Monday, October 21, 2013

Lagi Video Perempuan Bergaduh, Kali Ini Di Sabah!

Lagi Video Perempuan Bergaduh, Kali Ini Di Sabah!

Belum reda lagi dengan video budak-budak perempuan bergaduh sampai pengsan, kali ini timbul pula video yang hampir serupa.

Perempuan bergaduh

Video yang ini nampaknya lebih menarik. Satu lawan satu dan apa yang menyebabkan ia lebih hebat, dua orang gadis ber'tumbuk' dalam semak.

Kejadian dikatakan berlaku di Penampang, Sabah.



Walaupun tidak diketahui punca pergaduhan mereka, namun biasanya berebutkan jantan ler..apa lagi..

BACA INI JUGA: Video Remaja Wanita Bergaduh Sampai Pengsan!

-Sentiasapanas.com

Saturday, October 19, 2013

Baru Sedar Isteri Tertinggal Selepas Memandu 200 Kilometer!

Baru Sedar Isteri Tertinggal Selepas Memandu 200 Kilometer!

Seorang lelaki Jerman memulakan kehidupan berumah tangga dengan kesilapan besar selepas memandu selama dua jam di lebih raya sebelum menyedari dia terlupa isterinya tertinggal di sebuah stesen minyak.

Beautiful Girls
Gambar hiasan.

Si suami berhenti mengisi minyak untuk seketika tanpa menyedari isterinya turun untuk ke tandas.

Dia hanya menyedari kesilapannya selepas memandu sejauh 200 kilometer.

“Reaksi pertama saya ialah adakah suami saya bodoh?” kata pengantin perempuan berusia 33 tahun itu ketika menceritakan kisah berkenaan di sebuah stesen radio swasta.

“Saya tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai telefon ketika itu,” katanya.

Lelaki berkenaan menyangka isterinya tidur di belakang bas mini mereka dan meneruskan perjalanan selama dua jam dengan mendengar muzik.

Sebaik menyedari kesilapannya, lelaki itu berhenti di sebuah balai polis yang sebelum itu sudah pun dihubungi isterinya.

Pasangan pengantin baru itu yang berasal dari Brandenburg berhampiran Berlin disatukan semula lima jam kemudian di stesen minyak berkenaan.

Si isteri memberitahu stesen radio berkenaan bahawa dia tidak marah dengan kejadian itu.

“Saya tidak marahkannya. Bukan dia sengaja,” katanya. -AFP

Monday, September 30, 2013

Peramas Payudara Profesional?!

Peramas Payudara Profesional?!

Pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki dari China ini mungkin kedengaran mudah dan menyeronokkan namun menurut Yang Jun, kerjanya itu turut mendapat tentangan dan halangan yang tersendiri.

Yang Jun

Ini kerana pekerjaannya sebagai peramas payudara ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak untuk terapi penyusuan ditentang sebahagian besar suami kepada pelanggannya itu.

Yang Jun merupakan seorang ahli terapi profesional yang bertugas untuk membantu para ibu menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi yang baru dilahirkan.

Yang Jun akan mengurut payudara si ibu selama satu jam setengah dengan kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM150.

Namun, halangan daripada para suami ketika Yang Jun melakukan pekerjaannya sedikit sebanyak mengecewakannya.

“Saya benar-benar sangat bagus dalam bidang ini jika mereka memberikan saya kesempatan. Saya belajar mengenai fisiologi, urutan, akupuntur dan saya sangat meminati bidang ini. Mereka seharusnya melihat saya sebagai seorang doktor atau jururawat,” luahnya.

BACA INI JUGA: Teknik Penyeksaan Paling Kejam Pada Zaman Pertengahan

Sumber: Mynewshub

Wednesday, September 25, 2013

Terpaksa Potong Kemaluan Selepas Telan Viagra Berlebihan!

Terpaksa Potong Kemaluan Selepas Telan Viagra Berlebihan!

Seorang lelaki dari selatan Colombia terpaksa membenarkan kemaluannya dipotong selepas dia didakwa menelan dos Viagra secara berlebihan bagi mengambil hati teman wanitanya.

Viagra
Gambar hiasan.

Lelaki berusia 66 tahun dari Gigante itu memberitahu akhbar tempatan, dia dengan sengaja menelan ubat itu secara berlebihan.

Dia kemudian dikatakan mengalami ereksi selama beberapa hari sebelum dipaksa mendapatkan nasihat doktor.

Menurut laman berita Colombia Reports, ubat perangsang seksual itu menyebabkan lelaki yang didakwa peladang dan juga ahli politik itu mendapat tanda-tanda gangren.

Apabila dia mendapatkan bantuan perubatan, doktor di Gigante merujuknya ke pusat perubatan di Neiva dan petugas perubatan di sana menyatakan saraf di kemaluannya mengalami regangan.

Dia diberitahu satu-satunya pilihan yang ada ialah kemaluannya perlu dipotong agar regangan saraf itu tidak merebak ke bahagian lain tubuhnya.

Seorang doktor memberitahu akhbar La Nacion: “Buah zakar dan kemaluan pesakit lebam dan dia kini masih dirawat.”

Ekoran kejadian itu, hospital di Neiva memberi amaran kepada lelaki terbabit agar tidak menggunakan ubat perangsang seks tanpa preskripsi doktor.

Sementara itu, awal minggu ini seorang lelaki Yaman mati selepas mengambil Viagra secara berlebihan ketika bersedia untuk tidur bersama isteri barunya pada hari pertama perkahwinan mereka.

Lelaki berusia 25 tahun itu menelan lima pil Viagra sekali gus hingga membunuhnya, lapor akhbar harian berbahasa Arab Okaz Al Youm. -Agensi

Monday, September 23, 2013

iPhone 5s 'Unlock' Guna Puting Dada!?

iPhone 5s 'Unlock' Guna Puting Dada!?

Salah satu kelebihan iPhone terkini iaitu iPhone 5s ialah dengan adanya Touch ID yang direka khas untuk ‘unlock’ atau membuka kunci melalui cap jari.

iPhone 5s

Namun, ada pula pengguna yang begitu gigih menjalankan ‘penyelidikan khas’ iaitu mengujinya dengan anggota tubuh lain seperti ibu jari kaki dan puting dada.

Memetik artikel di laman Rocket News 24, walaupun cap jari harus didaftarkan terlebih dahulu, masih terdapat kelemahan yang menyebabkan iPhone 5s tidak dapat melindungi privasi pengguna.

Antaranya, orang lain boleh menekan skrin telefon tersebut pada jari anda sewaktu sedang tidur.

Jadi, cadangan paling bernas ialah menggunakan kedua-dua bahagian alternatif yang disebutkan tadi.

Hasil uji kaji pengguna gigih ini juga mendapati bahagian hidung tidak dapat membuka kunci pada telefon ini.

Entah sejauh mana kebenarannya, tapi mungkin boleh dicuba kalau anda sanggup.



Sumber: Mynewshub

Tuesday, September 17, 2013

Video Lelaki Australia Bayar Saman Guna Duit 5 Sen

Video Lelaki Australia Bayar Saman Guna Duit 5 Sen

Seorang lelaki Australia yang marah dengan tindakan Majls Bandaraya Adelaide selepas menerima saman untuk keretanya bertindak membayar saman itu yang berjumlah 60 Dolas Australia kira-kira RM181.76 menggunakan wang syiling 5sen dan 10sen.


Lelaki yang enggan dikenali menyiarkan video tindakan itu pada Jumaat lepas dan sehingga hari ini ia sudah pun ditonton sebanyak 272,360 kali.

Video selama 3.29 saat itu menunjukkan pada awalnya beliau pergi ke sebuah bank dan meminta duit syiling 5 sen dan 10 sen dalam bungkusan-bungkusan kecil.

Kemudian, dia mengeluarkan kesemua syiling dari bungkusan kecil dan meletakkannya dalam sebuah karung besar sebelum menuju ke pejabat Majlis Bandaraya Adelaide untuk membuat pembayaran.

Selepas mendengar jumlah yang perlu dibayar dan bertanya “Boleh bayar tunai?” lelaki mengeluarkan duit syiling yang banyak dan menolaknya ke hadapan meja wanita yang menjaga kaunter.

Bagaimanapun, lelaki itu terkejut kerana wanita itu enggan memproses bayarannya kerana dia menggunakan terlalu banyak wang syiling.

Di Australia, terdapat undang-undang yang mengatakan pembayaran menggunakan syiling 5 sen boleh ditolak jika jumlah transaksi melebihi 5 Dolar Australia.

Ia digubal untuk mengelakkan perbuatan menghina pihak berkuasa tempatan seperti insiden di dalam video ini.

Tidak mengendahkan kata-kata penjaga kaunter, lelaki tadi terus keluar dari pejabat berkenaan dan berkata dia sudah tidak ada apa-apa urusan kerana sudah menjelaskan bayaran.

“Saya sudah bayar, saya keluar, saya sudah memberikan anda wang itu,” katanya.

Sudahnya, seorang jurucakap Majlis Bandaraya Adelaide berkata pihaknya tidak menerima bayaran berkenaan dan samannya masih tertunggak ekoran perbuatannya menghina pada Jumaat lepas.

Wang syiling lelaki itu kini disimpan di dalam peti besi pihak berkuasa tempatan itu dan surat telah dihantar kepada lelaki itu untuk mengambil wang syiling itu semula.



Sumber: Mynewshub

Hospital Perlukan Sumbangan 100 Orang Wanita Masih Dara!

Hospital Perlukan Sumbangan 100 Orang Wanita Masih Dara!

Tindakan sebuah hospital di sini meminta sumbangan darah daripada wanita sihat yang masih dara untuk kegunaan penyelidikan perubatan dikecam dan disifatkan sebagai menghina wanita.

Virgin girls
Gambar hiasan.

Media kerajaan semalam melaporkan Hospital Kanser Universiti Peking berkata, ia memerlukan darah 100 wanita masih dara berusia antara 18 hingga 24 tahun untuk kajian mengenai virus papilloma manusia (HPV) yang biasanya dijangkiti melalui hubungan seks, lapor China Daily.

Beberapa pengguna Internet mengutuk tindakan itu dengan menganggapnya mempromosikan upacara pemujaan dara dan merendahkan martabat wanita.

“Lelaki yang masih teruna tidak diperlukan, hanya perempuan, adakah ini sains?” tulis seorang pengguna di Sina Weibo, khidmat media sosial seperti Twitter dan forum tempatan untuk pendapat popular.

Hospital terbabit mempertahankan tindakannya, mengatakan darah wanita yang masih dara kurang dijangkiti HPV.

“Ia selaras dengan amalan antarabangsa untuk mendapatkan sumbangan sampel darah wanita dara yang berperanan sebagai bahan pengawalan dalam penyelidikan HPV, berikutan risiko dijangkiti HPV adalah rendah di kalangan wanita yang tidak pernah melakukan seks,” kata jurucakapnya Guan Jiuping.

Menurutnya, pihak berkuasa hospital akan merekodkan status seksual penderma.

Sesetengah pengguna Internet membela tindakan hospital itu apabila seorang pengguna berkata: “Mereka yang mengutuk itu biasanya golongan yang tidak memahami keseluruhan cerita.

“Belajar dulu sains dan rasionalnya daripada hanya tahu mengkritik orang lain.”

Dara bagi kaum wanita secara tradisional dilihat sebagai prasyarat untuk perkahwinan di China dan hari ini ramai lelaki China masih memilih isteri yang masih dara.

Kepentingannya ditambah dengan amalan seks tanpa perkahwinan yang semakin terbuka sejak berdekad lalu meningkatkan pertumbuhan pasaran untuk selaput dara dan pembedahan seumpamanya yang membolehkan wanita tampil seperti masih dara. -AFP

Monday, September 16, 2013

Terpaksa Guna Dua Kad Pengenalan Nama Terlalu Panjang

Terpaksa Guna Dua Kad Pengenalan Nama Terlalu Panjang

Bayangkan bagaimana anda mahu menghafal perkataan yang mempunyai 35 huruf? Memang sukar dan memerlukan masa untuk mengingatinya.

Janice “Lokelani” Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele

Rasanya, itulah yang dihadapi oleh kenalan kepada Janice “Lokelani” Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele.

Nama keluarga yang cukup panjang itu sebenarnya diwarisi dari mendiang suaminya, seorang penduduk asli Hawaii.

Akibatnya, dia terpaksa membawa dua kad pengenalan memandangkan lesen memandunya tidak mampu menampung nama penuhnya.

Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele berkata, masalah kerap timbul kerana lesennya itu tidak mempunyai nama pertama dan tengah, sekaligus menyebabkan dia kerap disoal polis.

Beliau juga pernah disaran untuk menggunakan namanya sendiri, namun mengganggap ia sangat tidak menghormati orang Hawaii.

Nasihat penulis, janganlah beri nama yang terlalu panjang untuk anak anda walaupun tampak unik kerana ia pasti akan menyusahkannya di kemudian hari. -Mynewshub

Saturday, September 07, 2013

Wanita Warga Malaysia Disaman RM600,000 Nafi Gila Seks!

Wanita Warga Malaysia Disaman RM600,000 Nafi Gila Seks!

“Ia satu penghinaan, tuduhan melampau dan tidak masuk akal,” kata wanita yang didakwa bekas teman lelakinya mempunyai keinginan seksual tinggi kerana melakukan hubungan kelamin sehingga enam kali sehari dengan setiap sesi selama satu jam.


Wanita berumur 29 tahun itu berkata dakwaan bekas teman lelakinya, warga Bosnia Ervin Ahbabovic, 41, amat menjatuhkan maruahnya kerana ramai memandang serong terhadapnya dan menganggap dia gila seks.

“Saya tertekan dan malu dengan berita itu, lebih buruk lagi, beberapa rakan perniagaan sudah menarik balik kontrak perjanjian yang ditandatangani sebelum ini, sekali gus menutup periuk nasi keluarga saya,” katanya pada sidang media semalam.

(Baca: Wanita Warga Malaysia Disaman Kerana Mahukan Seks Enam Kali Sehari!)

Rabu lalu, Ervin memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM600,000 di Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap wanita tersebut dan mendakwa dia dipergunakan bekas teman wanitanya itu.

Dalam penyata tuntutannya, Ervin mendakwa dia dipergunakan bagi memperoleh anak lebih baik berbanding sperma warga tempatan atas persepsi genetik orang Eropah mempunyai kualiti tiada tandingan, juga dipandang hebat.

“Saya mempunyai gen yang lebih baik daripada dia. Dia selalu fikir dia sangat hebat,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Star Online.

Usahawan wanita itu mengakui dia pernah mempunyai hubungan dengan Ervin namun dia tidak pernah mencintai lelaki berkenaan dan “tiada siapa yang akan menyukai lelaki yang kurang cerdik dan berfikiran sempit sepertinya.”

Dia turut mendakwa Ervin menderanya secara fizikal dan emosi selama beberapa tahun.

“Dia pukul saya dan pisahkan saya dengan semua orang hinggalah saya sembuh dan tiada siapa yang dapat melihat kecederaan yang saya alami.

“Dia juga menggunakan telefon saya untuk menghantar mesej kepada dirinya sendiri, hanya untuk menunjuk kepada rakannya, bahawa saya sangat memerlukannya,” katanya lagi.

Dia juga mendakwa Ervin turut mendera bekas isterinya, sejak mereka berkahwin semula.

“Dia kata bekas isterinya buat sesuatu yang tidak baik terhadapnya. Dia beritahu saya macam-macam cerita dan saya simpati terhadap dia. Saya juga pernah memberi wang dan meminjamkan kereta saya kepadanya.

“Dia dakwa ada masalah psikologi kesan daripada perang di Bosnia. Dia kata dia bekerja dengan agensi perisikan,” kata Melanie.

Menurutnya juga, bekas kekasihnya itu sanggup mencederakan diri sendiri.

Wanita Malaysia itu turut berkata, dia telah cuba beberapa kali memutuskan hubungan dengan lelaki Bosnia berkenaan.

“Saya cuba membuang dirinya daripada hidup saya, namun dia enggan melepaskan saya.

“Dia ugut untuk menghancurkan hidup saya jika saya meninggalkan dia, dan dia telah melakukannya.

“Cuma saya tidak menyangka dia melakukannya dalam tempoh setahun (selepas saya tidak lagi bertemu dengannya,” kata wanita itu.

Dia menegaskan, pada akhirnya dia mempunyai kekuatan untuk meninggalkan lelaki tersebut tahun lalu.

“Lelaki ini sama seperti Gargamel (watak dalam The Smurfs). Dia bukanlah ahli sihir yang bijak sebaliknya paling berbahaya,” tambahnya.

Wanita itu berkata dia tidak membenarkan anaknya berjumpa dengan Ervin dan berkata: “Tiada siapa akan mendedahkan anak lelaki mahupun anak perempuan mereka dengan orang sepertinya.”

“Dia tidak pernah kisah mengenai anak saya mahupun saya. Apa yang dia hendak adalah mencapai kegemilangan selama 15 minit,” katanya lanjut. -Mynewshub

Wednesday, September 04, 2013

Wanita Warga Malaysia Disaman Kerana Mahukan Seks Enam Kali Sehari!

Wanita Warga Malaysia Disaman Kerana Mahukan Seks Enam Kali Sehari!

Seorang ahli perniagaan berasal dari Bosnia telah memfailkan saman bernilai RM600,000 ke atas teman wanitanya seorang wanita warga Malaysia kerana dakwanya wanita itu hanya mahukan seks dan genetik Eropah untuk mendapatkan anak dan bukannya atas dasar cinta.

Disaman Kerana Mahukan Seks

Ervin Ahbabovic, 41 tahun yang juga telah mendapat status penduduk tetap negara ini memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.

Selain tuntutan itu, Ahbabovic juga meluahkan yang defendan iaitu wanita Malaysia berusia 29 tahun itu, mahu plaintif melayan keinginan seks luar biasa teman wanitanya yang mahukan hubungan seks enam kali sehari.

Sudahlah begitu, setiap sesi perhubungan seks akan berlangsung sehingga satu jam.

Dalam tuntutannya, Ahbabovic turut menyertakan kata-kata wanita itu kepadanya yang menyatakan "plaintif hanya dipergunakan untuk "memuaskan nafsu seksnya selain mendapatkan sperma lelaki berkenaan atas alasan DNA sperma Eropah tiada tolok bandingnya dan lebih berkualiti berbanding lelaki tempatan."

Menurut kisahnya, Ahbabovic berkata sebelun itu dia jatuh cinta dengan wanita berkenaan pada tahun 2008.

Mereka kemudiannya tinggal bersama dan dua tahun kemudian, pada 7 Februari, anak mereka dilahirkan.

Plaintif mendakwa, dia pada mulanya percaya mereka berdua akan mendirikan rumah tangga, namun mengakui beliau tersilap.

Menurut dokumen mahkamah, hubungan mereka retak selepas kelahiran anak lelaki mereka, ekoran defendan kerap mencari kesalahannya.

Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak seksual defendan yang mahukan hubungan seks enam kali sehari sebagai melebihi norma kebiasaan.

Bagi si Ahbabovic, dia masih yakin nafsu seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya.

Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.

Malah plaintif turut mendakwa defendan pernah mengugut membunuh diri jika kehendak seksualnya tidak dipenuhi atau cuba meninggalkannya.

Tanpa pilihan lain, beliau tetap dengan wanita berkenaan dengan harapan akan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga dengannya bagi memastikan mereka menikmati kehidupan berkeluarga yang normal.

Ahbabovic mendakwa beliau mengalami tekanan perasaan dan penderaan emosi disebabkan penderaan rutin seksual setiap hari, dan pada September tahun lalu, defendan dakwanya telah menikam dirinya di bahagian lengan kiri.

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, plaintif kemudiannya menegur tindakan defendan namun defendan kemudiannya menghina, memukul, dan memarahinya.

Malah, beliau juga didakwa telah dihalau dari rumah dan menafikan haknya untuk mendapatkan simpanan dan menguruskan perniagaan bersama mereka.

Ahbahovic berkata teman wanitanya terus bertindak di luar batasan selepas itu termasuk dalam perniagaan dan tidak pernah membayarnya walaupun menerima beberapa ratus ribu daripada sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. .

Beliau turut rasa dimalukan, stress dan trauma, ekoran bukan sahaja dihalau dari rumah, tetapi juga dilarang berjumpa anaknya.

Ahbabovic berkata beliau rasa terhina dengan kenyataan teman wanitanya itu yang menganggap dirinya dipergunaan sebagai penderma sperma.

Beliau turut mendakwa mengalami penderitaan psikologi ekoran status bapa kepada anaknya tidak diperakui.

Beliau menuntut mahkamah memberikan pengesahan terhadap statusnya sebagai bapa kepada anak mereka dan mengesahkan kehadirannya sebagai bapa dalam tiga akhbar utama di negara ini selain tuntutan kewangan.

Beliau juga cuba mendapatkan arahan menjadi bapa kepada anaknya dalam surat beranak, termasuk penghargaan defendan berkenaan kewujudannya sebagai bapa terhadap anak mereka.

Selain itu beliau turut menuntut kos lain yang ditetapkan mahkamah.

Ahbabovic diwakili peguam Nasir Yusoff dan Mohamad Fauzi. Beliau berkata pengurusan kes ditetapkan pada 1 Oktober.

"Salinan writ telah disahkan dan diserahkan kepada defendan, kemungkinan esok," menurut peguamnya, Nasir.

Ahbabovic, yang hadir mahkamah hari ini berkata beliau tidak melihat anaknya sejak beberapa bulan lalu.

"Saya mengalami trauma dan sedang berjumpa pakar sakit jiwa sekarang ini," katanya.

"Saya kehilangan segala-galanya sejak empat tahun lalu. Saya serahkan segalanya dan mahukan keluarga yang normal, namun dia gunakan saya semata-mata hanya mahukan sperma saya," katanya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, September 02, 2013

Wah! Berjaya Mencuri Basikal Dicuri Daripada Pencuri!

Wah! Berjaya Mencuri Basikal Dicuri Daripada Pencuri!

Seorang wanita tempatan Kayla Smith mempunyai cara tersendiri menghadapi pencuri basikalnya.

Stolen bike stolen back by owner - Kayla Smith
Kayla Smith.

Kayla kehilangan basikalnya yang berharga $1,000 (RM3,118) ketika diparkir dekat Kampung Olimpik minggu lalu.

Sejak itu dia mengaku sangat kecewa dan mula bner putus asa. “Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, mengapa ada orang melakukan ini pada saya?,” katanya.

Apabila seorang kawan Kayla ternampak iklan yang menawarkan basikal sama seperti milik Kayla dengan harga $300 (RM935), dia mulai berang.

“Saya sangat marah dan berdoa agar si pencuri itu dilenyek oleh trak,” katanya.

Dia kemudian merancang untuk bertemu dengan penjual basikal itu di tempat letak kenderaan restoran McDonald’s. Apabila mereka bertemu, dia memberitahu penjual itu dia perlu menguji basikal itu terlebih dulu. Lelaki berkenaan pada mulanya teragak-agak tetapi dia akhirnya bersetuju membenarkan Kayla menguji basikal itu.

Kayla lalu naik ke atas basikal itu dan menunggangnya pulang ke rumah.

“Saya sangat gembira, rasanya seperti pemain bola NFL yang meraih kemenangan,” katanya.

Bagaimanapun, perbuatannya itu tidak disenangi polis dan mereka memberi peringatan agar orang lain tidak mencontohi tindakan Kayla. Seorang pegawai polis yang enggan dikenali berkata, perbuatan Kayla bertemu dengan si pencuri mendedahkan dirinya kepada bahaya.

“Anda tidak tahu siapa yang akan anda temui. Berapa ramai yang ada di sana dan mungkin si pencuri itu boleh melakukan apa saja jika terdesak,” katanya. -AP


Pemandu Bas Salib Diri Selepas Dipecat Majikan

Pemandu Bas Salib Diri Selepas Dipecat Majikan

Lima pemandu bas yang dipecat majikan dan seorang daripada isteri mereka mempunyai cara tersendiri untuk memprotes tindakan itu dengan menyalib diri sendiri menggunakan paku sepanjang 38 sentimeter.

Juan Villalba Crucify

Protes mengerikan itu berlangsung sejak 22 hari lalu berhampiran sebuah terminal bas di Luque, kira-kira 12 kilometer dari ibu negara Paraguay.

Setiap seorang daripada mereka dibaringkan bersebelahan sebuah keranda kosong dan berikrar untuk terus disalib sehingga pekerjaan lama mereka dikembalikan.

Seorang pegawai kesatuan sekerja yang mengetuai protes itu, Juan Villalba berkata, lapan pemandu dipecat selepas mereka menuntut bayaran kerja lebih masa, insurans perubatan serta sumbangan dana pencen.

Isteri Villalba, Maria Concepcion Candia, 39, menyertai protes itu untuk menunjukkan kebersamaan dengan bekas pemandu terbabit.

Villalba berkata, kira-kira 50 pemandu bekerja dengan syarikat bas berkenaan selama beberapa tahun tanpa sebarang perlindungan.

Sesetengah daripada mereka dilaporkan mengalami masalah kesihatan, termasuk demam panas dan kesakitan pada perut dan dada.

Empat lagi anggota kesatuan sekerja itu memulakan mogok lapar sejak 38 hari lalu.

Sementara itu, pengurus syarikat bas berkenaan berkata, lima pemandu terbabit akan diambil bekerja semula, manakala yang lain diberi pampasan. -Agensi

Monday, August 05, 2013

Samsung Galaxy S4 Meletup Habis Satu Rumah Terbakar!

Samsung Galaxy S4 Meletup Habis Satu Rumah Terbakar!

Satu kejadian yang baru terjadi di Hong Kong membabitkan telefon Samsung Galaxy S4 milik seorang lelaki yang telah meletup menyebabkan rumahnya hangus terbakar.


Sebelum ini, paha seorang wanita cedera apabila telefon Samsung Galaxy S3 meletup di dalam poket seluar.

Kali ini pemilik telefon bernama Du yang asyik bermain game di Samsung Galaxy S4, dan tiba-tiba bateri Samsung Galaxy S4 miliknya meletup yang membuatkan Du terkejut lalu dia pun melemparkan telefon bimbit yang terbakar ke sudut rumahnya.

Akibatnya api dari telefon tadi terus merebak dan menghanguskan rumahnya.

Hingga saat ini belum ada maklumat lanjut bagaimana telefon pintar Samsung Galaxy S4 milik Du boleh meletup.

Berdasarkan keterangan Du, dia mengakui bahawa telefon, bateri dan charger yang dia gunakan semunya original dari pengilang Samsung.

 Admin: Biasa la, made in China katakan..

-Palingseru.com

Thursday, August 01, 2013

Majalah Ritual Untuk Menghalau Hantu!

Majalah Ritual Untuk Menghalau Hantu!

Susulan peningkatan aktiviti menghalau hantu di Poland, paderi-paderi Roman Katholik di sini bergabung tenaga dengan seorang penerbit untuk melancarkan sebuah majalah bulanan pertama di dunia yang memfokuskan secara eksklusif tentang cara menghalau syaitan.

Edisi pertama majalah Egzorcysta yang dijual di Poland.

"Peningkatan aktiviti menghalau hantu daripada empat kepada lebih 120 kes dalam tempoh 15 tahun di Poland merupakan petanda (untuk menerbitkan majalah berkenaan)," kata Paderi Aleksander Posacki.

Posacki merupakan seorang profesor dalam bidang falsafah, teologi dan hal ehwal syaitan serta penghalau hantu terkenal di Poland.

Komen itu dikeluarkan sempena majlis pelancaran majalah berkenaan, Egzorcysta, dalam satu sidang media di sini kelmarin.

Menurutnya, isu pertama majalah setebal 62 muka surat itu termasuk artikel bertajuk New Age - the spiritual vacuum cleaner dan Satan is real mula dijual bulan ini pada harga 2.34 euro (RM9.24) senaskhah.

Paderi berkenaan percaya peningkatan rasukan syaitan berpunca daripada perubahan kepercayaan sebahagian masyarakat Poland yang kini lebih berpegang kepada pasaran bebas kapitalisme dan menolak ajaran Katholik.

"Ia secara tak langsung disebabkan perubahan dalam sistem ekonomi. Kapitalisme mencipta lebih peluang untuk melakukan perniagaan merangkumi ilmu hitam. Malah kini, menelek nasib juga dikategorikan sebagai pekerjaan dan dikenakan cukai," kata Posacki kepada AFP.

"Jika orang ramai boleh membuat keuntungan dengan menggunakan elemen ilmu hitam, gangguan rohani turut berkembang," tambahnya.


Posacki yang turut berkhidmat dengan panel pakar penghalau hantu antarabangsa menjelaskan bahawa rasukan merupakan tingkah laku ekstrem yang gagal dirawat melalui kaedah psikologi, psikiatri dan terapi konvensional.

"Rasukan berlaku akibat kejahatan. Mencuri, membunuh dan pelbagai dosa lain," katanya kepada wartawan.

Jelasnya, roh jahat yang merasuk pesakit akan diusir dengan menggunakan panduan mantera yang diluluskan oleh ketua mazhab Roman Katholik, Pope John Paul II.

[Sumber]

Wednesday, July 31, 2013

Rekaan Baju Dalam Daripada Benih Padi Di Jepun!

Rekaan Baju Dalam Daripada Benih Padi Di Jepun!

Baju dalam daripada padi yang unik ini mempunyai dua cup yang menyerupai pot tanaman, diperbuat daripada plastik yang boleh dikitar semula.


Kedua pot tersebut boleh diisi dengan tanah dan benih padi. Konsep aneh ini juga dilengkapi dengan sarung tangan berkebun, sehingga wanita mendapati tangan mereka tidak kotor.

Menurut data statistik terkini, orang-orang Jepun menjadi lebih peduli dengan masalah alam sekitar dan keselamatan makanan, dan cenderung menginginkan gaya hidup luar bandar yang tenang.

Talian jualan alat-alat pertanian rumah, untuk orang-orang yang ingin menanam padi di rumahnya pun telah menjadi sangat popular, jadi Triumph berfikir baju dalam padi akan menjadi idea yang bagus untuk wanita yang berminat di pertanian.

Malangnya, jika saja anda menginginkan baju dalam padi ini, kamu mungkin akan kecewa kerana baju dalam ini hanya konsep dan bukan untuk dijual.


BACA INI JUGA: Sindrom Anak Patung Kain Buruk

Sumber" Zamrispoon.blogspot.com

Monday, July 29, 2013

Pemberita Wanita Terlukis Gambar Kemaluan Secara Langsung Di TV!

Pemberita Wanita Terlukis Gambar Kemaluan Secara Langsung Di TV!

Macam-macam perkara boleh berlaku apabila sesebuah rancangan TV disiarkan secara langsung.

Siobhan Riley Penis

Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran, Siobhan Riley tersilap ‘melukis’ gambar penis ketika mahu menerangkan tentang satu peta pembinaan.

Kesilapan itu berlaku secara langsung dalam satu berita televisyen.

Akibatnya, program yang sedang mengulas isu serius itu menjadi rancangan lawak buat penonton di rumah seterusnya menjadi viral di internet.

Saksikan detik-detik kesilapan itu berlaku, haha..



BACA INI JUGA: Ngerinya Peserta Gusti Lengan Patah Tangan Ketika Siaran Langsung!