Jan 9, 2015

Video Hantu Terakam Dalam Video Di Thailand!?

Kisah kontroversi ini berlaku di Thailand di mana sekumpulan anak muda di sana dipercayai telah dikunjungi rakan mereka yang sebenarnya sudah mati.

Hantu-Thailand

Malah, video ini yang disiarkan didalam rancangan bual bicara di Thailand, menunjukkan sekumpulan anak muda dilihat sedang seronok berkaraoke sambil beberapa orang yang lain asyik menari.

Dalam video ini, terdapat satu lembaga menyerupai lelaki dengan kepala berlumuran darah dirakam berada di belakang lelaki berbaju hitam.

Lembaga tersebut dikatakan rakan mereka yang telah mengalami kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke parti tersebut.

Walau bagaimanapun, kesahihan video kontroversi ini masih belum dapat dibuktikan sehingga kini.

Kebanyakan pakar pengkaji video dikatakan masih belum dapat membongkar apa sebenarnya ‘objek’ yang kelihatan dalam video tersebut.

video

video

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Dulu cerita hantu dari mulut ke mulut bercerita,sekarang dari rakaman disiarankan ,perkara ghaib takkan ditelan zaman

Mmg real nampak... menyeramkan...

Sekarang ni dengan teknologi internet, segalanya boleh dikongsikan dengan lebih mudah..

Cubalah tonton sorang-sorang waktu malam KK..hehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon