Saturday, September 29, 2018

5 Air Pancut Paling Mahal Di Dunia

5 Air Pancut Paling Mahal Di Dunia

Di sesetengah tempat, air pancut biasanya dijadikan sebagai perhiasan sampingan terutamanya di hadapan bangunan-bangunan besar ataupun taman-taman awam.

Ianya menjadi tempat untuk menenangkan fikiran sambil bersantai walau bagaimanapun, ada juga sesetengah tempat dimana air pancut dibina sebagai tarikan untuk menarik pelancong luar.

Air pancut yang dibina untuk pertunjukan seperti di Masjid Jamek bukan sahaja cantik, malah ianya diiringi irama bunyi yang pastinya menarik perhatian pelancong.

Kali ini kami ingin berkongsi senarai 5 binaan air pancut termahal di dunia. Air pancut yang kami senaraikan ini bukan sahaja mahal, tapi juga cantik.

1. The Dubai Fountain - USD218 juta

The Dubai Fountain

Dubai sememangnya terkenal sebagai negara yang kaya dengan hasil minyak yang banyak, maka tidak hairanlah mereka mampu menghabiskan wang sebanyak ini semata-mata untuk pembinaan air pancut.

Air pancut ini boleh mengeluarkan air setinggi 900 kaki, membolehkannya mendapat status sebagai air pancut tertinggi di dunia.

Ianya terletak di Tasik Burj Khalifa, iaitu sebuah tasik buatan manusia yang terletak di tengah-tengah bandar Dubai.

2. Bellagio Fountain - USD40 juta

Bellagio Fountain

Kota Las Vegas sememangnya terkenal sebagai pusat hiburan dan kasino, maka tidak hairanlah disana terdapat juga binaan air pancut termahal di dunia yang dikenali sebagai Bellagio Fountain.

Dibina pada tahun 1998, ianya menjadi lokasi popular di Las Vegas untuk melangsungkan perkahwinan.

Air pancut ini dibina di kawasan seluas 9 ekar tasik buatan manusia di Las Vegas. Kira-kira 4400 buah lampu dan 1200 saluran air digunakan untuk menghasilkan corak air pancut yang menarik.

Setiap persembahan air pancut juga diiringi dengan irama lagu popular mengikut corak air pancut.

3. The Fountain of Wealth - USD6 juta

The Fountain of Wealth

Berada dalam tangga ketiga dalam senarai air pancut paling mahal ini adalah The Fountain of Wealth yang terletak di negar jiran negara, Singapura.

Ianya siap dibina pada tahun 1995 dan pada 1998, telah diisytiharkan oleh Guinness Record sebagai air pancut terbesar di dunia.

Air pancut ini terletak di Suntec City, iaitu pusat membeli-belah terbesar di Singapura. Kawasan air pancut ini meliputi kawasan seluas 1700 meter persegi dan mempunyai ketinggian 14 meter.

Pada waktu pagi, air pancut ini ditutup tetapi pengunjung boleh melihat air pancut kecil yang terdapat di tengah-tengah air pancut ini.

Pada waktu malam pula, pengunjung boleh melihat pertunjukan air pancut pada pukul 8 hingga 9 malam setiap hari.

4. Multimedia Fountain Roshen - 1.5 juta EURO

Multimedia Fountain Roshen

Air pancut ini terletak di Ukraine dan merupakan air pancut terbesar di Eropah. Projek pembinaan air pancut ini menelan belanja kira-kira RM6.34 juta dan siap dibina pada tahun 2011.

Air pancut ini terkenal dengan persembahan air pancut yang unik diiringi lampu laser, unjuran 3D dan alunan muzik.

Walau bagaimanapun, persembahan air pancut disini hanya boleh dilihat sepanjang awal April hingga penghujung Oktober.

5. Buckingham Fountain - USD750,000 juta

Buckingham Fountain

Air pancut Buckingham merupakan antara tarikan utama pelancong di Chicago, Amerika Syarikat.

Ianya siap dibina pada tahun 1927 dimana kos pembinaanya pada waktu tersebut dianggarkan RM3.2 juta.

Ianya juga merupakan antara air pancut terbesar dunia dimana corak air pancut ini diinspirasikan daripada bentuk kek kahwin bertingkat.

Persembahan air pancut disini boleh dilihat sepanjang bulan April hingga Oktober dan pada musim salji, ianya akan dihiasi dengan pertunjukan lampu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Saturday, September 22, 2018

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Sejak beratus-ratus tahun dahulu, peta dunia telah berubah dengan drastiknya dengan penggabungan dan pemecahan negara-negara, antaranya adalah penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur, dan perpecahan Yugoslavia kepada Croatia, Slovenia, Republik Macedonia, Bosnia dan Herzegovina, Serbia, Montenegro dan Kosovo.

Malaysia juga tidak terkecuali apabila terdapat desas-desus mengatakan Johor ingin keluar dari Malaysia dan menubuhkan negara sendiri. Harap-harap perkara ini tidak berlaku.

Kali ini kami ingin berkongsi 5 negara yang bakal wujud dalam masa beberapa tahun akan datang.

1. Independent Scotland

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Scotland hampir-hampir berpisah dengan United Kingdom apabila satu undian dibuat pada tahun 2014. Dalam undian itu 55% daripada rakyat Scotland mengundi untuk Scotland masih berada dalam UK.

Walau bagaimanapun, undian tersebut juga menunjukkan bahawa kuasa nasionalisma sudah bangkit dan amat kuat.

Dan dalam pilihanraya umum UK pada tahun 2015, Scottish National Party (SNP) menjadi parti ke-3 terbesar di UK apabila memenangi hampir kesemua kerusi di Scotland dan semenjak itu, ancaman referendum kedua semakin menjadi-jadi.

Pencetus terbesar Scotland akan keluar dari UK adalah keputusan UK untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Disebabkan keinginan Scotland yang ingin kekal dalam EU, parti SNP telah berjanji akan melakukan referendum kedua dalam masa 2 tahun dan ini membuatkan Scotland mungkin akan menjadi negara baru dalam abad yang akan datang.

Jika benar-benar berlaku, Independent Scotland akan bergantung kepada harga minyak kerana sumber utama mereka adalah minyak laut utara. Negara ini akan menjadi sangat kaya jika harganya stabil dan jika tidak, ia akan musnah menjadi seperti Greece.

2. Independent London

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Ya, jangan terkejut. Scotland bukanlah satu-satunya bahagian di UK yang mana penganalisa meramalkan akan terpisah daripada kesatuan itu, malah juga London, ibu negara UK dan antara salah satu bandar yang paling dinamik di atas muka bumi.

Populasinya melebihi 8 juta dan tanahnya juga sangat besar melebihi negara seperti Singapura, London kini sudah menjadi lain daripada yang lain berbanding kawasan-kawasan di sekelilingnya.

Hampir 40% daripada penduduk di London adalah imigran, dan sekurang-kurangnya 1 per 4 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK disumbangkan oleh bandar ini.

Kini, terdapat sekelompok ahli politik dalam parti-parti utama UK sudah mula bersuara untuk membebaskan London dari UK, dan hujah-hujah mereka sangat kuat.

Antaranya adalah London akan mendapat manfaat dengan tidak lagi perlu menghantar wang kepada bahagian lain di UK. Bukan itu sahaja, bahagian lain di UK juga akan mendapat manfaat dengan tamatnya dominasi politik oleh London.

Kelihatan seperti "negara" London akan menjadi seperti Singapura yang mempunyai rasa tanggungjawab social, dan pusat kewangan yang kuat dikuasai oleh politik haluan kiri.

3. Catalonia

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Catalonia merupakan wilayah di Sepanyol, di mana terletaknya Barcelona. Seperti UK, Catalonia merupakan jawapan kepada Scotland dan London. Catalonia mempunyai kepelbagaian, kaya-raya dan menggunakan bahasa sendiri iaitu Catalan. Bukan itu sahaja, wilayah ini juga sangat berdikari.

Pada tahun 2014, satu referendum menunjukkan lebih daripada 80% mengundi untuk keluar dari Sepanyol. Wilayah ini ditadbir oleh kerajaan nasionalis sejak awal tahun 2016, namun jatuh ketika bertanding bajet.

Idea Catalonia untuk keluar dari Sepanyol masih kuat sehingga kini dan kemungkinan dikatakan akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Walaupun ramai yang tidak tahu bila akan berlaku, namun peluang untuk berlaku sangat tinggi dan disebabkan Catalan adalah wilayah yang kaya dan mempunyai pangkalan industri yang baik, persoalannya bukanlah jadi atau tidak untuk keluar Sepanyol, tetapi bila akan keluar Sepanyol.

4. United States of Europe

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Bagi kebanyakan benua, perjanjian yang mewujudkan Kesatuan Eropah moden ditafsirkan sebagai membina "United States of Europe". Ia bermaksud mencipta sebuah negara dengan kerajaaan, ketenteraan dan mata wang yang sama, di Eropah.

Walaupun projek ini tidak popular disebabkan krisis kewangan, kemelesetan ekonomi Greece dan masalah pelarian, namun ia masih berjalan dengan baik.

Namun ramai juga yang ragu-ragu jika ia mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Kesatuan Eropah ketika ini.

"United States of Europe" pertama kali diusulkan oleh Winston Churchill pada tahun 1946. Beliau melihatkan tiada lagi penyelesaian lain untuk menghindarkan Eropah daripada hancur disebabkan oleh perang yang besar.

Selepas itu, ramai yang menggunakan prinsip ini, dan yang terbaru oleh naib presiden Suruhanjaya Eropah yang menyeru "18 nation superstate" yang terdiri daripada negara-negara yang menggunakan matawang Euro, dan 10 lagi negara EU (termasuk UK) namun, disebabkan oleh kebangkitan nasionalisma di Eropah, ia ditunda buat seketika.

2 negara besar yang menyokong penubuhan United States of Europe adalah Jerman dan Perancis.

Dan melihatkan situasi ekonomi Eropah yang sangat rapat diantara satu sama lain, negara yang disebut ini dijangkakan mungkin akan wujud sebelum tahun 2030.

5. Korea Bersatu

5 Negara Baharu Yang Bakal Wujud Dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang

Korea Selatan adalah sebuah negara kapitalis yang kuat dengan teknologi yang sangat hebat dan antara negara asia yang mempunyai standard kehidupan yang paling tinggi.

Manakala Korea Utara pula adalah sebuah tanah yang miskin dipimpin oleh diktator yang gemar meletupkan bom nuklear secara haram.

Jadi, idea untuk Korea Selatan untuk bergabung dengan Korea Utara seolah-seolah seperti satu fantasi namun, ia tidaklah mustahil yang seperti anda fikir. Penyatuan semula merupakan polisi rasmi kerajaan bagi kedua-dua negara ini.

Secara kasar, kos untuk menyatukan semula adalah sangat besar. Jika dilihatkan kembali kepada penyatuan Jerman.

Jerman Barat menerima tamparan hebat selepas menyerap Jerman Timur dan sehingga kini mereka masih membayar kos tersebut.

Hampir 9.73 trillion dibelanjakan Jerman dalam masa 25 tahun dan dijangkakan Korea Selatan terpaksa membelanjakan 3.89 trilion hanya untuk mengelakkan Korea Bersatu daripada musnah serta-merta.

Namun kita juga harus lihat dari sudut positif kerana kedua-dua negara ini dilihat mendapat faedah daripada penyatuan semula ini. Korea Selatan bakal mendapat akses kepada sumber mineral Korea Utara yang bernilai lebih 46.7 trilion.

Rakyat Korea Utara pula tidak lagi harus berhadapan dengan masalah kelaparan yang dahsyat.

Dan jika Korea Utara tiba-tiba jatuh, tak kiralah sama ada disebabkan revolusi atau rampasan kuasa, polisi rasmi adalah kedua-dua Korea ini disatukan semula.

Dilihatkan kepada situasi di Korea Utara yang sangat tidak stabil ketika ini, ia mungkin bakal berlaku menjelang tahun 2050, ataupun pagi esok.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sunday, August 12, 2018

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Setiap manusia dilahirkan ke dunia dengan keunikan dan kelebihan tersendiri. Ada yang berkulit cerah, ada yang berkulit gelap. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Ada yang berambut lurus dan ada yang berambut kerinting.

Namun, terdapat mereka yang dilahirkan dengan komplikasi rambut yang sangat jarang berlaku. Ia dipanggil "uncombable hair syndrome" (UHS) atau sindrom rambut tak dapat disikat atau dikawal.

Kami ingin berkongsi 5 individu di atas muka bumi yang mengalami sindrom ini.

1. Taylor McGowan - Amerika Syarikat

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Taylor McGowan baru berusia tujuh bulan tapi dia memiliki rambut yang unik dan kelihatan seperti sainstis, Albert Einstein. Keadaan ini menjadikan Taylor sebagai tumpuan setiap kali dia keluar rumah.

Dia menghidap Uncombable Hair Sydrome (UHS) iaitu keadaan di mana rambutnya sukar dirapikan dan akan sentiasa tercacak.

Disebabkan rambut unik Taylor itu, ibu bapanya memanggil dia dengan gelaran ‘Einstein 2.0’ dan saintis itu juga dikatakan mengalami UHS.

Meskipun ibu bapanya, Cara dan McGowan menggunakan pelbagai cara termasuk menyikat rambut anak mereka itu, namun rambut Taylor tetap menegak.

Setiap kali keluar rumah, sudah pasti Taylor akan menjadi perhatian hingga ada yang bertanya sama ada Taylor terkena renjatan elektrik disebabkan rambutnya tercacak.

2. Shilah Yin - Australia

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Kanak-kanak comel bernama Shilah Yin ini berasal dari Melbourne, Australia.

Shilah merupakan salah seorang daripada beberapa ratus orang sahaja daripada populasi manusia yang mengalami sindrom rambut "tak dapat disikat" ini.

Ketika dilahirkan, rambut Shilah adalah normal sehinggalah ketika berusia 3 bulan di mana ibu bapanya telah menyedari terdapat penumbuhan yang agak pelik di kulit kepala anak mereka.

Rambut Shilah tumbuh dari kulit kepala dalam beberapa arah yang berbeza membuatkan rambutnya tidak dapat disikat ke bawah.

Sejak dari itu, rambutnya tumbuh dan tegak berdiri dan menjadi semakin ringan.

Tiada sejarah seperti ini dalam keluarga Shilah dan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai sindrom ini, keluarga Shilah telah memuatnaik gambar-gambar kanak ini di Instagram.

3. Jaili Lamb - Amerika Syarikat

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Melihatkan keadaan Jaili Lamb, ibunya telah menghabiskan masa selama 2 tahun bagi mengubah rambut anaknya yang degil dan tidak dapat disikat.

Namun akhirnya Sara Lamb, 29, telah mendapat tahu bahawa rambut anaknya menjadi tidak menentu disebabkan oleh mutasi genetik yang sangat jarang berlaku.

Rambut Jaili sangat cerah, sangat kusut dan berdiri tegak disebabkan oleh sindrom ini.

Sebelum komplikasi pada Jaili didiagnos, ibu kanak-kanak unik ini telah menghabiskan ribuan ringgit membeli produk rambut untuk membuatkan rambut anaknya lembut dan jatuh seperti rambut manusia normal.

4. Leila Paloste - Finland

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Kanak-kanak dari Finland ini, Leila Paloste kelihatan seperti mengalami "bad hair day" setiap hari, terima kasih kepada sindrom pelik ini.

Menurut sumber, tiada seorang pun di Finland yang mengalami sindrom sama seperti Leila yang membuatkan beliau adalah 1 dalam 5.373 juta penduduk Finland yang mengalami komplikasi ini.

Gambar beliau telah dimuatnaik di media sosial bagi mencari mereka yang menghadapi situasi yang sama dan membina satu kumpulan yang menyokong mereka yang mengalami keunikan ini.

5. Boris Johnson - England

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Pasti anda terfikir sindrom ini hanya berlaku kepada kanak-kanak perempuan sahaja bukan?

Tidak, ia juga berlaku kepada bekas datuk bandar London, Boris Johnson.

Ramai yang tertanya-tanya penampilan Boris yang agak pelik dengan rambut yang kusut masai dan bagi seorang tokoh, ia kelihatan tidak profesional.

Rambut beliau juga menjadi perbualan dan isu yang dibincangkan oleh media, malah mempunyai akaun twitter khas untuk itu.

Namun, beliau tidak perlu lagi risau mengenai tanggapan masyarakat terhadapnya selepas memberitahu mengenai sindrom yang dialami beliau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Saturday, July 14, 2018

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Tak kiralah betapa hebat sekalipun atau berapa banyak anugerah sekalipun yang berjaya dirangkul, setiap pemain bola sepak menyimpan cita-cita untuk beraksi di pentas kejohanan bola sepak paling berprestij, iaitu Piala Dunia.

Dianjurkan buat pertama kali pada tahun 1930 di Uruguay yang hanya disertai 13 negara sahaja, kini Piala Dunia menjadi acara 4 tahun sekali yang sangat dinantikan semua peminat.

Namun, terdapat ramai pemain-pemain ternama dunia yang hanya mampu menonton dari kaca TV seperti mana peminat bola sepak lain kerana tidak berpeluang beraksi.

Kami ingin kongsikan antara 5 pemain bola sepak terkemuka dunia yang tak pernah bermain di Piala Dunia.

1. Ryan Giggs – Wales

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Ryan Giggs adalah pemain yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris namun penghormatan ini datang daripada karier kelab yang sangat mengagumkan bersama Manchester United.

Kerjaya antarabangsanya bermula dengan England Schoolboys namun dia tak pernah layak menyertai pasukan kebangsaan England.

Walaupun begitu, Giggs berkata beliau sanggup terlepas peluang untuk bermain di kejohanan utama dunia daripada bermain untuk kelab yang mana bukan negara kelahirannya dan tiada kena mengena dengan ibu bapanya.

Pemain tengah berbisa ini membuat penampilan pertama bersama Wales menentang Jerman pada tahun 1991.

Beliau merupakan pemain termuda ketika itu yang mewakili Wales, pada usia 17 tahun 321 hari.

Pada tahun 1994, Wales hampir-hampir berjaya layak ke Piala Dunia. Dalam perlawanan penentuan kelayakan menentang Romania, Wales perlukan kemenangan.

Dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1, Paul Bodin gagal menyempurnakan sepakan penalti dan Romania memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1, sekali gus melenyapkan harapan Giggs untuk beraksi di Piala Dunia.

2. Gareth Bale – Wales

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Bintang Real Madrid, Gareth Bale adalah antara pemain terhebat generasi kini yang masih belum berpeluang beraksi di pentas Piala Dunia.

Pemain ini menjaringkan 4 gol ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 namun Wales berada di tangga ke-5 kumpulan dan tempat ke-3 kumpulan pada kelayakan 2018.

Bale adalah pemain termuda yang pernah bermain dengan skuad senior Wales iaitu pada usia 16 tahun 315 hari dan juga pemain termuda yang pernah menjaringkan gol untuk Wales.

Walaupun pernah memenangi liga paling berprestij di dunia iaitu Liga-Liga Juara Eropah sebanyak 4 kali bersama Real Madrid, Bale sedikit ketinggalan kerana tidak pernah beraksi di Piala Dunia, apatah lagi untuk menjulang trofi paling diidamkan itu.

Namun, Bale adalah satu-satunya pemain yang masih berpeluang untuk bermain di Piala Dunia dalam senarai ini.

3. George Best - Ireland Utara

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Sudah tentunya ramai yang tahu bahawa George Best seakan-akan mempunyai magik di kakinya, namun tak berdaya untuk membawa pasukan Ireland Utara ke pentas Piala Dunia ketika masih aktif bermain.

George bermain untuk Manchester United, dan membuat 37 penampilan bersama pasukan Ireland Utara, menjaringkan 9 gol.

Ketika Piala Dunia 1982 berlangsung di Sepanyol, Ireland Utara berjaya melayakkan diri, namun George yang berusia 36 tahun ketika itu tidak turut sama.

Pengurus pasukan ketika itu, Billy Bingham ingin membawa George bersama-sama ke Sepanyol namun ia tidak berlaku.

George dikatakan bermasalah kerana berhadapan dengan masalah alkohol.

4. Eric Cantona - Perancis

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Sikap panas baran Eric Cantona membuatkan beliau terlepas untuk bermain bersama pasukan Perancis untuk tempoh yang lama dan membuatkannya terlepas daripada beraksi di Piala Dunia.

Selepas menghina ketua jurulatih Henri Michel dengan berkata "piece of shit" kerana menggugurkannya daripada skuad kebangsaan ketika peringkat kelayakan Piala Dunia 1990, Cantona digantung daripada bermain mana-mana perlawanan antarabangsa.

Cantona kembali pada kempen kelayakan 1994 dan dengan hanya berbaki dua perlawanan di tempat sendiri, Perancis hanya memerlukan 1 mata untuk mengesahkan tempat di Piala Dunia Amerika Syarikat.

Malangnya, Perancis tewas dalam kedua-dua perlawanan tersebut kepada Israel dan Bulgaria.

Beliau menerima layanan yang baik dan beraksi dengan cemerlang ketika di bawah pimpinan Michel Platini dan Gerard Houllier.

Namun, selepas insiden di mana Cantona telah melakukan "flying kick" kepada seorang penonton, dia tersisih daripada Piala Dunia 1998 disebabkan oleh kehadiran Zinedine Zidane.

5. George Weah - Liberia

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Pemain bola sepak terbaik Afrika, George Weah, juga mengalami nasib yang sama iaitu tidak pernah berpeluang bermain di Piala Dunia.

Namun, ia tidak begitu mengejutkan kerana Weah bermain untuk Liberia, pasukan yang tak pernah layak ke Piala Dunia, dan hanya layak sebanyak 2 kali dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika iaitu pada tahun 1996 dan 2002.

Weah mempunyai 60 cap bersama Liberia dengan 22 jaringan.

Beliau bukan sahaja pemain yang hebat tetapi juga menjadi jurulatih pada satu ketika dan menjadi penaja kewangan bagi pasukan ini.

Apa yang terlepas dalam Piala Dunia dilihat di padang-padang di Eropah. Weah memenangi Pemain Terbaik Dunia pada tahun 1995 iaitu pemain bukan dari Eropah yang pertama memenangi anugerah ini.

Beliau juga satu-satunya pemain Afrika yang pernah memenangi anugerah Ballon d'Or, dan dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1989, 1994 dan 1995.

Arsene Wenger membawa Weah ke Eropah pada tahun 1988 ketika dia masih bersama Monaco.

Dalam 14 tahun kariernya, Weah bermain untuk pasukan-pasukan di Perancis, Itali dan England.

Beliau memenangi Lique 1 dengan PSG dan membawa pulang anugerah Kasut Emas di Liga Juara-Juara Eropah 1994.

Weah dinamakan oleh Pele dalam senarai 100 pemain hidup terhebat di dunia.

Kini, George Weah adalah Presiden Liberia yang ke-25.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Thursday, June 21, 2018

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Beberapa buah penjara di luar negara yang direka khas dengan hiasan dalaman yang cantik dan menarik sehinggakan boleh dianggap sebagai destinasi untuk bercuti.

Terdapat 5 penjara paling mewah yang diketahui berdasarkan portal online Media Permata.

1. Penjara Leoben Justice Centre, Austria

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Dikenali dengan penjara lima bintang, penjara yang terletak di bandar Leoben, Austria ini dikatakan penjara paling cantik di dunia.

Uniknya, penjara ini juga digunakan bagi menempatkan kompleks dan pejabat kehakiman selain sebagai tempat hukuman banduan.

Jadi, mengapa penjara-penjara mewah sebegini dibina?

Untuk pengetahuan anda, penjara-penjara mewah ini dibina bukan untuk menggalakkan jenayah, tetapi untuk memberi motivasi kepada penghuninya.

Penjara yang mewah ini pastinya akan disukai oleh golongan gelandangan yang lebih rela untuk tinggal di sini berbanding di kaki lima.

2. Otago Correction Facility, New Zealand

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Penjara Otago Correction Facility disediakan khas buat penjenayah berkedudukan tinggi dan orang ternama.

Pelbagai kemudahan yang disediakan termasuklah alat pemanas, televisyen skrin lebar, perpustakaan, gim dan perabot.

Penjara yang mempunyai 335 sel ini menelan belanja sebanyak AS$28 juta (RM111 juta) untuk membinanya.

3. Sel Al Capone, AS

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Penjara Al Capone terletak di Eastern State Penitentiary, Philadelphia.

Bilik dalam penjara ini dilengkapi dengan katil yang selesa, kerusi rehat dan meja belajar yang pernah digunakan oleh seorang penjenayah AS terkenal Al Capone.

Bagaimanapun, tidak banyak diceritakan berkenaan kisah-kisah banduan tersebut semasa dalam penjara ini.

4. Penjara Halden, Norway

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Dengan kelengkapan sebanyak 252 sel atau bilik, sudah cukup selesa bagi banduan yang tinggal di sini merasai kesenangan.

Malah, banduan juga disediakan trek jogging, studio bunyi dan kelengkapan perabot seperti peti ais dan televisyen dalam setiap bilik.

Penjara ini juga diibaratkan seperti kawasan perlancongan apabila pelawat atau keluarga yang ingin datang ke sini dibenarkan bermalam di rumah dua bilik.

5. Penjara Santa Ana, Amerika Syarikat (AS)

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Penjenayah yang melakukan kesalahan ringan akan ditempatkan di penjara ini dan dibolehkan membawa gajet mereka bersama buat beberapa jenis banduan yang tidak berbahaya.

Menariknya, penjenayah yang menginap di penjara yang terletak di California ini seolah-olah bermalam di hotel apabila dikenakan bayaran antara AS$75 (RM298) hingga AS$127 (RM505) sehari.

Digelar ‘5 Start Hilton Prison’ penjara ini membawa kehidupan banduan yang amat mewah dan dianggap tidak setimpal dengan hukuman ke atas kesalahan yang mereka lakukan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Tuesday, June 19, 2018

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Anda adalah salah seorang yang gemar cabaran berbahaya serta suka rasa adrenalin menyelubungi diri? Terdapat banyak tempat di dunia yang menjadi tarikan pelancong, bukan sekadar kerana kecantikannya malahan kerana cabaran yang wujud akibat daripada bahaya berkunjung ke situ.

Walaupun begitu, tempat-tempat ini tetap mendapat perhatian pelancong yang mahu merasakan debaran yang ada sehinggakan tragedi berlaku bagi mereka yang kurang bernasib baik.

Berikut adalah 5 lokasi pelancongan paling berbahaya di dunia yang menjadi pilihan pelancong.

1. Trolltunga, Norway

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Trolltunga yang membawa maksud 'Lidah Troll' dalam bahasa Norway, terletak di kawasan Hordaland, Norway.

Trolltunga adalah formasi batuan yang terbentuk 10 ribu tahun dahulu semasa zaman ais.

Menjadi salah satu lokasi pelancongan paling popular di Norway, seramai 80 ribu pengunjung datang ke sini setiap tahun.

Tarikan utamanya adalah peluang untuk berdiri di atas sebuah batu berupa seperti lidah, berada pada paras ketinggian 700 meter dari aras laut.

Mereka yang memberanikan diri berdiri di situ akan menikmati pemandangan yang indah Tasik Ringeldalsvatnet.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang penghadang keselamatan di situ.

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Untuk sampai ke situ pula, individu perlu mempunyai kemahiran dan ketahanan mendaki gunung dalam perjalanan 13.5 kilometer, selama 10 jam yang membawa pelawat pada ketinggian 900 meter dari aras laut untuk mendapatkan peluang bergambar di salah satu lokasi paling bahaya di dunia.

Dalam salah satu insiden kematian yang terjadi di situ, mangsa yang jatuh tidak dapat dicari berikutan tiada hubungan telekomunikasi di kawasan tersebut.

Hanya selepas pengunjung turun dan melaporkan kejadian, keesokannya barulah pasukan penyelamat dapat melakukan ekspedisi mencari mangsa.

2. Tornado Alley, Amerika Syarikat

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Dengan bayaran RM10,500 untuk pakej seminggu, mereka yang sanggup berdepan bencana alam boleh mengikuti 'pakej pelancongan' paling unik - cuba berada dalam kedudukan paling hampir dengan puting beliung yang melanda pada bulan April hingga Julai, di sekitar Amerika Syarikat.

Kawasan-kawasan yang termasuk dalam kawasan yang digelarkan 'tornado alley' di Amerika Syarikat, merupakan laluan puting beliung paling kerap melanda.

Pakej pelancongan unik ini lebih mudah diwujudkan di Amerika Syarikat berikutan negara tersebut merupakan negara paling banyak berlakunya puting beliung.

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Bagi mereka yang pernah mengalami pengalaman itu sendiri, risiko yang mereka lalui cukup tinggi.

Ketika puting beliung berlaku, ada kemungkinan ratusan bebola ais yang mampu menyamai saiz sebiji bola tenis terbentuk.

Bayangkan bola-bola keras itu berpusing pantas dan mengenai manusia atau harta benda.

Mungkin atas sebab itulah, pakej ini memerlukan bayaran yang agak tinggi bagi menampung risiko kerugian yang agak besar.

3. Jacob's Well, Amerika Syarikat

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Lubang seluas 4 meter yang menjadi pintu masuk kepada kawasan gua dalam air yang tidak pernah berjaya diterokai habis, menjadi salah satu lokasi paling mencabar bagi mereka yang gemarkan cabaran.

Terletak di sebuah daerah bernama Hays County, Jacob's Well adalah sebuah lubang sedalam 100 kaki yang menjadi pintu masuk kepada jaringan gua bawah air yang sempit.

Bagi mereka yang pernah terjun ke dalamnya dan meneroka sendiri, ramai mengakui ruangan dinding gua yang terlalu sempit dan memerlukan seseorang menanggalkan tong oksigen untuk melaluinya, membuatkan Jacob's Well masih lagi belum dapat diterokai oleh manusia sendiri.

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Mereka yang terperangkap kebanyakannya meninggal dunia dengan mayat mereka terperangkap dalam air.

Bagi beberapa orang yang 'bernasib baik', badan mereka akan dibawa arus kembali melalui lubang masuk sebelum terapung.

Itupun selepas bertahun lamanya hilang tanpa dikesan.

4. Gunung Mayon, FIlipina

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Gunung Mayon di daerah Bicol, Filipina merupakan sebuah gunung berapi aktif dan salah satu destinasi pelancongan paling terkenal Filipina.

Mempunyai ketinggian 2463 meter, Gunung Mayon terletak lebih 300 kilometer dari ibu negara Filipina, Manila.

Menjadi lokasi pelancongan yang aktif walaupun sangat berisiko tinggi, Gunung Mayon menjadi pilihan pendaki gunung yang sanggup mempertaruhkan nyawa.

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Runtuhan tanah dan batu kerap berlaku di sekitar kawasan gunung ini, selain dari letupan-letupan yang terjadi tanpa boleh diramal.

Pada tahun 2013, Gunung Mayon mengalami letupan kecil yang membunuh 5 orang pendaki, 7 orang cedera parah dan selebihnya mengalami kecederaan.

Bagi mereka yang berjaya sampai ke puncak gunung ini, bersedialah untuk memakai topeng gas kerana gas yang dikeluarkan oleh Gunung Mayon beracun dan mampu membunuh.

5. Mosi-oa-Tunya, Zambia

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Tidak ramai yang mengenali lokasi ini dengan nama asalnya Mosi-oa-Tunya yang membawa maksud 'Asap Yang Berbunyi Seperti Guruh' tetapi jika disebutkan air terjun Victoria, pasti ramai yang mengenalinya.

Tarikan utama (dan paling bahaya) yang ada di sini adalah kolam yang betul-betul terletak sebelum air terjun yang dinamakan 'Armchair' atau nama popularnya, Devil's Pool.

Pada ketika musim panas di air terjun Victoria, air di sungai tersebut akan surut ke satu tahap di mana individu boleh berehat di dalam kolam yang ada, dihadang oleh batu-batu yang menjadi dinding sebelum air menjunam jatuh setinggi 108 meter.

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Kolam itu hanya dibuka pada waktu musim panas, ketika aliran air lebih rendah, kerana pada waktu lain, andainya seseorang masuk ke dalam sungai itu, mereka akan terus dibawa arus deras yang akan membuatkan mereka terjunam sepanjang air terjun Victoria.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Thursday, June 14, 2018

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Dengan kemajuan teknologi yang sangat canggih dan pesat membangun, kini kita boleh memilih pelbagai jenis jenama komputer riba dengan spesifikasi yang sangat mengagumkan pada harga yang berpatutan namun, terdapat beberapa model komputer riba yang jauh daripada jangkauan kemampuan orang kebanyakan.

Kami kongsikan 5 komputer riba paling mahal di dunia.

1. Luvaglio

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Berada di tangga pertama senarai ini adalah laptop yang lebih mahal daripada sebuah kereta sport, iaitu Luvaglio.

Luvaglio adalah komputer riba dari United Kingdom dan merupakan komputer riba yang dihasilkan menggunakan tangan pertama di dunia.

Walaupun tersangat mahal, namun ibu pejabatnya adalah di kawasan teres di London Barat.

Spesifikasi komputer riba ini boleh dipesan mengikut cita rasa anda malah, pelanggan boleh memilih sendiri bahan yang digunakan untuk menghasilkan luaran komputer ini termasuklah kayu, logam atau lain-lain.

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Namun kosnya tetap juga sama kerana butang kuasa komputer ini mempunyai berlian yang sangat jarang ditemui.

Luvaglio juga hanya boleh diakses dengan cap jari pemilik sahaja dan hanya boleh dibeli melalui pesanan.

Versi standard komputer ini datang dengan skrin LED 17 inci dengan pemacu Blue-Ray, 128GB ruang simpanan dan salutan silau anti-reflektif yang direka khas untuk imej yang lebih jelas dan cerah.

Harganya? USD$1 juta!

2. Tulip E-Go Diamond

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Dengan harga setinggi USD$355,000 RM1.4 juta, komputer riba Tulip ego Diamond merupakan yang kedua termahal di dunia.

Jika dilihatkan pada luarannya ia tak ubah seperti seutas bag. Tulip dikeluarkan pada hujung tahun 2006 dan mempunyai dua versi iaitu berlian dan platinum.

Apa yang membuatkan harganya mencecah jutaan ringgit adalah kerana ia bertatahkan plat emas putih 80 karat dan berlian. Ia juga dipasangkan dengan dua potongan batu delima pada logo Tulip.

Dan jika ia tidak dipasangkan batu-batu permata ini, ia masih berada di kelas tersendiri kerana penghasilannya menggunakan teknik overmolding yang membolehkan pelbagai jenis bahan digunakan pada badannya termasuklah fabrik, kulit, kayu dan juga logam.

Idea asal adalah untuk menghasilkan produk daripada perspektif wanita yang pada pandangan pertama laptop ini boleh kelihatan seperti satu aksesori fesyen. Ia telah menghasilkan komputer riba berbentuk seutas beg tangan yang elegan.

Dari segi spesifikasinya pula, ia dilengkapi dengan cakera keras berkapasiti 160GB dengan 2GB RAM, sistem audio refleks Bass, pemproses AMD Turion 64-bit, paparan 12 inci dan kad grafik ATI Radeon Xpress 200.

3. Macbook Pro Emas 24 karat

Macbook Pro Emas 24 karat

Di senarai ketiga adalah Macbook Pro emas 24 karat yang dikeluarkan pada awal tahun 2013. Pasti peminat tegar jenama Apple bergetar tulang rusuk melihat laptop ini kan?

Seperti yang dijelaskan oleh namanya, komputer riba ini disalut dengan emas 24 karat di keseluruhan bahagian luar dan sebahagian dalamannya yang menjadikan harganya setinggi USD$30,000 RM119,685.

Bahagian bukan logam seperti papan kekunci dan trackpad dicat dengan warna emas untuk sepadan dengan emas 24 karat ini.

Bagi bahagian logo Apple pula dihasilkan dengan beberapa warna seperti hijau, putih dan lain-lain.

Dari segi spesifikasinya pula, komputer ini sama seperti MacBook Pro yang lain. Ia dikuasakan dengan pemproses 2.4GHz Interl Core Duo dan dilengkapi dengan memori DDR2 4GB 667MHZ, pemacu dalaman 160GB, grafik NVIDIA GeForce 8600M GT dan paparan TFT 15.4 inci.

4. Ego Bentley

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Jika terdapat kereta jenama Bentley, jangan terkejut jika ada komputer riba Bentley.

Pengeluar komputer ini iaitu Ego telah berkolaborasi dengan syarikat kereta mewah Inggeris, Bentley Motors untuk menghasilkan komputer riba mewah berharga USD$19,943 (RM79,560) ini.

Ia kelihatan serupa seperti iBook Clamshell 199 dan buatan tangan. Di bahagian luar, Ego dipasangkan dengan kulit asli bertatahkan berlian dengan logo Bentley di tengah-tengah.

Bingkai Ego disalut dengan emas putih luar dan dalam serta pemegangnya diperbuat daripada krom.

Komputer ke-4 termahal di dunia dikuasakan oleh pemproses AMD 64 dengan paparan 12.1 inci dan RAM 2GB.

Jika dilihatkan pada rupa bentuknya, ia lebih sesuai dengan wanita.

5. Acer predator 21X

5 Komputer Riba Termahal Di Dunia

Acer Predator 21x adalah komputer yang paling hebat dari segi spesifikasi, namun berada di tangga terakhir dari segi harga iaitu USD$8,999 (RM35,900) dan mempunyai skrin lengkung dengan saiz paparan yang sangat besar iaitu 21 inci.

Disebabkan saiznya yang lebih besar daripada komputer riba biasa, ia menjadikan komputer ini seberat 8.8 kilogram.

Ia juga diiktiraf sebagai komputer riba paling hebat untuk peminat permainan video, disebabkan oleh spesifikasinya.

Ia dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7-7820HK 2.90 GHz dengan RAM 64GB DDR4 dan paparan 21 inci.

Apa yang lebih dahsyat mengenai komputer ini adalah ia dilengkapi dengan 2 kad grafik Nvidia GTX 1080 yang pasti menjadi idaman semua penggemar permainan video.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, June 12, 2018

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia Yang Hanya Mampu Di Nikmati Golongan Kaya

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia Yang Hanya Mampu Di Nikmati Golongan Kaya

Tahukah anda ada sesetengah makanan yang harganya lebih mahal daripada sebuah kereta dan kadang-kala mencecah nilai sebuah rumah? Ya! Macam tidak percaya, kan?

Namun, ada segelintir masyarakat yang sanggup menghabiskan banyak wang hanya untuk menikmati makanan yang mewah itu.

Perkara ini menimbulkan persoalan, apa sebenarnya terkandung dalam makanan tesebut sehingga dijual begitu mahal kepada pembeli?

Berikut adalah lima makanan termahal di dunia:

1. Daging Wagyu - AS$2,800

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Menurut sumber, daging ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia.

Malah, rasa daging ini juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa.

2. Pizza Royale 007’ - AS$4,200

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Piza termahal ini dihasilkan daripada ramuan yang mahal seperti ikan salmon Scotland, kaviar, udang, champagne dan daging rusa.

Bukan itu sahaja, lapisan atas piza bersaiz 12 inci ini dibuat daripada kepingan emas 24 karat yang boleh dimakan.

3. Tembikai Yubari – AS$22,872

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Tembikai yang digelar sebagai 'raja buah' ini dijual pada harga yang tinggi kerana rasanya yang manis dan sempurna.

Buah ini merupakan hasil kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari, Jepun.

4. Almas beluga caviar - AS$28,000

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Kaviar dihasilkan daripada telur sturgeon albino yang hanya boleh ditemui di Laut Kaspia.

Bungkusan hidangan mewah yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.

5. Trufel Putih (trifola d’Alba) – AS$160,406

5 Hidangan Makanan Paling Mahal Di Dunia

Trufel, sejenis cendawan mewah yang berasal dari Itali ini merupakan trufel terbesar dan termahal di pasaran.

Menurut sumber, cendawan ini dijual pada harga yang tinggi kerana masa yang diambil untuk tumbuh agak lama, menyebabkan harga sekilo trufel mencecah ribuan dolar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani