Wednesday, November 13, 2013

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Untuk Wanita!


Sewa teman lelaki. Jangan terkejut kerana perkara ini berlaku di China apabila sebuah laman web menawarkan lelaki untuk disewa oleh kaum wanita.

chinese-couple
Gambar hiasan.

Ia adalah untuk kaum wanita yang masih solo dan berdepan dengan tekanan daripada ibu bapa untuk mencari pasangan hidup.

Dengan menyewa lelaki terbabit, mereka boleh membawanya pulang ke kampung dan bertemu dengan ibu bapa.

Lelaki ini akan menyamar sebagai teman lelaki bagi jangka masa yang ditetapkan.

Melalui laman web Taobao, perkhidmatan sewa lelaki ini ditawarkan dan ia lengkap dengan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh kaum wanita.

Beberapa syarat ditetapkan iaitu lelaki ini perlu disewa dengan minimum tiga hari dan penyewa perlu membayar untuk makan malam bernilai £5, beli-belah (£3) dan bayaran 30 yuan dikenakan untuk setiap jam.

Namun jika penyewa ingin membawa `teman lelaki’ menonton wayang, mereka perlu membuat bayaran dan jumlah akan meningkat dua kali ganda jika filem yang ditonton adalah cerita seram.

Bayaran 50 yuan dikenakan untuk ciuman di bibir, tetapi berpegang tangan dan ciuman selamat tinggal di bahagian dahi atau pipi adalah percuma.

Perkhidmatan sewa teman lelaki ini mendapat sambutan menggalakkan terutama pada musim perayaan tahun baru Cina, iaitu ketika ahli keluarga berhimpun.

Proses pemilihan bermula dengan pertemuan antara pelanggan dan syarikat terbabit.

Pasangan itu kemudiannya akan bertukar gambar dan mereka akan menjalani sesi latihan sebelum perkhidmatan itu bermula.

BACA INI JUGA: 13 Rahsia Di Sebalik Tahi Lalat Lelaki

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon