Sabtu, Oktober 14, 2017

7 Lagi Produk Kosmetik Beracun Diharamkan KKM (Siri 4 2017)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai agar mengelakkan dari membeli dan menggunakan beberapa produk kosmetik yang didapati mengandungi racun berjadual yang mampu memberikan kesan mudarat jika digunakan.

Kosmetik Beracun

Menurut KKM,  tujuh jenis produk yang dikenal pasti dalam gambar diatas dipercayai mengandungi bahan beracun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri.

Bahan beracun tersebut dikatakan mampu memberi kesan negatif terhadap kulit seperti timbulnya kemerahan, ketidakselesaan, mengahalang proses pigmentasi serta meningkatkan risiko untuk menghidap kanser kulit.

Susulan itu, notifikasi berkaitan produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

"Bahan beracun tersebut mampu memberi kesan negatif terhadap kulit seperti timbulnya kemerahan, ketidakselesaan, menghalang proses pigmentasi serta meningkatkan risiko untuk menghidap kanser.

"Produk kosmetik yang dicampurpalsu ini juga boleh memudaratkan kesihatan disebabkan bahan beracun yang dicampur dengan produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menjurus kepada kerosakan buah pinggang dan sistem saraf," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.

Susulan itu penjualan produk ini telah dilarang serta merta kerana telah melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 dan penjara tidak melebihi 3 tahun untuk kesalahan pertama, manakala denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun untuk kesalahan-kesalahan yang berikutnya.

Justeru mereka yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk menghentikan penggunaannya serta mendapatkan nasihat ahli kesihatan yang profesional jika terdapat kesan sampingan dan sebagainya.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi KKM di http://npra.moh.gov.my/.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

2 comments

Bahaya produk jika ada kesan buruk..elakkan

bahya sekali karena mengandung merkuri muka bisa terbakar perih kalau sering memakainya

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon