Ahad, Mei 05, 2013

Teknik Penyeksaan Paling Kejam Pada Zaman Pertengahan


Loading...

Zaman Pertengahan mengikut piawaian moden adalah tempoh yang paling teruk untuk kita hidup. Kebanyakan orang miskin menderita pelbagai penyakit. Kebebasan mereka pula dimiliki oleh pemilik-pemilik tanah yang kaya. Dan jika anda melakukan suatu jenayah dan tidak mampu untuk membayar denda, tangan anda mungkin akan dipotong atau lidah dan bibir anda dikelar.

Penyeksaan yang dilakukan secara luar biasa, tetapi pada zaman itu pihak berkuasa akan melakukan sedemikan rupa jika mahu anda mengaku sesuatu!

Zaman Pertengahan merupakan zaman teknik penyeksaan dan alat yang mengakibatkan kesakitan yang dahsyat.

Zaman tersebut "membenarkan" teknik penyeksaan yang direkabentuk untuk menyebabkan kesakitan psikologi atau emosi, dengan beberapa kesakitan fizikal yang terhad. Tetapi alat yang digunakan pada Zaman Pertengahan benar-benar menakutkan!

Dibawah ini adalah teknik-teknik dan peralatan yang digunakan untuk melakukan seksaan pada zaman tersebut.

Sulaan


Jika anda Vlad Impaler (lebih dikenali sebagai Dracula) pada abad ke 15 di Romania, anda hanya menyula mangsa anda dengan memaksa mereka duduk di atas tiang yang tajam dan tebal. Tiang kemudian dinaikkan menegak dan mangsa kebawah oleh berat badan sendiri.

Selalunya, tiang itu akan dimasukkan ke lubang dubur sehingga menembusi kerongkong dan sesetengah mangsa akan terus tembus keluar melalui mulut. Ada yang mati serta-merta dan ada yang mengambil masa tiga hari untuk mati. 20,000 hingga 300,000 mati dengan cara ini sewaktu pemerintahan Vlad The Impaler. Ada kisah menyebutkan bahawa beliau akan menikmati makanannya sambil menonton hukuman sula dilaksanakan.

Judas Cradle


Mungkin kurang sadis daripada penyulaan tetapi tetap mengerikan. Faraj atau dubur mangsa akan diletakkan di atas titik buaian berbentuk piramid, kemudian diturunkan dengan tali. Kesan yangdimaksudkan adalah untuk perlahan-lahan menusuk mangsa.

Mangsa biasanya dibiarkan telanjang, untuk menambah penghinaan kepada mangsa dan kadang-kadang berat ditambah dibahagian kaki untuk meningkatkan kesakitan dan mempercepatkan kematian. Penyeksaan ini boleh bertahan daripada beberapa jam kepada beberapa hari. Alat penyeksaan ini jarang dicuci, jadi mangsa juga akan berhadapan dengan jangkitan dari mangsa-mangsa sebelumnya.

Keranda Penyeksaan


Keranda Penyeksaan sangat ditakuti pada Zaman Pertengahan dan sering dilihat dalam filem-filem yang menggambarkan masa (lihat Monty Python’s Holy Grail). Mangsa diletakkan di dalam sangkar logam yang direka mengikut bentuk badan manusia. Pendera boleh memaksa mangsa yang berat badan berlebihan ke dalam peranti yang lebih kecil ataupun membuat "keranda" lebih besar daripada badan mangsa untuk membuatkan mangsa tidak selesa. Keranda juga sering digantung dari pokok atau tali gantung.

Mangsa yang melakukan jenayah yang serius seperti bida’ah atau kekufuran akan dihukum mati di dalam keranda di mana mangsa akan diletakkan di bawah matahari yang membolehkan burung atau haiwan untuk memakan mangsa hidup-hidup. Kadang-kadang penonton akan membaling batu dan objek lain untuk meningkatkan lagi kesakitan

The Rack


Siapa yang dapat melupakan “dreaded rack”, lazimnya dipercayai sebagai penyeksaan yang paling menyakitkan pada zaman pertengahan. Ia terdiri daripada bingkai kayu biasanya dengan dua tali kekal ke bawah dan dua lagi terikat untuk mengendalikannya ke atas. Sebagai pengendali, hukuman itu akan saling bertukar tali pemegang. Tali akan menarik lengan mangsa dengan kuat, akhirnya menyebabkan tulang akan retak. Jika penyeksa terus memutar tuil pada rak tersebut, kulit tubuh pesalah akan koyak!

Pada lewat Zaman Pertengahan, variasi baru Rack muncul. Pancang ditambah yang akan menembusi belakang mangsa apabila dia dipaksa berbaring di atas meja. Selain alat ini untuk mengoyakkan tubuh pesalah, alat ini juga direka untuk merosakkan saraf tunjang, meningkatkan bukan sahaja kesakitan fizikal, tetapi kesakitan psikologi kerana mangsa mengetahui bahawa, walaupun dia hidup dia akan lumpuh buat selama-lamanya.

The Breast Ripper


Digunakan sebagai hukuman yang mengerikan bagi wanita, “Breast Ripper” digunakan untuk menyebabkan kesakitan, kehilangan darah dan kecacatan pada payudara mereka. Ia biasanya digunakan untuk wanita yang dituduh menjalankan pengguguran atau berzina.

Kuku besi yang digunakan akan dipanaskan sehingga merah menyala dan diletakkan di dada mangsa yang terdedah. Kuku besi kemudiannya ditarik untuk merobek payudara. Jika mangsa tidak dibunuh, mangsa akan berparut seumur hidup dan buah dadanya tiada lagi.

BACA INI JUGA: 10 Pramugari AirAsia Malaysia Paling Cantik

[Sumber][Edited by SP]

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon