Sunday, September 30, 2018

SKMM Kongsi Cara Hentikan SPAM SMS Telco Di Malaysia


Semua orang benci spam SMS. Bukan rakyat Malaysia sahaja, satu dunia membencinya. Ia merupakan iklan SMS yang dipaksa kepada kita walaupun tidak diminta. Paling teruk, kredit dipotong tanpa kebenaran sampai licin habis!

STOP SMS ADVERTISING

SKMM sebelum ini telah mendedahkan rahsia bagaimana untuk menyekat terus daripada menerima spam SMS. Cara ini juga dikongsikan kepada consumer info atau persatuan pengguna.

Ini bukan arahan global opt out maksudnya, tidak ada satu arahan yang dapat dihantar bagi menyekat semua spam SMS sampai bila-bila. Pekhidmatan auto opt out tiada di Malaysia.

Ini kerana kerajaan hendak menggalakkan syarikat pembekal kandungan berkembang dalam industri Telco Malaysia. Oleh itu arahan opt out cuma dapat diberi apabila kita sudah menerima spam SMS.

Shortcode

Syarikat pembekal kandungan menghantar spam SMS menggunakan gateway tertentu yang sudah melanggan nombor kod khas atau shortcode.

Cara untuk mengenali shortcode di Malaysia:
  • 1XXX – kerajaan
  • 2XXX – Telco
  • 3XXX – pembekal kandungan
  • 6XXX – bulk SMS

Setiap shortcode pula mungkin dikongsi oleh beratus syarikat yang menggunakan servis syarikat pembekal.

Jadi jangan terkejut jika anda terima spam SMS daripada bank dan juga spammer menggunakan shortcode yang sama.

Arahan Shortcode

Ini adalah arahan rahsia yang tidak banyak pembekal kandungan akan beritahu anda dalam iklan mereka di media walaupun ia merupakan undang-undang SKMM.
  • OUT
  • STOP
  • STOP ALL
  • HELP

Jika anda terima spam katakan daripada 3XXX.

Anda boleh hantar arahan OUT kepada 3XXX untuk berhentikan SPAM daripada syarikat tersebut.

Banyak syarikat menghantar SPAM promosi perkhidmatan yang baru dilancarkan. Arahan OUT ini adalah satu-satunya arahan untuk menghentikan segala jenis promosi daripada shortcode tersebut.

Arahan untuk no 2 dan 3 adalah khas untuk SMS premium. Maksud servis premium ini adalah servis berbayar dan ia berbentuk langganan. Ada langganan bulanan, mingguan dan juga harian.

Siapa yang guna khidmat Telco pra bayar susah nak kesan servis langganan ini, tahu-tahu sahaja baki sudah habis. Kalau anda guna khidmat pasca bayar, anda boleh rujuk dalam bil bulanan anda dan terus hantar arahan dibawah.

Arahan STOP biasanya perlu ditambah dengan nama servis contohnya RING. Jadi kita hantarkan STOP RING kepada 3XXX bagi memberhentikan servis langganan SMS premium.

Arahan STOP ALL adalah langkah terbaik jika anda tidak tahu nama servis dan anda geram kerana sudah kena caj sampai habis baki setiap kali top up.

Kadang kala kita tidak sedar anak-anak yang main telefon terlanggan servis. Kadang-kadang secara tak sedar pula kita terlanggan servis apabila menggunakan khidmat semak saman contohnya.

Hati-hati apabila anda di minta hantar kod YES kepada mana-mana shortcode. YES ini biasanya adalah arahan untuk melanggan.

Berwaspada juga apabila memuat turun aplikasi mobile percuma daripada internet atau Google Play. Anda mungkin terus akan melanggan servis tertentu.

Arahan terakhir HELP akan menerangkan arahan-arahan lain kepada anda. Arahan ini tidak boleh dicaj premium oleh syarikat pembekal.

Mungkin ada ahli keluarga, rakan dan kenalan yang tidak tahu mengenai rahsia menghentikan spam SMS dan servis langganan premium SMS.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan semua orang yang mungkin menghadapi masalah ditipu syarikat TELCO di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iklanlahpercuma

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon