Thursday, March 01, 2018

13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

Kelor, juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai atau moringa adalah sejenis pokok daripada keluarga Moringaceae, adalah "superfood" yang sangat berkhasiat, anti-radang, antioksidan dan sifat-sifat tisu-pelindung.

13 Khasiat Ajaib Kelor Untuk Kesihatan

Pokok kelor yang berasal dari India mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya, mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca.

Kelor boleh mencapai ketinggian 10-12 meter dan batang diameter boleh mencapai 45 cm, manakala kulit batang pokok Kelor mempunyai warna putih-kelabu dan dikelilingi oleh gabus tebal.

Pucuk muda Kelor mempunyai kulit keunguan, kehijauan-putih dan berbulu.

Kandungan Khasiat Daun Kelor

Berikut adalah kandungan khasiat di dalam daun Kelor menurut kajian (Food Weight) bagi setiap 100 gram daunnya.
  • Lemak: 1.7 gram.
  • Karbohidrat: 14.3 gram.
  • Protein: 6.7 gram.
  • Fosfor: 70 mg.
  • Zat Besi: 7 mg.
  • Kalsium: 440 mg.
  • Magnesium: membekalkan 8% gizi seimbang harian tubuh.
  • Tenaga: 82 kkal.
  • Vitamin B1: 0.21 mg.
  • Vitamin B2: membekalkan 11% dari keperluan vitamin harian tubuh.
  • Vitamin B6: membekalkan 19% dari keperluan vitamin harian tubuh.
  • Vitamin C: 220 mg.
  • Vitamin A: 11300 IU.

Bahagian daun, buah dan batang Kelor boleh digunakan sebagai bahan merawat penyakit yang diyakini berkesan menyembuhkan masalah penyakit pencernaan, luka dalam perut dan usus.

Kandungan anti-oksidan dalam daun Kelor sangat tinggi sehingga mampu digunakan untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak.

Antara 10 khasiat Kelor secara saintifik adalah seperti berikut:

1. Kaya Nutrien

Pokok kelor kaya dengan sumber vitamin, mineral dan asid amino dan sebahagian besar kandungannya ialah vitamin A, C dan E.

Kandungan lain Kelor adalah Kasium, Kalium dan protein.

2. Anti-oksidan

Pokok Kelor mengandungi antioksidan yang dipanggil flavonoid, polifenol dan asid askorbik dalam daun, bunga dan biji.

Satu kajian mendapati bahawa ekstrak daun Kelor mengandungi tinggi antioksidan, tinggi lipid, protein dan pengoksidaan DNA daripada bunga dan bijinya.

3. Anti-Radang

Keradangan boleh membawa kepada penyakit kronik seperti kencing manis, masalah pernafasan, penyakit kardiovaskular, arthritis dan obesiti.

Kelor mampu mengurangkan keradangan dengan menyekat enzim radang dan protein dalam badan dan sel tubuh.

4. Merawat kencing manis

Serbuk daun pokok Kelor berkesan mengurangkan tahap lipid dan glukosa dalam pesakit kencing manis, bermakna Kelor mampu menurunkan paras gula dalam darah dan mengurangkan kolesterol serta meningkatkan perlindungan terhadap kerosakan sel.

5. Jantung sihat

Serbuk daun Kelor mempunyai manfaat kesihatan jantung, terutamanya dalam kawalan lipid darah, mencegah pembentukan plak dalam arteri, dan tahap kolesterol dikurangkan.

6. Untuk kesihatan otak

Kelor mempunyai fungsi kognitif kerana kandungan anti-oksidan. Kelor juga telah diuji sebagai rawatan untuk penyakit Alzheimer.

Kandungan yang tinggi vitamin E dan C mampu meningkatkan fungsi otak yang memainkan peranan penting untuk ingatan, mood, fungsi organ, tindak balas kepada rangsangan seperti tekanan dan keseronokan serta kesihatan mental.

7. Melindungi organ hati

Kelor mengandungi kepekatan tinggi polyphenols dalam daun dan bunga yang melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan dan kerosakan.

Kelor boleh mengurangkan kerosakan hati serta fibrosis dengan membalikkan pengoksidaan di dalam hati.

Minyak Kelor juga boleh memulihkan enzim hati ke tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif dan meningkatkan kandungan protein di dalam hati.

Hati berfungsi mengeluarkan racun dari dalam darah dan hempedu, metabolisme fruktosa, metabolisme lemak dan memroses nutrien dan ia hanya dapat menjalankan fungsi-fungsi ini dengan bantuan enzim yang sihat.

8. Mengandungi anti-bakteria dan anti-kulat

Kelor mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-kulat yang melawan jangkitan.

Khasiat Kelor sangat berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan jangkitan bakteria dalam darah dan saluran kencing dan merawat masalah penghadaman.

9. Menyembuhkan luka

Kelor mempunyai ciri-ciri pembekuan darah yang terkandung dalam daun, akar dan biji yang memberi manfaat penyembuhan luka dan mampu mempercepatkan pembekuan darah.

10. Rambut yang lebih sihat

Kesan baik daripada minyak biji Kelor untuk rambut yang sihat telah diketahui sejak zaman purba kala lagi.

Kelor amat berkesan dalam membersihkan rambut dan melindunginya daripada kerosakan, termasuk sinaran ultra violet.

Kelor juga berfungsi sebagai perapi berharga untuk kulit kepala, menguatkan akar dan merangsang pertumbuhan rambut.

11. Menguruskan Badan

Akar pokok Kelor boleh direbus dan dijadikan minuman herba untuk menguruskan badan.

Kelor dianggap sangat mujarab untuk menguruskan badan tetapi risikonya ialah jika mengambilnya, dikatakan sukar untuk menambah semula berat badan.

Sejauhmana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan.

12. Khasiat untuk mata

Caranya ialah menggunakan perahan daun Kelor dan dititiskan ke dalam mata.

Mata mungkin sedikit pedih tetapi ia dikatakan sangat baik untuk kesihatan penglihatan.

13. Mencantikkan kulit

Caranya ialah menambahkan akar pokok Kelor dalam pembuatan bedak muka (bedak sejuk) dan herba mandian.

Boleh juga dimasukkan ke dalam campuran beras, kunyit hidup, akar kelor, untuk mandi dan dianggap mampu melicinkan kulit sehingga 3 hari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Dan Manfaat Saderi

sumber: pokokherba2u | fazlisyam | daunkelor

Mencari Jodoh Online Dan Media Sosial

Mencari Jodoh Online Dan Media Sosial

Zaman sekarang adalah zaman teknologi. Dunia kini hampir tiada sempadan. Menggunakan teknologi untuk tujuan yang baik akan mendatangkan kebaikan, tetapi jika teknologi disalahgunakan, ianya boleh mendatangkan kemudaratan.

Mencari Jodoh Online Dan Sosial
Gambar hiasan.

Salah satu teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk mencari jodoh adalah media social seperti facebook dan lain-lain.

Menggunakan media sosial membolehkan kita mengenali seseorang yang jauh walaupun kita langsung tidak pernah berkenalan.

Mengenali lebih ramai orang akan meningkatkan lagi kebarangkalian anda untuk menjumpai jodoh anda.

Tetapi perlu diingatkan bahawa batas pergaulan dalam media sosial adalah sangat penting.

Adalah penting untuk tidak memberikan maklumat diri anda terlalu terdedah untuk mengelakkan maklumat tersebut jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Portal Jodoh Online

Satu lagi tempat yang sesuai untuk mencari jodoh adalah di laman web mencari jodoh.

Ia adalah tempat di mana berkumpulnya individu yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari jodoh.

Salah satu laman web yang baik untuk mencari jodoh adalah di Baituljannah.

Ia adalah laman web mencari jodoh yang patuh syariah dan juga mementingkan privasi dan juga perlindungan maklumat peserta di laman web tersebut.

Daftar la sekarang di BAITULJANNAH.COM.

Ini pastinya langkah terbaik jika anda sendiri sukar untuk mencari jodoh kerana kekangan masa, menggunakan laman web mencari jodoh adalah alternatif terbaik untuk anda.

Semoga bertemu jodoh. Amiin.

BACA INI JUGA: 13 Amalan Mempercepatkan Jodoh

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, February 28, 2018

'Penyesalan' SONY Menolak Pembelian Hak Cipta Semua Hero Marvel

'Penyesalan' SONY Menolak Pembelian Hak Cipta Semua Hero Marvel

Selepas perbincangan bersama pihak Marvel Studios, akhirnya watak yang dipegang hak ciptanya oleh Sony Pictures, Spider-Man dapat menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU). penampilan sulung Spider-Man lakonan Tom Holland dapat dilihat dalam filem ‘Captain America: Civil War’.

'Penyesalan' SONY Tolak Peluang Beli Hak Cipta Semua Hero Marvel 20 Tahun Lalu!

Namun dalam satu laporan, Sony Pictures sebenarnya dapat membeli hak cipta kesemua watak Marvel pada harga USD25 juta sahaja!

Tawaran berkenaan dibuat oleh Marvel pada tahun 1998, di mana pada ketika itu Marvel sangat terdesak dan memerlukan duit untuk dana mereka.

Tetapi Sony Pictures hanya berminat untuk satu watak Marvel sahaja ketika itu; Spider-Man.

Seorang executive Marvel ketika itu dengan nama Yair Landau telah mengemukakan tawaran berkenaan kepada pegawai atasannya namun ditolak mentah-mentah.

“Pada ketika itu, seorang pun tidak berminat dengan watak superhero dan apa yang mereka nampak hanyalah Spider-Man yang berpotensi untuk berjaya,” kata Landau.

Disebabkan penolakan ini pihak Marvel membuat keputusan untuk membuat filem mereka sendiri.

Hasilnya? Tercetuslah MCU yang kita lihat dan ikuti ketika ini.

'Penyesalan' SONY Tolak Peluang Beli Hak Cipta Semua Hero Marvel 20 Tahun Lalu!

Jika Sony yang menghasilkan MCU ini, tidak pasti ianya akan menjadi gah seperti MCU yang sedia ada.

Namun, ianya satu peluang yang terlepas kepada sony yang dapat memegang hak cipta watak Marvel hebat seperti Iron Man Thor dan Black Panther.

Jauh di lubuk hati, mereka pasti rasa rugi dengan menolak tawaran tersebut 20 tahun lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 20 Fakta Menarik Komik Dan Filem Marvel Ramai Tidak Tahu

sumber: thevocket

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Samsung akhirnya mengumumkan model Galaxy S9 dan S9+ secara rasmi yang merupakan model kesembilangan menerusi siri galaxy sekali gus merupakan smartphone flagship terbaru daripada Samsung.

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Pada tahun 2017 lalu, Samsung berjaya mengeluarkan Samsung Galaxy S8 yang membuatkan orang ramai lupa dengan insiden Galaxy Note 7 serta berjaya dinobatkan sebagai antara smartphone terbaik 2017.

Pada tahun 2018 ini, beberapa perubahan terbaru telah dibuat Samsung dalam usaha untuk bersaing bersama Apple dan Google dan berikut merupakan perbincangan awal mengenai model Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Rekabentuk dan skrin

Melihat dari segi rekabentuk, tidak banyak perubahan yang dibuat oleh Samsung. Perkara ini sudah boleh dijangkakan melihat kepada trend smartphone kini yang acap kali berubah pada setiap tahun.

Pada model Galaxy S9, Samsung telah menyertakan skrin 5.8-inci manakala Galaxy S9+ disertakan dengan skrin 6.2-inci.

Masing-masing disertakan dengan skrin Super AMOLED dengan resolusi 2960×1400.

Berbincang soal Super AMOLED, pengguna pastinya teruja dengan skrin yang terang dan jelas yang sudah lama menjadi trademark Samsung.

Menariknya, Samsung masih lagi memilih untuk mengekalkan port 3.5mm headphone jack yang sudah lama ditinggal Apple.

Placement fingerprint scanner juga telah diubah berbanding model sebelumnya untuk memudahkan capaian pengguna serta mengelakkan daripada tersentuh lensa kamera.

Spesifikasi

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Dari segi spesifikasi, tidak banyak perubahan yang dapat dibuat Samsung berbanding model Samsung Galaxy Note 8 yang sudahpun disertakan dengan spesifikasi terbaru kecuali dibahagian processor.

Model ini disertakan dengan processor Snapdragon 845 bersama RAM 4 GB buat S9 dan RAM 6 GB buat S9+.

Bateri yang disertakan pada Galaxy S9 adalah 3,000mAh manakala S9+ yang tampil dengan saiz lebih besar mempunyai kapasiti bateri 3,500mAh. Masing-masing dilengkapkan dengan teknologi IP68 dimana ianya kalis air dan debu.

Kamera

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Jika terdapat sebuah perubahan besar yang tersedia pada model ini, sudah pastinya ianya adalah kamera.

Samsung sekali lagi berjaya membawa inovasi pada kamera model ini yang membolehkan model ini melaraskan aperture dengan sendirinya daripada f1.5 kepada f2.4 bergantung kepada keadaan.

Kamera yang digunakan model ini adalah kamera 12-megapixel. Dalam pada itu, kuasa pemprosesan yang hebat membolehkan penggunaan mendapatkan rakan 720p sebanyak 960 frame dalam satu saat.

Sesuatu yang belum pernah dibuat oleh pengeluar smartphone yang lain.

Samsung turut menitikberatkan soal pencayaan dimana model terbaru ini bakal membolehkan pengguna mendapatkan gambar terbaik dalam keadaan cahaya malap.

Ciri-ciri lain

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Pada tahun ini, Samsung telah mengeluarkan sebuah lagi fungsi terbaru yang diinspirasikan daripada Animoji iaitu AR Emoji.

Sepertimana animoji, Galaxy S9 berpeluang untuk mengesan wajah anda serta mengubah kepada watak yang seakan kartun.

Anda juga boleh turut memadankan wajah anda kepada beberapa watak lain seperti watak daripada Disney. Sebuah ciri yang menarik dan kurang releven pada pendapat kami.

Harga

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Harga yang diumumkan buat Samsung Galaxy S9 nampaknya masih lagi sama sewaktu pelancaran model flagship mereka pada tahun lalu.

Samsung Galaxy S9 64 GB bakal mula ditawarkan dengan harga RM3,299 manakala S9+ 64 GB ditawarkan pada harga RM3,799.

Adakah berbaloi?

Sekiranya anda merupakan pengguna Samsung Galaxy S8, mendapatkan model ini mungkin tidak berbaloi berikutan perubahan yang tidak ketara.

Dalam pada itu, sekiranya anda sedang mencari smartphone flagship selain Apple dan Google yang berspesifikasi tinggi serta mempunyai kehebatan kamera yang baik, mendapatkan Samsung Galaxy S9 sememangnya berbaloi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original

sumber: thevocket

4 Sebab Amoi Cina Selalu Nampak Forever Young

4 Sebab Amoi Cina Selalu Nampak Forever Young

Perasan tak ada dikalangan makcik-makcik dari kaum Cina kelihatan sedikit berbeza dengan yang lain. Mereka tampak lebih ceria dan bersemangat walaupun umur mereka sudah pun mencecah setengah abad.

4 Sebab Amoi Cina Selalu Nampak Forever Young
Gambar hiasan (Elizabeth Tan).

Itu belum gadis remaja mereka lagi, cukup lincah dengan sentiasa kelihatan seperti forever young! Apakah rutin yang sentiasa mereka terapkan untuk kekal awet muda?

Jom kita ikuti apa 4 'muslihat' orang Cina kekal awet muda tanpa kita sedari.

1. Berbelanja banyak pada produk kecantikan

Sudah tidak menjadi alasan lagi untuk wanita yang ingin kelihatan cantik untuk berbelanja lebih pada produk kecantikan.

Namun, mereka suka memilih produk dari negara China, Korea, Jepun dan beberapa jenama eksklusif Eropah.

2. Pilihan pakaian

Dari warna pastel, corak floral, aksesori binatang comel atau apa sahaja yang kelihatan comel pada mereka itulah yang mereka akan pakai tanpa mengira umur.

3. Katakan tidak pada panas dan sejuk

Mereka mempunyai pantang larang tersendiri dengan dua perkara ini. Untuk mengekalkan kulit yang cerah dan anjal, mereka sanggup buat apa sahaja untuk kekal cerah sehinggakan mengelak dari terkena sinaran matahari.

Kerana sinaran matahari mempunyai UV berbahaya penyebab penuaan kulit dan pigmentasi. Wanita Cina juga tidak mengambil minuman sejuk, malah aiskrim pun mereka berpantang.

Ini semua untuk menjaga bentuk tubuh badan kekal langsing terutama dibahagian perut.

4. Makanan masin dan sayur-sayuran wajib

Jika wanita lain sibuk menikmati coklat dan pelbagai lagi makanan manis, lain pula dengan wanita Cina yang lebih suka dengan makan pedas atau masin dan mereka mengambil banyak sajian dari sayur-sayuran dan herba.

Halia, bijan hitam dan jojoba antara makanan menjadi pilihan mereka untuk kekal cantik dan subur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 11 Tanggapan Salah Tentang Orang Cina Yang Kita Selalu Percaya!

sumber: wanista

Buat Lelaki Dah Kahwin Tapi Nak Cari Lain, Baca Ini Dan Hadamkan

Buat Lelaki Dah Kahwin Tapi Nak Cari Lain, Baca Ini Dan Hadamkan

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada keruntuhan rumahtangga. Paling popular tentunya masalah kewangan dan kewujudan orang ketiga yang berpunca daripada perlakuan curang dan kes curang terhadap pasangan sememangnya tidak boleh diterima.

Buat Lelaki Dah Kahwin Tapi Nak Cari Lain, Baca Ini Dan Hadamkan

Jadi, bagi sesiapa yang masih berniat untuk "test market" walaupun telah berkahwin, ini pesanan untuk anda.

Seorang lelaki, Ismail Amsyar menerusi FB menceritakan betapa peritnya beliau melihat hidup seorang anak buahnya yang ditinggalkan bapa sejak kecil.

Menurut Ismail, jelas terpancar riak sayu dan sedih di wajah anak buahnya itu setiap kali Hari Raya menjelma pada setiap tahun.

Hatinya hancur apabila melihat kanak-kanak itu tidak ada tempat mengadu dan tidak mendapat kasih sayang seorang ayah sepertimana sepupu-sepupunya yang lain yang sentiasa memanggil "ayah" atau "babah".

Baca entri penuh di bawah:

This post is for my friends (married guys) who have every intention to "test market" again or in a much simpler way, to cheat their spouses. I KNOW some of you did this and here's what I gotta say.

My nephew grew up without a father figure. His father left when he was about 3 or 4 years old and let me be the only one knows why he left. My nephew is now 9 years old.

Let me write this in Malay.

Setiap kali pulang ke kampung sewaktu Hari Raya, kami semua (bersama sepupu) akan berkumpul di rumah arwah nenek selain daripada menziarahi saudara mara yang lain.

Dan setiap kali itu jugalah saya akan sebak melihat anak buah saya. Apabila kami berkumpul, dia akan duduk berseorangan apabila anak buah yang lain duduk di atas pangkuan ayah mereka. Dia akan melihat dengan wajah sayu ke arah ayah-ayah ini bergurau senda, bergelak tawa bersama anak mereka.

Dia akan melihat anak-anak ini belajar memetik gitar dari ayah mereka. Dia tidak punya semua itu dan hanya menunggu untuk sepupu-sepupunya itu bangun dan sambung bermain dengannya.

Banyak kali saya lihat, apabila sepupunya bangun dari pangkuan ayah mereka, anak buah saya akan pergi kepada si ayah dan duduk di pangkuannya.

Pernah satu ketika, ayah mereka keletihan dan not in a good mood. Apabila anak saudara saya hendak duduk di atas pahanya, dia ditolak ke tepi, "eh sana lah, uncle penat".

Sebak saya melihatnya. Anak buah saya terus bangun dengan wajah sedih dan berdiri di belakang kerusi.

Anak buah saya tidak ada tempat mengadu. Tidak mendapat kasih sayang seorang ayah sepertimana sepupunya yang lain yang sentiasa memanggil "ayah" atau "babah". Saya tahu betapa dia rindukan panggilan itu.

Bila atok dan nanny marah, dia hanya akan duduk memeluk lutut dan menangis di sudut dinding.

Adakalanya, dia akan menjerit seakan melepaskan geram. Hancur luluh hati ini melihatnya sebegitu. Saya akan pergi memeluk dia dan jelaskan mengapa atok dan nanny marah.

Ketika berada di darjah satu, cikgu memberikan kerja rumah yang memerlukan dia melukis sebuah potret keluarga. Ketika itu saya pulang bercuti di kampung.

Dia datang kepada saya dan bertanya, "Ucu, apat tak tahu macam nak lukis ni. Apat takde ayah. Habis apat nak lukis macam mana?"

Hati siapa tidak sebak. Tapi saya cuba kawal emosi dan katakan kepadanya, "apat lukislah gambar ibu, atok, nanny dengan ucu, lagi besarkan keluarga apat."

Hati saya hancur dan sebak setiap kali melihat dia merenung ke arah kanak-kanak yang pergi membeli-belah bersama ayah mereka, membeli baju raya bersama dan berjalan sambil berpimpin tangan.

Sungguh tabah hatimu wahai anak kecil. Kesengsaraan yang dihadapi kakak dan anaknya terlalu pedih untuk saya hadapi.

"*Be selfish as you wish. Anda mungkin berasa bangga kerana 'MASIH LAKU'. Tapi anda menganiaya keluarga si isteri," tulis Ismail lagi.

Saya tidak akan maafkan bekas abang ipar kerana membuat hidup mereka sengsara. Kepada yang SEDANG atau BERANGAN hendak menipu, fikirkan kesannya kepada keluarga si isteri. Anda mungkin merasa bahagia berfoya-foya dengan wanita-wanita lain dan bangga kerana 'MASIH LAKU'. Tetapi anda menganiaya keluarga si isteri. Apakah perasaan anda melakukan penipuan sebegitu? Adakah aqad nikah itu hanya sebuah 'karangan'?

Be selfish as you wish but don't be surprised if the same thing happened to your sisters. I wish my ex-brother in law can read this post.

Saya masih belum berkahwin tetapi saya mohon kepada Allah agar pelihara saya daripada berkelakuan sedemikian.

My sister, she's the strongest and bravest woman i ever know and my nephew, he's a warrior.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Tuesday, February 27, 2018

Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

Selepas pelancaran penuh kontroversi koleksi terbaharu hijab jenama Naelofar Hijab di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota Kuala Lumpu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli telah memuat naik sekeping gambar beliau sedang menulis surat terbuka buat Hajjah Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa.

Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

Gambar itu telah dikongsi oleh Zulkifli menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Selasa beserta satu kapsyen yang secara jelas ‘memerli’ Hajjah Neelofa yang baru berusia 29 tahun itu.

“Menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau.

Apa yang menarik perhatian mengenai entri tersebut adalah isi kandungan surat tersebut yang ‘makan dalam’!

Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

Menerusi surat tersebut, Zulkifli menyatakan bahawa hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.

Beliau juga meluahkan rasa khuatir terhadap isu yang berlaku itu kerana ia boleh boleh menjurus ke arah perkara negatif.

Imam Muda Kata Hukumnya Haram

Imam Muda Fakhrul juga telah menegur Neelofa yang melancarkan koleksi tudung terbaharunya #BeLofa di kelab malam Zouk.

Menerusi laman Facebook, Imam Muda Fakhrul menjelaskan hukumnya haram membuat pelancaran tudung di kelab malam.

“Hukum asal harus dan mendapat pahala. Tetapi apabila buat di kelab malam maka haram hukumnya.

"Haram bukan kerana pelancaran tudung tetapi lokasinya, pergaulan tanpa batasan, hiburan melampau dan penuh dengan fitnah.

“Hal ini menimbulkan fitnah kepada muslim dan muslimah, pemakaian syariat dan yang utama kepada agama.

"Pelaku yang terlibat dengannya berdosa dan wajib bertaubat,” katanya.

Jelasnya, untuk menegur perkara ini, ia tidak boleh dilakukan dengan kasar.

"Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena pakai tukul besi! Tak percaya? Rujuk pendekatan dakwah RASULULLAH SAW. Yang nak berlembut, silakan. Tapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia!

“Ajak jangan hukum. Maaf, saya tak menghukum. Saya memberitahu hukum dari Yang Maha Menghukum. Dan saya sedang mengajak mereka untuk mengikut hukum," tulisnya lagi.

Imam muda ini turut mengatakan perkara yang berlaku itu adalah daripada kesilapan peribadi, namun ia menjadi umum apabila melibatkan ramai orang.

"Maaf, matlamat tak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi.

“Hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik," ujarnya.

Namun, Imam muda ini tidak mahu perkara itu menjadi kecaman hingga ada yang boikot.

"Macam mana Melayu nak maju? Saya kata boikot semua tudung yang tak menepati syariat. Maju biarlah berkat.

"Kita nak maju juga dalam kubur dan di akhirat. Apa ada pada Melayu? Adat bersendi syariat!

Alasan Hajjah Neelofa

Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

Dengan kritikan hebat melanda, pemilik Nelofar Hijab, Hajjah Neelofa berkata dia tidak lagi mahu mempedulikan apa sahaja kritikan mahupun tohmahan daripada netizen sebaliknya mempunyai sebab tertentu tentang pemilihan lokasi.

Pelancaran kolesi hijab itu sekali gus turut meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-29.

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat.

"Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema,” katanya dipetik daripada BH Online.

Dalam masa yang sama, pelakon dan pengacara itu turut memberitahu bahawa kecaman yang dilemparkan oleh netizen tidak akan habis sampai bila-bila.

Oleh itu, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29 ada tahun ini, dia memilih untuk tidak lagi peduli pandangan masyarakat tentangnya.

Disebabkan pemilihan lokasi yang dikatakan ‘tidak sesuai’ itu, Neelofa telah menerima bermacam-macam kecaman di ruangan komen akaun Instagram dan Twitter miliknya.

Pada majlis itu, rata-rata tetamu yang hadir ialah kaum keluarga pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu sendiri, teman rapat dan rakan media.

Selain itu, penyanyi Sona One turut memeriahkan lagi majlis dengan persembahan yang memukau dan beberapa rakan artis yang rapat turut kelihatan pada malam tersebut.

Tarian Mengghairahkan Iringi Pelancaran Tudung Neelofa

Nisa Kay tarian mengghairahkan

Nama seorang blogger tempatan kini turut terpalit dengan kontroversi aksi tarian mengghairahkan sekumpulan wanita berhijab ketika majlis pelancaran koleksi hijab Be Lofa by Naelofar Hijab.

Memakai baju berwarna kuning dan berseluar ketat berwarna putih, gerak tari Khairunissa ‘Nisa Kay’ yang lincah dan menggoda itu mengundang cemuhan daripada para netizen kerana dianggap tidak menghormati sensibiliti wanita berhijab.

Nisa Kay, 26, mengakui bahawa dia telah tersilap langkah ketika malam itu dan ‘bagaikan telah lupa diri’ kerana dibuai dengan muzik yang melalaikan.

“Saya akui, kelakuan saya itu tidak seharusnya berlaku dan sama sekali tidak menggambarkan diri saya yang sebenar serta imej sebagai wanita bertudung,” tulisnya menerusi permohonan maaf secara terbuka.

Malah, blogger yang turut seorang Youtuber itu juga tidak mahu membela dirinya kerana ramai yang sudah menonton video tariannya itu dan mengaku salah atas perbuatan tersebut.

“Saya akui, saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga.

“Ada khilafnya di mana saya lalai dan terbawa-bawa dengan perlakuan saya seperti mana yang orang ramai sudah saksikan menerusi video tersebut,” tambanya lagi.

Menurutnya lagi, dia juga tidak menyangka ada yang merakam aksinya ketika berada di kelab malam terkenal tersebut dan turut terkejut apabila membaca segala macam tohmahan yang diterimanya.

Itulah sebabnya mengapa ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Neelofa mengadakan majlis di situ walaupun mereka tidak menghidangkan minuman terlarang.

Tapi disebabkan tempaat tersebut pada asalnya merupakan kelab malam, pasti tidak akan lari dengan muzik yang melekakan atau apa sahaja jenis fitnah.

Lancar tudung terbaru di kelab malam? Entahlah Hajjah Neelofa!

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Zizi Kirana Tayang Gambar Separuh Lucah Dikecam!

Zizi Kirana Tayang Gambar Separuh Lucah Dikecam!

Bekas ahli kumpulan Fabulous Cat, Zizi Kirana, 33, dilihat sengaja mengundang kecaman netizen apabila memuat naik sekeping foto separuh lucah di laman sosial Instagramnya yang menampakkan sebahagian payu dara.

Zizi Kirana separa lucah

Pernah dilanda dengan pelbagai kontroversi, Zizi yang juga peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) disifatkan oleh pengikut media sosial sebagai seorang selebriti yang suka mencari publisiti murahan.

Memetik komen yang ditinggalkan, Zizi selaku wanita Islam tidak sewajarnya berpakaian seksi sebegitu malah ada berpendapat, gadis itu terlalu berani untuk beraksi sedemikian.

Malah tindakan pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil itu mengenakan pakaian seksi seolah-olah sengaja mahu menayangkan ‘aset’ miliknya.

Zizi Kirana separa lucah

Bagaimanapun, terdapat juga komen peminatnya yang memuji kecantikan penyanyi berasal dari Semporna, Sabah itu serta pakaian yang digayakannya.

Bukan sahaja peminat dari Malaysia, malah Zizi yang pernah menyertai program realiti terbitan Indonesia iaitu D’Academy Asia musim kedua itu turut mendapat perhatian warga negara republik itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Artis Seksi Hollywood Yang Memiliki Payudara Ori!

sumber: utusan

Sturbuck Tiada Di Negara Paling Banyak Minum Kopi

Sturbuck Tiada Di Negara Paling Banyak Minum Kopi

Finland dan Norway merupakan dua negara yang penduduknya paling banyak pengambilan kopi bagi setahun tetapi, apa yang mengejutkan adalah kedua-dua negara ini tidak mempunyai Starbuck.

Sturbuck Tiada Di Negara Paling Banyak Minum Kopi

Starbuck adalah jenama antarabangsa bagi kopi dan mempunyai 17,000 cawangan di 55 buah negara termasuk Malaysia.

Perkara ini disebabkan oleh kekurangan industri susu domestik dan negara itu mempunyai harga susu paling tinggi di dunia.

Kos ini menjadi kekangan bagi Starbuck beroperasi di sana malahan, tenaga pekerja di Norway adalah sangat mahal disebabkan kekangan dari polisi imigran yang sangat ketat dan kesatuan pekerja yang kuat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Fakta Menarik Tentang Kopi Anda Perlu Tahu

sumber: itufakta

5 Punca Dan Cara Mengatasi Eye Bag Dan Dark Circle Pada Mata

5 Punca Dan Cara Mengatasi Eye Bag Dan Dark Circle Pada Mata

Anda nak tahu cara paling mudah untuk menghilangkan masalah eyebag atau kantung mata? Tapi sebelum itu, tahukah anda apakah punca eyebag seringkali terjadi?

Cara mengatasi Eyebag

Berikut adalah antara punca-punca penyebab terjadinya masalah eyebag.

Keturunan

Cuba lihat bawah mata ibu atau ayah anda, kalau memang ada lingkaran hitam bawah mata ni, itu adalah keturunan yang diwarisi dari ibu, ayah.

Alergi

Eye bag ini juga disebabkan tabiat menggosok kulit di sekitar mata yang gatal akibat mengambil makanan yang tidak sesuai dengan tubuh badan yang menyebabkan darah memenuhi pembuluh di bawah mata dan menjadikan bawah mata kelihatan agak gelap.

Terlalu banyak terdedah kepada cahaya skrin PC, Laptop

Sesiapa yang suka online memanjang tu jangan hairan ye kalau ada eye bag bawah mata, ini adalah disebabkan mata letih dan kurang tidur, kurang rehat.

Anemia

Anemia bermaksud kekurangan darah, zat besi. Pada masa kehamilan atau menstruasi kulit menjadi lebih pucat kerana kurang zat besi, untuk mengatasi masalah ini anda perlulah mengambil supplemen tertentu.

Toksin berlebihan

Ini adalah salah satu puncanya ,tabiat yang tidak mengambil pemakanan seimbang menyebabkan racun terkumpul dalam tubuh badan dan tidak dapat dicerna dengan baik menyebabkan kulit di sekitar hitam serta nampak lebam.

Selain itu, ada 6 cara mudah untuk hilangkan eyebag

Antaranya:

1. Uncang Teh

Setelah membancuh teh, jangan buang uncangnya. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25-30 minit. Sementara ia merawat, anda hanya perlu berehat atau tidur sahaja.

2. Timun

Ramai yang sedar dan akui betapa bagusnya timun pada mata. Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat radang pada kelopak mata.

3. Kentang

Selain timun, kentang juga bagus untuk kurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum diangkat.

4. Susu

Boleh juga gunakan susu sekiranya cara di atas tak berjaya. Caranya celupkan kapas ke dalam susu dan letakkan di kelopak mata. Biarkan selama 20-30 minit. Insyaallah masalah eyebag akan berkurangan.

5. Putih Telur

Sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat eyebag, namun akan buatkan mata semakin segar.

6. Air kosong

Amalan minum air kosong yg banyak juga membantu kurangkan eyebag atau kantung mata. 1 atau 2 jam sebelum tidur, anda digalakkan minum air kosong.

Kekerapan membuang air kecil akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata dan mengelakkan berlakunya eyebag.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Punca Mata Pedih Dan Gatal, Simptom Dan Rawatannya

sumber: mynewsbistro