Wednesday, April 25, 2018

Dylan McWilliams Lelaki Luar Biasa Yang Masih Hidup Selepas Di Patuk Ular, Diserang Beruang Dan Di Baham Jerung!

Dylan McWilliams Lelaki Luar Biasa Yang Masih Hidup Selepas Di Patuk Ular, Diserang Beruang Dan Di Baham Jerung!

Siapa sangka seorang lelaki yang sepatutnya telah mati selepas diserang beruang, jerung dan ular berbisa dengan teruk masih lagi terselamat dan hidup seperti biasa.


Seperti dilaporkan BBC News, Dylan McWilliams, 20, mengalami tiga tragedi besar dalam hidupnya apabila terpaksa berhadapan dengan haiwan-haiwan liar yang telah menyerangnya sehingga boleh membawa maut.

Dipatuk Orok-orok

Dylan McWilliams dipatuk ular

Kali pertama, individu dari Colorado, Amerika Syarikat itu berhadapan dengan ular orok-orok dalam satu pendakian di Utah semasa dia berumur 17 tahun.

Pada mulanya dia menyangka hanya sekadar tersepak pokok kaktus, namun jangkaannya meleset selepas mendapati kakinya telah dipatuk ular berbisa.

Walaupun panggilan bantuan dibuat tetapi, Dylan meminta untuk tidak menghantarnya ke hospital kerana dianggap hanya gigitan biasa sahaja.

Racun ular tersebut menyebabkan dia kesakitan selama beberapa hari sebelum pulih dalam tempoh yang agak lama.

Diserang Beruang Hitam

Dylan McWilliams digigit beruang

Kali kedua, Daylan telah diserang oleh seekor beruang hitam yang dianggarkan seberat 136 kilogram semasa dalam perkhemahan di Colorado pada Julai 2017.

Gara-gara tidur di luar khemah, kepala Daylan telah telah berada dalam mulut seekor beruang hitam dan beliau hanya menyedarinya apabila tersedar digigit.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu seakan-akan sebagai satu pengakhiran kehidupan Dylan kerana dia sukar untuk bergerak apabila badannya sudah dikepit oleh beruang tersebut.

Mujur, dia sempat mencengkam mata beruang sehingga terlepas dari serangan beruang terbabit.

Kekecohan tersebut disedari oleh rakan-rakannya dan terus mendapatkan Dylan.

Serangan tersebut telah meninggalkan bekas luka dan rasa sakit yang berpanjangan di kepalanya.

Dua insiden besar yang telah berlaku terhadap Dylan tidak menghalang dirinya daripada terus mendekati haiwan dan melakukan aktivit-aktiviti lasak.

Dibaham Ikan Jerung

Dylan McWilliams dibaham jerung

Ketika Dylan berada di pulau Kauai, Hawai, dia telah diserang pula oleh jerung ganas di laut.

Kakinya telah dibaham seekor jerung yang berada di bawahnya dan beliau sempat menendang jerung tersebut sebelum berenang menuju daratan.

Semasa insiden tersebut, Dylan memberitahu, kakinya luka dan dibasahi darah akibat bergelut dengan jerung berkenaan.

Jerung harimau yang dijumpainya itu berukuran antara 6 hingga 8 kaki dan telah meninggalkan kesan gigitan di kaki Dylan yang memerlukan tujuh jahitan.

“Ia agak gila. Saya tidak mempunyai banyak peluang tetapi ia agak bernasib baik dalam situasi yang tidak baik,” katanya selepas terkena sarangan jerung berkenaan.

Selepas paramedik membantu merawat Dylan, ibu bapanya mengetahui hal terbabit dan risau akan keadaan anaknya itu namun dia berjaya menenangkan kedua-dua orang tuanya.

Ikhtiar Hidup

Antara faktor yang menyebabkan Dylan begitu lasak dan berjaya mengharungi keadaan-keadaan yang sukar dalam dirinya ialah datuknya pernah mengajar remaja tersebut teknik kelangsungan hidup sejak dia berumur tiga tahun.

Walaupun sudah berlaku tiga insiden yang membahayakan tetapi Dylan masih lagi ingin melakukan aktiviti lasak.

“Saya masih lagi akan pergi mendaki, menjejaki ular orok-orok dan akan berenang di lautan,” jelasnya.

Dia berharap agar insiden yang bahaya yang dilaluinya tidak akan menimpanya lagi namun tidak dinafikan apa-apa sahaja boleh berlaku pada dirinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Tuesday, April 24, 2018

Suku Bajau Laut Mampu Menyelam Selama 13 Minit Sedalam 70 Meter Tanpa Oksigen!

Suku Bajau Laut Mampu Menyelam Selama 13 Minit Sedalam 70 Meter Tanpa Oksigen!

Masyarakat kaum Bajau dari Kepulauan Indonesia mampu menyelam sedalam 70 meter dan menahan nafas selama 13 minit di dalam laut tanpa bantuan peralatan khas kerana mereka memiliki limpa bersaiz besar, menurut penyelidik.

Suku Bajau Laut Mampu Menyelam Selama 13 Minit Sedalam 70 Meter Tanpa Oksigen!

Ketua Kumpulan Penyelidik dari Universiti Cambridge, Melissa Ilardo mendapati kaum Bajau mempunyai saiz limpa 50 peratus lebih besar daripada manusia normal.

Beliau membuat penemuan itu selepas menjalankan kajian selama beberapa bulan di Jaya Bakti, Indonesia selain mengambil sampel genetik dan melakukan imbasan ultrabunyi ke atas responden kaum Bajau.

“Tiada maklumat lengkap mengenai limpa manusia dari segi fisiologi dan genetik tetapi kami tahu anjing laut seperti spesies Weddell mempunyai limpa besar kerana melakukan selaman laut dalam,” katanya.

Suku Bajau Laut Mampu Menyelam Selama 13 Minit Sedalam 70 Meter Tanpa Oksigen!

Kajian beliau mendapati limpa suku Bajau adalah bersaiz besar secara semula jadi dan organ itu tidak mengembang atau membesar hasil tindak balas ketika melakukan selaman.

Limpa memainkan peranan penting sewaktu menyelam kerana organ itu membantu membebaskan sel darah merah mengandungi oksigen dalam aliran dalam tubuh seseorang penyelam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Saturday, April 07, 2018

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Seorang budak lelaki luar biasa yang didakwa memiliki 'kuasa elektrik' telah menjadi sensasi di media sosial selepas video dia menyalakan mentol lampu LED yang boleh dicas semula dengan hanya meletakkan lampu itu di mana-mana bahagian badannya tular.

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Abu Thahir, 9, dari Kerala, India mendapati dirinya mempunyai kuasa luar biasa itu baru-baru ini, selepas pulang dari membeli mentol lampu LED tersebut bersama bapanya.

Bapanya, Nizar, yang merupakan seorang juruelektrik, memberitahu pemberita bahawa ketika dia memberikan lampu itu kepada anaknya, ia menyala di tangannya.

Pada mulanya, dia berfikir ia adalah satu bentuk 'gurauan', tetapi kemudian dia sedar bahawa mentol itu akan menyala apabila bahagian bawahnya menyentuh mana-mana bahagian badan anaknya.

Ibu saudara Abu Thahir sangat kagum dengan kebolehan itu dan terus membuat rakaman dengan telefon pintar dan berkongsinya di media sosial.

Postingnya terus tular dan keluarga itu mula menerima panggilan daripada wartawan yang mahu menemubual dan merakamkan kebolehan luar biasa budak lelaki itu.

Bagaimanapun, dia nampaknya tidak sukakan populariti dan dilaporkan agak malu apabila menjadi 'selebriti' media sosial di India, sekali gus menjelaskan mengapa tidak ada rakaman berkualiti tinggi ketika dia sedang menyalakan mentol lampu.

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Sesetengah sumber membuat spekulasi bahawa kekurangan bukti video mengenai 'kuasa' Abu Thahir seperti yang didakwa mungkin disebabkan ia cerita palsu.

"Tiada gambar dan video yang saya lihat menunjukkan seluruh tubuh budak lelaki itu, jadi secara teknikal mungkin arus elektrik rendah dibuat untuk memasuki badannya dan dia hanya bertindak sebagai konduktor," kata seorang pengguna media sosial.

Ada juga yang menyatakan bahawa mentol lampu itu sendiri telah dilakukan sesuatu dengan andaian bapanya mungkin telah memasang bateri kecil di dalamnya.

Walau bagaimanapun, seorang pakar, Joshy K Kuriakose memberitahu Manorama Online bahawa fenomena luar biasa ini mungkin disebabkan kandungan garam yang tinggi dalam badannya.

"Orang yang banyak berpeluh biasanya mempunyai kandungan garam yang tinggi dalam tubuh mereka. Jika tahapnya luar biasa tinggi," kata Kuriakose.

"Kandungan garam meningkatkan kekonduksian kulit. Ini dapat menjelaskan mengapa lampu LED menyala apabila ditekan pada badan Abu Thahir," katanya.

Manusia Luar Biasa Yang Mampu Menyalakan Lampu Dengan Sentuhan!

Menariknya, Abu Thahir tidak dapat menyalakan semua mentol lampu, sebaliknya hanya mampu melakukannya pada mentol LED yang boleh dicas semula.

Jika dia menekannya lama-lama, seluruh tubuhnya dikatakan akan mula panas.

Nazir benar-benar bangga dengan 'kuasa' anaknya, menganggapnya sebagai 'hadiah' dari Tuhan.

Bagi Abu Thahir, dia tidak kisah untuk menghidupkan mentol lampu, tetapi dia tidak sukakan kemasyhuran gara-gara kemampuannya yang luar biasa.

Dia kini sedang menjalani hidup seperti biasa dan membuat persiapan peperiksaan di sekolah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Manusia Yang Tidak Penat Berlari!

sumber: mstar

Monday, April 02, 2018

Ayam Tanpa Kepala Masih Hidup Selepas Kepalanya Dipenggal Di Thailand

Ayam Tanpa Kepala Masih Hidup Selepas Kepalanya Dipenggal Di Thailand

Seekor ayam tanpa kepala telah diangkat sebagai 'wira' kerana masih mampu hidup lebih dari seminggu selepas kepalanya dipenggal, di wilayah Ratchaburi, Thailand, yang kini dijaga oleh seorang sami yang memberinya makan dengan cara mengepam makanan dengan jarum suntikan melalui lehernya.

Ayam Tanpa Kepala Masih Hidup Selepas Kepalanya Dipenggal Di Thailand

Ayam tanpa kepala itu menjadi tajuk utama berita awal April 2018 ini, selepas gambar dan videonya tular di media sosial Thailand, tetapi ramai menganggap ia tidak akan hidup lama tanpa kepala.

Pengguna Facebook Noppong Thitthammo adalah orang pertama berkongsi kisah ayam malang itu, bersama dengan gambar-gambar yang menunjukkan bahagian leher yang sudah buruk.

Dia menulis, seorang doktor haiwan di Mueang Ratchaburi, wilayah Ratchaburi telah menjaga ayam tersebut dengan memasukkan makanan melalui lehernya dan memberikan antibiotik untuk mencegah jangkitan luka.

"Haiwan ini mempunyai kehidupannya. Jika ia mahu hidup, kita berikannya makanan," doktor haiwan yang menjaga haiwan ini, Supakadee Arun Thong memberitahu wartawan Thai.

Tiada siapa tahu apa yang menyebabkan ayam itu hilang kepala, walaupun ramai yang mengesyaki ia diserang haiwan pemangsa.

Selepas kehilangan kepalanya, ramai bersetuju ayam itu sepatutnya mati, tetapi ia berlaku sebaliknya. Bukan sahaja masih hidup, ia juga boleh berdiri dan berjalan tanpa tujuan.

Ayam Tanpa Kepala Masih Hidup Selepas Kepalanya Dipenggal Di Thailand

Pada mulanya, ramai menganggap gambar-gambar itu adalah satu penipuan, tetapi ramai yang percaya selepas video kejadian tular dan agensi berita barat mula menyiarkan kisah ini.

Percaya atau tidak, ini bukan kali pertama seekor ayam dapat bertahan tanpa kepala.

Mike, ayam tanpa kepala juga menjadi sensasi media antara tahun 1945 dan 1947, yang mampu hidup selama 18 bulan.

Kisah ini juga dikatakan satu penipuan, sehinggalah pemiliknya membawanya ke University of Utah di Salt Lake City untuk pengesahan.

Kes yang jarang berlaku ini dikaitkan dengan anatomi unik haiwan ini.

Otak ayam terletak di satu sudut di bahagian tengkorak, jadi jika kepala dipenggal dan tidak terkena bahagian belakang otak yang mengawal fungsi automatik seperti pernafasan, ia tidak terjejas.

Selepas melihat ayam tanpa kepala dalam jagaannya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mati dalam masa terdekat, Supakadee mula tertanya-tanya apa yang akan terjadi seterusnya.

"Siapa yang akan menjaganya? Dia memerlukan penjagaan seumur hidup. Saya perlu akui ayam ini adalah pahlawan sejati dan berhati kental," katanya kepada pemberita.

Nasib baik, sami di sebuah kuil di wilayah Ratchaburi sudi mengambil dan menjaga ayam tanpa kepala itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui

sumber: mstar

Thursday, March 22, 2018

Gambar Luar Biasa Serangga Mirip Makhluk Asing

Gambar Luar Biasa Serangga Mirip Makhluk Asing

Beberapa keping gambar serangga yang diambil dari jarak dekat sehingga kelihatan seperti makhluk asing menarik minat orang ramai di internet di Bulgaria.

Gambar Luar Biasa Serangga Mirip Makhluk Asing

Tsvetan Georgiev Ganev, 40-an, merakam gambar makro serangga-serangga tersebut hanya menggunakan telefon pintar serta membina sendiri set pencahayaan.

Gambar Luar Biasa Serangga Mirip Makhluk Asing

Ganev menggunakan telefon pintar Android jenis Samsung Galaxy dan menggabungkannya dengan kanta makro dari sebuah perakam video lama bagi menghasilkan gambar blok makro yang menakjubkan.

“Saya gembira melihat bagaimana rupa sebenar serangga selain gemar melakukan persediaan untuk gambar makro.

Gambar Luar Biasa Serangga Mirip Makhluk Asing

“Aspek yang paling sukar adalah cahaya, jika ia terlalu cerah ia akan menyebabkan radiasi haba dan sekiranya terlalu hampir dengan serangga, saya perlu bertindak pantas,” ujar jurulatih bola sepak itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Thursday, January 25, 2018

Kisah Luar Biasa Matteo Walch Bersahabat Dengan Tupai!

Kisah Luar Biasa Matteo Walch Bersahabat Dengan Tupai!

Seorang kanak-kanak dari Austria, Matteo Walch, telah berjaya membina hubungan yang luar biasa dengan sekumpulan tupai dari spesis Marmut alphine yang menjalinkan hubungan unik itu ketika berusia empat tahun selepas keluarganya memperkenalkan tupai itu kepadanya ketika bercuti di Grossglockner, Pergunungan Alpine, Austria.

Kisah Luar Biasa Matteo Walch Bersahabat Dengan Tupai!

Grossglockner merupakan koloni bagi sekumpulan marmut liar, haiwan yang mirip tikus besar dan biasanya sangat pemalu, sering menjarakkan diri dan sukar didekati.

Tupai-tupai disini sangat berwaspada terhadap kehadiran manusia, namun reaksi tupai dari genus Marmota ini sungguh berbeza setiap kali melihat Matteo.

Ketika pertama kali berkunjung ke Grossglockner tujuh tahun lalu, tupai pemalu itu langsung tidak melarikan diri apabila didekati oleh Matteo.

Malah, koloni tupai tersebut mendekati Matteo seolah-olah kenalan lama walaupun hanyalah pertemuan pertama.

Sejak hari itu, tupai dan Matteo mula bersahabat sehinggalah ke hari ini ketika artikel ini ditulis.

Kisah Luar Biasa Matteo Walch Bersahabat Dengan Tupai!

Marmut alpine yang bersahabat dengan Matteo adalah spesis marmut terbesar yang panjangnya mampu mencapai 21 inci dan berat melebihi lapan kilogram.

Tupai jenis ini dikatakan bijak mengawal diri tetapi apabila merasakan ancaman, marmut akan bersiul dengan kuat untuk memberikan amaran untuk melarikan diri dari bahaya.

Matteo tidak membela marmut sebagai haiwan peliharaan. Dia hanya berkunjung ke Grossglockner untuk melawat marmut tersebut selama dua minggu setiap tahun pada musim panas.

Apa yang menakjubkan, walaupun pertemuan hanya berlaku setahun sekali, tupai-tupai tersebut tidak pernah melupakan Matteo.

Paling mengharukan, sebaik sahaja melihat kelibat Matteo, marmut-marmut itu akan berlari dari tempat persembunyian, kemudian menghampiri Matteo dan menyapa dengan menggeselkan hidung.

Kisah Luar Biasa Matteo Walch Bersahabat Dengan Tupai!

Matteo dilaporkan masih lagi menjalin hubungan persahabatan dengan malmut alpine.

Ikatan persahabatan yang sudah terjalin bertahun-tahun lamanya masih berterusan sehingga ke hari ini.

Matteo juga begitu setia dan tidak pernah lupa untuk mengunjungi sahabat-sahabatnya di pergunungan tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pedro Gonzales Kisah Benar Beauty and The Beast

-SENTIASAPANAS.COM

Japanese Spider Ketam Gergasi Paling Besar Di Dunia

Japanese Spider Ketam Gergasi Paling Besar Di Dunia

Sejenis makhluk dasar laut paling pelik dan menakutkan pernah ditemui adalah Giant Spider Crab atau juga dikenali sebagai Japanese Spider, ketam laut raksasa yang hidup membelah dasar lautan di sepanjang perairan laut Jepun, dipesisir selatan Pulau Honshu bermula dari Teluk Tokyo sehingga ke Kagoshima.

Japanese Spider Ketam Gergasi Paling Besar Di Dunia

Ketam gergasi dari spesis Macrocheira Kaempferi ini hidup pada kedalaman antara 500 sehingga 600 meter di dasar laut.

Ketam gergasi ini yang memiliki nama Jepun, Takaashigani yang bermaksud 'ketam berkaki panjang' selalunya menghuni lubang yang terdapat disepanjang dasar laut dalam dalam persekitaran dingin dan gelap.

Ketam gergasi Jepun ini pertama kali digambarkan pada tahun 1836 oleh Coenraad Jacob Temminck, manakala nama saintifik Macrocheira Kaempferi diambil daripada nama seorang pejuang konsep naturalisme dari Jerman, Engelbert Kaempfer.

Engelbert adalah orang pertama yang menulis tentang makhluk pelik ini pada tahun 1690.

Dalam tulisan tersebut, Engelbert menggambarkan bahawa ketam itu adalah makhluk laut yang sangat menakutkan pernah beliau temui kerana saiznya yang sangat besar.

Saiz kaki ketam gergasi ini melebihi enam meter, dikatakan yang terpanjang berbanding spesis arthropoda atau spesis ketam yang lain.

Bukan hanya saiz kakinya yang panjang, badannya juga dilaporkan sangat lebar mencapai 40 sentimeter dan boleh membesar sehingga 19 kilogram.

Dan jika dibentangkan badan ketam bersama kaki dan penyepit, saiznya dikatakan menyamai luas sebuah gelanggang bola keranjang.

Ketam gergasi umumnya adalah omnivor, haiwan yang memakan apa saja yang lebih kecil daripada saiznya.

Dengan kaki sepanjang itu, ketam gergasi mampu bergerak dengan pantas ketika memburu dan menangkap mangsanya.

Japanese Spider Ketam Gergasi Paling Besar Di Dunia

Sama seperti ketam-ketam lain, ketam gergasi ini juga memiliki duri dibahagian lengan yang boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada musuhnya.

Selain itu, kulit ketam gergasi juga terlalu keras kerana jangka hayatnya yang mampu hidup melebihi 100 tahun.

Untuk melindungi dirinya daripada pemangsa seperti sotong, ketam gergasi akan menghias kerangnya dengan span, iaitu sekumpulan haiwan yng dibawah filum porifer, sejenis organisma multi sel.

Ketam gergasi atau sering disebut 'Crabzilla' sukar ditangkap kerana tinggal di dalam laut yang gelap dan bagi masyarakat Jepun, penangkapan ketam gergasi adalah sesuatu yang paling dinantikan.

Ketam gergasi Japanese Spider dianggap sebagai makanan lazat dan memiliki rasa yang sangat sedap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, January 24, 2018

Lois Gibson Pelukis Forensik Paling Tepat Di Dunia!

Lois Gibson Pelukis Forensik Paling Tepat Di Dunia!

Seorang wanita bernama Lois Gibson dianggap sebgai individu penting di Jabatan Polis daerah Houstan, Texas, Amerika Syarikat dan namanya sering menjadi sebutan ramai.

Lois Gibson Pelukis Forensik Paling Tepat Di Dunia!

Popularitinya disebabkan oleh satu kelebihan istimewa, mampu melakar wajah penjenayah melalui lukisan dengan tepat, dipercayai telah berjaya membantu menyelesaikan ribuan kes jenayah di daerah tersebut.

Berdasarkan rekod, kelebihan istimewanya telah membantu pihak polis mengesan 751 orang pesalah dan berjaya menyelesaikan lebih 1,000 kes jenayah.

Sebelum melukis wajah penjenayah, Lois akan bertanya soalan-soalan kepada mangsa tentanh watak penjenayah dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Dan ketika bertanya soalan itulah, Lois akan melakar wajah penenayah sedikit demi sedikit sehingga selesai.

Lois Gibson Pelukis Forensik Paling Tepat Di Dunia!

Selama 30 tahun berkecimpung dalam kerjaya ini, Lois telah berjaya melakar lebih 120 wajah penjenayah setiap tahun.

Bakat semulajadi unik tersebut diperolehi selepas satu peristiwa hitam berlaku dalam hidupnya.

Sebelum bergelar artis forensik, Lois menceburi bidang lakonan dan penari ketika berusia 21 tahun.

Malangnya, tragedi menakutkan berlaku pada tahun 1972 mengubah segala-galanya.

Lois diculik individu tidak dikenali. Dia dirogol dan hampir dibunuh oleh penjenayah itu.

Lois Gibson Pelukis Forensik Paling Tepat Di Dunia!

Bagaimanapun, Lois terselamat hasil tindakan pantas polis yang berjaya menangkap penjenayah tersebut.

Lois mengambil keputusan untuk berpindah dari Los Angeles ke sebuah tempat baru, San Antonio, Texas, kemudian mengikuti pengajian dalam jurusan Seni Halus di Universiti Texas.

Lois turut melakukan kerja separuh masa sebagai pelukis potret pelancong yang melawat ke daerah itu.

Selepas tamat pengajian, Lois memohon kerja sebagai artis forensik di Jabatan Polis daerah Hosutan, Texas.

Paling menakjubkan, ketika melakukan tugasan pertamanya, Lois berjaya membantu polis menangkap seorang penjenayah yang dikehendaki.

Lois Gibson Pelukis Forensik Paling Tepat Di Dunia!

Sejak dari itu, kebolehannya sebagai artis forensik semakin terserlah.

Lebih membanggakan lagi, pada tahun 2015 lalu, Lois berjaya menerima anugerah tertinggi daripada Guiness World Record.

Lois Gibson dinobatkan sebagai Most Criminals Positively Identified Due To Compisites Of Artist.

Hebat kan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tak Sangka Lukisan Tersimpan Dalam Stor Bernilai RM535 Juta!

-SENTIASAPANAS.COM