Friday, November 08, 2013

Jambatan Dibina Khusus Untuk Kelawar Menyeberang Jalan!


Dewan Bandar Biberach an der Riss, wilayah Wuerttemberg, Jerman, mendapat kritikan selepas membina dua jambatan khas untuk kelawar!

Kelawar

The Daily Mail melaporkan, jambatan ini berfungsi melindungi kelawar agar tidak memasuki kawasan jalan yang baru dibina. Jambatan ini tidak boleh digunakan manusia atau haiwan lain untuk menyeberang.

Para pencinta haiwan mengatakan musang dan rusa juga menghadapi bahaya populasi namun tidak dibuatkan jalan seperti itu.

Namun, lembaga yang memantau kewangan awam, Bund der Steuerzahler mengatakan bahawa projek itu adalah satu pembaziran.

Kelawar
Kelawar
Kelawar

Laporan mereka menekankan, sebarang pembinaan jambatan sekurang-kurangnya boleh dikongsikan bersama haiwan dan manusia supaya lebih bermanfaat.

Kamera CCTV juga telah dipasang untuk memantau adakah jambatan ini benar-benar berfungsi dan dilalui oleh kelawar.

Sementara itu, ketua projek jambatan Goerg Stolz menyatakan pihaknya tidak boleh dipersalahkan.

"Kami membuat ini supaya kelawar boleh dialihkan dari melalui jalan-jalan bandar supaya16 ribu kereta tidak terganggu," ujarnya.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon