Tuesday, September 03, 2013

Hidup Dana Adiva Diwarnai Kesengsaraan Kerana Terlalu Cantik!


Dana Adiva, seorang wanita yang berasal dari Chicago, AS, mengeluh dengan masalah penampilannya yang terlalu cantik.

Dana Adiva
Dana Adiva.

Dia merasakan hidupnya diwarnai kesengsaraan kerana terlalu cantik. Wanita berusia 21 tahun yang bekerja sebagai ahli gusti profesional ini sukar mendapat kekasih dan terpaksa berhenti sekolah sewaktu sekolah tinggi kerana teman-teman perempuannya berterusan membulinya kerana cemburu.

Adiva menceritakan kisahnya ini dalam siri dokumentari MTV bertajuk True Lives. Yang dipetik dari The Sun.

Adiva bercerita dalam siri dokumentari tersebut, "Saya mendapat apa yang saya mahu dan saya diperlakukan seperti seorang puteri."

"Saya tak perlu menjadi pintar, kerana mempunyai penampilan menarik," tambahnya.

Namun, Adiva mengakui penampilannya menjadi halangan.

Di sekolah, ramai lelaki yang tertarik kepadanya namun dia tidak boleh bersosial dengan pelajar wanita.

"Saya mendapat banyak perhatian dari para lelaki, tapi saya tak boleh bergaul dengan wanita. Mereka sangat cemburu pada saya, "ujarnya.

"Saya sering mendapat surat kebencian.

"Keadaannya sangat buruk, sehingga saya memutuskan untuk berhenti bersekolah," tambahnya.

Adiva mengaku pernah cuba menyembunyikan kecantikannya dengan mewarnakan rambutnya dan mengenakan cermin mata.

Tapi kini dia memutuskan untuk menerima kecantikannya. Malah, dia sedang berfikir untuk melakukan pembedahan pembesaran payudara.

Adiva bukan wanita pertama yang pernah merasakan kesusahan dalam hidup kerana terlalu cantik. [Sumber]

[Edited by SP]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon