Tuesday, February 27, 2018

5 Punca Dan Cara Mengatasi Eye Bag Dan Dark Circle Pada Mata


Anda nak tahu cara paling mudah untuk menghilangkan masalah eyebag atau kantung mata? Tapi sebelum itu, tahukah anda apakah punca eyebag seringkali terjadi?

Cara mengatasi Eyebag

Berikut adalah antara punca-punca penyebab terjadinya masalah eyebag.

Keturunan

Cuba lihat bawah mata ibu atau ayah anda, kalau memang ada lingkaran hitam bawah mata ni, itu adalah keturunan yang diwarisi dari ibu, ayah.

Alergi

Eye bag ini juga disebabkan tabiat menggosok kulit di sekitar mata yang gatal akibat mengambil makanan yang tidak sesuai dengan tubuh badan yang menyebabkan darah memenuhi pembuluh di bawah mata dan menjadikan bawah mata kelihatan agak gelap.

Terlalu banyak terdedah kepada cahaya skrin PC, Laptop

Sesiapa yang suka online memanjang tu jangan hairan ye kalau ada eye bag bawah mata, ini adalah disebabkan mata letih dan kurang tidur, kurang rehat.

Anemia

Anemia bermaksud kekurangan darah, zat besi. Pada masa kehamilan atau menstruasi kulit menjadi lebih pucat kerana kurang zat besi, untuk mengatasi masalah ini anda perlulah mengambil supplemen tertentu.

Toksin berlebihan

Ini adalah salah satu puncanya ,tabiat yang tidak mengambil pemakanan seimbang menyebabkan racun terkumpul dalam tubuh badan dan tidak dapat dicerna dengan baik menyebabkan kulit di sekitar hitam serta nampak lebam.

Selain itu, ada 6 cara mudah untuk hilangkan eyebag

Antaranya:

1. Uncang Teh

Setelah membancuh teh, jangan buang uncangnya. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25-30 minit. Sementara ia merawat, anda hanya perlu berehat atau tidur sahaja.

2. Timun

Ramai yang sedar dan akui betapa bagusnya timun pada mata. Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat radang pada kelopak mata.

3. Kentang

Selain timun, kentang juga bagus untuk kurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum diangkat.

4. Susu

Boleh juga gunakan susu sekiranya cara di atas tak berjaya. Caranya celupkan kapas ke dalam susu dan letakkan di kelopak mata. Biarkan selama 20-30 minit. Insyaallah masalah eyebag akan berkurangan.

5. Putih Telur

Sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat eyebag, namun akan buatkan mata semakin segar.

6. Air kosong

Amalan minum air kosong yg banyak juga membantu kurangkan eyebag atau kantung mata. 1 atau 2 jam sebelum tidur, anda digalakkan minum air kosong.

Kekerapan membuang air kecil akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata dan mengelakkan berlakunya eyebag.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Punca Mata Pedih Dan Gatal, Simptom Dan Rawatannya

sumber: mynewsbistro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon