Monday, September 02, 2013

Pemandu Bas Salib Diri Selepas Dipecat Majikan


Lima pemandu bas yang dipecat majikan dan seorang daripada isteri mereka mempunyai cara tersendiri untuk memprotes tindakan itu dengan menyalib diri sendiri menggunakan paku sepanjang 38 sentimeter.

Juan Villalba Crucify

Protes mengerikan itu berlangsung sejak 22 hari lalu berhampiran sebuah terminal bas di Luque, kira-kira 12 kilometer dari ibu negara Paraguay.

Setiap seorang daripada mereka dibaringkan bersebelahan sebuah keranda kosong dan berikrar untuk terus disalib sehingga pekerjaan lama mereka dikembalikan.

Seorang pegawai kesatuan sekerja yang mengetuai protes itu, Juan Villalba berkata, lapan pemandu dipecat selepas mereka menuntut bayaran kerja lebih masa, insurans perubatan serta sumbangan dana pencen.

Isteri Villalba, Maria Concepcion Candia, 39, menyertai protes itu untuk menunjukkan kebersamaan dengan bekas pemandu terbabit.

Villalba berkata, kira-kira 50 pemandu bekerja dengan syarikat bas berkenaan selama beberapa tahun tanpa sebarang perlindungan.

Sesetengah daripada mereka dilaporkan mengalami masalah kesihatan, termasuk demam panas dan kesakitan pada perut dan dada.

Empat lagi anggota kesatuan sekerja itu memulakan mogok lapar sejak 38 hari lalu.

Sementara itu, pengurus syarikat bas berkenaan berkata, lima pemandu terbabit akan diambil bekerja semula, manakala yang lain diberi pampasan. -Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon