Tuesday, September 17, 2013

Video Lelaki Australia Bayar Saman Guna Duit 5 Sen


Seorang lelaki Australia yang marah dengan tindakan Majls Bandaraya Adelaide selepas menerima saman untuk keretanya bertindak membayar saman itu yang berjumlah 60 Dolas Australia kira-kira RM181.76 menggunakan wang syiling 5sen dan 10sen.


Lelaki yang enggan dikenali menyiarkan video tindakan itu pada Jumaat lepas dan sehingga hari ini ia sudah pun ditonton sebanyak 272,360 kali.

Video selama 3.29 saat itu menunjukkan pada awalnya beliau pergi ke sebuah bank dan meminta duit syiling 5 sen dan 10 sen dalam bungkusan-bungkusan kecil.

Kemudian, dia mengeluarkan kesemua syiling dari bungkusan kecil dan meletakkannya dalam sebuah karung besar sebelum menuju ke pejabat Majlis Bandaraya Adelaide untuk membuat pembayaran.

Selepas mendengar jumlah yang perlu dibayar dan bertanya “Boleh bayar tunai?” lelaki mengeluarkan duit syiling yang banyak dan menolaknya ke hadapan meja wanita yang menjaga kaunter.

Bagaimanapun, lelaki itu terkejut kerana wanita itu enggan memproses bayarannya kerana dia menggunakan terlalu banyak wang syiling.

Di Australia, terdapat undang-undang yang mengatakan pembayaran menggunakan syiling 5 sen boleh ditolak jika jumlah transaksi melebihi 5 Dolar Australia.

Ia digubal untuk mengelakkan perbuatan menghina pihak berkuasa tempatan seperti insiden di dalam video ini.

Tidak mengendahkan kata-kata penjaga kaunter, lelaki tadi terus keluar dari pejabat berkenaan dan berkata dia sudah tidak ada apa-apa urusan kerana sudah menjelaskan bayaran.

“Saya sudah bayar, saya keluar, saya sudah memberikan anda wang itu,” katanya.

Sudahnya, seorang jurucakap Majlis Bandaraya Adelaide berkata pihaknya tidak menerima bayaran berkenaan dan samannya masih tertunggak ekoran perbuatannya menghina pada Jumaat lepas.

Wang syiling lelaki itu kini disimpan di dalam peti besi pihak berkuasa tempatan itu dan surat telah dihantar kepada lelaki itu untuk mengambil wang syiling itu semula.



Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon