Sunday, December 08, 2013

Lelaki Tabur Wang Untuk Pikat Hati Bekas Isteri


Dalam usaha memenangi semula hati bekas isterinya,seorang lelaki yang angau telah menabur wang tunia berjumlah RM3,218 daripada tingkat atas pusat beli belah di sini.

Serge Vorobyov

Tindakan Serge Vorobyov itu yang bertujuan menarik perhatian wanita tersebut, telah menyebabkan pengunjung yang berada di tingkat bawah, berebut-rebut bagi mendapatkan wang yang ditaburkan.

Dia membaling wang kertas itu sambil diiringi lagu `Let It Snow.

Keadaan kelam kabut di situ memaksa polis campur tangan dan Vorobyov telah ditahan reman, namun dibebaskan selepas tiada siapa yang mengalami kecederaan.

Bagaimanapun Vorobyov dilarang memasuki pusat beli belah berkenaan selama setahun.

Vorobyov kemudiannya menjelaskan bahawa dia berbuat demikian selepas melalui proses perceraian yang amat teruk.

Malangnya cubaan Vorobyov untuk memenangi semula bekas isterinya tidak berjaya, kerana wanita itu tidak berada di pusat beli belah berkenaan.

Dalam pada itu, jurucakap pusat beli belah berkenaan berkata, tindakan Vorobyov itu boleh menyebabkan orang ramai mengalami kecederaan.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon