Wednesday, February 20, 2019

5 Orang Pemenang Loteri Paling Lumayan Di Malaysia

5 Orang Pemenang Loteri Paling Lumayan Di Malaysia

Setiap hari anda boleh melihat kedai-kedai menjual nombor ekor ada di mana-mana sahaja di Malaysia. Tujuannya? Untuk menjadi jutawan segera sekali gus menikmati kehidupan yang lebih mewah dan selesa.

Pemenang Loteri

Sepanjang permainan nombor ekor atau loteri bertapak di Malaysia, terdapat beberapa individu yang cukup bertuah memenangi hadiah yang mampu membuatkan mereka goyang kaki seumur hidup.

Kami kongsikan 5 pemenang loteri dengan hadiah tertinggi dalam sejarah Malaysia.

1. Grand Toto 6/63 - RM69.64 juta

Dan rekod kemenangan loteri yang tertinggi dalam sejarah Malaysia ketika ini adalah sebanyak RM69.6 juta.

Ahli perniagaan berusia 40 tahun dari Pulau Pinang memenangi hadiah utama Grand Toto pada 13 September 2017.

Individu tersebut yang dirahsiakan namanya untuk tujuan keselamatan memberitahu dia hanya membelanjakan RM50 untuk 25 set nombor Lucky Pick sebelum salah satunya memenangi slot loteri tersebut.

Menurutnya lagi, dia hanya mula bermain Sport Toto pada tahun 2013 namun membuat taruhan berdasarkan nombor pendaftaran keretanya dan tidak pernah memenangi apa-apa.

Pembelian yang membuahkan hasil ini berlaku disebabkan satu kebetulan. Ketika hari tersebut, ahli perniagaan ini terperangkap dalam kesesakan membuatkannya memutuskan untuk menggunakan jalan lain.

“Kebetulan ternampak kedai Sport Toto. Jadi, saya rasa saya patut mencuba nasib kerana kawan-kawan saya bercakap mengenai loteri Toto terbesar.

"Ia merupakan kali pertama saya bermain Lotto dengan membeli loteri Lucky Pick bernilai RM50 dalam Grand Toto 6/63,” katanya.

Dia tidak menyemak keputusan bagi slot tersebut walaupun diberitahu oleh rakannya bahawa pemenangnya adalah dari Pulau Pinang.

Individu bertuah ini kemudiannya meminta abangnya menyemak keputusan, sebelum tidak berhenti-henti menjerit sambil berlari di sekitar rumah selepas mengetahui keputusan.

2. Supreme Toto 6/58 - RM47.82 juta

Usaha seorang ahli perniagaan yang merupakan pengikut setia Supreme Toto 6/58 sejak dilancarkan pada 20 Mac 2010 akhirnya membuahkan hasil apabila dia telah memenangi wang tunai bernilai RM47.82 juta, hadiah terbesar ketika itu.

Ahli perniagaan berusia lingkungan 50-an tersebut tidak percaya bahawa dia memenanginya sehingga tergamam seketika sebelum meminta isterinya untuk mengesahkan kemenangan tersebut beberapa kali.

Menurut jurucakap Sports Toto, pasangan tersebut tersangat teruja membuatkan mereka tidak dapat tidur dan tidak sabar untuk menebus hadiah di ibu pejabat Sports Toto di ibu negara.

Individu tersebut memberitahu dia biasanya bertaruh sekitar RM20 bagi setiap permainan yang memberikan 10 peluang untuk mendapatkan cepumas.

Nombor kemenangannya ada 8, 11, 19, 22, 54 dan 55 yang mana kesemuanya dipilih secara berkomputer dan rawak.

3. Toto 4D Jackpot 1 - RM27 juta

Pada tahun 2013, seorang wanita berjawatan ekskutif berusia 30-an menjadi jutawan Toto termuda apabila dia ditabalkan sebagai pemenang hadiah RM27 juta bagi cabutan bertuah Toto 4D Jackpot 1.

Wanita yang berasal dari Kuala Lumpur tersebut menggunakan kombinasi dari nombor lesen memandu, nombor pendaftaran kereta dan tarikh-tarikh bermakna baginya, menjadi 5755 dan 1113 dalam permainan tersebut.

Menurut sumber, wanita ini hanya membeli 10 set nombor 4D yang mana menghasilkan 45 pasang nombor 4D dan 45 peluang untuk menang.

Kekayaan barunya ini dikatakan mencukupi untuk memenuhi senarai impiannya termasuk membiayai pendidikan anak-anak, memiliki sebuah kereta sport dan barangan berjenama, termasuk bercadang untuk bersara apabila mencecah usia 45 tahun.

4. Toto 4D - RM20.5 juta

Pada tahun 2017, seorang perunding "feng shui" dari Johor bernasib baik dan bertuah apabila memenangi loteri Toto 4D bernilai RM20.5 juta.

Kombinasi nombor 1651 dan 7288 yang dipertaruhkan telah membuahkan hasil kepada lelaki berusia 61 tahun itu, yang dikatakan diperolehi selepas bersembahyang di tokong yang biasa dikunjunginya.

“Ramai pengikut tokong tersebut menang loteri. Saya mendapat nombor bertuah saya 1651 dan 7288 selepas sembahyang pada Jumaat.

"Tetapi saya hanya membeli nombor tersebut buat pertama kali pada Sabtu dan menang loteri RM20.5 juta. Saya mesti berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya,” katanya.

Sebahagian daripada wang tunai daripada kemenangan tersebut dikhabarkan disumbangkan kepada tokong berkenaan.

5. Magnum 4D - RM4.5 juta

Gadis yang berasal Sungai Buloh ini sangat terkejut mengetahui menerima durian runtuh apabila menjadi salah seorang pemenang Jackpot kedua Magnum 4D bernilai RM4,497,266 pada Oktober 2017.

Dia merupakan salah seorang daripada 26 pemenang yang berkongsi hadiah keseluruhan yang bernilai RM10.85 juta.

Menurutnya, dia langsung tidak menyangka wang pertaruhan yang dibuat bernilai RM20 akan memberikan pulangan berlipat kali ganda dan akan berkongsi hadiah tersebut dengan ahli keluarga serta golongan miskin.

“Saya ingin berkongsi kegembiraan dan hadiah wang ini dengan ahli keluarga. Saya juga ingin melabur hadiah wang tunai ini didalam hartanah dan membelanjakan sebahagian daripadanya untuk pengajian adik lelaki saya dan pastinya, tidak dilupakan untuk kerja-kerja amal juga,” katanya.

Apa yang menarik adalah dia mendapat nombor yang dibidanya melalui mimpi.

Menurut jurucakap Magnum, peraturan ramalan nombor ekor menyatakan bahawa, apabila hadiah Jackpot pertama melebihi RM30 dan tidak dimenangi, wang tunai melebihi RM20 juta akan diberikan kepada pemenang Jackpot kedua.

Kebarangkalian dan realiti kemenangan loteri

Walaupun ramai yang agak teruja mengetahui jumlah hadiah yang telah berjaya dimenangi seperti individu-individu di atas, namun ia tidaklah semanis yang disangka.

Sebenarnya, hakikat untuk memenangi loteri adalah tersangatlah tipis. Sebagai contoh judi yang melibatkan nombor 4 angka. Mereka yang ingin bermain boleh bertaruh apa-apa sahaja nombor dari 0000 hingga ke 9999.

Daripada 10,000 nombor ini, hanya 23 nombor sahaja yang akan memberikan pulangan kemenangan. Hadiah pertama bernilai RM2,500 hingga RM3,500 bagi setiap RM1 yang dipertaruhkan.

Jika diteliti, syarikat-syarikat nombor ekor ini mengaut keuntungan yang tersangat besar di mana 9,977 nombor dijual tanpa sebarang pulangan kepada kaki judi.

Dan jika dihitung, peratusan untuk anda memenangi sebarang hadiah tersangatlah rendah iaitu 0.23% sahaja.

Dengan ini, syarikat-syarikat nombor ekor mempelbagaikan produk yang menawarkan hadiah bernilai jutaan ringgit sekali gus memberikan impian yang mungkin tak tercapai kepada mereka yang ingin bergelar jutawan segera.

Antara yang paling popular ketika ini termasuklah Jackpot 4D yang menawarkan hadiah minimum RM2 juta dan ke atas, kepada mereka yang berjaya membeli 2 set nombor 4 ekor yang muncul sebagai hadiah pertama, kedua dan ketiga dalam mana-mana cabutan.

Ia membuatkan terdapat 10 juta kombinasi nombor yang dijual kepada para kaki judi, memberikan peluang kemenangan yang lebih tipis daripada permainan biasa, iaitu hanya 0.00006% sahaja.

Bagi mereka yang berpijak pada bumi yang nyata sudah tentu melihat permainan nombor ekor ini sebagai pembaziran yang besar dan lebih teruk, ia akan menjadi tabiat buruk yang dibawa sehingga ke usia tua untuk menjadi seorang jutawan.

Hakikatnya, anda hanya menjadikan syarikat-syarikat ini untung besar, sementara kaki judi terus terkial-kial dengan harapan mahu menjadi kaya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, January 30, 2019

5 Perubahan Dunia Dalam Mengatasi Kemiskinan Pada Tahun 2018

5 Perubahan Dunia Dalam Mengatasi Kemiskinan Pada Tahun 2018

Hampir sebulan selepas 2018 melabuhkan tirai, data daripada pelbagai aspek mula dikeluarkan oleh badan utama termasuk Bank Dunia.

Mengatasi Kemiskinan

Tumpuan kepada kemiskinan tegar terus diberi penekanan di mana meskipun data menunjukkan penambahbaikan, namun isu itu dijangka akan tertumpu kepada satu wilayah sahaja iaitu Afrika Sub-Sahara.

Ini antara lima perkara dunia capai sepanjang 2018.

1. Kemiskinan tegar berada pada tahap terendah dalam sejarah

Pada 1990, lebih satu pertiga penduduk dunia berdepan kemiskinan tegar dengan pendapatan AS$1.90 (kira-kira RM7.80) sehari atau kurang.

Namun pada 2018, data terkini menunjukkan kadar kemiskinan tegar mencecah 10 peratus, terendah dalam sejarah.

Sejak tiga dekad lalu, sejumlah satu bilion penduduk dunia berjaya keluar dari kemiskinan tegar dengan separuh dari negara di dunia berjaya mengatasi masalah tersebut dan mempunyai data kemiskinan di bawah kadar 3 peratus.

Namun menurut Bank Dunia, lebih banyak perkara perlu dilakukan kerana sejumlah 736 juta orang masih hidup dalam kemiskinan tegar.

2. Kemiskinan tegar kini lebih tertumpu di Afrika Sub-Sahara

Jumlah penduduk miskin tegar di Afrika Sub-Sahara terus meningkat dari 278 juta pada 1990 kepada 413 juta pada 2018.

Pada tahun itu, Afrika Sub-Sahara menempatkan 27 daripada 28 negara paling miskin di dunia dengan jumlah miskin tegar tertinggi jika dibandingkan dengan jumlah miskin tegar seluruh dunia.

Nigeria dijangka melepasi India daripada segi jumlah penduduk miskin tegar tertinggi.

Di wilayah lain, kadar kemiskinan tegar berada di bawah 13 peratus, manakala Afrika Sub-Sahara berada pada 41 peratus.

Menurut laporan Kemiskinan dan Perkongsian Kemakmuran 2018, faktor mendorong peningkatan miskin tegar di wilayah itu adalah pertumbuhan ekonomi terlalu perlahan, konflik dan institusi yang terlalu lemah.

3. 68.5 juta penduduk dunia ‘dipaksa berpindah’

Menurut Agensi Pelarian Pelarian Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) sejumlah besar penduduk dunia ‘dipaksa berpindah’ disebabkan penganiayaan, konflik atu keganasan.

Sejumlah 25.4 juta pelarian direkodkan seluruh dunia dan ditempatkan di negara membangun serta negara maju seperti Jerman yang menempatkan 970,000 pelarian, kebanyakannya dari Syria.

Di negara membangun pula, Lubnan menempatkan jumlah pelarian terbesar per kapita di dunia, iaitu satu daripada empat pelarian Syria.

Menurut Organisasi Antarabangsa untuk Migran, Uganda menempatkan sejumlah 1 juta pelarian Sudan Selatan, Bangladesh pula menempatkan 1 juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar dan 3 juta orang meninggalkan Venezuela dan lari ke Colombia akibat krisis ekonomi.

Sejumlah 70 peratus dari pelarian ini hidup di bawah garis kemiskinan.

4. 91 peratus populasi dunia hidup di kawasan dengan kualiti udara rendah

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), 9 dari 10 penduduk dunia menyedut udara tercemar, data itu melibatkan 4,300 bandar dari 108 buah negara.

Sejumlah besar kawasan ini adalah di Wilayah Mediterranean Timur dan Asia Pasifik, diikuti Afrika dan Pasifik Barat.

Menurut data kualiti udara, 97 peratus bandar di negara berpendapatan rendah dan sederhana dengan lebih 100,000 penduduk, tidak memenuhi garis panduan kualiti udara WHO.

WHO menjangkakan 7 juta penduduk dunia mati setiap tahun akibat pencemaran udara di luar dan dalam rumah dengan 90 peratus kematian adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

5. Kekurangan nutrisi dan tumbesaran terbantut dikaitkan dengan sanitasi yang teruk

Lebih 2.6 bilion penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada tandas dan air bersih untuk tujuan membasuh dan minuman.

Sanitasi teruk mengorbankan 1.6 juta nyawa setiap tahun dan menyumbang kepada kebantutan kanak kanak.

Lebih 150 juta kanak-kanak di seluruh dunia terbantut susulan kekurangan nutrisi terhadap ibu ketika mengandung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Wednesday, December 12, 2018

5 Tuhan Yang Disembah Pengikut Ajaran Sesat Di Seluruh Dunia

5 Tuhan Yang Disembah Pengikut Ajaran Sesat Di Seluruh Dunia

Apabila sesuatu kepercayaan atau agama itu sudah berakar umbi sekian lama, sehingga berjaya membentuk satu atau dua generasi yang mewarisi kepercayaan ibu bapa mereka, memang amat sukar untuk mereka keluar daripada terus-menerus mempercayai apa yang telah mereka yakini.

Berikut adalah lima tuhan yang disembah pengikut ajarans esat di seluruh dunia, yang dapat kami kongsikan kepada anda.

1. Diego Maradona

Tuhan Maradona

Gerakan menyembah pemain bolasepak legenda Argentina memang wujud dan bukannya sekadar dongeng.

Gerakan yang dinamakan sebagai 'Iglesia Maradoniana' merupakan sebuah kepercayaan yang menjadikan Diego Maradona sebagai ikutan.

Ditubuhkan pada tahun 1998 sempena hari kelahiran ke 38 Diego, bermula dengan tiga orang kawan karib, kepercayaan ini berkembang kepada 200 orang ribu setakat ini.

Kepercayaan pengikut mereka juga unik dan semuanya mestilah mengangkat Diego Maradona sebagai fokus. Nama tengah mereka haruslah ditukar kepada 'Diego', anak pertama mereka harus dinamakan 'Diego' dan mereka tidak boleh berkata yang tidak baik terhadap Diego.

Perayaan Krismas mereka disambut setiap 29 Oktober dan mereka menggunakan sistem kalendar sendiri yang bermula pada hari kelahiran Diego Maradona.

2. UFO

Sembah UFO

Tahukah anda memang ada kelompok-kelompok manusia di dunia yang menyembah UFO? Bukan satu atau dua kepercayaan yang meletakkan UFO dan makhluk asing sebagai 'Pencipta' mereka, bahkan wujud banyak sebenarnya kepercayaan serupa.

Dengan nama seperti Komuniti Aetherius, Heaven's Gate, Universal Church of the New World Comforter dan banyak lagi jenis kepercayaan, kebanyakannya meletakkan kepercayaan bahawa kita semua dicipta oleh makhluk asing atau sebenarnya makhluk asing.

Cabang kepercayaan terbesar yang percaya konsep ketuhanan ini adalah sebuah gerakan yang bernama Raelism, diasaskan pada tahun 1974 oleh seorang lelaki bernama Claude Vorilhon.

Pengikut gerakan ini dikatakan berada di seluruh dunia, mempopularkan konsep kepercayaan unik mereka dan dianggarkan seramai 100,000 orang semuanya.

3. Punggung wanita yang besar

Punggung wanita

Ya, kami tidak bergurau. Memang ada kepercayaan yang menjadikan punggung wanita yang besar sesuatu yang disembah! Gerakan yang dinamakan sebagai The Church of Adonitology merupakan sebuah gerakan kepercayaan baru, hanya bermula pada tahun 2012-2013 selepas seorang individu yang menamakan dirinya sebagai 'Prophet Adonis; mengaku didatangi 'malaikat' yang memintanya memulakan agama baru menyembah punggung besar wanita.

Selain daripada permintaan itu, 'malaikat' tersebut juga meminta beliau menulis kitab bagi rujukan pengikut mereka yang dinamakan The Book of Adonai.

Dikatakan pengikut-pengikut mereka sangat meminati penyanyi Nicky Minaj disebabkan wanita itu mempunyai punggung yang mereka rasakan sesuai untuk disembah.

4. Motorsikal

Sembah Motorsikal

Di India, sebuah motorsikal berjenama Royal Enfield berkuasa 350cc disembah oleh penduduk-penduduk di daerah Jodhpur, kerana mereka percaya sesiapa yang tidak datang meminta restu motorsikal itu setiap hari akan menerima nasib malang.

Motorsikal model 'Bullet' itu digelarkan penduduk sebagai 'Bullet Baba' dan kisah bagaimana penduduk di sana menyembah motorsikal ini agak menarik.

Pemilik asalnya, seorang lelaki bernama Om Banna, anak kepada ketua kampung mereka mati dalam kemalangan melibatkan motorsikal tersebut selepas melanggar sebatang pokok.

Pihak polis menunda motorsikal tersebut balik ke balai namun keesokannya menemui motorsikal itu telah kembali ke kawasan kemalangan.

Kali kedua pihak polis menunda motorsikal itu kembali, kejadian sama berulang lagi, jadi penduduk di situ menganggap ada kuasa mistik yang menyebabkan kejadian itu berulang.

Mereka mula mendirikan tugu untuk motorsikal tersebut di kawasan berlakunya kemalangan dan terus mengamalkan kepercayaan mereka sehingga ke hari ini.

5. Vladimir Putin

Vladimir Putin dianggap tuhan

Bagi sekumpulan komuniti yang tinggal di Bolshaya Yelnia, Russia, beliau adalah jelmaan semula Paul the Apostle.

Ditubuhkan pada tahun 2007 oleh seorang wanita bernama Svetlana Frolova, beliau mengatakan beliau menerima mesej daripada Tuhan yang menerangkan kepadanya berkenaan penjelmaan-penjelmaan Vladimir Putin sebelum itu.

Selain daripada Paul the Apostle, Putin juga dipercayai mereka sebagai Putera Vladimir of Rus yang mengasaskan Gereja Ortodoks Russia satu millenia sebelum ini.

Vladimir Putin menolak pelawaan mereka untuk dijadikan sembahan namun tidak ada yang dapat menghalang mereka daripada percaya bahawa Vladimir Putin adalah individu yang ditugaskan menyediakan mereka untuk kelahiran semula Jesus Christ.

Untuk rekod, tidak ada lagi pemimpin Russia yang disembah seperti beliau sebelum ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Saturday, November 24, 2018

5 Penemuan Tidak Sengaja Yang Menjadikan Pemiliknya Menjadi Jutawan

5 Penemuan Tidak Sengaja Yang Menjadikan Pemiliknya Menjadi Jutawan

Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak dapat diduga oleh sesiapa pun, namun yang pasti semua di antara kita menyimpan hasrat untuk berjaya di masa hadapan.

Begitulah apa yang terjadi kepada senarai-senarai di bawah di mana penemuan tak sengaja mereka memberikan pulangan yang tersangat lumayan dan merubah segala-galanya.

1. Saham Coca-Cola

Saham Coca-Cola

Jika difikirkan sejenak, bermain saham adalah seperti berjugi. Jika anda bernasib baik, anda boleh kaya dengan sekelip mata tetapi jika sebaliknya, anda akan menanggung rugi besar.

Hanya mereka yang mempunyai mentaliti kuat sahaja boleh kekal dalam perniagaan saham. Seperti yang dilakukan oleh Tony Marohn, tak ada siapa dapat menjangkakan hanya dengan RM20, beliau menjadi tersangat kaya pada hari ini.

Ia bermula apabila Tony membeli sebuah kotak berisi dokumen-dokumen dengan harga RM20. Selepas diperiksa, Tony mendapati bahawa di dalam kotak tersebut terdapat sijil 1,625 saham dalam Palmer Union Oil.

Dia kemudiannya mencari maklumat mengenai syarikat tersebut dan mendapati bahawa Palmer Union Oil telah bergabung dengan beberapa syarikat lain.

Rupa-rupanya, dengan pembelian kotak RM20 tersebut, Tony telah memiliki sejumlah kecil saham dalam syarikat gergasi dunia, iaitu Coca-Cola, yang mana nilainya mencecah RM544 juta.

2. Mutiara luar biasa

Mutiara luar biasa

Terdapat pepatah mengatakan jika anda sabar, maka Tuhan akan membuka jalan untuk anda. Pepatah ini boleh diterapkan dalam kehidupan kita terutama ketika bekerja. Jika kita berniat baik dan sabar dalam bekerja, pasti satu hari nanti kita akan berjaya.

Itulah yang berlaku kepada nelayan dari Filipina yang telah menjumpai sesuatu yang telah mengubah nasib hidupnya selama-lamanya.

Adalah menjadi rutin harian bagi seorang nelayan untuk menjala ikan dan pada tahun 2006, nelayan ini memutuskan untuk menjala di Pulau Palawan.

Secara tak sengaja, sauh nelayan tersebut tersangkut pada sesuatu membuatkannya terpaksa turun ke dalam air untuk memeriksa.

Rupa-rupanya, sauhnya tersangkut pada tiram gergasi, yang membawa kepada penemuan mutiara yang luar biasa.

Tanpa mengetahui nilainya, nelayan tersebut menyimpan mutiara tersebut di bawah katilnya sebagai pembawa nasib yang baik.

10 tahun kemudian, mutiara ini mendapat perhatian orang ramai dan setelah diteliti, mutiara yang bersaiz 30 sentimeter lebar dan 67 sentimeter panjang dengan berat 34 kilogram tersebut dianggarkan bernilai melebihi RM418 juta.

3. Patung aksi untuk Tsar Nicholas II

Tsar Nicholas II

Patung aksi atau action figure secara amnya tidaklah sama dengan mainan kanak-kanak. Ramai orang yang tersalah anggap dan menyamakan patung aksi ini sebagai alat permainan.

Patung aksi mempunyai rupa bentuk seperti alat permainan tetapi ia bertujuan untuk dipamerkan. Mengumpul patung aksi juga menjadi salah satu hobi menarik yang boleh menjana pendapatan lumayan.

Namun, bagi George dan Betty Davis dari New York, mereka beranggapan tidak ada sesiapa yang menyangka patung aksi boleh menjadi sumber pendapatan.

Ketika mereka ingin membuang sampah dari rumahnya, pasangan ini telah menjumpai patung aksi yang menurut jangkaan mereka mempunyai nilai yang tinggi dan jangkaan tersebut adalah tepat.

Rupa-rupanya, patung aksi tersebut adalah buatan Faberge Jewelry yang ditujukan khas untuk bekas raja Rusia, Tsar Nicholas II.

"Sampah" tersebut telah berjaya dijual dalam satu acara lelongan dengan harga mencecah RM21.8 juta.

4. Hoxne Hoard

Penemuan Tidak Sengaja

Di antara salah satu daripada peninggalan Empayar Rom yang paling berharga dikenali sebagai Hoxne Hoard, dalam bentuk koleksi emas dan perak.

Peninggalan yang boleh dikatakan sebagai harta karun ini telah ditemui secara tidak sengaja di Great Britain pada tahun 1992 di Hoxne, Suffolk.

Ketika itu, seorang petani bernama Peter Whatling yang baru sahaja kehilangan tukulnya telah meminta bantuan daripada rakannya Eric Lawles untuk mencarinya.

Dengan pengesan logam, Eric menemui longgokan syiling emas dan perak, beserta dengan beberapa barang kemas dan sudu. Mereka juga dengan segera melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis dan kerajaan tempatan.

Keesokan harinya, harta karun yang ditemui itu diisytiharkan bernilai RM7.3 juta, yang mana kerajaan bersedia untuk memberikannya kepada Eric Lawles.

Eric memutuskan untuk membahagikan wang tersebut sama rata dengan Peter Whatling, menjadikan mereka jutawan segera. Kini koleksi Hoxne Hoard dipamerkan di Muzium British.

5. Komik Pertama Superman

Komik Pertama Superman

Penulis yakin ramai pembaca di sini suka membaca komik adiwira dan sudah tentu anda tahu tentang komik-komik oleh DC Comics dari Amerika Syarikat kan?

DC Comics adalah syarikat penerbitan popular yang telah mencipta pelbagai watak adiwira terkenal seluruh dunia termasuklah Superman, Batman, Wonder Woman, Green Lantern dan ramai lagi.

Komik pertama yang menjadi komik aksi pertama terbitan DC Comics pada tahun 1938, merupakan komik paling berharga dan dicari-cari oleh para pengumpul. Komik tersebut memaparkan kemunculan awal Superman.

Satu naskah komik tersebut yang berada dalam keadaan baik telah dijual di eBay pada tahun 2014 dengan harga RM12.6 juta.

Dan terdapat seorang individu yang sangat bernasib baik telah menjumpai komik berharga ini yang digunakan sebagai bahan isian dalam dinding rumah barunya.

Walaupun keadaan komik tersebut tidak begitu baik, namun ia masih sangat berharga, mencecah harga RM732,000.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Saturday, October 06, 2018

5 Negara Pasukan Polis Paling Brutal Di Dunia

5 Negara Pasukan Polis Paling Brutal Di Dunia

Unit pasukan polis dalam sesebuah negara diwujudkan adalah bertujuan untuk menjaga keamanan negara dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kekacauan yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam.

Pekerjaan sebagai seorang anggota polis adalah sangat berisiko dan kesanggupan mereka untuk menggadai nyawa demi kesejahteraan orang awam adalah sesuatu yang mulia dan terpuji.

Namun, terdapat segelintir anggota polis yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas telah menyebabkan nama anggota polis menjadi buruk.

Lebih parah lagi, jika seluruh unit polis itu sendiri yang gagal menjadi pelindung, sebaliknya menjadi ancaman kepada rakyat jelata.

Kami ingin berkongsi 5 negara yang mempunyai pasukan polis yang paling ganas dan kejam di atas muka bumi.

1. Amerika Syarikat

5 Negara Pasukan Polis Paling Brutal Di Dunia

Kadar keganasan yang ditunjukkan oleh anggota polis Amerika Syarikat meningkat terutamanya selepas insiden pengeboman 9/11, kesan daripada kejadian yang mengorbankan hampir 3,000 mangsa itu menjadi titik permulaan keganasan yang mana digunakan alasan sebagai memerangi keganasan.

Pihak polis di negara ini diberikan imuniti dan menjadi kebal terhadap hak undang-undang dan sivil orang awam.

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pembunuhan oleh pihak polis hanya kerana mereka "meragui" terdapat kegiatan jenayah.

Ramai nyawa yang tidak bersalah terbunuh akibat hukuman selepas perbicaraan yang berat sebelah kerana pihak polis menggunakan kekebalan berhubung hak-hak sivil dalam usaha mereka memerangi keganasan dan ramai di antara mangsa mereka adalah orang kulit hitam dan juga orang Islam.

Orang yang tidak bersalah dibunuh atau dibunuh selepas perbicaraan berat sebelah kerana pihak polis menunjukkan kekebalan berhubung dengan hak-hak sivil ketika mereka berperang melawan keganasan.

Pada 5 Julai 2016, seorang lelaki berkulit hitam, Alton Sterling, telah ditembak 7 kali dari jarak dekat sehingga mati kerana dikatakan menjual CD dan mengugut seseorang menggunakan pistol.

2. Afrika Selatan

5 Negara Pasukan Polis Paling Brutal Di Dunia

Jika diingatkan kembali dalam kejadian pada tahun 1998 di mana polis Afrika Selatan melepaskan anjing untuk menyerang pendatang tanpa izin adalah sangat ganas, namun ia tidak dapat dibandingkan dengan keganasan yang berlaku tahun-tahun kemudian.

Kematian yang disebabkan oleh polis Afrika Selatan meningkat setiap tahun dan jika saman sivil dilakukan terhadap polis, wang kerajaan Afrika Selatan akan habis di mahkamah sahaja.

Pada tahun 2010 hingga 2011 purata sebanyak 2 kematian dilaporkan setiap hari atau sejumlah 797 nyawa terkorban di dalam kawalan polis atau disebabkan oleh tindakan polis.

Satu insiden yang telah menyebabkan dunia mengetahui keganasan polis Afrika Selatan telah berlaku pada tahun 2011 di mana seorang lelaki, Andries Tatane, telah dipukul dan ditembak menggunakan peluru getah oleh 6 pegawai polis sehingga mati.

Jumlah kes penyeksaan dan rogol oleh polis beruniform meningkat setiap tahun dan pada tahun 2016 sahaja, sebanyak 244 kes kematian dan 124 kes rogol dilaporkan dilakukan oleh pihak polis.

Sebanyak 145 kes penyeksaan oleh pihak polis dilaporkan pada tahun sama.

3. Mesir

5 Negara Pasukan Polis Paling Brutal Di Dunia

Rejim semasa berpendapat bahawa kelonggaran Hosni Mubarak menyebaban kerajaan digulingkan oleh itu mereka ingin menjadi sebaliknya.

Menurut Nadeem Centre, pada tahun 2015, sebanyak 600 penyeksaan tempatan berlaku dan 40,000 penangkapan dibuat. 1,265 daripadanya hilang manakala 267 lagi dilaporkan dibunuh. Semua ini dilakukan untuk menyokong rampasan kuasa oleh Abdel Fattah el-Sisi.

NGO menganggarkan beratus-ratus penyeksaan berlaku setiap hari di Cairo sahaja yang kebanyakannya menggunakan renjatan elektrik bagi memaksa mangsa untuk mengaku salah.

Sehinggakan peguam hak asasi dilaporkan diserang dan dipukul ketika melawat anak guam mereka sendiri.

Sebab utama bermula lama dahulu sebelum berlakunya Arab Spring. Polis menjadi alat untuk menindas rejim terdahulu dan tabiat ini sukar untuk dibuang sehingga berjangkit ke hari ini.

Ditambah lagi dengan kurangnya latihan dan disiplin serta kekurangan anggota menyebabkan isu pihak polis mengendalikan saspek dan banduan dengan ganas seolah-olah tidak pernah berakhir.

4. Rusia

5 Negara Pasukan Polis Paling Brutal Di Dunia

Keganasan dan pembunuhan yang berlaku ketika berada dalam pengawasan polis Rusia sangat lazim sehinggakan ia sangat jarang dilaporkan.

Pengetahuan mengenai keganasan polis Rusia oleh negara luar hanya berlaku tidak lama dahulu.

Antara dakwaan terhadap polis Rusia termasuklah penyeksaan dan pembunuhan seorang wartawan di Tomsk dan siri tembakan, memukul dan menyeksa orang awam.

Orang awam terdedah dengan keganasan polis yang menggunakan apa sahaja cara untuk mengembalikan kuasa mereka.

Kes yang masih diingat sehingga kini adalah pemain drum sebuah kumpulan muzik, Sergei Pestov yang ditahan oleh polis kerana disyaki mempunyai dadah.

Polis mendakwa Sergei telah dilepaskan malam sebelumnya namun aktivis hak asasi menafikannya dan keesokan harinya, isteri Sergei terpaksa mengenal pasti mayatnya.

5. Brazil

5 Negara Pasukan Polis Paling Brutal Di Dunia

Polis di Brazil adalah sangat ganas dan ekstrem sehinggakan pembunuhan orang awam oleh polis adalah perkara biasa apabila mereka ingin mengawal rusuhan dan kerja-kerja haram.

Serbuan terhadap kumpulan pengedar dadah dilakukan seperti operasi ketenteraan dengan penggunaan senjata berat.

Pihak polis Brazil mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk mengawal sesuatu situasi mengikut kehendak mereka.

Menurut United Nations, seramai 3 orang secara purata dibunuh setiap hari oleh penguatkuasa undang-undang di Rio de Janeiro.

Juga dikatakan adalah menjadi kelaziman bagi pihak polis sengaja meletakkan bukti bagi memerangkap seseorang yang mereka rasakan tidak baik untuk masyarakat.

Mereka juga bersikap perkauman terhadap orang kulit hitam dan membunuh golongan ini yang menurut laporan, hampir kesemua pembunuhan oleh pihak polis dilaporkan sebagai mempertahankan diri.

Namun, dengan menggunakan keganasan untuk mengawal keganasan tidak dapat meredakan apa-apa, sebaliknya ramai juga pihak polis yang terkorban.

Pada tahun 2004, 52 orang pegawai polis telah terbunuh ketika bertugas dan ramai lagi yang mati di luar tugas.

***

Terima kasih PDRM kerana menjaga keamanan dan kesejahteraan negara kita dengan baik. Semoga jasa kalian dibalas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Friday, October 05, 2018

5 Lubuk Pusar Paling Berbahaya Di Dunia

5 Lubuk Pusar Paling Berbahaya Di Dunia

Lubuk pusar, air pusar atau pusaran air ialah sejenis jasad air yang berpusar, lazimnya terhasil oleh pasang surut lautan. Kebanyakan besar lubuk pusar tidak begitu kuat; yang teramat kuat digelar maelstrom, manakala Vorteks ialah istilah yang tepat untuk sebarang lubuk pasar yang beraliran turun.

Lubuk pusar yang amat kecil mudah diamati pada takung mandi atau singki yang sedang mengalirkan air, tetapi ini terhasil dengan cara yang amat berbeza dengan lubuk pusar semula jadi. Lubuk pasar yang kecil juga terdapat di kebanyakan tapak air terjun.

Bagi air terjun besar seperti Niagara Falls, lubuk pusarnya mungkin agak kuat. Lubuk pusar yang paling kuat terhasil dalam selat yang sempit dan cetek dengan air yang mengalir deras.

5 lubuk pusar yang terkuat di dunia ialah:

1. Saltstraumen

Saltstraumen Whirlpools

Terletak di daerah Bodø, Norway yang mencapai kelajuan 37 km/h (23 mph).

2. Moskstraumen

Moskstraumen Whirlpools

Terletak berhampiran kepulauan Lofoten di Norway yang mencapai kelajuan 27.8 km/h (17.3 mph).

3. Old Sow

Old Sow Whirlpools

Terletak di Eastport, Maine, Amerika Syarikat yang mencapai kelajuan 27.6 km/h (17.1 mph).

4. Naruto

Naruto Whirlpools

Terletak di Jepun, yang mencapai kelajuan 20 km/h (12 mph).

5. Corryvreckan

Corryvreckan Whirlpools

Terletak di Scotland yang mencapai kelajuan 18 km/h (11 mph).

***

Lubuk pusar yang besar telah meragut nyawa pelaut yang kurang bernasib baik, tetapi kekuatan itu sering dibesar-besarkan oleh orang ramai. Hampir sama sekali tiadanya kisah yang mana kapal besar ditelan oleh lubuk pusar.

Kejadian yang paling hampir dengan itu barangkali adalah lubuk pusar sementara yang menyedut sebahagian Tasik Peigneur di New Iberia, Louisiana, Amerika Syarikat ekoran satu kemalangan ketika menggerudi pada tahun 1980.

Ini bukan lubuk pusar semula jadi, tetapi sebuah bencana buatan manusia yang disebabkan memecah bumbung lombong garam.

Natijahnya, tasik itu bertindak seakan-akan takungab mandi gergasi yang sedang mengalirkan airnya keluar, sehingga lombong itu diisi penuh dan takat air tenang semula.

Biarpun terdapat perahu dan semitreler yang tersedut ke dalamnya, tiada nyawa yang terkorban.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Wednesday, October 03, 2018

5 Negara Yang Rakyatnya Digelar Pelancong Paling Teruk Di Dunia

5 Negara Yang Rakyatnya Digelar Pelancong Paling Teruk Di Dunia

Melancong kini merupakan hobi yang amat mudah untuk dilakukan, asalkan seseorang itu mempunyai kemampuan kewangan.

Perjalanan untuk melancong sudah menjadi lebih murah berikutan pengenalan sistem penerbangan kos rendah yang mampu membuatkan sesiapa saja mampu terbang.

Walau bagaimanapun, ada juga golongan yang seeloknya dibiarkan saja di negara asal mereka tanpa dibenarkan terbang.

Berikut adalah 5 negara yang rakyatnya mempunyai reputasi paling buruk sebagai pelancong di luar negara mereka, kerana tabiat kurang hormat serta tidak mampu menjaga kelakuan ketika berada di negara orang lain.

1. China

5 Negara Yang Rakyatnya Digelar Pelancong Paling Teruk Di Dunia

Kita semua tahu pelancong China mempunyai reputasi yang sangat buruk, berikutan beberapa kejadian yang memalukan seperti berebut udang yang dihidangkan secara buffet, membiarkan anak kencing merata-rata, tidak tahu menjaga kelakuan dan yang terbaru, kencing di bahagian wuduk surau di negara kita!

Namun, kita harus bersikap adil - banyak kes berlaku melibatkan pelancong China kerana jumlah mereka yang terlalu ramai dan juga kemampuan mereka melancong yang semakin tinggi, menyebabkan lambakan jumlah pelancong dari China ke kebanyakan negara.

Tetapi bukan semua yang membawa sikap tidak bertamadun, bukan?

Kerajaan China sendiri merasa malu dengan perangai segelintir mereka ini yang memburukkan imej negara mereka dan membenarkan mana-mana individu yang berjaya merakamkan aksi memalukan pelancong China untuk ditayangkan di televisyen mereka.

2. Britain

5 Negara Yang Rakyatnya Digelar Pelancong Paling Teruk Di Dunia

Negara kita dikejutkan dengan berita seorang wanita Britain bernama Eleanor Hawkins yang menanggalkan pakaian semasa berada di atas Gunung Kinabalu.

Eleanor mengaku bersalah serta memohon maaf atas kejadian tersebut namun apa yang telah berlaku pasti meninggalkan persepsi buruk kita terhadap pelancong Britain.

Kes-kes melibatkan pelancong British juga sebenarnya tidak banyak beza dengan apa yang dilakukan oleh pelancong China malahan lebih teruk lagi.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Kementerian Luar UK, 7 daripada 100 orang pelancong mereka mengaku mengadakan hubungan seks di tempat terbuka dan 20 daripada 100 orang mengaku pernah berlari bogel atau menayangkan punggung di khalayak ramai.

Masalah yang paling kerap berlaku melibatkan pelancong Britain adalah apabila mabuk, mereka gemar mencari gaduh dengan penduduk tempatan menyebabkan keadaan mudah menjadi lebih ganas.

Pada tahun 2009, seorang remaja Britain bernama Thomas Strong menayangkan zakarnya di depan tugu Mustafa Kemal Atarturk sambil memaki beliau tanpa sebab.

Nasib baiklah penduduk tempatan memanggil polis dan tidak membelasahnya di situ.

3. Amerika Syarikat

5 Negara Yang Rakyatnya Digelar Pelancong Paling Teruk Di Dunia

Ramai pelancong Amerika Syarikat berkunjung ke negara-negara lain dengan membawa satu mentaliti yang sukar untuk diterima ramai, "aku nak apa aku nak dan aku perlu dapat apa yang aku nak dapat."

Dalam kajian melibatkan pelancong Amerika Syarikat, 64 peratus di antara mereka mengaku kencing dalam kolam renang awam, 69 peratus mengaku mencuri daripada hotel dan 13 peratus mengaku mereka tidak membayar caj yang dikenakan pada mereka.

Beberapa kes melibatkan rakyat mereka juga membuktikan teruknya perangai mereka ini.

Sebagai contoh kes melibatkan seorang individu bernama Steve Cho, warga New York yang menanggalkan pakaiannya lalu berjalan-jalan di sekeliling lapangan terbang Phuket, sambil membaling tahinya sendiri kepada petugas yang cuba mententeramkan beliau yang sedang mengalami masalah akibat pengambilan berlebihan viagra.

4. Rusia

5 Negara Yang Rakyatnya Digelar Pelancong Paling Teruk Di Dunia

Pelancong Rusia mempunyai tabiat yang sangat-sangat menjengkelkan sehinggakan kerajaan Russia sendiri terpaksa bertindak menerbitkan risalah panduan melancong bagi rakyat mereka.

Dalam risalah tersebut diletakkan nasihat-nasihat yang perlu dipatuhi oleh pelancong Rusia berikutan beberapa insiden yang pernah berlaku sebelum itu.

Antaranya, jangan panggil orang kulit hitam 'negro', sekiranya melawat Kenya, jangan sama sekali membandingkan rakyat Kenya dengan monyet dan banyak lagi panduan lain.

Jangan ingat orang luar saja kurang senang dengan pelancong Rusia, orang Rusia sendiri kurang gemar dengan sikap pelancong domestik mereka.

Dalam kajian tahun 2013, 42 peratus penduduk Rusia menyampah dengan masyarakat mereka yang berkunjung ke daerah lain di dalam Rusia untuk melancong.

Terkenal dengan sikap kasar mereka serta tidak mempedulikan orang lain, kes-kes melibatkan pelancong Rusia sudah banyak kali dilaporkan.

5. Jerman

5 Negara Yang Rakyatnya Digelar Pelancong Paling Teruk Di Dunia

Jerman terkenal sebagai sebuah negara maju yang mempunyai sistem masyarakat yang baik.

Walau bagaimanapun, pelancong dari negara mereka tetap tidak boleh lari daripada dilabelkan sebagai antara kumpulan pelancong paling bermasalah di seluruh dunia.

Pelancong dari Jerman pula boleh dilabelkan dengan tiga ayat ringkas, "berlagak, membosankan dan suka berbogel."

Dilabelkan paling kerap berbogel semasa bercuti, pelancong Jerman mempunyai peratusan paling tinggi untuk tidak memakai seurat benang pun dibandingkan dengan pelancong negara lain tak kiralah di pantai atau pun di dalam kapal layar.

Salah satu tabiat pelancong Jerman yang menjadi budaya mereka sehingga menjengkelkan orang lain, adalah budaya meletakkan tuala pada kerusi di tepi kolam sebagai tanda itu tempat mereka pada awal pagi.

Mereka kemudiannya akan bersiar-siar terlebih dahulu, pergi bersarapan atau membuat aktiviti sebelum kembali ke kolam.

Sekiranya mereka melihat tempat yang mereka 'tandakan' telah diambil, pergaduhan pasti akan berlaku.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sunday, September 30, 2018

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Selain daripada bencana alam dan penyakit maut, pembunuhan sesama manusia merupakan antara penyebab kematian manusia tertinggi.

Beberapa buah negara masih mempunyai kadar pembunuhan yang sangat tinggi. Kami ingin kongsikan 5 buah negara dengan kadar pembunuhan paling tinggi di dunia.

1. Honduras

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Honduras yang mempunyai populasi 8.25 juta penduduk, adalah negara dengan kadar pembunuhan tertinggi di dunia setakat ini.

Kadar purata 90.4 pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk negara ini. Angka ini bermakna, setiap 1 dalam 1,000 penduduk Honduras, berisiko untuk dibunuh.

Dan disebabkan Honduras adalah destinasi pelancongan yang sangat popular, pelancong sering menjadi sasaran pelbagai jenayah kejam dan ganas.

Jadi, jika Honduras berada dalam senarai lokasi pelancongan, mungkin anda patut batalkan saja.

2. Venezuela

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Terletak di pantai utara Amerika Selatan, Venezuela bukan sahaja terkenal sebagai salah satu pengeksport utama minyak di dunia, tetapi juga sebagai negara dengan pembunuhan yang sangat berleluasa.

Pada tahun 2017, hanya 19% daripada penduduk tempatan berasa selamat ketika berjalan bersendirian pada waktu malam.

Mereka mempunyai sebab kuat untuk berasa begini, iaitu setiap tahun lebih daripada 5 dalam 10,000 orang telah terbunuh di Venezuela dan angka ini semakin bertambah dalam 10 tahun yang lepas.

3. Belize

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Dengan keluasan 22,800 kilometer persegi dan populasi sekitar 340,000 orang, Belize adalah negara yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di Amerika Tengah.

Walaupun keindahan semula jadi dan hidupan liarnya adalah sangat menakjubkan, namun negara ini jauh daripada status negara yang selamat untuk didiami.

Kadar pembunuhan yang tinggi iaitu hampir 4.5 pembunuhan bagi setiap 10,000 menjadikan Belize sebagai antara negara paling berbahaya di dunia.

Pembunuhan sangat kerap berlaku di Belize City di mana pada tahun 2007, separuh daripada jumlah pembunuhan pada tahun itu berlaku di daerah ini.

4. El Salvador

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Teruk terjejas akibat perang saudara yang sangat panjang dan dahsyat dari tahun 1979 hingga 1992, El Salvador adalah negara Amerika Tengah dan rumah kepada kira-kira 6.4 juta orang.

Kadar pembunuhan yang sangat tinggi di negara ini dibuktikan oleh jenayah berkaitan dengan gangster dan golongan bawah umur yang sangat kerap berlaku.

Pada tahun 2004, setinggi 60% daripada pembunuhan yang berlaku di Salvador dilakukan oleh kumpulan-kumpulan gangster tempatan yang bersaing untuk mendapatkan kuasa dan kawasan.

5. Guatemala

5 Negara Dengan Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia

Guatemala adalah negara yang mempunyai penduduk tertinggi di Amerika Tengah, iaitu seramai 16 juta orang.

Purata kira-kira 100 pembunuhan berlaku setiap bulan. Hampir 40 pembununuhan berlaku dalam setiap 100,000 orang penduduk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi