Tuesday, January 24, 2017

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Sambutan Hari Chap Goh Meh biasanya dikenali sebagai festival tanglung atau dalam dialek Hokkien disebut, Chap Goh Meh yang jika diterjemahkan bermaksud 'malam ke 15 Tahun Baru Cina'.

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Sebelum Chap Goh Meh, sambutan Tahun Baru Cina bermula selama 15 hari pada bulan pertama kalendar masyarakat Cina, dengan setiap hari membawa makna berbeza dan disambut dengan cara tertentu.

Sebagai tanda berakhirnya perayaan 15 hari itu, ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan malam, membunyikan mercun dan bermain mahjung selain upacara sembahan dilakukan dalam kadar yang lebih besar iaitu Chap Goh Meh.

Persembahan kebudayaan Cina juga akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina dan mengimbang bendera besar "Chingay".

SAMBUTAN HARI ISTIMEWA

Semasa zaman keemasan Baba dan Nyonya di Malaysia tidak lama dulu, Chap Goh Meh lazimnya disambut secara besar-besaran dengan cara istimewa khususnya di Pulau Pinang dan Melaka.

Masyarakat Pulau Pinang yang lebih berusia mungkin masih ingat betapa meriahnya hari Chap Goh Meh yang disambut dengan perarakan Chingay merentasi jalan-jalan di Georgetown.

Kini, kesesakan yang sentiasa teruk di jalan-jalan utama Georgetown antara sebab tradisi itu kurang sesuai diteruskan, namun ia masih diadakan di Esplanade atau Padang Kota Lama pada hari Chap Goh Meh setiap tahun.

Di Melaka pula, antara acara menarik tetapi telah pun pupus ditelan zaman ialah kumpulan-kumpulan Dondang Sayang yang berdendang dan berpantun mengelilingi bandar dari atas kenderaan berhias khas.

HARI MENCARI JODOH

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Dikatakan bahawa pada zaman dahulu, hari Chap Goh Meh adalah satu-satunya hari di mana anak gadis yang sudah mencapai usia perkahwinan dibenarkan berjalan-jalan keluar dari rumah dengan dandanan dan pakaian paling cantik.

Pada hari yang sama, lelaki bujang yang mahu mencari pasangan hidup juga akan keluar berkumpul untuk mengerling gadis-gadis berkenaan dengan harapan dapat memilih dan meminang gadis yang diminati.

Menurut legenda, dewa dari langit akan turun pada hari berkenaan untuk mengikat kaki pasangan lelaki dan gadis yang berjodoh dengan benang merah di kaki agar mereka akan sentiasa bersama sehingga ke akhir hayat mereka.

Memandangkan hajat pada malam Chap Goh Meh dianggap makbul, gadis-gadis yang telah berdandan akan menuju ke tokong-tokong pinggir laut bagi melontarkan limau mandarin dan membuat hajat bagi mendapatkan suami yang baik.

Pada waktu itu, gadis-gadis tersebut juga akan ditemukan dengan telangkai (orang tengah), yang kemudian membantu mencari dan mengaturkan perkahwinan dengan lelaki dari keluarga bersesuaian.

CARA MODEN

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Bagaimanapun kini, tiada lagi adat resam perkahwinan yang diatur telangkai, malah anak gadis boleh dilihat di merata tempat tidak kira siang atau malam.

Namun demikian, tradisi melontar limau masih lagi dilakukan untuk mengembalikan semula semangat kasih sayang dan perkahwinan Chap Goh Meh dalam bentuk acara tahunan yang menyeronokkan bagi golongan bujang lelaki dan wanita, selain mampu menarik pelancong asing.

Ribuan wanita akan menulis nama dan nombor telefon masing-masing untuk dilontarkan ke dalam tasik yang kemudian akan dikutip secara rawak oleh pengunjung lelaki.

Dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, acara sambutan Chap Goh Meh menjadi lebih meriah apabila mereka memulakan tradisi pengunjung lelaki pula menulis dan melontar pisang untuk dikutip oleh kaum perempuan.

Di Malaysia, festival mencari jodoh sempena sambutan Chap Goh Meh pertama kali dianjurkan pada tahun 2000 dengan jumlah pengunjung hanya 350 orang dan terus meningkat beberapa kali ganda pada tahun berikutnya.

CHAP GOH MEH SIMBOLIK HARAPAN TAHUN BARU

Sambutan Chap Goh Meh, Tradisi Hari Kekasih Kaum Cina

Festival Chap Goh Meh di Malaysia, biasanya berlangsung di Taman Tasik Permaisuri di Bandar Tun Razak, Cheras, sebagai simbolik harapan permulaan baru kepada mereka yang masih belum berkahwin, apatah lagi hari yang turut dikenali sebagai Festival Tanglung adalah malam bulan penuh yang pertama pada tahun baru.

Bezanya jika pada zaman dahulu, anak gadis akan menunggu dengan sabar dan penuh harapan agar limau yang hanyut selepas dilontar ke sungai atau laut akan dikutip orang supaya hajatnya termakbul.

Sebaliknya kini, peserta yang mengutip limau atau pisang, boleh terus menghubungi dan bertemu individu bujang yang bernasib baik serta menghayati bulan penuh pertama tahun baru bersama.

CHAP GOH MEH TRADISI KASIH SAYANG

Chap Goh Meh dikenali sebagai Hari Kekasih bagi kaum Cina, disambut pada hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina.

Chap Goh Meh juga dikenali sebagai Hari Kekasih bagi kaum Cina, merupakan hari di mana ramai gadis muda percaya bahawa dengan membuang limau mandarin ke dalam laut, mereka akan menemui seorang suami yang baik.

Pada zaman dahulu, pesta Chap Goh Meh memberi peluang kepada para kekasih untuk bertemu, manakala bagi mereka yang masih bujang, pesta ini merupakan peluang yang baik untuk berkawan dan berkenalan antara satu sama lain.

Pada zaman moden ini, unsur romantik dalam perayaan Chap Goh Meh diungkapkan dengan aktiviti melontar limau oleh perempuan dan lelaki bujang pada malam perayaan Chap Goh Mei dengan hasrat mendapat pasangan yang secocok.

Aktiviti melontar limau untuk mencari pasangan dalam perayaan Chap Goh Mei sebenarnya berasal daripada kata pepatah orang Hokkien iaitu "Dim gam ga ho ang, dim go chua ho bo" yang bermaksud melontar limau boleh mendapat suami yang baik manakala melontar buah boleh mendapat isteri yang baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal Usul Dan Adat Pemberian Ang Pau

sumber: mstar | astroawani

Saturday, December 03, 2016

Tradisi 'Ala Kachuu' Kyrgyzstan, Budaya Culik Gadis Untuk Dikahwini Secara Paksa!

Tradisi 'Ala Kachuu' Kyrgyzstan, Budaya Culik Gadis Untuk Dikahwini Secara Paksa!

Di Kyrgyzstan, sehingga 40 peratus wanita di negara itu berkahwin selepas diculik lelaki yang mahu menjadi suami mereka dalam tradisi yang digelar ala kachuu atau ‘culik dan lari’.

Ala Kachuu

Dua pertiga daripada kes penculikan pengantin perempuan ini biasanya tanpa persetujuan mereka manakala dalam beberapa kes, ia adalah sebahagian daripada rancangan ‘kahwin lari’ di bawah perbuatan menyalahi undang-undang yang diamalkan sejak 1994.

Biasanya, bakal pengantin lelaki akan mengumpulkan rakannya dan mencari wanita yang mahu dikahwininya.

Wanita yang berjaya mencuri hatinya, kemudiannya diheret tanpa belas kasihan dan dibawa terus ke rumah lelaki tersebut yang mana ahli keluarga lelaki tersebut biasanya telah membuat persediaan untuk majlis perkahwinan mereka.

Jika membuat carian Kyrgyzstan bride kidnapping di YouTube, anda akan dapat lihat kekejaman amalan itu.

Ala Kachuu

Mangsa tradisi ala kachuu itu biasanya terdiri daripada wanita muda atau remaja perempuan yang berusia di bawah usia 18 tahun.

Ada pasangan menganggap amalan ini sebagai satu cara untuk mengelak daripada membayar hantaran kahwin atau berkahwin dengan pilihan mereka sendiri.

Akibat tindakan segelintir pasangan terbabit, beberapa pemerhati melihat ia sebagai bukan sesuatu isu yang serius.

Perkara yang menjadi persoalan adalah walaupun budaya yang dilihat seakan menindas golongan wanita itu adalah satu jenayah di Kyrgyzstan, pesalah yang melakukan kesalahan itu jarang didakwa.

Ala Kachuu

Laporan dikeluarkan Jawatankuasa Pembanterasan Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw) pada tahun lalu turut menzahirkan kebimbangan mereka terhadap amalan itu yang dibenarkan dalam masyarakat dan dilakukan sewenang-wenangnya.

Menurut Cedaw, masyarakat hanya mengambil pendekatan berdiam diri dan penculikan seumpama itu kurang dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana dianggap sebagai ‘isu peribadi’.

“Kerajaan sedang mengambil langkah untuk menangani isu ini, namun masih banyak perkara perlu dilakukan termasuk penguatkuasaan undang-undang sebenar, pendidikan awam dan memperkasakan wanita di Bishkek,” jelas laporan itu yang turut menyatakan statistik rasmi berhubung budaya ala kachuu tidak pernah wujud.

BACA INI JUGA: Keunikan Tarian Pemikat Wodaabe Ketika Pesta Gerewol

Sumber: SH

Wednesday, November 16, 2016

Tradisi Pelik Perkahwinan Menangis

Tradisi Pelik Perkahwinan Menangis

Kebiasaannya, suasana pada hari perkahwinan mana-mana pasangan pengantin semestinya dalam keadaan gembira dan ceria.

Tradisi Pelik

Namun, tahukah anda bahawa wujudnya satu budaya perkahwinan yang diadakan dalam suasana yang sangat pelik, pengantinnya 'sengaja' menangis!

Walaupun tradisi ini kedengaran sangat janggal dan pelik bagi kita, budaya tersebut memang benar-benar wujud di selatan negara China.

Amalan pelik ini sudah menjadi kelaziman sehingga akhir pemerintahan Dinasti Qing (1644-1911).

Namun, dengan peredaran zaman dari masa ke semasa menjadikan budaya kahwin menangis semakin dilupakan oleh masyarakat.

Walaupun begitu, masih ada lagi kelompok masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik ini iaitu masyarakat Tujia.

Mereka percaya adat turun temurun ini berkemampuan untuk mengukur tahap kebahagiaan rumah tangga yang bakal dibina.

Semakin 'dahsyat' seorang pengantin itu menangis maka semakin bahagia dan gembiralah perkahwinannya.

Bagaimana tradisi pelik ini dijalankan?

Cry tradition

Tradisi pelik kahwin menangis ini biasanya dilakukan sebulan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan.

Bermula dari kiraan masa hari pertama memasuki bulan tersebut, pengantin perempuan wajib melalui adat yang disebut sebagai 'Zuo Tang' yang membawa maksud duduk di dalam dewan.

Tradisi pelik ini akan dilakukan sehinggalah tiba ke hari majlis perkahwinan berlangsung.

Bagaimanapun, bakal pengantin hanya akan dibiarkan menangis bersendirian pada 10 hari pertama sahaja.

Pada hari ke 11, bakal pengantin akan disertai pula oleh ibu kandungnya untuk sama-sama menangis sehinggalah majlis berlangsung.

Selepas 20 hari, pengantin wanita dan ibunya akan disertai pula oleh neneknya.

Dan sekiranya bakal pengantin mempunyai adik-beradik perempuan dan ibu saudara, mereka juga dimestikan untuk menyertai adat pelik kahwin menangis ini sehingga tiba masanya.

Cara menangis pengantin wanita pula tidak ditentukan secara khusus. Mereka diberi kebebasan dengan kaedah menggunakan pelbagai ayat semasa menangis.

Mereka dibenarkan untuk melaungkan sebarang perkataan yang dianggap sebagai 'lagu perkahwinan menangis' yang dipercayai akan membawa suasana yang baik semasa ia dilakukan.

Nyanyian menangis tersebut ditujukan kepada ibu bapa, adik beradik, moyang dan kepada pencari jodoh.

Bakal pengantin perlu melagukan iramanya dengan menggunakan nada paling sedih dan hiba, seolah-olah sedang meratapi kematian.

Suasana ketika itu dikatakan begitu sedih, sehinggakan individu yang paling keras hatinya sekalipun akan mengalirkan air mata.

Sekiranya bakal pengantin wanita itu tidak menangis seperti yang dikehendaki, semua orang akan memandang serong kepadanya.

Malah, lebih teruk lagi dia akan menjadi buah mulut dan bahan ketawa sepanjang hidupnya.

Kerisauan itu biasanya menjadi penyebab kepada bakal pengantin untuk menangis dengan bersungguh-sungguh.

Berlatih Menangis

Cry

Untuk memperoleh perasaan sedih ketika melakukan adat pelik ini, seorang wanita akan dilatih sejak berusia 12 tahun oleh seorang pakar menangis.

Mereka akan diajar sehinggalah berusia 15 tahun dan akan meneruskannya bersama rakan-rakan seusia selepas itu untuk melihat siapa yang memiliki tangisan paling menyedihkan.

Ketika berlangsungnya majlis perkahwinan, kumpulan wanita menangis akan disertai oleh semua wanita yang bukan dari ahli keluarga pengantin wanita.

Semuanya akan menangis dengan begitu sedih semasa berlangsungnya majlis perkahwinan.

Tangisan dikatakan benar-benar datang daripada hati dan bukannya dibuat-buat.

Ada diantaranya terlalu sedih disebabkan kecewa dengan rumah tangga sendiri akibat kegagalan perkahwinan masing-masing.

Asal-usul Tradisi Kahwin Menangis

Chinese cry tradition

Menurut cerita, tradisi pelik kahwin menangis ini berasal daripada sistem perkahwinan yang tidak berhati perut suatu ketika dahulu.

Ramai gadis dipaksa berkahwin dan bukan diatas kerelaan, maka berlakulah suasana tangisan selama berhari-hari lamanya.

Mereka menyanyi dan menangis dalam masa yang sama sebagai tanda protes ke atas paksaan untuk berkahwin.

Ada juga yang mendakwa ia berasal dari sebuah cerita lama mengenai seorang puteri dari negeri Zhao yang berkahwin dengan putera negeri Yan.

Pemergian puteri mengikut suami menyebabkan ibunya menangis kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan anaknya.

Sekalipun kini seorang wanita bebas memilih pasangan hidup untuk berkahwin, masyarakat Tujia masih lagi memilih untuk mengamalkan tradisi pelik kahwin menangis ini.

BACA INI JUGA: Tradisi Pelik Keluarga Tonton 'Aksi' Pengantin Di Malam Pertama!

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, October 15, 2016

Budaya Pelik Kubur Mayat Bayi Dalam Pokok!

Budaya Pelik Kubur Mayat Bayi Dalam Pokok!

Disebuah perkampungan, kelihatan sejumlah besar pokok yang hidup subur dalam saiz yang berbeza-beza.

Kubur dalam pokok
Sumber gambar: pojiegraphy

Bagaimanapun, selepas melihat dari jarak dekat, ada sesuatu yang agak pelik. Terdapat bentuk segi empat pada permukaan pokok, seolah-olah ditampal.

Peliknya, hanya pokok bersaiz besar sahaja yang memiliki corak begitu.

Bentuk segi empat itu sebenarnya merupakan kubur manusia! Kubur di dalam batang pokok!

Walaupun kedengaran sangat janggal, perkara ini sebenarnya merupakan budaya suku kaum Toraja.

Perkuburan pokok ini terletak di daerah Tana Toraja, kawasan pedalaman wilayah bergunung di Sulawesi Selatan.

Lebih menggerunkan, kubur pada batang pokok ini dimiliki oleh mayat bayi yang berusia enam bulan ke bawah.

Kubur
Sumber gambar: soloraya

Namun, mayat-mayat bayi ini bukanlah mati dibunuh, sebaliknya meninggal dunia atas sebab-sebab semulajadi.

Masyarakat Toraja yakin, dengan cara tersebut mayat diserap ke dalam alam semulajadi dengan mudah.

Pokok-pokok besar ini pula diberi nama Banyan. Saiz yang besar dan tinggi membolehkan setiap pokok ditanam dengan jumlah mayat bayi yang ramai.

Penduduk akan mula menebuk lubang sejurus menerima berita tentang kematian bayi berlaku. Anggaran lubang yang ditebuk pula berdasarkan kepada saiz seorang bayi.

Sementara itu, ibu bapa yang kematian bayi tersebut akan membalut jasad bayi dengan menggunakan kain.

Kemudian, mayat bayi tersebut akan diletakkan ke dalam lubang pokok yang telah disediakan.

Setelah selesai, lubang itu akan ditutup dan dikemaskan dengan susunan besi yang menyerupai sangkar.

Kubur

Ia bertujuan supaya kubur dalam pokok itu terus berada dalam keadaan kekal dan terbuka.

Selesai pengebumian, maka bermulalah kehidupan baru bayi tersebut di alam barzakh.

Masyarakat Toraja percaya, roh anak-anak yang mati akan mula diterbangkan sejurus selesai upacara pengebumian.

Namun, amalan menanam mayat bayi di dalam pokok tidak lagi diamalkan sejak tahun 1900.

BACA INI JUGA: Upacara Rambu Solo, Suku Kaum Yang Obses Terhadap Kematian

-Sentiasapanas.com

Wednesday, June 01, 2016

Calcio Storico, Pertandingan Bola Sepak Paling Ganas Di Dunia

Calcio Storico, Pertandingan Bola Sepak Paling Ganas Di Dunia

Pada bulan Jun setiap tahun, beratus pelancong dan peminat sukan lasak berkumpul di satu padang tanah di Piazza Santa Croce di bandar Florence, Itali.

Calcio Storico
Pertandingan tradisi ini dianggap sukan paling ganas di dunia.

Mereka bukannya mahu menonton perlawanan bola sepak tetapi mahu menyaksikan satu pertandingan tradisi yang dianggap sukan paling ganas di dunia.

Temasya tahunan yang dikenali sebagai pertandingan Calcio Storico yang bermaksud bola sepak bersejarah itu disertai empat pasukan dari empat wilayah di Florence.

Setiap pasukan disertai 27 pemain yang dibenar menggunakan apa saja cara untuk membawa bola ke hujung kawasan lawan.

Pemain dibenarkan menumbuk, menendang dan bergelut dengan lawan untuk menjaringkan gol.

Calcio Storico [2]
Suasana di Piazza Santa Croce sebelum pertandingan berlangsung.

Setiap pasukan berlatih sepanjang tahun untuk menghadapi pertandingan ini yang berlangsung 50 minit tanpa rehat.

Sekiranya ada pemain cedera, mereka akan diusung keluar pasukan perubatan.

Setiap pasukan mempunyai empat penjaga gol, tiga pemain pertahanan, lima pemain tengah dan 15 penyerang.

Pertempuran mula tercetus sejurus wisel permulaan ditiup dan setiap pemain akan menumbuk, menendang serta bergelut dengan pemain lawan bagi merampas bola.

Calcio Storico [3]
Seorang pemain dihalang.

Objektif perlawanan ini adalah memasukkan bola ke dalam satu kawasan di belakang kawasan lawan tetapi biasanya pergaduhan beramai-ramai berlaku.

Walaupun ganas namun terdapat seorang pengadil dan enam penjaga garisan yang cuba mengekalkan perjalanan perlawanan.

Sejarah pertandingan Calcio Storico tidak diketahui secara tepat tetapi sukan itu hampir sama dengan perlawanan yang dimainkan tentera Rome sebelum Florence ditubuhkan pada 59 Masihi.

Sukan itu dipercayai dimainkan di Florence sepanjang kurun ke-15 dan perlawanan pertama yang direkodkan berlangsung pada 1530.

Calcio Storico [4]
Pemain boleh menggunakan tangan dan kaki untuk menewaskan lawan.

Raja Perancis, Henry III yang menonton sukan itu pada 1574 menyatakan perlawanan berkenaan terlalu kecil untuk digelar satu peperangan dan terlalu kejam untuk dipanggil acara sukan.

Pertandingan moden sukan itu berkembang dari satu perlawanan yang berlangsung pada 1930 ketika sambutan ulang tahun peristiwa Florence dikepung tentera Perancis.

Sejak itu pertandingan berkenaan disertai empat pasukan dari empat wilayah di Florence iaitu Santa Croce yang memakai jersi berwarna biru, Santa Maria Novella berwarna merah, Santo Spirito berwarna putih dan San Giovanni berwarna hijau.

Calcio Storico [5]
Pergaduhan beramai-ramai sering tercetus sepanjang perlawanan.

Bagi mengekalkan tradisinya, padang di hadapan gereja Piazza Santa Croce ditabur dengan tanah dan setiap pasukan memakai uniform seperti era pemerintahan beraja Itali.

Semua perlawanan berlangsung mengikut format kalah mati dan dua pasukan yang menang akan bertanding di peringkat akhir.

BACA INI JUGA: Festival Bertumbuk Takanakuy!

Sumber: hmetro.com.my

Saturday, May 28, 2016

Tradisi Pelik Keluarga Tonton 'Aksi' Pengantin Di Malam Pertama!

Tradisi Pelik Keluarga Tonton 'Aksi' Pengantin Di Malam Pertama!

Sekeping gambar yang dikongsikan oleh satu keluarga yang tinggal di Woodlands New Town telah menjadi viral di laman sosial, menunjukkan satu adegan yang amat mengejutkan iaitu lelaki dan perempuan di atas katil yang mana di tengah-tengah persetubuhan tersebut ahli-ahli keluarga mereka menonton seperti menonton televisyen.

Tradisi+seks+Pelik.jpg

Aksi intim tersebut telah dirakam oleh bapa lelaki itu yang mendedahkan ia adalah tradisi keluarga yang telah diturunkan sejak dari dahulu lagi.

“Meskipun kebanyakan orang mungkin menganggap ia ganjil, bagi keluarga kami, tiada apa yang lebih membanggakan daripada meraikan anak, abang atau anak saudara melakukan hubungan seks buat kali pertama.

“Kami melihatnya sebagai langkah terakhir dalam perjalanan panjang ke alam dewasa dan ia juga peluang khas untuk menyaksikan masa ini bahawa kehidupan yang baru terbentuk.

“Saya berasa beruntung mempunyai keluarga saya untuk menemani saya, dan juga memberi saya panduan mengenai bagaimana untuk meneruskan.

"Pada mulanya saya mempunyai masalah bersetubuh dengan teman wanita saya, tetapi ibu saya mencadangkan saya mengambil langkah yang lebih perlahan-lahan dan berehat dan saya dapat melakukan akhirnya.

“Gambar tersebut juga dirakam oleh ibu dan adik lelaki beliau, yang duduk di pinggir katil untuk memberikan tips dan galakan.

"Saya berebut mengambil gambar pada masa tersebut, dan ia adalah benar-benar pengalaman yang indah,” kata bapa saudaranya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, April 03, 2016

Upacara Rambu Solo, Suku Kaum Yang Obses Terhadap Kematian

Upacara Rambu Solo, Suku Kaum Yang Obses Terhadap Kematian

Suku Toraja di Indonesia, dikatakan memiliki sifat obses terhadap kematian. Namun, ia bukanlah membawa maksud perlakuan tragis.

Upacara Rambu Solo

Akan tetapi, ia mengenai sebuah jamuan besar selepas berlakunya kematian kerana suku Toraja percaya, semasa hidup mereka perlu mempunyai harta yang banyak untuk dijadikan bekalan selepas mati.

Sebabnya, harta tersebut membolehkan keluarga mengadakan pesta besar-besaran selepas berlaku kematian kelak.

Dan upacara ini dinamakan sebagai Rambu Solo.

Bagaimanapun, situasi berbeza berlaku kepada orang mati yang tidak berharta.

Mayat akan disimpan dalam rumah selama beberapa tahun dan ahli keluarga perlu mengumpulkan wang bagi mengadakan upacara Rambu Solo bagi menyempurnakan pengebumian mayat tersebut.

Upacara Rambu Solo [2]

Biasanya, majlis pengebumian akan dihadiri oleh ramai pengunjung termasuklah pelancong dan diraikan secara besar-besaran.

Uniknya, suku Toraja berbangga dan mengalu-alukan kedatangan orang luar ke majlis pengebumian yang diadakan.

Namun, pengunjung luar tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna hitam dan merah.

Upacara yang diadakan pula dimulakan dengan penyembelihan kerbau sebagai hidangan untuk jamuan besar ini.

Suku Toraja percaya, semakin banyak kerbau, semakin mudah untuk orang mati mencapai Nirwana.

Upacara Rambu Solo - SEMBELIH KERBAU

Selain itu, kedudukan sesebuah keluarga juga akan dipandang tinggi melalui kemampuan menyediakan jumlah kerbau dengan banyak.

Sememangnya jumlah perbelanjaan menguruskan orang mati lebih mahal berbanding majlis perkahwinan.

Dalam upacara pengebumian suku Toraja ini, terdapat beberapa jenis cara dijalankan.

Antaranya, orang mati akan ditempatkan di dalam sebuah binaan batu terkenal yang dikenali sebagai Lemo.

Setiap mayat akan disusun secara berperingkat. Semakin tinggi tempat mayat, semakin tinggi kedudukannya.

Upacara Rambu Solo - MENGUBUR

Setelah selesai, penduduk akan meletakkan patung kayu (tau-tau) bagi menggambarkan rupa orang mati tersebut, dalam keadaan menghadap ke arah luar Lemo.

Tujuannya, supaya orang mati tersebut dapat melihat keluarga masing-masing meskipun sudah berpindah ke alam kubur.

Selain itu, ada upacara kematian yang dijalankan dengan cara meninggalkan mayat di celah-celah batu pada lereng bukit dan gua.

Disebuah gua kecil bukit batu kapur, Ke'te Kesu, longgokan tulang manusia kelihatan dengan jelas kerana dikawasan inilah sejumlah keranda tergantung pada dinding luar gua.

Upacara Rambu Solo - LEMO

Keranda tergantung tersebut dikatakan sangat sukar dibina kerana memerlukan tenaga yang ramai untuk membinanya sama juga seperti Lemo.

Dengan pelbagai tradisi dalam upacara pengebumian, suku kaum Toraja sememangnya dikenali sebagai masyarakat seni.

Mereka sentiasa menerapkan unsur kesenian termasuklah dalam aspek kematian sehinggakan mampu menarik kedatangan pelancong.

BACA INI JUGA: Ritual Kematian Paling Ngeri Diserata Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, June 06, 2015

5 Tradisi Perkahwinan Paling Mengarut Di Seluruh Dunia

5 Tradisi Perkahwinan Paling Mengarut Di Seluruh Dunia

Disetiap negara atau kaum mempunyai adat-adat tradisi tertentu dalam majlis perkahwinan yang sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi.

Namun, tradisi perkahwinan di beberapa buah negara ini mungkin kedengaran aneh, jijik, dan mengerikan.

1. Larangan Ke Tandas
Borneo Utara

Larangan Ke Tandas - Borneo Utara

Kalau korang nak tahu, pengantin baru dari puak Tidong di Borneo Utara dilarang menggunakan tandas selama tiga hari.

Lebih mengejutkan, sebarang bentuk pembuangan sama ada membuang air kecil dan besar dilarang.

Ini kerana mereka percaya nasib yang buruk akan menghantui pasangan ini untuk seumur hidup jika melanggar pantang larang ini.

2. Menghitamkan Pengantin
Scotland

Menghitamkan Pengantin - Scotland

Percaya atau tidak, bagi setiap pasangan pengantin Scotland mereka perlu melalui tradisi yang agak menjijikkan. Setiap pasangan yang ingin berkahwin dikatakan perlu melalui proses ‘penghitaman’. Di mana setiap pengantin akan disimbah dengan cecair hitam, bulu dan tepung.

Tradisi ini dikatakan menjadi simbol bagi pasangan pengantin baru yang bakal mengharungi sebarang bentuk cabaran kelak apabila sudah berumah tangga.

3. Meludah Pengantin
Kenya

Meludah Pengantin - Kenya

Kedengaran geli bukan? Menurut tradisi Masai, pengantin perempuan akan diludah oleh bapanya di kepala dan buah dada sebagai tanda merestui perkahwinan tersebut.

4. Memukul Tapak Kaki Pengantin
Korea

Memukul Tapak Kaki Pengantin - Korea

Di Korea, kaki pengantin lelaki biasanya akan dipukul menggunakan batang tebu dan ikan kering. Kebiasaanya rakan dan saudara mara bertanggungjawab memukul kaki pengantin lelaki ini.

Tradisi ini dikatakan ketabahan dan kecekalan pengantin lelaki menghadapi malam pertama.

5. Sup Mangkuk Tandas
Perancis

Sup Mangkuk Tandas - France

Sungguh menjijikkan! Selepas selesai majlis perkahwinan, pengantin France perlu memakan sisa dan makanan lebihan majlis mereka di dalam mangkuk tandas.

Kebiasaanya, ahli keluarga yang bertugas mengutip sisa-sisa makanan tersebut akan memastikan pasangan pengantin melakukan amalan tersebut.

BACA INI JUGA: Perkara Yang Di Haramkan Di Beberapa Negara

Sumber: Mynewshub.cc