Thursday, January 25, 2018

Japanese Spider Ketam Gergasi Paling Besar Di Dunia


Sejenis makhluk dasar laut paling pelik dan menakutkan pernah ditemui adalah Giant Spider Crab atau juga dikenali sebagai Japanese Spider, ketam laut raksasa yang hidup membelah dasar lautan di sepanjang perairan laut Jepun, dipesisir selatan Pulau Honshu bermula dari Teluk Tokyo sehingga ke Kagoshima.

Japanese Spider Ketam Gergasi Paling Besar Di Dunia

Ketam gergasi dari spesis Macrocheira Kaempferi ini hidup pada kedalaman antara 500 sehingga 600 meter di dasar laut.

Ketam gergasi ini yang memiliki nama Jepun, Takaashigani yang bermaksud 'ketam berkaki panjang' selalunya menghuni lubang yang terdapat disepanjang dasar laut dalam dalam persekitaran dingin dan gelap.

Ketam gergasi Jepun ini pertama kali digambarkan pada tahun 1836 oleh Coenraad Jacob Temminck, manakala nama saintifik Macrocheira Kaempferi diambil daripada nama seorang pejuang konsep naturalisme dari Jerman, Engelbert Kaempfer.

Engelbert adalah orang pertama yang menulis tentang makhluk pelik ini pada tahun 1690.

Dalam tulisan tersebut, Engelbert menggambarkan bahawa ketam itu adalah makhluk laut yang sangat menakutkan pernah beliau temui kerana saiznya yang sangat besar.

Saiz kaki ketam gergasi ini melebihi enam meter, dikatakan yang terpanjang berbanding spesis arthropoda atau spesis ketam yang lain.

Bukan hanya saiz kakinya yang panjang, badannya juga dilaporkan sangat lebar mencapai 40 sentimeter dan boleh membesar sehingga 19 kilogram.

Dan jika dibentangkan badan ketam bersama kaki dan penyepit, saiznya dikatakan menyamai luas sebuah gelanggang bola keranjang.

Ketam gergasi umumnya adalah omnivor, haiwan yang memakan apa saja yang lebih kecil daripada saiznya.

Dengan kaki sepanjang itu, ketam gergasi mampu bergerak dengan pantas ketika memburu dan menangkap mangsanya.

Japanese Spider Ketam Gergasi Paling Besar Di Dunia

Sama seperti ketam-ketam lain, ketam gergasi ini juga memiliki duri dibahagian lengan yang boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada musuhnya.

Selain itu, kulit ketam gergasi juga terlalu keras kerana jangka hayatnya yang mampu hidup melebihi 100 tahun.

Untuk melindungi dirinya daripada pemangsa seperti sotong, ketam gergasi akan menghias kerangnya dengan span, iaitu sekumpulan haiwan yng dibawah filum porifer, sejenis organisma multi sel.

Ketam gergasi atau sering disebut 'Crabzilla' sukar ditangkap kerana tinggal di dalam laut yang gelap dan bagi masyarakat Jepun, penangkapan ketam gergasi adalah sesuatu yang paling dinantikan.

Ketam gergasi Japanese Spider dianggap sebagai makanan lazat dan memiliki rasa yang sangat sedap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon