Wednesday, April 04, 2018

Zambia Haramkan Patung Seks


Patung seks tidak dijual secara terbuka, tiada siapa yang mengaku memilikinya malah tiada sebarang tangkapan dilakukan namun, Zambia bertegas melaksanakan kempen memerangi penggunaan dan penjualan patung seks silikon.

Zambia Haramkan Patung Seks
Gambar hiasan.

Pihak pemerintah negara itu melancarkan kempen besar-besaran menumpaskan alat permainan seks itu pada bulan Mac 2018 lalu.

Pelaku akan berdepan hukuman berat ekoran bersekududukan dengan patung seks yang disifatkan sebagai kegiatan luar tabii.

Tindakan tersebut telah menjadi topik hangat dan perdebatan di dada akhbar serta media sosial tempatan mutakhir ini.

Malah, isu tersebut juga nyata mengejutkan negara konservatif di selatan Afrika tersebut. Menteri Pembimbing Nasional dan Hal Ehwal Keagamaan, Godfridah Sumaili berkata, tindakan membeli dan menggunakan patung seks menyalahi undang-undang Zambia.

Katanya, pihak kerajaan juga akan memastikan urusan jual beli patung seks di internet dan yang diimport juga akan disekat.

“Sebagai sebuah negara Kristian, kita berpegang teguh kepada ajaran serta prinsip yang memandang tinggi nilai-nilai moral dan etika.

Import

“Penggunaan patung seks bertentangan dengan warisan dan naluri semula jadi manusia.

“Undang-Undang di negara ini melarang sebarang pembelian dan penggunaan objek yang terang-terangan menyalahi norma warga Zambia selama ini,” tegasnya.

Tindakan itu diambil susulan laporan media tempatan yang mengatakan kemunculan patung-patung seks di bumi Zambia yang semakin meningkat dipercayai diimport dari Asia.

Selain itu, beberapa agensi media bebas Zambia mendedahkan negara tersebut kini memiliki beberapa buah kedai yang menjual alat seks di sekitar ibu kota Lusaka.

“Tuhan telah mencipta manusia secara berpasangan bagi memuaskan keinginan seksual masing-masing.

“Bagi seorang lelaki atau wanita yang menggunakan objek tidak bernyawa sebagai pemuas nafsu, ia tidak bermoral.

“Usah diagungkan kepercayaan atau anasir luar sebaliknya percaya pada diri kita sendiri,” jelasnya lagi.

Pembuatan patung seks kini semakin sofistikated apabila China menghasilkan patung perempuan boleh bercakap, memainkan muzik malah menghidupkan suis mesin basuh.

Pengusaha patung seks itu rata-rata mengatakan semua itu bagi menangani masalah kesunyian dan menemani golongan lelaki warga emas.

Di Zambia, patung-patung bekenaan dipercayai diperbuat daripada silikon.

Ketua The Patriots for Economic Progress (PEP), Sean Tembo membangkang larangan pihak kerajaan Zambia dan menyifatkan pemerintahan Presiden Edgar Lungu sebagai autoritarian.

“Hujah yang mengatakan Injil melarang penggunaan objek itu adalah salah.

“Injil menggalakkan semangat bebas maka adalah salah menghantar individu ke penjara hanya kerana menggunakan patung seks.

“Hal ini kerana sesetengah lelaki tidak mempunyai keyakinan menjadikan mereka tidak mampu memiliki cinta sejati,” selarnya.

HIV/AIDS

Tambah Tembo, penggunaan patung seks juga dilihat dapat mengurangkan penyebaran HIV/AIDS di negara yang mencatat rekod 12.4 peratus kadar jangkitan virus berkenaan.

Malah katanya, tiada undang-undang yang berhak menyekat import dan penggunaan patung seks kerana penggunaannya di tempat persendirian.

"Zambia merupakan negara konservatif yang mengharamkan homoseksual dan sesiapa yang terlibat dengan hubungan sejenis akan berdepan hukuman penjara 14 tahun.

"Pihak berkuasa berkata pemilikan, import, jual atau mempamerkan patung seks akan dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun.

Perdebatan mengenai patung seks semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat Zambia. Seorang rakyat tempatan yang tidak ingin dikenali berkata, dia tetap dengan keputusan untuk memiliki patung seks.

“Saya menjalin hubungan bebas penyakit malah patung tersebut tidak akan sesekali curang. Pihak kerajaan kini mencabul hak privasi rakyat,” katanya.

Bagi seorang rakyat Lusaka, Jane Kaluba, patung seks merupakan ujian menyeimbangkan moral dengan hak individu.

“Saya tidak menyokong penggunaan patung seks namun saya masih merasakan seseorang itu bebas untuk memilih apa yang dimahukan,” jelasnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon