Tuesday, January 07, 2014

Wanita Sesak Nafas Selepas Klimaks Selama Tiga Jam!

Wanita Sesak Nafas Selepas Klimaks Selama Tiga Jam!

Seorang wanita mengejutkan doktor di wad kecemasan sebuah hospital apabila mengalami kesesakan nafas teruk gara-gara klimaks berpanjangan selama tiga jam.

Sex

Doktor pada mulanya menyangka wanita dikenali sebagai Liz itu sedang sakit bersalin kerana melihat keadaannya yang sukar bernafas.

Liz dan teman lelakinya Eric membincangkan kejadian itu dalam rancangan baru TLC, ‘Sex Sent me to the ER’.

“Saya cuba melompat-lompat dengan harapan ia boleh menghentikan proses klimaks, namun gagal,” kata Liz.

Dia juga cuba mengambil sedikit wain namun selepas dua jam memutuskan untuk ke hospital.

Liz berhenti klimaks dengan sendiri selepas sejam dipantau beberapa doktor.

Eric juga mengakui malu dengan kejadian itu.

BACA INI JUGA: Wanita Masturbasi 50 Kali Sehari Bunuh Diri

Sunday, December 08, 2013

Lelaki Tabur Wang Untuk Pikat Hati Bekas Isteri

Lelaki Tabur Wang Untuk Pikat Hati Bekas Isteri

Dalam usaha memenangi semula hati bekas isterinya,seorang lelaki yang angau telah menabur wang tunia berjumlah RM3,218 daripada tingkat atas pusat beli belah di sini.

Serge Vorobyov

Tindakan Serge Vorobyov itu yang bertujuan menarik perhatian wanita tersebut, telah menyebabkan pengunjung yang berada di tingkat bawah, berebut-rebut bagi mendapatkan wang yang ditaburkan.

Dia membaling wang kertas itu sambil diiringi lagu `Let It Snow.

Keadaan kelam kabut di situ memaksa polis campur tangan dan Vorobyov telah ditahan reman, namun dibebaskan selepas tiada siapa yang mengalami kecederaan.

Bagaimanapun Vorobyov dilarang memasuki pusat beli belah berkenaan selama setahun.

Vorobyov kemudiannya menjelaskan bahawa dia berbuat demikian selepas melalui proses perceraian yang amat teruk.

Malangnya cubaan Vorobyov untuk memenangi semula bekas isterinya tidak berjaya, kerana wanita itu tidak berada di pusat beli belah berkenaan.

Dalam pada itu, jurucakap pusat beli belah berkenaan berkata, tindakan Vorobyov itu boleh menyebabkan orang ramai mengalami kecederaan.

Sumber: Mynewshub

Wednesday, December 04, 2013

Seekor Kambing Jadi Mangsa Seksual Hadir Ke Mahkamah!

Seekor Kambing Jadi Mangsa Seksual Hadir Ke Mahkamah!

Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun.

Katana Kitsao Gona

Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.

Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.

Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing.

Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing.

Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes.

Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.

Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.

Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu.

Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.

Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. -Agensi

Saturday, November 30, 2013

 Isteri Umum Cerai Suami Di Papan Tanda

Isteri Umum Cerai Suami Di Papan Tanda

Banyak penceraian dilakukan secara senyap-senyap. Tetapi apabila ia dikongsikan kepada umum, maka pasti ada pihak akan mendapat aib.

Paul, I'm Divorcing You

Di Swansea, Wales, England, seorang isteri yang bengang apabila mendapati suaminya curang dengan wanita lain bertindak menceraikan suaminya secara terbuka.

Caranya, memberitahu dia menceraikan suaminya dengan menulis ‘PAUL.. I AM DIVORCING YOU’ di papan tanda kafe dan bar yang selalu dikunjungi mereka.

Tak cukup dengan itu, hari berikutnya papan tanda bar ditulis pula ‘BTW I AM KEEPING THE DOG’.

Isteri berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia sengaja merancang semua itu kerana marah selepas mengetahui suaminya curang dengan perempuan lain. Dia mengakui lega selepas melakukannya.

Begitu pun mengikut rekod lama, isteri Paul ini memang terbiasa mendedahkan perasaannya menggunakan papan tanda kafe dan bar Noah’s Yard tersebut.

Malah dia turut melakukan perkara sama ketika meminta Paul mengahwininya beberapa tahun lalu memenerusi papan tanda tertulis ‘MARRY ME PAUL?’

Sementara itu pemilik kafe dan bar, Noah Redfern, 36, menyatakan premisnya memang memberikan perkhidmatan demikian namun ia biasanya ditulis dengan perkara berkaitan sukan.

Apabila sesuatu yang lebih peribadi seperti berlaku pada Paul dikongsikan pada papan tanda kedainya, perkara itu menarik perhatian pengunjung yang mahu tahu kisah di sebaliknya.

Tak kurang juga, para suami yang melahirkan kerisaun jika perkara sama dilakukan isteri mereka jika mereka kantoi mempunyai hubungan sulit.

Sumber: Metro UK

Friday, November 22, 2013

Wanita Tunai Janji Berbogel Setelah Perancis Layak Ke Piala Dunia!

Wanita Tunai Janji Berbogel Setelah Perancis Layak Ke Piala Dunia!

Tidak seperti selalu, penonton sebuah rangkaian televisyen di Perancis menjadi begitu teruja menunggu laporan cuaca disampaikan Doria Tillier semalam.

Doria Tillier Naked

Puncanya, penyampai televisyen itu sebelum ini berjanji untuk berbogel andai pasukan bola sepak Perancis berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan.

Disebabkan skuad itu benar-benar berjaya, Doria, 27, perlu mengotakan janjinya. Dan memang Doria tidak memungkiri janji tetapi ia pasti mengecewakan jutaan penonton stesen Canal+.

Bekas model dan aktres itu memutuskan untuk berbogel di kawasan padang dan hanya membenarkan bahagian belakangnya dirakam kamera itu pun dari jarak jauh.

Melalui gambar itu Doria dilihat berlari tanpa seurat benang di kawasan terbuka.

Doria Tillier Naked

Doria juga pintar berhelah apabila berjanji untuk tampil “poi” (bahasa Perancis bermaksud bogel) tetapi sebaliknya perkataan itu juga merujuk kepada sebuah kampung berhampiran Paris.

Skuad Les Bleus tewas 0-2 kepada Ukraine dalam perlawanan pusingan kedua hujung minggu lalu tetapi mereka tetap layak ke Brazil berdasarkan agregat 3 - 2.

Seorang penonton Canal+, Remy Jacob berkata dia kecewa melihat aksi-aksi Doria.

“Ia tidak lucu langsung,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ramai orang berharap Doria bersikap terbuka dengan mengotakan janjinya seperti dibayangkan,” menurut Jacob.

Doria menjadi penyampai ramalan cuaca untuk siaran malam, selain mengendalikan rancangan bual bicara sejak Ogos tahun lalu. -Agensi

Thursday, November 14, 2013

Inilah Padahnya Bila Gadis Di Facebook Pendek Akal

Inilah Padahnya Bila Gadis Di Facebook Pendek Akal

Apabila penulis tiba-tiba terbaca status seorang ibu yang meluahkan rasa sedih atas perlakuan anak perempuannya di laman sosial Facebook, emosi pula tiba-tiba rasanya.

Facebook

Bukan sahaja anak perempuan wanita berkenaan tetapi semacam satu budaya dalam kalangan anak muda yang mendedahkan status yang bukan-bukan padahal sekolah pun tak habis lagi.

Dalam kes ini, wanita itu merungut ekoran status anak perempuannya yang diletakkan sebagai bertunang.

Status itu kini sudah tersebar di beberapa laman blog lain dan ia mengundang banyak komen berkenaan masalah yang dihadapi.

Facebook

Menurut wanita itu, status anaknya yang tertulis “engaged with bla.. bla.. bla..” mengundang pertanyaan daripada saudara mara yang lain adakah benar anaknya sudah bertunang?

Kemudian, status anaknya bertukar pula menjadi “married with polan bin polan sehingga membuatkan si ibu tertanya-tanya dan merintih sendiri.

“Bila bapak budak tu meminang dia? Bila dia akad nikah? Bila pulak aku kahwinkan dia? Akukah yang tak pandai mendidik dia.. atau dia dah berasa dia BESAR sangat.. sampai tak perlu menjaga hati orang tua,” kata wanita itu.

Penulis berasa kasihan juga kepada seorang ibu seperti itu yang kecewa dengan cara anaknya itu menggunakan Facebook.

Bagaimanapun, daripada wanita itu menulis di Facebook berkenaan rungutannya kenapa tidak berhadapan terus dengan anak perempuannya dan tegur dia secara depan dengan baik.

Adakah si ibu takut untuk menegur anak perempuannya kerana terlalu sayangkan dia. Biasanya perasaan terlalu sayang kepada anak bukannya wujud bila anak sudah remaja tetapi biasanya sudah pasti ia wujud ketika anak masih bayi lagi.

Penulis rasa, wanita itu berasa bersalah mahu menegur anaknya bimbang anaknya merajuk dan kemudian anaknya lari dari rumah mengikut teman lelakinya itu.

Untuk menyelesaikan kekeliruan, eloklah wanita itu terus menegur anak perempuannya itu.

Sumber: Mynewshub

Wednesday, November 13, 2013

 Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Untuk Wanita!

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Untuk Wanita!

Sewa teman lelaki. Jangan terkejut kerana perkara ini berlaku di China apabila sebuah laman web menawarkan lelaki untuk disewa oleh kaum wanita.

chinese-couple
Gambar hiasan.

Ia adalah untuk kaum wanita yang masih solo dan berdepan dengan tekanan daripada ibu bapa untuk mencari pasangan hidup.

Dengan menyewa lelaki terbabit, mereka boleh membawanya pulang ke kampung dan bertemu dengan ibu bapa.

Lelaki ini akan menyamar sebagai teman lelaki bagi jangka masa yang ditetapkan.

Melalui laman web Taobao, perkhidmatan sewa lelaki ini ditawarkan dan ia lengkap dengan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh kaum wanita.

Beberapa syarat ditetapkan iaitu lelaki ini perlu disewa dengan minimum tiga hari dan penyewa perlu membayar untuk makan malam bernilai £5, beli-belah (£3) dan bayaran 30 yuan dikenakan untuk setiap jam.

Namun jika penyewa ingin membawa `teman lelaki’ menonton wayang, mereka perlu membuat bayaran dan jumlah akan meningkat dua kali ganda jika filem yang ditonton adalah cerita seram.

Bayaran 50 yuan dikenakan untuk ciuman di bibir, tetapi berpegang tangan dan ciuman selamat tinggal di bahagian dahi atau pipi adalah percuma.

Perkhidmatan sewa teman lelaki ini mendapat sambutan menggalakkan terutama pada musim perayaan tahun baru Cina, iaitu ketika ahli keluarga berhimpun.

Proses pemilihan bermula dengan pertemuan antara pelanggan dan syarikat terbabit.

Pasangan itu kemudiannya akan bertukar gambar dan mereka akan menjalani sesi latihan sebelum perkhidmatan itu bermula.

BACA INI JUGA: 13 Rahsia Di Sebalik Tahi Lalat Lelaki

Monday, November 11, 2013

Pelajar Di Bayar Wang Jika Tidak Ponteng Sekolah!

Pelajar Di Bayar Wang Jika Tidak Ponteng Sekolah!

Upah menanti bagi mereka yang hadir ke sekolah. Setiap kanak-kanak wanita yang hadir ke sekolah kerajaan di Mumbai, India akan dibayar satu rupee sehari.

1 Rupee India

Langkah itu bertujuan menangani masalah ponteng dikalangan pelajar wanita.

Skim itu kelihatan menarik kerana memberi mereka peluang untuk mendapat wang dengan mudah.

Namun, tiada sesiapa pun di kalangan 22,000 pelajar wanita yang mencatatkan kehadiran penuh!

"Kami masih belum menemui pelajar yang mencatatkan kehadiran 100 peratus", kata Pesuruhjaya Pendidikan bagi majlis perbandaran berkenaan, S.S Shinde.

Tahun lalu, para pelajar wanita di sebuah sekolah di kawasan Bandra misalnya didapati tidak hadir antara 20 hingga 70 hari.

Mungkin di Malaysia, kita masih beruntung kerana ramai lagi pelajar yang bersemangat untuk hadir kesekolah walaupun masalah disiplin sentiasa menghantui dada akhbar kita.

-Sentiasapanas.com

 13 Alasan Ponteng Kerja Paling Tidak Logik

13 Alasan Ponteng Kerja Paling Tidak Logik

Ketidakhadiran ke tempat kerja bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ia sentiasa terjadi di mana-mana tempat di seluruh dunia.

13 Alasan Ponteng Kerja Paling Tidak Logik

Satu kajian secara talian telah dilakukan oleh Harris Interactive yang mewakili laman web CareerBuilder bermula pada 13 Ogos hingga 6 September lalu bagi mengenalpasti alasan utama ketidakhadiran para pekerja di Amerika Syarikat.

Ia meliputi 3,484 pekerja, 2,099 pengurus dan ahli profesional sumber manusia dari pelbagai syarikat dan industri.

Seperti biasa, alasan utama pastinya atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan akibat faktor cuaca, selain memerlukan rehat, tertidur dan urusan peribadi.

Namun, apa yang menariknya, kajian ini turut membongkar 13 alasan paling teruk yang pernah digunakan untuk tidak hadir ke tempat kerja. Antaranya:

1. Gigi palsu tercabut sewaktu memandu di lebuhraya.

2. Pasukan bola kegemaran kalah pada hari Ahad, jadi mereka memerlukan rehat pada hari Isnin untuk mengubati kesedihan.

3. Pekerja sedang dalam proses berhenti rokok dan cepat marah.

4. Pintu rumah telah digam dan tingkap ditutup sehingga tidak dapat keluar rumah.

5. Pekerja tergigit lidah dan tidak dapat bercakap.

6. Sekumpulan lebah sedang menghurung kereta dan pekerja tidak dapat masuk ke dalamnya.

7. Bahan kimia dalam ayam Turki membuatkan pekerja tertidur dan terlepas shif kerja.

8. Pekerja berasa terlalu marah sehingga mampu mencederakan orang lain jika datang bekerja.

9. Menerima panggilan ugutan dari syarikat elektrik dan perlu membuat laporan kepada FBI.

10. Pekerja perlu menyelesaikan sesi membeli-belah untuk sambutan Krismas.

11. Biji mata palsu terkeluar dan jatuh dari soketnya.

12. Sesat dan akhirnya menyedari yang dia berada di negeri lain.

13. Tidak tahu pakaian apa yang harus dipakai untuk ke tempat kerja.

Anda pula bagaimana?

Sumber: Mynewshub

Sunday, November 10, 2013

Video Pramugari Bergaduh Dengan Penumpang Dalam Pesawat

Video Pramugari Bergaduh Dengan Penumpang Dalam Pesawat

Berang dengan kelewatan pesawat Macau Airlines berlepas ke destinasi, seorang penumpang lelaki menyerang seorang pramugari pesawat terbabit.


Penumpang lelaki yang berbangsa cina tersebut mengasak-asak pramugari pesawat itu dan akibatnya pramugari itu naik angin dan memarahi penumpang lelaki itu tanpa mempedulikan protokol dan etika kerjanya lagi.

Apakan daya mereka hanya pramugari yang bertugas menenangkan para penumpang namun ada juga yang melepaskan amarah terhadap mereka.

(Baca: Top 10 Negara Pramugari Tercantik)

Kelewatan penerbangan bukannya kerana suka-suka, sudah tentu ada sebabnya sama ada pesawat menghadapi masalah teknikal, lapangan terbang sibuk dengan aturan keluar masuk pesawat-pesawat yang lain.

Mohon rakyat Malaysia jangan buat perkara seperti ini jika berada di mana-mana penerbangan pun.

Tonton video dibawah ini:


[Sumber]

Friday, November 08, 2013

Jambatan Dibina Khusus Untuk Kelawar Menyeberang Jalan!

Jambatan Dibina Khusus Untuk Kelawar Menyeberang Jalan!

Dewan Bandar Biberach an der Riss, wilayah Wuerttemberg, Jerman, mendapat kritikan selepas membina dua jambatan khas untuk kelawar!

Kelawar

The Daily Mail melaporkan, jambatan ini berfungsi melindungi kelawar agar tidak memasuki kawasan jalan yang baru dibina. Jambatan ini tidak boleh digunakan manusia atau haiwan lain untuk menyeberang.

Para pencinta haiwan mengatakan musang dan rusa juga menghadapi bahaya populasi namun tidak dibuatkan jalan seperti itu.

Namun, lembaga yang memantau kewangan awam, Bund der Steuerzahler mengatakan bahawa projek itu adalah satu pembaziran.

Kelawar
Kelawar
Kelawar

Laporan mereka menekankan, sebarang pembinaan jambatan sekurang-kurangnya boleh dikongsikan bersama haiwan dan manusia supaya lebih bermanfaat.

Kamera CCTV juga telah dipasang untuk memantau adakah jambatan ini benar-benar berfungsi dan dilalui oleh kelawar.

Sementara itu, ketua projek jambatan Goerg Stolz menyatakan pihaknya tidak boleh dipersalahkan.

"Kami membuat ini supaya kelawar boleh dialihkan dari melalui jalan-jalan bandar supaya16 ribu kereta tidak terganggu," ujarnya.

-Sentiasapanas.com

Saturday, November 02, 2013

Gagal Bunuh Diri Selepas Di Cium Awek!

Gagal Bunuh Diri Selepas Di Cium Awek!

Hanya dengan satu ciuman, seorang remaja perempuan, Liu Wenxiu berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada membunuh diri..

Kejadian tersebut berlaku pada bulan lepas, namun kisah mengenainya terus diperkatakan selepas remaja perempuan berjaya meyakinkan seorang lelaki yang tidak dikenalinya, agar menyayangi diri sendiri dan tidak melakukan perbuatan bodoh.

Ketika kejadian, gadis tersebut berada di sebuah pusat beli belah di Shenzhen, apabila dia kemudian melihat orang ramai mengerumuni seorang lelaki yang ketika itu cuba memanjat pengadang di tingkat paling atas bangunan itu..

Gambar yang diambil ketika lelaki tersebut 
leka mencium remaja perempuan itu.

“Saya mahu membantu lelaki itu namun polis tidak membenarkannya. Saya kemudian menipu polis bahawa dia adalah teman lelaki saya yang mahu membunuh diri kerana saya.

“Mereka kemudiannya membenarkan saya bercakap dengan lelaki itu dan dia memberitahu bahawa dia sangat sedih kerana keluarganya berpecah belah,’’ katanya.

Apabila mendengar cerita lelaki itu, Liu Wenxiu menjadi sedih kerana dia juga berasal daripada keluarga yang berpecah belah.


Wanita itu kemudiannya mengejutkan orang ramai apabila mencium lelaki itu di bahagian bibir, hingga lelaki itu leka dan polis dengan segera menarik lelaki tersebut.

[Sumber]

Thursday, October 31, 2013

Sambutan Halloween Melampau Pasaraya Norway Dikecam

Sambutan Halloween Melampau Pasaraya Norway Dikecam

Kebiasaannya, Halloween yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun di negara Barat akan dimeriahkan dengan aktiviti mengumpul gula-gula dan memakai kostum yang menakutkan, khususnya di kalangan kanak-kanak.


Selain itu, dekorasi rumah akan bertukar menjadi rumah hantu yang menyeramkan.

Sebuah pasaraya di Norway, Europris telah mengambil inisiatif yang lebih ‘ngeri’ dengan meletakkan potongan tubuh dan organ manusia palsu yang dibuat dari plastik dalam peti sejuk beku mereka dan dinamakan ‘Chop Shop’.

Ia bukan sahaja dibalut dengan plastik, malah turut ditampal dengan maklumat nutrisi, sekaligus menambahkan elemen ngeri padanya.

Meskipun pihak pasaraya beranggapan ia hanya sebagai gurauan, ramai pelanggan tidak setuju kerana dianggap melampau dan menakutkan anak-anak kecil yang melihatnya.

Pelanggan tetap Europris, Mona Urfjell menulis di laman Facebooknya:

“Tidak ada kesangsian lagi. Anak-anak akan berasa takut dengan apa yang mereka saksikan. Memalukan kerana kita membawa budaya Amerika yang sangat kejam.”

Europris bagaimanapun mengeluarkan ‘Chop Shop’ dari peti sejuk tersebut selepas menerima pelbagai kritikan dan aduan dari orang ramai.

Sumber: Mynewshub

Mahu Ke Granada Tapi Dihantar Ke Grenada!

Mahu Ke Granada Tapi Dihantar Ke Grenada!

Hajat seorang nenek ke Granada, Sepanyol tidak kesampaian apabila pesawat beliau mendarat di Grenada, Pulau Caribbean.

Lamenda Kingdon, 62

Lamenda Kingdon, 62, penghidap kanser payudara dan tumor otak dari Playmouth berkata, beliau mahu ke istana Alhamra di Granada bagi menunaikan hajat terakhirnya.

“Saya terkejut apabila kru pesawat mengatakan penerbangan itu bukan ke Sepanyol tetapi ke Grenada, Caribbean,” katanya.

Menurutnya, jangka masa ke Granada di selatan Sepanyol hanya mengambil masa dua jam berbanding ke Grenada yang mengambil masa 10 jam termasuk merentas Atlantik.

“Saya mengambil pesawat dari Gatwick menerusi pesawat British Airways dan kesilapan itu hanya disedari selepas dua jam berada dalam pesawat. Tempahan penerbangan dilakukan melalui telefon. Ketika melihat tiket berkenaan, saya fikir destinasi itu mempunyai perbezaan waktu dan saya hanya membiarkan sahaja,” katanya.

Sejurus mendarat di Caribbean, beliau diberi layanan kelas pertama dan mengambil penerbangan keesokannya dari St Lucia, Malaga untuk ke Granada dengan dibiayai penuh oleh syarikat penerbangan tersebut, laporan dipetik dari DailyMail.

Wednesday, October 30, 2013

Calon Mr. Singapore 2013 Mengaku Hilang Sebelah Buah Zakar!

Calon Mr. Singapore 2013 Mengaku Hilang Sebelah Buah Zakar!

Calon Mr. Singapore 2013 mengejutkan ramai pihak apabila mengakui sebelah buah zakarnya tidak lagi ‘berfungsi’ kerana pecah akibat menjalani latihan taekwondo di Pulau Pinang ketika zaman remajanya.

Wilson Lim

Wilson Lim memberitahu, pegawai perubatan yang merawatnya memaklumkan yang dia mungkin tidak berpeluang untuk memperoleh cahayamata sekiranya berkahwin disebabkan kecederaan tersebut.

”Saya mengalami kecederaan di bahagian kaki, termasuk kecederaan yang menyebabkan saya tidak mungkin mempunyai zuriat sendiri,” katanya pada akhbar The New Paper Singapura.

Lim seorang jurutera syarikat minyak menambah, dia cukup sedih dan trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.

”Tetapi saya selalu ingatkan diri saya yang masih ramai anak-anak terbiar di luar sana, mungkin suatu hari nanti salah seorang daripadanya akan saya ambil untuk tinggal bersama-sama,” katanya.

-Sumber: Mynewshub

Tuesday, October 29, 2013

Lagu Britney Spears Digunakan Untuk Menghalau Lanun Somalia!

Lagu Britney Spears Digunakan Untuk Menghalau Lanun Somalia!

Lagu-lagu hits Britney Spears seperti Oops! I Did It Again dan Baby One More Time telah dijadikan sebagai senjata rahsia dalam usaha mengusir lanun-lanun Somalia di kawasan teluk Afrika Selatan.

Britney Spears

Menurut Pegawai Tentera Laut, Rachel Owens, “mereka (lanun) tidak suka dengan muzik orang Barat, jadi kami rasa lagu Britney sesuai untuk tujuan itu (mengusir mereka)”.

“Sebaik sahaja mereka terdengar lagu Britney, mereka sendiri telah beredar dan pergi secepat yang boleh,” katanya.

Kapal di rantau ini berada dalam bahaya yang berterusan kerana lanun di Somalia sering menculik anak kapal dan menuntut wang tebusan dalam nilai jutaan ringgit.

Sebanyak 176 serangan ke atas kapal oleh kumpulan penyamun dari Afrika telah dilaporkan pada 2011.

Disebabkan ancaman daripada mereka, pihak Tentera Laut Diraja British telah meletakkan sebanyak 1500 anak kapal di dalam 14 kapal perang yang sentiasa beroperasi menjaga kawasan perairan di situ.

Sumber: Mynewshub