Monday, September 24, 2018

10 Alasan Kenapa Perjuangan Hak LGBT Wajib Disokong

10 Alasan Kenapa Perjuangan Hak LGBT Wajib Disokong

Golongan LGBT merupakan sebahagian kecil kelompok masyarakat yang tinggal di negara kita, negara Malaysia yang tercinta

Sokong Hak LGBT

Meskipun agama, budaya dan moral menolak amalan mereka, namun terdapat hak-hak yang dimiliki oleh kelompok ini yang harus dihormati dan diperjuangkan oleh semua golongan.

Terdapat 10 hak golongan LGBT yang kita semua manusia berakal WAJIB sokong iaitu:

1. Hak sebagai individu

Sebagai seorang individu yang berjiwa bebas dan merdeka, seorang LGBT mempunyai kebebasan hak untuk memasang niat berhijrah kemudian berusaha sedikit demi sedikit memperbaiki diri seterusnya meninggalkan dunia LGBT.

2. Hak sosial

Golongan LGBT harus tahu bahawa mereka mempunyai hak untuk tidak sesekali disisihkan oleh masyarakat selagi mana mereka mempunyai iltizam yang kuat untuk berubah dan kembali kepada fitrah.

3. Hak terhadap agama

Mereka mempunyai hak untuk menikmati perasaan bertuhan dan merasai kasih sayang Tuhan, serta kembali dengan cara hidup yang dianjurkan oleh agama.

4. Hak terhadap undang-undang

Seorang LGBT yang merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk berpegang teguh pada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Antara yang terkandung dalam Rukun Negara adalah Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Memandangkan undang-undang di Malaysia tidak mengiktiraf perkahwinan sama jenis serta tidak mengiktiraf ‘third gender’, maka seorang LGBT yang mulia dan mencintai negara akan berusaha berubah ke arah gaya hidup sihat dan normal.

5. Hak mendapatkan rawatan dan bimbingan

Seorang LGBT juga berhak mendapatkan rawatan dan bimbingan daripada ahli psikologi, pakar psikiatri dan kaunselor untuk kembali kepada kehidupan yang lebih sejahtera. Hak ini sesekalipun tidak boleh dinafikan.

6. Hak asasi manusia

Mereka juga tidak boleh ditindas dan dizalimi hanya kerana mereka LGBT, contohnya diberhentikan kerja atau dicederakan disebabkan naluri songsang mereka.

Sebaliknya, tindakan tatatertib dan hukuman perlu dilakukan mengikut lunas undang-undang disebabkan perlakuan songsang mereka (berdasarkan bukti).

Hukuman tidak boleh dijatuhkan disebabkan naluri mereka atau apatah lagi sangkaan-sangkaan yang tidak dibuktikan menerusi undang-undang.

7. Hak mendapatkan pendidikan agama

Golongan LGBT juga berhak mendapat bimbingan, nasihat dan didikan (tarbiyyah) dari ahli dakwah serta para assatizah.

Kata-kata nista berbentuk celaan, cacian dan cercaan tanpa bimbingan dan didikan hanya akan menyebabkan golongan tersebut menjadi semakin jauh dgn fitrah.

Diri mereka harus dikasihi meskipun perlakuan mereka tidak dipersetujui maka, hak tarbiyyah, bimbingan dan nasihat tersebut amat penting bagi meyelesaikan kemelut mereka.

8. Hak terhadap media

Media harus mengangkat golongan atau tokoh-tokoh LGBT yang telah bertaubat atau berjaya berubah seperti salah seorang bekas mak nyah yang kini menjadi seorang guru dan pendakwah hebat dan berjaya membimbing dan menimbulkan keinginan terhadap insan-insan LGBT untuk kembali berubah.

9. Hak terhadap keluarga

Mereka berhak mendapat kasih sayang dari ibu bapa, adik beradik dan kaum keluarga tanpa disisihkan.

Kekurangan kasih sayang dari bapa menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah LGBT, maka selepas benar-benar berhijrah, bekas LGBT mempunyai hak untuk membina kehidupan berkeluarga, dan hidup bahagia dengan menjalani gaya hidup yang sihat.

10. Hak dalam politik

Segala bentuk amalan songsang daripada gejala LGBT, tidak wajar dijadikan alat bagi menjatuhkan mana-mana pesaing politik.

Segala bentuk amalan politik kotor dan fitnah dituntut untuk diubah kepada politik matang dan politik nilai.

Sebagaimana masyarakat mendesak golongan LGBT untuk berubah, masyarakat sendiri perlu berubah ke arah memacu politik yang lebih sejahtera.

Artikel ini dipetik daripada tulisan Ahmad Mustaqim Zolkafali di laman web jalurgemilang.my yang diterbitkan pada 14 Mac 2016

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Friday, September 07, 2018

7 Tunjang Perjuangan Golongan LGBT Di Seluruh Dunia

7 Tunjang Perjuangan Golongan LGBT Di Seluruh Dunia

Negara kita dikejutkan dengan beberapa kenyataan, baik daripada pihak Menteri ataupun daripada golongan aktivis yang cenderung menyokong LGBT secara terbuka.

Perjuangan LGBT

Kenyataan-kenyataan yang dibuat membuka perbincangan pada skala besar bukan saja pada peringkat orang biasa, malahan mampu melibatkan juga individu-individu yang berkuasa dalam membentuk dasar negara kita.

Suara daripada belah aktivis kerap kali menyebut yang perjuangan aktivis LGBT di Malaysia berbeza, berbanding apa yang diminta di luar negara.

Buat masa sekarang, kita mengambil sikap tunggu dan lihat dalam menilai kebenaran kata-kata itu namun kenyataan itu membuatkan penulis berminat untuk mengetahui serba sedikit, apa sebenarnya permintaan golongan LGBT di luar negara.

Berikut adalah tujuh permintaan paling penting yang kerap kali disuarakan golongan LGBT di luar negara dapat penulis simpulkan, agar dapat kita memahami dengan lebih jelas apa sebenarnya bentuk-bentuk permintaan yang kerap kali disuarakan golongan LGBT.

1. Tiada diskriminasi di tempat kerja

Golongan LGBT percaya perlunya diwujudkan satu undang-undang yang melindungi mereka daripada diskriminasi di tempat kerja, hanya disebabkan kecenderungan seksual mereka yang berada di luar norma masyarakat.

Sebagai contoh - mereka mahukan perlindungan daripada dipecat daripada pekerjaan seandainya kecenderungan seksual mereka diketahui orang ramai.

Selain itu, mereka juga percaya kerajaan sepatutnya bertindak lebih tegas terhadap majikan yang tidak mahu mengambil mereka bekerja, hanya kerana mereka tergolong dalam kelompok LGBT.

2. Ketiadaan 'tandas awam terbuka' di tempat awam

Kami tidak pasti mengapa isu ini boleh menjadi besar di negara kita, sedangkan jawapannya jelas kita sepatutnya menggunakan tandas awam mengikut jantina kelahiran kita, tak kiralah sama ada seseorang itu sudah pun melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak.

Ini adalah untuk melindungi kepentingan semua pihak khasnya wanita.

Walaupun demikian di negara-negara barat, golongan LGBT kini mula lantang memperjuangkan supaya diwujudkan ruangan tandas dan bilik air yang bersifat neutral jantina, kerana mereka merasakan ia lebih adil untuk semua.

Beberapa negara sudahpun memperkenalkan tandas berbentuk uniseks, kerana mereka percaya tidak perlu wujud sekatan jantina dalam isu penggunaan tandas.

Selain itu, tandas uniseks juga memerlukan ruangan yang sedikit berbanding tandas mengikut jantina.

3. LGBT tidak perlu dipulihkan

Pasti anda pernah dengar tentang rungutan aktivis LGBT setiap kali pihak Jabatan Agama melakukan tangkapan dan mewajibkan mereka yang ditangkap, menjalani kursus pemulihan agar dapat kembali ke jalan yang lurus.

Golongan LGBT percaya tindakan sedemikian adalah tidak adil kerana tidak ada pihak berhak untuk membetulkan atau 'meluruskan' seseorang, apatah lagi orientasi seksual individu tersebut secara paksa.

Mereka percaya sesi kaunseling atau terapi yang diadakan bagi tujuan mengubah atau membuang keinginan seksual seseorang terhadap individu sejantina adalah satu bentuk pelanggaran hak kemanusiaan.

Pada pandangan mereka, semua individu berhak memilih dengan siapa saja dia nak bersama, tanpa ada gangguan atau campur tangan pihak berkuasa, masyarakat lain, pemerintah malahan ahli keluarga.

4. Kemudahan perumahan

Kita belum lagi mendengar kes serupa ditimbulkan di negara kita tetapi di negara di mana golongan LGBT diiktiraf, golongan LGBT tetap menghadapi masalah diskriminasi dalam usaha mendapatkan kemudahan perumahan yang selesa.

Pihak bank kebiasaannya enggan menawarkan perkhidmatan pinjaman secara perkongsian bagi pasangan sama jantina.

Penyewa rumah juga secara statistiknya kurang gemar menyewakan rumah kepada golongan LGBT.

Sebagai contoh, agak mengejutkan di Amerika Syarikat, negeri yang melindungi hak LGBT didapati berlaku kes diskriminasi terhadap bakal penyewa kelompok LGBT yang lebih tinggi dalam isu penyewaan rumah berbanding negeri-negeri yang tidak mengiktiraf LGBT.

5. Diskriminasi dalam bidang sukan

Sukar untuk kami mengerti di mana logiknya seorang transgender mampu dibenarkan bertanding dalam sukan kategori wanita, sedangkan realitinya seorang transgender mempunyai kelebihan berbanding wanita dalam sukan yang sama.

Sebagai contoh, kes melibatkan atlit MMA Fallon Fox yang dilahirkan lelaki tetapi kini bertanding dalam kategori wanita.

Dalam satu pertarungan dengan seorang atlit MMA bernama Tamikka Brents, Fox berjaya menewaskan Brents dengan mudah, menyebabkan beberapa kecederaan teruk dan kepala Brents retak.

Selepas perlawanan itu, Brents memohon agar keputusan untuk membenarkan transgender bertanding disemak semula kerana dia percaya kedudukannya sebagai antara atlit perempuan terkuat MMA pun, langsung tidak berupaya melawan Fox yang dianggapnya terlalu kuat.

Pihak Majlis Olimpik Dunia juga mengumumkan pada bulan April 2018 beberapa syarat lebih ketat dalam menyeimbangkan pertandingan di antara atlit transgender wanita dengan atlit wanita.

Peraturan baru ini akan mula diperkenalkan pada Olimpik Tokyo 2020. Kita tunggu dan lihatlah apa yang akan berlaku kelak.

6. Kemudahan mengambil anak angkat

Perjuangan LGBT dalam memastikan mereka dibenarkan memohon hak mendapatkan anak angkat bukanlah sesuatu yang baru bagi negara-negara barat.

Kebanyakan pasangan LGBT sudah pastilah tidak mampu mempunyai anak sendiri, jadi satu-satunya jalan untuk mereka mempunyai anak adalah dengan mengambil anak angkat.

Sehingga kini, hanya 26 buah negara di seluruh dunia membenarkan pasangan sama jantina mengambil anak angkat.

Namun begitu, prosesnya tetap mencabar berikutan perbezaan syarat kelulusan mengikut agensi yang dilantik kerana kebanyakan agensi hanya membenarkan pasangan yang sudah berkahwin saja mengambil anak angkat untuk dijaga.

7. Mendaftarkan perkahwinan

Setakat ini, ada 29 buah negara di seluruh dunia yang mengiktiraf perkahwinan sejenis dengan majoritinya terletak di Eropah.

Walaupun mendapat bantahan daripada pihak gereja, kebanyakan negara ini memilih untuk membenarkan pendaftaran perkahwinan sama jenis sebagai satu bentuk ikatan yang sah.

Selain itu, wujud juga beberapa negara yang mengiktiraf hubungan sama jenis tetapi tidak mengiktiraf perkahwinan mereka, seperti Itali dan Switzerland yang membenarkan pendaftaran berbentuk 'civil union.'

Bagi membezakan perkahwinan jantina berlawanan dengan perkahwinan sama jantina, kebanyakan negara yang sudah mengiktiraf perkahwinan sama jenis ini mengkategorikan perkahwinan kepada dua jenis - tradisional dan sama jantina bagi memudahkan urusan pendaftaran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Thursday, July 20, 2017

Sambutan Christopher Street Day (CSD) Parade

Sambutan Christopher Street Day (CSD) Parade

Apa itu CSD? Christopher Street Day (CSD) ialah acara tahunan yang disambut oleh golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) di seluruh bandar utama di Eropah bagi menuntut hak kesamarataan tanpa diskriminasi terhadap golongan mereka.

Christopher Street Day (CSD) Parade

Acara ini juga disebut sebagai Gay Pride atau Pride Parade di Switzerland dan Austria pula memanggilnya sebagai Rainbow Parade.

Antara bandar utama yang menyaksikan perarakan terbesar golongan ini adalah di Cologne dan Berlin, Germany serta di Zurich, Switzerland.

Kenapa dipanggil CSD?

Ianya adalah sambutan ulang tahun bagi memperingati peristiwa perjuangan dan kebangkitan LGBT iaitu melalui peristiwa yang dipanggil Stonewall Riot dimana mereka telah di "serang" oleh polis di sebuah bar bernama Stonewall Inn yang terletak di Christopher Street, New York.

Perarakan CSD terbesar adalah pada tahun 2002 di Cologne apabila ia berjaya menarik pengunjung seramai 1.2 juta orang bagi turut serta meraikan acara ini.

LGBT di Malaysia?

Saya pasti ramai golongan ini di Malaysia yang kini semakin lantang memperjuangkan hak mereka setelah mendapat sokongan dari orang politik.

Harap-harap, jangan ada perarakan seperti ini di Malaysia. Moga dijauhkan dari bala seperti yang telah menimpa Kaum Luth.

BACA INI JUGA:

sumber: KA

Sunday, June 18, 2017

Kenali Wanita Melayu Ini Yang Aktif Menikahkan Pasangan LGBT

Kenali Wanita Melayu Ini Yang Aktif Menikahkan Pasangan LGBT

Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau sebagai penulis lagu bagi beberapa artis wanita popular tanah air antaranya Siti Nurhaliza, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Farah dan Liza Hanim.

Zuriani Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman

Namun bagi pencinta gerakan seks songsang Lesbian, Gay, Bisekssual, Transgender (LGBT) di Malaysia, nama Zuriani Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman amat terkenal bukan individu asing dalam isu amalan terkutuk itu.

Lebih dikenali sebagai Ani Zonneveld, beliau mendakwa konon dalil dan tradisi agama Islam itu sendiri cukup mesra dengan perbuatan seks sumbang sejenis atau homoseksual yang diperakui oleh kebanyakan alim ulama.

Wanita Melayu ini turut mendakwa konon negara Islam zaman dahulu amat toleransi dengan amalan seks sejenis hingga memaksa bangsa Eropah datang menakluk bagi ‘menyelamatkan’ kita daripada gaya hidup luar tabii itu.

Menurut beberapa blog tempatan, Ani Zonneveldi, 54, kini lantang memperjuangkan hak supaya perlakuan LGBT diterima oleh umat Islam, dan beliau juga sedang aktif menikahkan pasangan homoseksual yang beragama Islam.

Perjuangan beliau ke arah Islam mesra amalan seks songsang ini adalah salah satu penyebab penubuhan gerakan Muslims For Progressive Values (MPV) yang mendapat sokongan pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar.

Secara kebetulan perintis SIS itu juga bertanggungjawab sebagai Penasihat kepada MPV. Ani Zonneveld secara terbuka berkata: “Salah satu daripada sepuluh prinsip kami adalah untuk memperjuangkan hak-hak LGBT.

“Kaedah kami melakukannya ialah melalui program ‘LGBT Outreach’ yang diketuai oleh seorang imam beragama Islam yang juga seorang gay. MPV memilih posisi ini berdasarkan kepada teks-teks suci dan tradisi-tradisi Islam.

“Alim ulama tidak pun menyerang kami. Hanya ‘budak mentah’ yang tidak kenal akan Islam sahaja melakukannya,” dakwa Ani Zonneveld sambil menegaskan konon perundangan Syariah tidak hukum orang sebab homoseksualiti.

“Kita desak balik dengan pertanyaan: Di mana dalam Quran yang menyatakan sedemikian? Dari mana datangnya perundangan Syariah? Ia hanyalah ciptaan manusia,” sambung beliau lagi yang disiarkan menerusi sebuah portal.

Menurut Ani Zonneveld, negara Islam masa dahulu secara lumrahnya adalah sungguh mesra dengan amalan seks sumbang sejenis, tidak sebagaimana umat Islam pada masa ini tidak bertolak ansur terhadap gaya hidup LGBT.

“Komuniti Muslim sekarang sungguh tidak toleransi terhadap amalan seks sejenis dan itu adalah sesuatu malang. Mengikut sejarah, negara Muslim adalah lebih bertoleransi dan sangat menerima golongan gay dan mak nyah.

"Ia sehinggakan negara Eropah terpaksa menakluki wilayah Arab atau Muslim apabila telah menuduh umat Islam sebagai ‘homo-tolerant’. Mereka terpaksa datang untuk menyelamatkan bagi memberi kesedaran kepada kita.

"Itu (LGBT) telah menjadi tradisi Islam. Sungguh menerima,” dakwa Ani Zonneveld. Beliau turut menuduh mereka yang mahu menghukum golongan pengamal seks sumbang sejenis adalah kumpulan pelampau dalam agama.

Ia ujarnya, persis pengganas Daesh. Untuk rekod, militan yang dikenali sebagai ISIL itu, sering hukum mati pesalah LGBT termasuk campak pengamal seks terkutuk amalan kaum Sodom zaman Nabi Luth itu dari tempat tinggi.

Ani Zooneveld menegaskan, “Secara radikalnya ia balik kepada tradisi. Nabi Muhammad tidak menghukum sesiapa kerana menjadi homoseksual, tidak ada hukuman dalam al-Quran kerana menjadi homoseksual. Noktah!

“Apa bezanya di antara ISIL dan ramai imam di dunia ini? Saya lebih gemar memanggil mereka sebagai Daesh kerana ia tolak golongan LGBT jatuh dari bangunan tinggi dan jika tidak mati, mereka akan direjam dengan batu.

“Bahkan imam masjid memulaukan mereka, menggambarkan LGBT sebagai jahat dan menggelarkan pengamalnya dengan pelbagai nama yang buruk. Jadi apakah perbezaannya? Cuma dalam hukuman,” jelas Ani Zonneveld lagi.

Pasti ramai masyarakat Islam akan ‘geleng kepala’ baca pandangan wanita ini mengenai LGBT. Ia bukan sahaja sesat malah secara terang hina kesucian agama Allah SWT dengan fahaman liberalisme.

BACA INI JUGA: LGBT Menjemput Laknat Tuhan, Kelahiran Semula Sodom dan Gomora versi Melayu

sumber: pru14

Saturday, April 15, 2017

LGBT: Dahsyatnya Bila al-Quran Bukan Rujukan

LGBT: Dahsyatnya Bila al-Quran Bukan Rujukan

Kita berpeluang melihat sendiri produk-produk yang lahir dari mangsa-mangsa serangan pemikiran yang melanda dunia Islam termasuk Malaysia.

LGBT [2]

Pada peringkat awal kita agak tersentap apabila sudah muncul di persada maya ungkapan-ungkapan seperti “perbuatan homoseksual itu adalah fitrah, bahkan mereka yang tidak menyokong LGBT ataupun yang dipanggil homofobia itulah yang sebenarnya di luar fitrah, dan bukan golongan LGBT itu.”

Lebih tersentap lagi apabila mendapati yang mengungkapkanya adalah seorang muslim. Bahkan menegakkan hujjahnya merujuk kepada alam haiwan!

Ia adalah fitrah semulajadi hidupan adalah kerana terdapat banyak haiwan-haiwan seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo memperlihatkan sifat LGBT.

Bahkan mereka mencadangkan kanak-kanak perlu melihat watak-watak gay di dalam filem. Mereka perlu diajar bahawa golongan gay wujud.

Inilah contoh kesan serangan pemikiran kepada anak-anak muda yang merasakan diri lebih moden dan maju sehingga gagal membezakan antara kepercayaan tradisi dengan hukum-hukum Islam.

Merasa lebih maju jika menolak ajaran al-Quran yang dianggap sangat tradisi. Merasa lebih megah apabila merujuk kepada nilai-nilai sejagat berbanding dengan merujuk kepada al-Quran sebagai rujukan utama.

Merujuk isu LGBT kepada alam haiwan dan menganggap penolakan terhadap amalan songsang LGBT sebagai kepercayaan tradisi adalah rujukan yang salah dan tidak wajar bagi seorang muslim. Tetapi trend ini semakin popular khususnya kepada muslim-muslim muda yang semakin cair jati diri.

Menolak perlakuan homoseks adalah ajaran al-Quran. Ada beberapa ayat al-Quran secara terang dan nyata mengeji perbuatan ini dan telah menghukum mereka yang terlibat.

Istilah yang dipakai untuk menggambarkan perbuatan homoseksual di dalam al-Quran ialah “amal qaum Lut” perbuatan kaum Lut tetapi telah diantara bangsakan dan dipopularkan istilah homoseks daripada perkataan liwat.

Rujukan-rujukan mula menghala kepada nilai-nilai universal walaupun tidak sedikit yang bertentangan dengan nilai-nilai al-Quran.

Firman Allah SWT:, "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Al-A’raf: 80-81)

Perbuatan keji itu disebutkan beberapa kali di dalam al-Quran bahkan al-Quran menceritakan azab yang menimpa kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan keji itu.

Firman Allah SWT, "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya). Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci . Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab. Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran." (Al-Naml: 54-58)

Walaupun perbuatan itu dilakukan oleh kaum Nabi Lut a.s, namun Nabi Muhammad SAW sangat membimbangi jika ia juga dilakukan oleh umat baginda.

Baginda SAW pernah bersabda, "Antara perkara yang paling aku takuti berlaku kepada umat aku ialah apabila mereka melakukan seperti perbuatan umat Nabi Lut." (HR al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Dalam hadith yang lain Baginda memberi amaran, "Dilaknat orang yang membuat hubungan kelamin dengan binatang, dilaknati orang yang melakukan perbuatan keji umat Lut." (HR Ahmad)

Mewajarkan perbuatan keji itu atas alasan ia perkara fitrah haiwan adalah perbuatan menurunkan taraf manusia setaraf dengan haiwan.

Perbuatan ini bukan dipandang keji oleh tradisi klasik orang melayu tetapi ia adalah dipandang keji oleh al-Quran.

Rujukan yang salah terbukti telah melahirkan generasi yang telah turun darjat kepada hanya mengekori barat dalam sistem nilai hidup mereka.

Sahibus Samahah Ustaz Zamri Hashim
Timbalan Mufti Negeri Perak

BACA INI JUGA: Kisah Hancurnya Kaum Nabi Luth Akibat Hubungan Sejenis

sumber: ismaweb

LGBT Menjemput Laknat Tuhan, Kelahiran Semula Sodom dan Gomora versi Melayu

LGBT Menjemput Laknat Tuhan, Kelahiran Semula Sodom dan Gomora versi Melayu

Semenjak akhir-akhir ini hangat diperdebatkan di media sosial perihal unsur LGBT yang terdapat dalam filem yang diimport dari barat.

LGBT

Kemudian, timbul pula golongan opportunis yang mengambil peluang mempromosikan jualan nasi lemak mereka dengan mengangkat terma Gay dan Pondan bagi menarik perhatian ramai.

LGBT itu sendiri adalah akronim atau satu singkatan yang merujuk kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender ataupun secara mudahnya ialah perbuatan Liwat (Gay) Sihaq (Lesbian) juga disebut sebagai homoseksual.

Naluri seks mereka lebih cenderung kepada sesama jenis. Istilah LGBT ini mula diguna pakai di awal tahun 90an.

Kumpulan ini menggunakan bendera pelangi sebagai simbol keragaman dalam seksualiti insan. Komuniti LGBT menuntut kebebasan daripada didiskriminasi dengan beranggapan ia merupakan hak asasi manusia (HAM).

Setakat ini terdapat 22 buah negara yang mengiktiraf kewujudan kumpulan ini dan mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Perbuatan Homoseksual ini sinonim dengan kaum Nabi Luth, iaitu kaum Sodom yang dilaknat Tuhan kerana perbuatan mereka yang dimurkai Allah, lalu mereka diazab dengan gempa bumi disertai dengan angin kencang dan hujan batu (batu daripada api) yang menghancurkan serta-merta keseluruhan kaum Sodom dan penghuninya.

Oleh kerana seringkali ke Laut Mati, menjadikan kisah Kaum Nabi Luth ini sangat berbekas di hati kerana melihat sendiri di depan mata kesan azab yang ditimpakan kepada kaum tersebut. Kisah mereka ini dirakamkan di dalam Al-Quran.

Melayu Gay Murtad

Masihkah kita ingat, 6 tahun yang lalu negara kita digemparkan dengan kehilangan pelajar perubatan Malaysia di Ireland. Ahli keluarganya lebih lapan kali berulang alik pergi mencari Alif Alfian Rosli namun gagal.

Pelajar tajaan Petronas ini gagal dihubungi malah langsung tidak berhubung dengan keluarganya.

Akhirnya punca segala kehilangan pelajar pintar ini terdedah apabila dikhabarkan beliau sudah berkahwin dengan seorang lelaki di Dublin.

Bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa pelajar ini yang terlalu risau akan kehilangan anak selama 8 tahun tetapi digemparkan dengan berita yang menyayat hati ini.

Apakah faktor yang menyebabkan seseorang menjadi LGBT? Ada yang memberikan alasan, ia adalah satu bentuk penyakit ‘mental disorder‘.

Walau bagaimanapun, ianya disangkal oleh seorang Ahli Neurologi, Dr Ryu Hasan mengatakan tidak ada istilah sembuh bagi orang yang memiliki orientasi seksual lesbian, gay dan biseksual.

Menurutnya lagi, LGBT bukanlah penyakit ataupun gangguan jadi tidak perlu disembuhkan.

Menurut ahli psikologi LGBT ini terbentuk kerana persekitaran hidup, trauma akibat pengalaman tertentu, lemahnya didikan agama dan juga genetik. Dengan bimbingan dan terapi dapat mengembalikan jati diri mereka yang sebenar.

Sudah jelas Islam melarang perbuatan ini tapi, bagaimana dengan agama lain?

Di dalam agama Kristian juga mengutuk perbuatan keji ini dan perbuatan itu dikira berdosa menurut Bible.

Perbuatan homoseksual, di dalam Bible dengan tegas melarang manusia untuk melakukan tindakan tersebut kerana merupakan perbuatan yang dilaknat oleh Tuhan. Ia disebutkan di dalam kitab Imamat 18:22 ; 20:13

Proses normalisasi yang sedang berlaku di negara kita harus dibendung dari awal, sebelum ianya lebih melarat dan sukar untuk ditangani. Jangan tunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur baru kita mahu bertindak.

Di Indonesia, hasil kajian statistik mendapati pertumbuhan jumlah LGBT mengalami peningkatan sebesar 37% semenjak 2009-2012.

Pemerintah harus memainkan peranan bagi menangani gejala ini dengan melakukan kempen kesedaran dan pendidikan sejak dari awal bangku sekolah lagi. Ibu bapa dan keluarga juga turut bertanggungjawab untuk memantau aktiviti anak-anak di rumah.

Sama-sama kita memelihara negara kita daripada malapetaka ini sebelum datangnya azab Allah seperti Tsunami yang pernah menimpa di Acheh satu ketika dahulu.

Ia juga bertepatan dengan kaedah syarak yang menuntut untuk kita menutup pintu-pintu kejahatan sekaligus menepati Maqasid Syarak itu sendiri.

Saya menutup rencana ini dengan sepotong ayat Al-Quran buat renungan bersama:

“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.” (Al-Anfaal :25)

Ustaz Zabidi Azhar
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, November 13, 2014

Terima Dan Iktiraf Mak Nyah Dua Perkara Berbeza

Terima Dan Iktiraf Mak Nyah Dua Perkara Berbeza

Rasa ‘lembik-lembik’ badan penulis bila baca luahan golongan pondan ini yang mendakwa dianiaya agama mereka sendiri (dia nak kata Islam la tu). Kononnya masyarakat sudah boleh menerima golongan tersebut tapi agama masih menindas golongan keliru jantina macam mereka.

Mr Bean Pondan
Gambar hiasan.

Untuk menjelaskan ini (penerimaan masyarakat), penulis nak bercakap dari sudut orang kebanyakan; kategori yang ke tengah pun tidak, ke atas pun tidak tapi pada usia sekarang, rasanya layak nak bercakap bagi pihak ‘masyarakat’ yang dikatakan sudah menerima pondan ini semua

Ya, penulis akui, hari ini memang ada di kalangan masyarakat; Melayu terutamanya, yang menerima kehadiran pondan-pondan ni lebih-lebih lagi dalam bab-bab andam mengandam, solek menyolek dan sebagainya.

Menurut pengalaman penulis bergaul dengan tuan rumah atau pengantin yang menggunakan khidmat mak andam jantan ini, kata mereka elok guna khidmat pondan sebab mereka tak macam jurusolek perempuan – dalam cari makan mencantikkan orang lain pun, ada tersimpan cemburu bila tengok perempuan lain cantik dari dia. Jadi servis tu tak 100%.

Pondan pulak kata mereka, tak begitu. Dia bagi all out punya servis, takde tahan-tahan, takde cemburu-cemburu macam mak andam perempuan.

Begitu juga dari beratus kursus yang pernah penulis hadiri, ada satu kursus dimana salah seorang urusetianya ialah pondan. Dalam kes macam ini takde pilihanlah, urusetia saja pun, bukan pengajar. Tak bolehlah kata ‘masyarakat’ yang hadir kursus itu menerima pondan ini, kalau boleh kita pun taknak.

Lagipun seperti yang dijelaskan, beratus-ratus kursus, satu saja dimana pondan terlibat, fikirlah sendiri apa maksudnya tu.

Tapi lain halnya dengan mengikiraf kewujudan pondan-pondan ini semua.

Iktiraf maksudnya menerima mereka sama macam orang lain. Itu susahlah. Bukan isunya diskriminasi, tapi macam pelik duduk celah-celah sotong ni sebab kita tahu kepura-puraan tu dari atas ke bawah, 24 jam sehari semalam. Pura-puralah tu, suara garau, dilembutkan, tangan kasar, dihaluskan, dada bidang, ‘dibukitkan’ – faham sajalah maksud tu.

Tak payah banyak cakaplah, tanya diri masing-masing, kalau boleh nak ke anak jantan kita jadi pondan atau bercinta dengan pondan? Penulis yakin majoriti besar jawapannya tak, termasuklah mereka-mereka yang buat keputusan kata lelaki berwatakan wanita ini tak patut ditangkap.

Semua ini saja membuktikan, penerimaan masyarakat sana sikit, sini sikit itu bukan bermaksud golongan pondan ini sudah layak diiktiraf sebagai sebahagian daripada struktur orang kita. Sumber: Mykmu.net

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan buka jalan kahwin sejenis

Tun Abdul Hamid Mohamad

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas impikasinya termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Tun Abdul Hamid berkata alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.

“Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.

“Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.

“Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.

“Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu,” katanya.

Tambah beliau, sebaliknya hakim tersebut merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.

“Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan,” katanya.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

“Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku,” kata beliau.

Abdul Hamid berkata setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes tersebut beliau mendapati bahawa peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia ‘undang-undang jenayah’ yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1)(kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Seksyen 66 enakmen itu memperuntukkan bahawa adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pada 7 Nov lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 tersebut adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID).

Dalam penghakiman ringkas setebal 33 muka surat itu, Hakim Mohd Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami GID terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu.

“Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu-perayu untuk hidup secara bermaruah seperti yang dijamin oleh Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat,” kata Hakim Mohd Hishamudin.

Sementara itu, Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata satu pendekatan harmoni perlu diambil bagi menangani isu pertembungan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya pertembungan dalam peruntukan-peruntukan mampu menggugat prinsip-prinsip asas Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks transgender-lelaki Islam berpakaian seperti wanita yang tercetus di Negeri Sembilan baru-baru ini, peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN), Mahkamah Syariah serta pihak berkuasa agama perlu diharmonikan dengan jaminan kebebasan asasi,” katanya dalam sidang media di Persidangan Meja Bulat ‘Gender Dalam Kerangka Maqasid: Isu-Isu Falsafah dan Perundangan’ anjuran IKIM di sini.

Beliau berkata, kepentingan dan jaminan Perlembagaan Persekutuan terhadap kebebasan asasi tidak boleh dipersoalkan.

Namun, dalam masa yang sama Perlembagaan Persekutuan juga mengiktiraf kedudukan DUN yang mempunyai kuasa perundangan untuk menjatuhkan hukuman terhadap perbuatan yang melanggar perintah agama Islam.

“Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak dan moral bagi orang Islam. Hal berkaitan pakaian adalah antara isu penting dalam ajaran dan perintah agama Islam yang mana terdapat prinsip yang jelas dalam hadis-hadis berkaitan tatasusila pakaian Muslim. Seorang lelaki tidak boleh menyerupai wanita dan begitulah sebaliknya,” katanya. -Bernama

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, June 30, 2013

Kewujudan Mengarut Negara Gay Dan Lesbian Di Australia

Kewujudan Mengarut Negara Gay Dan Lesbian Di Australia

Pernahkah anda mendengar sebuah negara yang dinamakan Gay and Lesbian Kingdom of the Coral Sea Islands? Mungkin ramai tidak tahu negara ini sebenarnya wujud, walaupun tidak diisytiharkan secara rasmi, tetapi penduduk di sini telah mengisytiharkan kemerdekaan sendiri.

Negara Gay Dan Lesbian

Ditubuhkan pada bulan Jun 2004, Kerajaan Gay dan Lesbian Laut Coral Islands telah diwujudkan oleh sekumpulan penunjuk perasaan gay terhadap keengganan kerajaan Australia untuk mengakui perkahwinan sejenis.

Mereka menyewa kapal dipanggil Gayflower dan memilih Kepulauan Laut Coral sebagai lokasi mereka. Pulau utama yang dipilih untuk penempatan baru mereka dipanggil Pulau Cato.

Pemimpin penunjuk perasaan, Dale Anderson, diisytiharkan sebagai "maharaja" kerajaan itu, dengan gelaran Dale Anderson I.

Pada masa ini, selain daripada penduduk penunjuk perasaan, pulau itu sendiri tidak didiami dan kerajaan itu tidak diiktiraf oleh Australia atau mana-mana kerajaan di dunia.

Berikut fakta ringkas tentang 'negara diraja' ini:

Gay and Lesbian Kingdom info
Gay and Lesbian Kingdom info
Gay and Lesbian Kingdom info

BACA INI JUGA: Normalisasi, Seks Bebas Dan Dosa Sebagai Perkara Biasa

-Sentiasapanas.com

Monday, February 04, 2013

Gay Tertua Dunia Berkahwin Di China!

Gay Tertua Dunia Berkahwin Di China!

Perkahwinan lelaki gay bukan perkara baru dalam dunia yang serba canggih ini namun, kalau lelaki gay yang sudah lanjut usia berkahwin memang agak jarang kedengaran dan di China, sepasang lelaki gay pangkat datuk berkahwin buat pertama kalinya.

Gay Tertua Dunia Berkahwin Di China

Salah seorang ‘pengantin’ berkenaan mengayakan gaun putih buat hari bersejarah mereka.

Manakala seorang lagi memakai suit. Mereka bekerja sebagai cikgu manakala seorang lagi sebagai penghantar air botol.

Macam-macam!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, November 15, 2012

WTF! Elton John dan Teman Lelaki Berdebar Nanti Anak Kedua!

WTF! Elton John dan Teman Lelaki Berdebar Nanti Anak Kedua!

Penyanyi terkenal, Sir Elton John dan pasangannya, David Furnish dikatakan sedang berdebar menanti kelahiran anak kedua mereka menerusi ibu tumpang, yang menurut sumber dari Centre for Surrogate Parenting, pusat ibu tumpang yang dipilih Elton dan Furnish, wanita yang yang menjadi ibu tumpang itu sedang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak pada tahun hadapan.

Elton John dan Teman Lelaki Berdebar Nanti Anak Kedua
Elton John dan David Furnish

“Mereka sangat menyayangi wanita itu seperti saudara sendiri dan merasa sangat terhutang budi kerana sangat melahirkan anak buat mereka.

“Bagaimanapun, identiti wanita tersebut terpaksa dirahsiakan atas permintaan kedua-dua belah pihak,” ujarnya.

Pasangan sejenis itu, sudah mempunyai seorang anak angkat bernama Zachary dan pernah meluahkan hasrat untuk menambah bilangan cahaya mata. Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan pasangan terbabit.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, October 10, 2012

Pasangan Gay Bangga Cipta Sejarah di Malaysia

Pasangan Gay Bangga Cipta Sejarah di Malaysia

Seorang paderi gay yang berkahwin dengan kekasihnya di New York tahun 2011 lalu, dilaporkan telah mengadakan pesta perkahwinan di Malaysia, sebuah negara berpenduduk majoriti Islam, malah pasangan gay itu merasa bangga kerana kedua-duanya berjaya mencipta sejarah yang diyakini sebagai peristiwa pertama seperti itu di negara majoriti Islam.

Pasangan Gay Bangga Cipta Sejarah di Malaysia

Pasangan gay itu bernama Ngeo Boon Lin, seorang keturunan Cina kelahiran Malaysia. Ngeo merupakan seorang paderi etnik Cina yang tinggal di Amerika Syarikat sejak 1998.

Dia berkahwin dengan pasangannya yang bekerja sebagai produser muzik bernama Phineas Newborn III.

Kedua-duanya mengadakan resepsi pesta perkahwinan secara diam-diam yang dihadiri lebih dari 20 tetamu dan berlangsung cukup meriah.

'Pernikahan' mereka juga dihadiri sejumlah wartawan surat khabar berbahasa Cina yang sebenarnya sudah diminta untuk tidak melaporkan majlis perkahwinannya.

"Kami bersyukur telah membuat sejarah di Malaysia," kata Newborn.

Kejadian ini telah menarik kecaman dari pegawai Malaysia dan kumpulan agama ketika Ngeo berkahwin dengan Newborn, pada bulan Ogos yang lalu.

Walaupun Bonn Lin beragama Kristian, menteri kabinet Malaysia untuk urusan Islam bimbang perkahwinan itu akan menimbulkan kekecohan kepada 28 juta penduduk Malaysia, termasuk Islam Melayu yang terdiri hampir dua pertiga daripada penduduk.

"Ini hak saya untuk merayakannya bersama orang yang saya sayangi," kata Ngeo.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com