sejak lama dulu.

Malah kata peguam itu, Ahok pernah bersemuka dengan lelaki yang dituding menjadi orang ketiga memisahkan Ahok serta Veronica.

"Ahok tak tahan dengan perbuatan si isteri yang mengkhianatinya dalam diam-diam," katanya dipetik Tribunnews.

Lelaki dimaksudkan Fifi itu ialah Julianto Tio yang pada awalnya diperkenalkan sebagai kawan baik Veronica.

Kata Fifi yang juga adik Ahok itu, Veronica dan Julianto sudah menjalin hubungan selama tujuh tahun, kira-kira seiring dengan perubahan sikap ditunjukkan wanita terbabit pada 2010.

Ketika itu ceritanya anak Ahok dan Veronica tidak sihat. Justeru Ahok meminta isterinya menemani anak mereka di rumah.

"Sebaliknya Veronica keluar dengan alasan mahu ke majlis di gereja," katanya.

Lama-kelamaan sikap Veronica itu semakin dicurigai Ahok sebelum hubungan mereka benar-benar terdedah pada 2016.

Namun menurut portal berkenaan, Ahok - ketika itu masih bertugas sebagai gabenor Jakarta - menemui Julianto di sebuah hospital.

Insiden di Singapura jadi penamat

Julianto ketika itu sedang menemani isterinya yang baru bersalin.

Di hospital Ahok yang ditemani anak sulungnya, Nicholas Sean, bertemu untuk berbincang secara baik dengan ahli perniagaan terbabit dan meminta dia tidak lagi menghubungi Veronica.

"Bayangkan seorang gabenor datang bertemu lelaki yang menggoda isterinya dan meminta secara baik. Malah bukan Ahok saja, tapi anaknya," kata Fifi.

Namun difahamkan Julianto hanya memperlahankan aksinya untuk seketika sebelum kembali 'mengejar' Veronica.

Keadaan itu kata Fifi membawa Veronica terus berhubung dengan Julianto.

Pada ketika itu, katanya, sebagai gabenor Jakarta Ahok, 51, boleh mengambil pelbagai tindakan - kalau mahu - terhadap Julianto.

Sebaliknya Fifi berkata dia melihat abangnya itu tetap tenang dan sabar menangani skandal isterinya.

Pada masa sama kata Fifi kakak iparnya itu pernah mengaku salah dan meminta maaf kepada Ahok. Dia juga meminta Julianto tidak lagi menghubunginya.

Namun kata Fifi Julianto tidak putus asa dan terus menghubungi Veronica, 40, lantas hubungan itu tetap terjalin.

Kemuncaknya, hubungan Veronica - Julianto jadi ketahuan pada Nov 2017. Ahok ketika itu sedang melalui hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya.

Kata Fifi dia melihat Veronica dan Julianto bersama-sama menghadiri majlis perkahwinan di Singapura. Kejadian itu katanya berlaku pada 12 Nov 2018.

"Kejadian itulah yang membuat Ahok nekad mahu menceraikan isterinya," kata Fifi.

Sementara itu banyak pihak tertanya-tanya mengapa Julianto terus memburu Veronica sedangkan lelaki terbabit sudah mempunyai isteri dan anak.

Malah beberapa individu yang ditemui mengakui isteri Julianto seorang wanita yang lebih lawa berbanding Veronica.

Wanita itu digambarkan sebagai belum berusia 40 tahun, berkulit cerah dan gebu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon