Tuesday, March 27, 2018

Penjejak Hantu Rakam Gambar Askar Abad Ke-17 Terapung Di Kubur!

Penjejak Hantu Rakam Gambar Askar Abad Ke-17 Terapung Di Kubur!

Kelibat menyeramkan berjaya dirakam yang dilihat sedang terapung di atas tembok batu nisan dalam gambar yang diambil oleh Louisa Farell, seorang penjejak hantu ketika mengambil bahagian dalam salah lawatan mengelilingi kawasan perkuburan bersejarah.

Penjejak Hantu Rakam Gambar Askar Abad Ke-17 Terapung Di Kubur!

Kelibat luar biasa yang dapat dilihat dalam satu rakaman di tanah perkuburan yang dikatakan berhantu berkemungkinan besar seorang askar tahun 1600-an.

Bentuk menyeramkan itu kelihatan seperti memakai perisai Perang Saudara ketika era abad ke-17, lapor Liverpool Echo.

Ramai askar dalam tempoh bersejarah itu akan memakai perisai baju perang seperti itu, tanpa perlindungan kaki.

Perisai tersebut, yang melindungi dada dan lengan serta mempunyai perlindungan siku, digunakan secara meluas oleh kebanyakan tentera sehingga akhir abad ke-17.

Bentuk wajah juga dapat dilihat dengan topi keledar dipakai di kepala.

Keith Braithwaite telah menganjurkan 'perjalanan menjejak hantu' di St James Cemetery sejak tahun 2002 dan berkata ia adalah salah sebuah tanah perkuburan yang paling berhantu di Merseyside.

Menggambarkan gambar itu menyeramkan, pemburu hantu itu berkata, "Ia kelihatan seperti pakaian pertempuran pada masa dahulu.

"Dan saya fikir ia adalah seorang askar ketika zaman Prince Rupert datang ke Liverpool."

Pada tahun 1644, Prince Rupert dari Jerman tiba di Merseyside dengan 10,000 orangnya dan menempatkan orang-orangnya di situ yang sekarang dikenali sebagai Everton Brow.

Sebuah lokap, yang dikenali sebagai Menara Putera Rupert atau Everton Lock-Up didirikan dan kekal di Everton Brow hingga hari ini, selepas putera itu dan pasukannya berkampung di kawasan itu.

Penjejak Hantu Rakam Gambar Askar Abad Ke-17 Terapung Di Kubur!

Louisa, yang merakamkan kelibat misteri itu pada 7 Mac 2018, berkata, "Ini adalah perjalanan menjejak hantu pertama saya dengan Keith.

"Dan saya sangat teruja melihat sesuatu muncul dan perkara pertama yang saya lihat adalah wajah di sebelah kanan," katanya.

Keith menambah, "Saya telah berjalan sejak tahun 2002 dan saya melakukannya di St James sebulan sekali.

"Ia adalah tempat yang sangat aktif dan kami sentiasa mendapat 'hasil' tetapi pada masa yang sama orang yang saya bawa menghormati mereka yang telah mati.

"Ia adalah salah satu tanah perkuburan yang paling berhantu di Merseyside dan terdapat banyak sejarah untuk orang-orang yang dikebumikan di sana," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Entiti Seram Hantu 'The Blue Boy' Muncul Dalam Gambar!

sumber: mstar

Sunday, March 25, 2018

Video Cahaya Misteri Terkam Teksi Sehingga Terbabas!

Video Cahaya Misteri Terkam Teksi Sehingga Terbabas!

Satu rakaman video yang dikatakan 'hantu' telah menerkam sebuah teksi sehingga menyebabkan kereta itu merempuh sebatang pokok tular di media sosial.

Cahaya Misteri Serang Teksi

Video itu dilaporkan dirakam di Hong Kong pada 9 Februari 2018 lalu oleh kamera papan pemuka (dash cam) kenderaan lain yang berada di belakang teksi tersebut.

Teksi itu pada mulanya dilihat dipandu di jalan yang agak gelap.

Tiba-tiba, sebaik tiba di satu selekoh, satu cahaya putih muncul dari arah tepi jalan dan dengan pantas menerkam teksi tersebut.

Kejadian yang menyeramkan itu telah membuatkan pemandunya takut dan tidak dapat mengawal kenderaan.

Teksi itu dilihat terbabas jalan bertentang dan merempuh sebatang pokok. Sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, terdapat cahaya putih di dalam kenderaan terbabit.

Ada penonton mendakwa ia adalah serangan syaitan.

Video tersebut dimuat naik di YouTube oleh satu saluran bernama The Hidden Underbelly 2.0.

Klip video itu telah ditonton lebih dari 252,000 tontonan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Video Hantu Terakam Dalam Video Di Thailand!?



sumber: mstar

Thursday, March 08, 2018

Ibu Terkedu Hantu Temani Anak Tidur Terakam CCTV

Ibu Terkedu Hantu Temani Anak Tidur Terakam CCTV

Seperti kebanyakan ibu bapa, Bonnie Moore mempunyai pemantauan video CCTV di bilik untuk anak perempuannya supaya dia dapat memeriksa situasi anak dari masa ke semasa.

Ibu Terkedu Hantu Temani Anak Tidur Terakam CCTV

Tetapi, suatu hari ketika dia mahu melihat sama ada anaknya, Athea telah tidur, dia ternampak sesuatu yang pelik di atas katilnya.

Athea nampaknya telah tidur, tetapi ada sesuatu yang menakutkan dapat dilihat berada di belakangnya.

Bonnie, yang tinggal di Norfolk, berkata, "Saya cuba berfikir sebarang kemungkinan tetapi gagal. Ciri-cirinya sangat jelas.

"Jujur saya ​​tidak tahu apa yang perlu dilakukan."

Dalam skrin yang ditunjukkannya, kelihatan seperti terdapat kanak-kanak lain atau anak patung berbaring di belakang Athea.

Tetapi menurut Bonnie, dia mendapati tiada apa-apa di tempat tidur anaknya ketika diperiksa.

"Anak perempuan saya berada di bahagian bawah skrin. Jika anda zoom, anda dapat melihat kepala dan badannya, 'benda' itu berbaring di belakangnya."

Ibu Terkedu Hantu Temani Anak Tidur Terakam CCTV

Ibu bapa lain bersetuju bahawa ada sesuatu di situ dan ramai kawan Bonnie percaya ia sebenarnya 'semangat' seseorang yang sangat istimewa.

Bonnie kehilangan adik lelakinya ketika dia berusia sembilan tahun dan 'benda' itu muncul hanya beberapa hari selepas ulang tahun kematiannya.

Seorang wanita menulis, "Wow ini sememangnya satu semangat yang saya dapat lihat dan sangat menakjubkan kamu berjaya merakamkannya.

"Saya rasa ia seorang budak lelaki, mungkin seorang saudara atau budak lain dari keluarga kamu, dia memberi perlindungan terhadap anak kecil kamu dan sering melindungi ketika dia tidur untuk memastikan dirinya baik-baik saja.

"Tak ada apa yang perlu ditakuti, ini benar-benar menakjubkan. 'Semangat' yang indah dan anak perempuan yang cantik."

Ibu Terkedu Hantu Temani Anak Tidur Terakam CCTV
Bonnie Moore bersama Athea.

Seorang lagi menambah, "Ahh itu luar biasa! Saya sentiasa ragu-ragu tentang semangat, tetapi ini membuatkan saya ingin mencari seseorang yang dapat melihat jika terdapat satu semangat dekat dengan diri saya."

"Ada seorang budak sedang memeluk bayi Athea," tulis seorang lagi kawannya.

"Budak ini adalah ahli keluarga, 'semangat' mesra yang mengawasi Athea."

Seram kan!

BACA INI JUGA: Lubang Misteri Muncul Di Kudat Selepas Penampakan UFO

sumber: mstar

Tuesday, January 23, 2018

Entiti Seram Hantu 'The Blue Boy' Muncul Dalam Gambar!

Entiti Seram Hantu 'The Blue Boy' Muncul Dalam Gambar!

Sekumpulan gadis dilaporkan melarikan diri dari sebuah majlis yang diadakan bagi meraikan seorang teman mereka yang bakal berkahwin setelah melihat sesuatu yang sangat menakutkan dalam salah satu gambar mereka.

Entiti Seram Hantu 'The Blue Boy' Muncul Dalam Gambar!

Kumpulan tersebut, yang memilih sebuah perkampungan terpencil di Scotland untuk majlis itu terkejut selepas mengambil beberapa keping gambar di Argyll and Bute.

Dalam salah satu gambar yang mana kebanyakan mereka dilihat mengangkat tangan sambil memegang topeng, seorang budak kecil dapat dilihat di belakang tunggul kayu.

Seorang budak lelaki yang muncul dalam gambar mengejutkan kumpulan gadis ini.

Gambar tersebut diambil selang beberapa saat yang mana gambar sebelum itu tidak menunjukkan kehadiran orang lain selain kumpulan mereka sahaja.

Mereka dilaporkan melarikan diri setelah mengkaji tentang kawasan tersebut dan menemui satu kisah seorang budak lelaki yang bangun dari tempat tidur, berjalan menujuk sebuah tasik dan lemas.

Entiti Seram Hantu 'The Blue Boy' Muncul Dalam Gambar!

Nampaknya cerita itu adalah The Blue Boy, sebuah filem televisyen yang disiarkan di BBC pada tahun 1994, tentang seorang lelaki berusia empat tahun yang lemas di Loch (tasik) Eck.

Filem yang dibintangi pemenang Oscar Emma Thompson itu, dikatakan telah difilemkan di lokasi yang sama di mana gambar-gambar itu diambil.

Cerita tersebut adalah dramatisasi kisah yang melibatkan The Coylet Inn, penginapan abad ke-17 yang menghadap sebuah tasik yang dikatakan berhantu.

Gambar ini pertama kali muncul pada musim panas lalu dan mencetuskan perdebatan dalam talian mengenai kehadiran budak lelaki itu dengan beberapa orang mempertikaikan kesahihannya.

Dalam temu bual dengan The Herald pada 1994, penulis skrip The Blue Boy, Paul Murton berkata, "Saya bercakap dengan pihak hotel mengenainya dan dia menyebut tentang Blue Boy."

Entiti Seram Hantu 'The Blue Boy' Muncul Dalam Gambar!

Ia katanya, adalah seorang budak lelaki yang bercuti bersama ibu bapanya di hotel itu dan bangun berjalan pada waktu malam.

"Dia tersesat di luar, jatuh ke dalam tasik dan lemas. Mayatnya ditemui biru akibat kesejukan.

"Kakitangan hotel menyedari bahawa barang seperti pinggan mangkuk dan sudu sering berubah dari tempatnya tanpa sebab yang jelas dan mereka kadang-kadang mendapati terdapat tapak kaki basah di koridor."

Seram kan!

BACA INI JUGA: Misteri Penampakan Lembaga Berjalan Atas Awan!

sumber: mstar

Sunday, January 14, 2018

Hantu Balan-balan Masyarakat Sabah

Hantu Balan-balan Masyarakat Sabah

Di Sabah terutamanya di daerah Kota Belud sememangnya popular dengan kisah atau cerita seram mengenai hantu balan-balan atau lebih dikenali sebagai hantu penaggal di Semenanjung.

Hantu Balan-balan Masyarakat Sabah

Balan-balan merupakan seorang manusia biasanya wanita yang telah menuntut ilmu hitam untuk kepentingan tertentu. Biasanya ilmu hitam ini ditutup untuk mengekalkan kecantikan dan untuk hidup kekal selamanya.

Mereka yang digelar balan-balan biasanya mampu memisahkan kepala dari badannya dan kepala mereka dikatakan mampu terbang kemana-mana sahaja untuk mencari mangsa dengan ular perut terurai-urai.

Darah yang menitis dari urat perut mereka dikatakan mempunyai bisa yang akan menyebabkan kudis kepada sesiapa sahaja yang terkena.

Mereka yang menuntut ilmu hitam ini dipercayai menyimpan cuka dalam tempayan yang digunakan untuk memeram urat perut mereka agar menjadi kecut sebelum bercantum kembali ke dalam badannya.

Menurut cerita, sekiranya tubuh Balan-balan ditemui dan diterbalikkan, kepala mereka akan tercantum dalam keadaan terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar dan akan dikenali oleh masyarakat setempat.

Balan-balan dikatakan sangat menyukai darah perempuan yang baru bersalin, sekiranya balan-balan menghisap darah, mereka akan mati dengan serta-merta kerana mengalami tumpah darah yang teruk.

Untuk menghalang balan-balan dari mendekati rumah wanita bersalin ialah dengan meletakkan mengkuang yang berduri, dikatakan bahawa penanggal atau balan-balan takut untuk mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya akan tersangkut pada duri mengkuang tersebut.

Mereka juga dikatakan menyerupai cahaya putih jika sedang terbang. Hantu ini biasanya dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunaya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman dan sebagainya.

Namun begitu, bukan hanya wanita sahaja yang menuntut ilmu ini, tetapi lelaki juga turut menuntutnya.

Balan-balan sebenarnya merupakan sejenis penyakit keturunan. Pengamal ilmu ini akan menjangkiti keturunannya melalui makanan, oleh kerana itulah balan-balan kini dipanggil sebagai satu penyakit oleh sesetengah masyarakat.

Terdapat dua jenis balan-balan iaitu yang berjalan di waktu malam mencari mangsanya dengan badannya sekali.

Berbeza dengan Balan-balan satu lagi yang hanya kepalanya sahaja yang akan terbang, bermula dari malam sehingga matahari terbit.

Balan-balan jenis ini akan meninggalkan tubuhnya di suatu tempat dan hanya kepalanya sahaja yang merayau-rayau mencari mangsa.

Balan-Balan atau Penanggal bukanlah sejenis hantu atau jin, tapi sering dipanggil hantu kerana menyeramkan dan makhluk ini sebenarnya berasal daripada manusia jadi-jadian iaitu orang yang mengamalkan ilmu hitam secara turun temurun dari nenek moyang mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: urangsabah

Monday, January 01, 2018

Hutan Aokigahara Tempat Paling Berhantu Di Jepun!

Hutan Aokigahara Tempat Paling Berhantu Di Jepun!

Populariti hutan Aokigahara sebagai lokasi membunuh diri dan berhantu di Jepun turut disebut dalam novel terlaris berjudul Koroi Jukai karya Seicho Matsumoto.

Hutan Aokigahara Tempat Paling Berhantu Di Jepun!

Novel yang diterbitkan pada tahun 1960 itu memberitahu, dua pasangan yang berjanji untuk menamatkan riwayat hidup mereka demi cinta di dalam hutan Aokigahara.

Namun, sejarah hutan ini sebagai lokasi membunuh diri sudah lama wujud lama sebelum novel itu.

Aura kematian telah lama mengisi ruang dalam hutan Aokigahara dengan ritual Ubasute, menyendiri di hutan sehingga kematian tiba telah wujud sejak abad ke 19 lagi.

Hutan Aokigahara juga disebut mempunyai hubungan sejarah dengan syaitan atau hantu dalam mitologi Jepun.

Sejak tahun 1950, sudah lebih 500 orang mengakhiri hidup atau secara purata 30 orang setiap tahun di Aokigahara.

Yang mengejutkan adalah pada tahun 2002, dimana sebanyak 78 mayat ditemui tergantung dan reput di dalam hutan Aokigahara.

Jumlah itu mengatasi rekod sebelumnya, 73 mayat pada tahun 1998.

Kemudian, pada tahun 2003 jumlah kes bunuh diri meningkat kepada 100 orang. Sebelum kerajaan Jepun mengambil keputusan untuk menutup maklumat mengenai bilangan kes bagi menurunkan populariti Aokigahara sebagai lokasi bunuh diri.

Seperti yang diketahui, orang-orang Jepun pada masa lalu mempunyai tradisi membunuh diri atau Harakiri.

Tradisi ini biasanya dilakukan oleh panglima perang yang kalah dalam pertarungan samurai.

Malangnya, tradisi harakiri disalah tafsir dan merebak kepada perkara-perkara lain, termasuk putus cinta, kemurungan dan lain-lain.

Peningkatan jumlah kes bunuh diri di Jepun khususnya di Hutan Aokigahara, menyebabkan kerajaan Jepun memasang papan tanda larangan membunuh diri di kawasan tersebut.

Sejak tahun 1970 juga, satu pasukan telah dibentuk yang terdiri daripada polis, sukarelawan dan juga wartawan. Mereka berkhidmat dalam hutan yang luas untuk mencari mayat.

Bagaimanapun, tugas pasukan itu tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan tugas pekerja hutan kerana merekalah yang bertanggungjawab membawa mayat keluar dari dalam hutan ke pos pengawal.

Mayat yang telah reput kemudiannya diletakkan di dalam bilik khas mangsa bunuh diri.

Pekerja-pekerja hutan kemudiannya akan melakukan undian sesama mereka dimana yang kalah akan ditugaskan untuk tidur di dalam bilik mayat bersama dengan mayat mangsa bunuh diri tersebut.

Menurut kepercayaan masyarakat Jepun, jika mayat dibiarkan keseorangan, ia akan menjadi petanda buruk.

Roh mayat itu yang dipanggil Yurei akan menjerit sepanjang malam dan bukan itu sahaja, mayat akan bergerak dengan sendirinya ke tempat lain.

Segala usaha telah dibuat untuk menghentikan upacara membunuh diri di hutan Aokigahara, termasuklah dengan memasang CCTV atau mengesan mereka yang akan pergi ke hutan tersebut.

Menurut laporan, bunuh diri biasanya akan meningkat pada bulan Mac. Ramai orang yang datang ke hutan Aokigahara kerana tertekan dengan kehidupan yang miskin.

Populariti hutan Aokigahara kembali memuncak selepas kemunculan filem "Jyukai: Lautan pohon dibalik Gunung Fuji" oleh pengarah Tomoyuki Takimoto.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, November 19, 2017

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Pernahkah anda mendengar nama-nama hantu dikalangan masyarakat Jepun? Berikut kami perkenalkan enam hantu legenda paling popular di negara matahari terbit itu.

1. Teke-teke

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Teke-teke bermaksud bunyi yang dihasilkan oleh siku hantu ini sewaktu bergerak.

Menurut kisah, seorng gadis sekolah telah terjatuh dilandasan kereta api lalu digilis sehingga badannya terputus dua.

Kemudian, hantu gadis itulah yang dikaitkan sebagai hantu Teke-teke dan sering merayau mencari mangsa.

Kononnya, mangsa hantu Teke-teke akan dikerat dua dengan tujuan supaya dia tidak lagi keseorangan.

Kisah yang sering menjadi buah mulut penduduk apabila seorang pelajar lelaki sedang berjalan pulang ke rumahnya sewaktu dia ternampak seorang gadis sedang berdiri dibelakang tingkap sebuah sekolah.

Pelajar lelaki itu tertanya-tanya apa yang dilakukan gadis tersebut dalam sekolah yang dikhususkan untuk pelajar lelaki.

Belum sempat bertanya, gadis itu tuba-tiba terbang daripada tingkap menuju kearahnya dan memotong badannya kepada dua bahagian.

2. Aka Manto

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Seperti adegan yang sering ditayangkan dalam filem-filem seram Jepun, tandas sekolah dianggap sebagai tempat paling menakutkan bagi pelajar.

Aka Manto ialah hantu yang menghuni tandas terakhir disetiap tandas sekolah.

Kononnya, apabila mangsa menggunakan tandas tersebut, akan ada suara asing yang akan bertanya soalan sama ada mangsa mahukan kertas merah atau kertas biru.

Jika mangsa menjawab merah, dia akan disiat sehingga seluruh pakaiannya berlumuran darah.

Jika menjawab biru, dia akan dicekik sehingga mukanya bertukar warna kebiruan.

Jika mangsa cuba memberikan jawapan yang lain, dia akan dibawa ke alam lain dan tidak akan ditemui sampai bila-bila.

3. Hitobashira

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Hitobashira membawa maksud 'tiang manusia' dan sangat terkenal dalam budaya Jepun.

Difahamkan sewaktu zaman kuno Jepun, mereka melakukan upacara korban manusia setiap kali ingin membina bangunan besar seperti jambatan, istana dan sebagainya.

Upacara ii adalah sebagai persembahan kepada tuhan-tuhan dan dipercayai dapat mengelakkan bangunan yang dibina daripada ditimpa bencana.

Antara Hitobashira yang terkenal di Jepun ialah Istana Matsue yang terletak dalam wilayah Shimane.

Istana ini dibina sekitar kurun ke 17, namun dipercayai mengalami beberapa masalah antaranya dinding yang runtuh secara tiba-tiba.

Oleh itu, korban manusia diperlukan.

Sewaktu pembinaan istana Matsue, satu festival sedang berlangsung. Askar Jepun kemudiannya menangkap penari paling cantik ketika itu.

Setelah dibunuh, mayat gadis itu ditanam bersama dinding istana. Selepas itu, dikatakan kerja-kerja pembinaan pun berjalan dengan lancar.

Tetapi, selepas pembinaan selesai, kejadian misteri mulai melanda istana ini.

Setiap kali perayaan berlangsung dan ada gadis menari, istana Mitsue dipercayai akan bergegar seperti dilanda gempa bumi.

Sejak dari itu, sebarang pesta tari-menari diharamkan berlangsung di jalan istana Mitsue.

4. Neraka Tomino

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Terdapat satu cerita dongeng Jepun berkaitan sebuah sajak bertajuk 'Neraka Tomino'.

Ia menceritakan tentang Tomino yang dikatakan mati dan telah jatuh ke neraka.

Menurut kisah orang-orang tua, sajak ini hanya boleh dibaca dalam hati dan dikatakan bahawa sesiapa yang membacanya dengan kuat akan menemui maut.

Sajak ini asalnya ditulis oleh Yomoto Inuhiko dalam sebuah buku berjudul The heart is like a rolling Stone.

Tidak diketahui bagaimana khabar angin mengenai sajak ini bermula namun terdapat amaran yang ditulis bersama-sama sajak ini.

Pernah seorang lelaki menelefon rancangan radio dan membaca sajak ini dengan kuat, baru separuh pembacaan dia tiba-tiba berasa kurang sihat lantas berhenti membaca sajak tersebut.

Dua hari kemudian, lelaki itu dilaporkan telah mencederakan diri sendiri sehingga menerima tujuh jahitan.

Kebetulan? Atau kuasa misteri sajak berhantu itu?

Sehingga hari ini, tiada siapa yang dapat mengesahkan sejauh mana kebenaran sajak itu benar-benar berhantu.

Lagipun, tiada siapa yang berani membacanya dengan kuat.

5. Gozu

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Gozu bermaksud kepala lembu, berkaitan dengan sebuah kisah dongeng yang diceritakan turun-temurun.

Cerita ini dikatakan terlalu seram sehinggakan sesiapa yang menceritakan kisah ini kepada orang lain akan menerima nasib malang.

Ada yang mendakwa bahawa sesiapa yang mendengar kisah ini akan menggeletar seluruh badan selama beberapa hari sebelum menemui ajal kerana rasa takut yang teramat sangat.

Dikatakan pernah terjadi satu kes dimana sekumpulan pelajar sedang dalam perjalanan pulang dari satu lawatan.

Guru mereka ingin menghiburkan pelajarnya mula menceritakan tentang kisah-kisah dongeng.

Semuanya baik sahaja sehinggalah guru itu mula bercerita mengenai dongeng Gozu kepada murid-muridnya.

Keadaan mula tegang, guru yang terlalu menghayati kisah hantu Gozu telah menakutkan semua muridnya.

Seorang demi seorang pelajar mula menjerit meminta guru tersebut supaya berhenti bercerita tetapi guru yang seperti dirasuk terus bercerita.

Apabila bas tidak tiba ke tempat yang ditujui, polis melancarkan gerakan mencari dan menemui bas itu telah terjunam ke dalam sebuah parit.

Ketika ditemui, semuanya termasuk pemandu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan mulut berbuih.

Mujurlah kesemua mereka berjaya dipulihkan tetapi tiada seorang pun yang dapat mengingati bagaimana mereka boleh berada di dalam parit tersebut.

6. Kushisake Onna

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Menurut legenda, Kushisake Onna bermaksud 'wanita mulut terbelah' merupakan hantu yang menjelma sebagai wanita tinggi memakai penutup mulut.

Kisah ini bermula pada tahun 979, apabila penduduk tempatan mengadu melihat bayangan Kushisake Onna.

Hantu ini akan menahan mangsanya yang kebanyakannya adalah kanak-kanak sebelum bertanyakan soalan, "Cantik tak saya?"

Itulah soalan keramat Kushisake Onna.

Jika kanak-kanak tadi menjawab "tidak", dia akan dibunuh dengan sepasang gunting yang dibawa oleh Kushisake Onna.

Jika jawapan "Ya", Kushisake Onna akan membuka penutup mulut lalu mempamerkan mulutnya yang terbelah daripada telinga kiri hingga ke telinga kanan.

Kemudian, Kushisake Onna akan bertanya sekali lagi, "macam mana sekarang?"

Jika mangsany menjawab "tidak", dia akan dibunuh dan jika cuba menipu dengan menjawab "ya", mulut mangsa akan dibelah seperti mulutnya yang mengerikan itu.

Mangsa-mangsa Kushisake Onna tidak berpeluang melarikan diri kerana hantu itu akan terus menjelma dihadapan mangsa.

Pelbagai petua ada diberikan oleh orang-orang terdahulu bagaimana untuk menyelamatkan diri jika terserampak dengan Kushisake Onna.

Antaranya dengan memberikan jawapan yang lain daripada yang ditanya seperti "awak biasa-biasa saja".

Dikatakan cara ini dapat membuatkan Kushisake Onna keliru dan memberi peluang untuk mangsa melarikan diri.

Satu cara lagi adalah dengan menjawab soalan Kushisake Onna dengan soalan yang sama.

Ia dikatakan akan mengelirukan Kushisake Onna lantas meninggalkan mangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Gambar Menyeramkan Hantu Yang Berjaya Dirakam Kamera!

-SENTIASAPANAS.COM