Wednesday, September 04, 2013

Wanita Warga Malaysia Disaman Kerana Mahukan Seks Enam Kali Sehari!


Seorang ahli perniagaan berasal dari Bosnia telah memfailkan saman bernilai RM600,000 ke atas teman wanitanya seorang wanita warga Malaysia kerana dakwanya wanita itu hanya mahukan seks dan genetik Eropah untuk mendapatkan anak dan bukannya atas dasar cinta.

Disaman Kerana Mahukan Seks

Ervin Ahbabovic, 41 tahun yang juga telah mendapat status penduduk tetap negara ini memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.

Selain tuntutan itu, Ahbabovic juga meluahkan yang defendan iaitu wanita Malaysia berusia 29 tahun itu, mahu plaintif melayan keinginan seks luar biasa teman wanitanya yang mahukan hubungan seks enam kali sehari.

Sudahlah begitu, setiap sesi perhubungan seks akan berlangsung sehingga satu jam.

Dalam tuntutannya, Ahbabovic turut menyertakan kata-kata wanita itu kepadanya yang menyatakan "plaintif hanya dipergunakan untuk "memuaskan nafsu seksnya selain mendapatkan sperma lelaki berkenaan atas alasan DNA sperma Eropah tiada tolok bandingnya dan lebih berkualiti berbanding lelaki tempatan."

Menurut kisahnya, Ahbabovic berkata sebelun itu dia jatuh cinta dengan wanita berkenaan pada tahun 2008.

Mereka kemudiannya tinggal bersama dan dua tahun kemudian, pada 7 Februari, anak mereka dilahirkan.

Plaintif mendakwa, dia pada mulanya percaya mereka berdua akan mendirikan rumah tangga, namun mengakui beliau tersilap.

Menurut dokumen mahkamah, hubungan mereka retak selepas kelahiran anak lelaki mereka, ekoran defendan kerap mencari kesalahannya.

Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak seksual defendan yang mahukan hubungan seks enam kali sehari sebagai melebihi norma kebiasaan.

Bagi si Ahbabovic, dia masih yakin nafsu seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya.

Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.

Malah plaintif turut mendakwa defendan pernah mengugut membunuh diri jika kehendak seksualnya tidak dipenuhi atau cuba meninggalkannya.

Tanpa pilihan lain, beliau tetap dengan wanita berkenaan dengan harapan akan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga dengannya bagi memastikan mereka menikmati kehidupan berkeluarga yang normal.

Ahbabovic mendakwa beliau mengalami tekanan perasaan dan penderaan emosi disebabkan penderaan rutin seksual setiap hari, dan pada September tahun lalu, defendan dakwanya telah menikam dirinya di bahagian lengan kiri.

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, plaintif kemudiannya menegur tindakan defendan namun defendan kemudiannya menghina, memukul, dan memarahinya.

Malah, beliau juga didakwa telah dihalau dari rumah dan menafikan haknya untuk mendapatkan simpanan dan menguruskan perniagaan bersama mereka.

Ahbahovic berkata teman wanitanya terus bertindak di luar batasan selepas itu termasuk dalam perniagaan dan tidak pernah membayarnya walaupun menerima beberapa ratus ribu daripada sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. .

Beliau turut rasa dimalukan, stress dan trauma, ekoran bukan sahaja dihalau dari rumah, tetapi juga dilarang berjumpa anaknya.

Ahbabovic berkata beliau rasa terhina dengan kenyataan teman wanitanya itu yang menganggap dirinya dipergunaan sebagai penderma sperma.

Beliau turut mendakwa mengalami penderitaan psikologi ekoran status bapa kepada anaknya tidak diperakui.

Beliau menuntut mahkamah memberikan pengesahan terhadap statusnya sebagai bapa kepada anak mereka dan mengesahkan kehadirannya sebagai bapa dalam tiga akhbar utama di negara ini selain tuntutan kewangan.

Beliau juga cuba mendapatkan arahan menjadi bapa kepada anaknya dalam surat beranak, termasuk penghargaan defendan berkenaan kewujudannya sebagai bapa terhadap anak mereka.

Selain itu beliau turut menuntut kos lain yang ditetapkan mahkamah.

Ahbabovic diwakili peguam Nasir Yusoff dan Mohamad Fauzi. Beliau berkata pengurusan kes ditetapkan pada 1 Oktober.

"Salinan writ telah disahkan dan diserahkan kepada defendan, kemungkinan esok," menurut peguamnya, Nasir.

Ahbabovic, yang hadir mahkamah hari ini berkata beliau tidak melihat anaknya sejak beberapa bulan lalu.

"Saya mengalami trauma dan sedang berjumpa pakar sakit jiwa sekarang ini," katanya.

"Saya kehilangan segala-galanya sejak empat tahun lalu. Saya serahkan segalanya dan mahukan keluarga yang normal, namun dia gunakan saya semata-mata hanya mahukan sperma saya," katanya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon