Saturday, November 02, 2013

Gagal Bunuh Diri Selepas Di Cium Awek!


Hanya dengan satu ciuman, seorang remaja perempuan, Liu Wenxiu berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada membunuh diri..

Kejadian tersebut berlaku pada bulan lepas, namun kisah mengenainya terus diperkatakan selepas remaja perempuan berjaya meyakinkan seorang lelaki yang tidak dikenalinya, agar menyayangi diri sendiri dan tidak melakukan perbuatan bodoh.

Ketika kejadian, gadis tersebut berada di sebuah pusat beli belah di Shenzhen, apabila dia kemudian melihat orang ramai mengerumuni seorang lelaki yang ketika itu cuba memanjat pengadang di tingkat paling atas bangunan itu..

Gambar yang diambil ketika lelaki tersebut 
leka mencium remaja perempuan itu.

“Saya mahu membantu lelaki itu namun polis tidak membenarkannya. Saya kemudian menipu polis bahawa dia adalah teman lelaki saya yang mahu membunuh diri kerana saya.

“Mereka kemudiannya membenarkan saya bercakap dengan lelaki itu dan dia memberitahu bahawa dia sangat sedih kerana keluarganya berpecah belah,’’ katanya.

Apabila mendengar cerita lelaki itu, Liu Wenxiu menjadi sedih kerana dia juga berasal daripada keluarga yang berpecah belah.


Wanita itu kemudiannya mengejutkan orang ramai apabila mencium lelaki itu di bahagian bibir, hingga lelaki itu leka dan polis dengan segera menarik lelaki tersebut.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon