Monday, November 11, 2013

Pelajar Di Bayar Wang Jika Tidak Ponteng Sekolah!


Upah menanti bagi mereka yang hadir ke sekolah. Setiap kanak-kanak wanita yang hadir ke sekolah kerajaan di Mumbai, India akan dibayar satu rupee sehari.

1 Rupee India

Langkah itu bertujuan menangani masalah ponteng dikalangan pelajar wanita.

Skim itu kelihatan menarik kerana memberi mereka peluang untuk mendapat wang dengan mudah.

Namun, tiada sesiapa pun di kalangan 22,000 pelajar wanita yang mencatatkan kehadiran penuh!

"Kami masih belum menemui pelajar yang mencatatkan kehadiran 100 peratus", kata Pesuruhjaya Pendidikan bagi majlis perbandaran berkenaan, S.S Shinde.

Tahun lalu, para pelajar wanita di sebuah sekolah di kawasan Bandra misalnya didapati tidak hadir antara 20 hingga 70 hari.

Mungkin di Malaysia, kita masih beruntung kerana ramai lagi pelajar yang bersemangat untuk hadir kesekolah walaupun masalah disiplin sentiasa menghantui dada akhbar kita.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon