Thursday, January 25, 2018

Kisah Luar Biasa Matteo Walch Bersahabat Dengan Tupai!


Seorang kanak-kanak dari Austria, Matteo Walch, telah berjaya membina hubungan yang luar biasa dengan sekumpulan tupai dari spesis Marmut alphine yang menjalinkan hubungan unik itu ketika berusia empat tahun selepas keluarganya memperkenalkan tupai itu kepadanya ketika bercuti di Grossglockner, Pergunungan Alpine, Austria.

Kisah Luar Biasa Matteo Walch Bersahabat Dengan Tupai!

Grossglockner merupakan koloni bagi sekumpulan marmut liar, haiwan yang mirip tikus besar dan biasanya sangat pemalu, sering menjarakkan diri dan sukar didekati.

Tupai-tupai disini sangat berwaspada terhadap kehadiran manusia, namun reaksi tupai dari genus Marmota ini sungguh berbeza setiap kali melihat Matteo.

Ketika pertama kali berkunjung ke Grossglockner tujuh tahun lalu, tupai pemalu itu langsung tidak melarikan diri apabila didekati oleh Matteo.

Malah, koloni tupai tersebut mendekati Matteo seolah-olah kenalan lama walaupun hanyalah pertemuan pertama.

Sejak hari itu, tupai dan Matteo mula bersahabat sehinggalah ke hari ini ketika artikel ini ditulis.

Kisah Luar Biasa Matteo Walch Bersahabat Dengan Tupai!

Marmut alpine yang bersahabat dengan Matteo adalah spesis marmut terbesar yang panjangnya mampu mencapai 21 inci dan berat melebihi lapan kilogram.

Tupai jenis ini dikatakan bijak mengawal diri tetapi apabila merasakan ancaman, marmut akan bersiul dengan kuat untuk memberikan amaran untuk melarikan diri dari bahaya.

Matteo tidak membela marmut sebagai haiwan peliharaan. Dia hanya berkunjung ke Grossglockner untuk melawat marmut tersebut selama dua minggu setiap tahun pada musim panas.

Apa yang menakjubkan, walaupun pertemuan hanya berlaku setahun sekali, tupai-tupai tersebut tidak pernah melupakan Matteo.

Paling mengharukan, sebaik sahaja melihat kelibat Matteo, marmut-marmut itu akan berlari dari tempat persembunyian, kemudian menghampiri Matteo dan menyapa dengan menggeselkan hidung.

Kisah Luar Biasa Matteo Walch Bersahabat Dengan Tupai!

Matteo dilaporkan masih lagi menjalin hubungan persahabatan dengan malmut alpine.

Ikatan persahabatan yang sudah terjalin bertahun-tahun lamanya masih berterusan sehingga ke hari ini.

Matteo juga begitu setia dan tidak pernah lupa untuk mengunjungi sahabat-sahabatnya di pergunungan tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pedro Gonzales Kisah Benar Beauty and The Beast

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon