Saturday, April 27, 2019

CuepacsPA Tawar Insuran Perlindungan Maksimum RM440,000 Serendah RM6 Sebulan Untuk Penjawat Awam

CuepacsPA Tawar Insuran Perlindungan Maksimum RM440,000 Serendah RM6 Sebulan Untuk Penjawat Awam

MyCuepacsCare dengan kerjasama Zurich General Takaful Malaysia Bhd. (Zurich) menawarkan perlindungan takaful CuepacsPA mampu milik untuk semua penjawat awam di Malaysia, menawarkan perlindungan sehingga RM440,000 kepada penjawat awam sekiranya mereka terlibat dengan kemalangan.

CuepacsPA insuran nyawa penjawat awam

Perlindungan CuepacsPA adalah selaras dengan hasrat CUEPACS untuk memastikan setiap penjawat awam memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful melalui pelancaran Program Mentakafulkan Penjawat Awam Melalui MyCuepacsCare oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

CuepacsPA menawarkan perlindungan maksimum sehingga RM440,000 dengan kadar sumbangan serendah RM6 dan RM12 sebulan.

Kemalangan tidak boleh dijangka, tetapi sebagai penjawat awam, mereka boleh merancang bagaimana untuk menghadapi kemalangan itu dengan perlindungan sewajarnya, demi meningkatkan kesejahteraan warga penjawat awam.

Berikut merupakan beberapa sebab CuepacsCare dan CuepacsPA merupakan pelan takaful terbaik untuk penjawat awam di Malaysia:

1. Caruman bulanan rendah dan mampu dimiliki

Sumbangan bulanan untuk CuepacsCare adalah pada kadar serendah RM32 untuk individu dan RM85 bagi pakej keluarga.

Melalui CuepacsCare, pemegang polisi dan ahli keluarga layak untuk mendapat rawatan penghospitalan dan pembedahan di lebih 70 hospital pakar swasta di seluruh negara.

Sumbangan bulanan untuk CuepacsPA pula adalah serendah RM6 dan RM12 sebulan bagi setiap pemohon dan pasangan.

CuepacsPA turut melindungi anak-anak pemohon dengan kadar caruman sekitar RM1.59 hingga RM6.36 bergantung kepada umur.

2. Perlindungan komprehensif dan lengkap

Pada kadar RM32 dan RM85 sebulan untuk CuepacsCare, setiap pencarum dan ahli keluarga boleh mendapatkan rawatan penghospitalan dan pembedahan di hospital pakar swasta.

Jumlah perlindungan yang diberikan ialah RM40,000 setahun untuk pelan individu dan RM60,000 untuk pelan keluarga.

Jenis rawatan pula meliputi kemalangan, pembedahan, rawatan dialisis buah pinggang, kanser dan penyakit.

Untuk CuepacsPA, setiap kematian akibat kemalangan sebagai penumpang di dalam kenderaan pengangkutan awam berlesen akan diberikan pampasan sehingga RM440,000 secara one-off.

Untuk kematian akibat pengangkutan sendiri, pampasan yang diberikan sehingga RM220,000. Untuk lain-lain kemalangan boleh rujuk kepada rajah berikut:

Keistimewaan CuepacsPA

3. Mudah disertai dan digunakan

CuepacsCare dan CuepacsPA amat mudah disertai oleh penjawat awam. Mereka boleh mendaftar secara online melalui laman www.cuepacscare.my/registration atau menerusi lebih 500 wakil pemasaran MyCuepacsCare di seluruh negara.

Selain itu, difahamkan terdapat lebih 300 wakil pemasaran di seluruh negara bagi memudahkan penjawat awam mendaftar.

Bayaran bulanan pula adalah secara potongan gaji melalui Biro Angkasa.

Cara penggunaan CuepacsCare pula amat mudah dengan hanya menunjukkan kad CuepacsCare semasa urusan kemasukan untuk mendapatkan surat jaminan.

Semasa urusan keluar, bil hospital akan ditanggung oleh CuepacsCare dan anda boleh pulang ke rumah dengan tenang.

Untuk bantuan dan maklumat lanjut, peserta CuepacsCare dan CuepacsPA boleh menghubungi CuepacsCare melalui laman web, www.cuepacscare.my

4. Lain-lain keistimewaan CuepacsCare dan CuepacsPA boleh rujuk pada rajah di bawah

CuepacsCare

Insuran Penjawat Awam
Insuran Penjawat Awam

CuepacsPA

Insuran Penjawat Awam
Insuran Penjawat Awam

Jadi, tunggu apa lagi. Sebagai penjawat awam, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Takaful CuepacsCare dan CuepacsPA.

Jika takaful ini dibuka kepada pekerja di sektor swasta, sudah tentu ia menjadi rebutan kerana keistimewaannya dan caruman yang mampu milik.

Penjawat awam yang mahu menyertai boleh mendaftar secara online melalui laman web www.cuepacscare.my/registration atau menerusi lebih 500 wakil pemasaran MyCuepacsCare di seluruh negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Sunday, September 30, 2018

SKMM Kongsi Cara Hentikan SPAM SMS Telco Di Malaysia

SKMM Kongsi Cara Hentikan SPAM SMS Telco Di Malaysia

Semua orang benci spam SMS. Bukan rakyat Malaysia sahaja, satu dunia membencinya. Ia merupakan iklan SMS yang dipaksa kepada kita walaupun tidak diminta. Paling teruk, kredit dipotong tanpa kebenaran sampai licin habis!

STOP SMS ADVERTISING

SKMM sebelum ini telah mendedahkan rahsia bagaimana untuk menyekat terus daripada menerima spam SMS. Cara ini juga dikongsikan kepada consumer info atau persatuan pengguna.

Ini bukan arahan global opt out maksudnya, tidak ada satu arahan yang dapat dihantar bagi menyekat semua spam SMS sampai bila-bila. Pekhidmatan auto opt out tiada di Malaysia.

Ini kerana kerajaan hendak menggalakkan syarikat pembekal kandungan berkembang dalam industri Telco Malaysia. Oleh itu arahan opt out cuma dapat diberi apabila kita sudah menerima spam SMS.

Shortcode

Syarikat pembekal kandungan menghantar spam SMS menggunakan gateway tertentu yang sudah melanggan nombor kod khas atau shortcode.

Cara untuk mengenali shortcode di Malaysia:
  • 1XXX – kerajaan
  • 2XXX – Telco
  • 3XXX – pembekal kandungan
  • 6XXX – bulk SMS

Setiap shortcode pula mungkin dikongsi oleh beratus syarikat yang menggunakan servis syarikat pembekal.

Jadi jangan terkejut jika anda terima spam SMS daripada bank dan juga spammer menggunakan shortcode yang sama.

Arahan Shortcode

Ini adalah arahan rahsia yang tidak banyak pembekal kandungan akan beritahu anda dalam iklan mereka di media walaupun ia merupakan undang-undang SKMM.
  • OUT
  • STOP
  • STOP ALL
  • HELP

Jika anda terima spam katakan daripada 3XXX.

Anda boleh hantar arahan OUT kepada 3XXX untuk berhentikan SPAM daripada syarikat tersebut.

Banyak syarikat menghantar SPAM promosi perkhidmatan yang baru dilancarkan. Arahan OUT ini adalah satu-satunya arahan untuk menghentikan segala jenis promosi daripada shortcode tersebut.

Arahan untuk no 2 dan 3 adalah khas untuk SMS premium. Maksud servis premium ini adalah servis berbayar dan ia berbentuk langganan. Ada langganan bulanan, mingguan dan juga harian.

Siapa yang guna khidmat Telco pra bayar susah nak kesan servis langganan ini, tahu-tahu sahaja baki sudah habis. Kalau anda guna khidmat pasca bayar, anda boleh rujuk dalam bil bulanan anda dan terus hantar arahan dibawah.

Arahan STOP biasanya perlu ditambah dengan nama servis contohnya RING. Jadi kita hantarkan STOP RING kepada 3XXX bagi memberhentikan servis langganan SMS premium.

Arahan STOP ALL adalah langkah terbaik jika anda tidak tahu nama servis dan anda geram kerana sudah kena caj sampai habis baki setiap kali top up.

Kadang kala kita tidak sedar anak-anak yang main telefon terlanggan servis. Kadang-kadang secara tak sedar pula kita terlanggan servis apabila menggunakan khidmat semak saman contohnya.

Hati-hati apabila anda di minta hantar kod YES kepada mana-mana shortcode. YES ini biasanya adalah arahan untuk melanggan.

Berwaspada juga apabila memuat turun aplikasi mobile percuma daripada internet atau Google Play. Anda mungkin terus akan melanggan servis tertentu.

Arahan terakhir HELP akan menerangkan arahan-arahan lain kepada anda. Arahan ini tidak boleh dicaj premium oleh syarikat pembekal.

Mungkin ada ahli keluarga, rakan dan kenalan yang tidak tahu mengenai rahsia menghentikan spam SMS dan servis langganan premium SMS.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan semua orang yang mungkin menghadapi masalah ditipu syarikat TELCO di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iklanlahpercuma

Thursday, August 09, 2018

3 Bank Pinjaman Peribadi Terbaik 2018 Di Malaysia

3 Bank Pinjaman Peribadi Terbaik 2018 Di Malaysia

Pada Julai 5, 2013, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan satu set langkah yang bertujuan untuk mengelak hutang isi rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.

3 Bank Pinjaman Peribadi Terbaik 2018 Di Malaysia

Salah satu langkah ialah penguatkuasaan tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun untuk pembiayaan bagi kegunaan peribadi.

Dengan peraturan ini, peminjam perlu membayar balik hutang serta kadar faedah dalam masa yang singkat.

Oleh itu, bank gemar memberikan pinjaman peribadi kepada mereka yang kaya atau mempunyai skor kredit yang tinggi.

Jadi, bagaimana pula nasib golongan berpendapatan rendah yang memerlukan pinjaman peribadi untuk membayar perbelanjaan atau memulakan perniagaan kecil sendiri?

Jangan risau, beberapa bank sekarang menawarkan produk pinjaman peribadi kepada individu yang mempunyai pendapatan sederhana atau rendah.

Berikut adalah 3 pinjaman peribadi terbaik dari segi ciri-ciri produk dan kelayakan pendapatan minimum:

1. RHB Pembiayaan Peribadi – Easy-Pinjaman Ekspres

Ciri-ciri:
  • Kadar rata setahun: Dari 11.63% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000.
  • Kategori pinjaman: Tingkat 1 – RM2,000 sehingga RM10,000 manakala Tingkat 2 – RM11,000 sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 5 tahun.
  • Tempoh kelulusan: 10 minit.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,500 sebulan.
  • Umur: 21-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja.

Analisi produk:

Proses untuk mendapatkan kelulusan pinjaman peribadi RHB adalah mudah dan cepat jika anda memenuhi kesemua kriteria di atas.

Produk ini sesuai untuk graduan yang baru mula bekerja.

Sebelum golongan muda sudah boleh memperolehi pendapatan yang tinggi, mereka sudah dibebani dengan pembayaran balik hutang PTPTN, kenderaan dan juga perbelanjaan telefon bimbit.

Kondisi untuk memohon pinjaman peribadi ini termasuk pendapatan minimum RM1,500 dan kewarganegaraan Malaysia.

Tetapi, pinjaman peribadi ini ada keburukannya juga. Kadar faedah rata pinjaman peribadi ini lebih tinggi berbanding dengan pinjaman peribadi dari bank-bank lain.

Jika anda memohon untuk kategori pinjaman Tingkat 1, kadar faedah rata setahun ialah 13.38% manakala kadar faedah efektif ialah 24% setahun.

Oleh sebab itu, pinjaman ini terbaik untuk golongan yang boleh menjelaskan pinjaman penuh dalam tempoh yang pendek.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kriteria untuk pendapatan/gaji minimum adalah rendah.
  • Jumlah pinjaman peribadi yang terhad dan kadar faedah yang tinggi.

Walaupun begitu, kebaikannya tetap mengalahkan keburukannya.

Proses permohonan produk ini senang untuk difahami, di mana jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM50,000 dan tempoh kelulusan tidak lebih daripada 10 minit!

2. Mach Pinjaman Peribadi I.O.U

Ciri-ciri:
  • Kadar faedah: 7% p.a. – 13.5% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM250,000.
  • Tempoh kelulusan: Sehingga 1 jam.
  • Tempoh pinjaman: 2 hingga 7 tahun.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM2,000 sebulan.
  • Umur: 21-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja.

Analisi produk:

Mach I.O.U pinjaman peribadi dari Hong Leong Bank terkenal untuk kadar kelulusan pinjaman yang tinggi.

Jika pinjaman peribadi anda ditolak oleh bank-bank lain, anda masih berpeluang untuk mendapatkan pinjaman produk ini.

Dengan permohonan online di laman web Mach by Hong Leong , ia mempercepatkan proses penglulusan pinjaman ini.

Anda hanya perlu mengemukakan kad pengenalan, slip gaji, EPF, penyata bank dan juga bil utiliti.

Kadar faedah pinjaman peribadi Mach I.O.U. mencecah sehingga 13.5% setahun, jadi anda perlulah membayar ansuran bulanan tepat pada masa.

Dengan itu, anda akan mendapat 20% pulangan tunai sebagai ganjaran.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kadar kelulusan yang tinggi.
  • Kadar faedah yang tinggi.

Jika anda mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000, anda boleh memohon untuk pinjaman sehingga RM250,000!

Pinjaman ini terbaik untuk usahawan-usahawan baru atau peniaga kecil.

3. Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta

Ciri-ciri:
  • Kadar faedah efektif: 9.22% – 23.38% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000.
  • Tempoh kelulusan: 5 hari bekerja.
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 10 tahun.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,000 sebulan bagi jawatan tetap/RM8,000 bagi jawatan kontrak.
  • Umur: 18-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor swasta.

Analisi Produk:

Pinjaman peribadi ini sedikit berbeza daripada yang lain.

Hanya kakitangan sektor swasta yang berjawatan tetap boleh memohon untuk pinjaman peribadi ini.

Jika anda dalam lingkungan tersebut, tahniah!

Pinjaman peribadi Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta terbaik untuk anda.

Kadar faedahnya lebih rendah berbanding dengan bank-bank lain. Anda tidak perlu peningkan kepala untuk menjelaskan ansuran bulan.

Permohonan pinjaman peribadi ini juga dikatakan mempunyai kadar kelulusan yang tinggi.

Malangnya, produk ini ada sedikit keburukannya. Tempoh kelulusan mengambil masa yang lama, dari 5 hari sehingga 2 minggu.

Tambahan pula, cara bayaran ansurannya tidak berapa sama dengan bank-bank yang lain.

Ia menawarkan kadar faedah yang lebih rendah jika peminjam memilih cara pembayaran seperti Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji majikan (PGM), dan pindahan gaji ke Bank Rakyat dan tunai.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kadar faedah rendah.
  • Tempoh penglulusan yang panjang.

Walau bagaimanapun, ia juga menerima pembayaran secara tunai, dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Ini ialah pinjaman peribadi yang memberikan anda kadar faedah yang paling rendah berbanding bank lain.

Tunggu apa lagi? Mohon untuk pinjaman peribadi yang paling sesuai untuk anda sekarang!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: imoney

Tuesday, May 22, 2018

7 Cara Mengesan Anai-anai Dirumah Dan Petua Menghalaunya

7 Cara Mengesan Anai-anai Dirumah Dan Petua Menghalaunya

Walaupun sudah bermacam-macam cara telah digunakan untuk menghapuskan serangga perosak ini, semuanya tak berkesan kerana anai-anai sememangnya musuh nombor satu di rumah kerana ia boleh merosakkan barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.

7 Cara Mengesan Anai-anai Dirumah Dan Petua Menghalaunya

Kos untuk menghapuskan serangga perosak ini pula mampu mencecah ribuan ringgit.

Jadi sebelum masalah anai-anak ini melanda, kami kongsikan cara mengesan kehadiran serangga ini serta petua menghapuskannya tanpa menggunakan racun yang bukan saja selamat sekaligus menjimatkan kos.

5 Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

1. Laluan Anai-anai

Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.

Laluan ini selalunya bersaiz pensil.

Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

2. Kesan Perubahan Tekstur Warna

Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ.

Contohnya warna kayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

3. Kehadiran Kelkatu

Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu.

Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

4. Rekahan atau Lubang

Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu.

Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda.

Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

5. Mengesan melalui pendengaran

Biasanya kaedah ini boleh dilakukan diwaktu malam sahaja. Hanya pada waktu itu anda dapat mendengar bunyi sesuatu dikawasan yang diserang.

Jika rumah anda menggunakan lantai kayu pakir, anda mengesyaki sesuatu telah berlaku, sila periksa kawasan itu dengan segera.

5 Petua Menghalau Anai-Anai

1. Garam Dapur

Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada dipermukaan saja.

Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.

2. Air Kapur Sirih

Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.

Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai.

Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras

Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.

4. Minyak Tanah

Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.

Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai.

Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau

Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman.

Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mw | kk

Sunday, January 28, 2018

Semakan CCRIS Secara Online Dan Cara Mendaftar

Semakan CCRIS Secara Online Dan Cara Mendaftar

Bank Negara telah melancarkan sebuah portal khas bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak laporan ‘central credit reference information system’ (CCRIS) dengan mudah, dinamakan sebagai eCCRIS.

Semakan CCRIS Secara Online Dan Cara Mendaftar

Portal ini dibangunkan sebagai inisiatif bank negara untuk menjimatkan masa pengguna dalam memberikan laporan kewangan seseorang individu sepanjang 12 bulan terakhir.

Antara fungsi lain yang ditawarkan anda jumlah hutang yang berbaki serta sejarah pinjaman yang pernah dibuat.

Buat anda yang berminat, Bank Negara turut mengeluarkan panduan khusus pengguna yang pertama kali ingin mendaftar sebagai pengguna ECCRIS.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar bagi mendapatkan laporan CCRIS anda.

1. Lawati mana-mana pejabat Bank Negara Malaysia atau Agensi dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membuat pendaftaran.

2. Daftarkan diri anda menggunakan MyKad diikuti dengan nombor telefon pada kiosk CCRIS yang tersedia.

3. Sekiranya semuanya berjaya, anda akan diberikan nombor pin 6-digit yang akan dihantar ke nombor telefon anda.

4. Seterusnya, masukkan 6 digit nombor pin yang diterima serta nombor MyKad pada laman web ECCRIS.

5. Selesai pendaftaran buat kali pertama dibuat, anda berpeluang untuk menyemak laporan CCRIS anda dengan mudah.

Semakan CCRIS Secara Online Dan Cara Mendaftar

Sangat mudah dan ringkas. Kami harap anda dapat berkongsi perkongsian ini kepada rakan-rakan anda.

Buat anak muda yang bercita-cita untuk mendapatkan rumah pertama, pastikan anda mempunyai laporan CCRIS yang baik sebelum membuat permohonan pembiayaan daripada bank.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Semak Saman Trafik PDRM Dan JPJ, Sms Dan Online

sumber: thevocket

Thursday, December 14, 2017

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

Mead Johnson hari ini mengeluarkan cara bagaimana mengenal pasti produk susu tiruan kepada pelanggan mereka.

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

Dalam kenyataan di Facebook rasmi, Mead Johnson berkata cara paling mudah untuk mengesan produk tiruan adalah dengan memeriksa bungkusan kerajang aluminium susu berkenaan.

“Susu Enfalac A+ Langkah 1 yang asli mempunyai bungkusan sedikit kembung. Manakala susu tiruan mempunyai lipatan tajam di kedua-dua bahagian bungkusan,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, Mead Johnson memberitahu bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan polis menyiasat laporan susu formula palsu jenamanya di Johor Bahru.

Setakat ini, hanya satu produk yang terlibat iaitu Enfalac A+ Langkah 1 dalam kotak 1.8 kilogram dengan tiga pek foil dalam setiap kotak.

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

“Carian runcit kami yang dijalankan minggu lalu mendapati sebilangan kecil produk berada di sekitar kedai runcit di Skudai, Johor Bahru iaitu di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari.

“Carian pasaran kami juga mengesahkan tiada produk lain yang disyaki terlibat dalam kawasan tersebut,” katanya.

Setakat ini, kata kenyataan itu hanya 210 kotak susu tiruan yang dikeluarkan oleh kedai-kedai yang terlibat, namun siasatan masih berjalan ke atas isu ini.

Mead Johnson juga menggesa pengguna yang terbeli Enfalac A + Langkah 1 dengan lipatan palsu untuk segera menghubungi Mead Johnson di 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam).

Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A + Langkah 1 yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi mereka untuk produk gantian.

Mead Johnson buka ruangan lapor di laman web

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

Ibu bapa yang was-was dengan produk susu jenama Mead Johnson yang dibeli boleh mengemukakan aduan langsung ke laman web syarikat itu.

Ibu bapa atau penjaga bayi yang mengalami kesan alahan seperti kulit melepuh, muntah berterusan atau dehidrasi boleh terus membuat laporan atas talian di portal Mead Johnson.
Ruang maklum balas akan muncul di skrin utama laman web tersebut bagi memudahkan pengguna membuat aduan.

Anda boleh layari: https://www.enfagrow.com.my/

Atau menerusi aplikasi Facebook: Enfagrow A+ Malaysia

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Dari NESTLE, Cara Membezakan Produk Milo Tulen Atau Tiruan

sumber: astroawani astroawani

Saturday, October 14, 2017

7 Lagi Produk Kosmetik Beracun Diharamkan KKM (Siri 4 2017)

7 Lagi Produk Kosmetik Beracun Diharamkan KKM (Siri 4 2017)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai agar mengelakkan dari membeli dan menggunakan beberapa produk kosmetik yang didapati mengandungi racun berjadual yang mampu memberikan kesan mudarat jika digunakan.

Kosmetik Beracun

Menurut KKM,  tujuh jenis produk yang dikenal pasti dalam gambar diatas dipercayai mengandungi bahan beracun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri.

Bahan beracun tersebut dikatakan mampu memberi kesan negatif terhadap kulit seperti timbulnya kemerahan, ketidakselesaan, mengahalang proses pigmentasi serta meningkatkan risiko untuk menghidap kanser kulit.

Susulan itu, notifikasi berkaitan produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

"Bahan beracun tersebut mampu memberi kesan negatif terhadap kulit seperti timbulnya kemerahan, ketidakselesaan, menghalang proses pigmentasi serta meningkatkan risiko untuk menghidap kanser.

"Produk kosmetik yang dicampurpalsu ini juga boleh memudaratkan kesihatan disebabkan bahan beracun yang dicampur dengan produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menjurus kepada kerosakan buah pinggang dan sistem saraf," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.

Susulan itu penjualan produk ini telah dilarang serta merta kerana telah melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 dan penjara tidak melebihi 3 tahun untuk kesalahan pertama, manakala denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun untuk kesalahan-kesalahan yang berikutnya.

Justeru mereka yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk menghentikan penggunaannya serta mendapatkan nasihat ahli kesihatan yang profesional jika terdapat kesan sampingan dan sebagainya.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi KKM di http://npra.moh.gov.my/.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani