Tuesday, June 02, 2015

Video Kes Buli Pelajar Kolej Viral

Video Kes Buli Pelajar Kolej Viral

BENTONG - Sebuah video dimuatnaik dalam laman sosial menunjukkan seorang pelajar kolej dibuli pelajar lain di daerah ini sedang viral tersebar.

Kes+Buli+Pelajar+Bentong

Video berdurasi 22 saat itu menujukkan mangsa yang hanya mengenakan tuala mandi dipukul bertubi-tubi oleh pelajar lain dipercayai dimuatnaik oleh rakan kepada bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan perkara terbabit dan siasatan ke atas video terbabit sedang dijalankan.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 29 Mei lalu bertempat di dalam asrama kolej terbabit di mana tiga suspek telah dikenalpasti terlibat dalam kejadian terbabit.

"Sekitar jam lebih kurang 12.45 tengah hari, mangsa yang berusia 16 tahun telah dipanggil oleh suspek.

"Suspek bertanya kepada mangsa berkenaan kes pecah almari dalam asrama sama ada mangsa ada memberitahu guru berkaitan kejadian itu mahupun tidak," katanya.

Menurut laporan yang dibuat juga katanya, selepas ditanya tentang perkara terbabit, mangsa kemudiannya diminta untuk berpusing belakang.

"Sebaik berpusing belakang, suspek secara tiba-tiba menendang mangsa dari belakang sehingga mengakibatkan mangsa terhantuk ke dinding.

"Kemudian datang dua lagi suspek menumbuk dan menendang mangsa. Selepas memukul mangsa, suspek kemudiannya beredar dari tempat kejadian," katanya.

Mangsa yang berasal dari Semenyih, Selangor itu kemudiannya menerima rawatan di Hospital Kajang kerana pulang ke kampung halamannya untuk bercuti sekolah yang bermula pada Jumaat lalu.

Mansor berkata, pihak polis telah memperolehi memo perubatan mangsa daripada Hospital Kajang dan kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

BACA INI JUGA: Peraturan Kementerian Pendidikan, Guru Dilarang Berleter Kepada Murid!


Sumber: Sinarharian.com.my

Tuesday, January 20, 2015

Kubur Anak Perempuan Hidup-hidup Kerana Jantina!

Kubur Anak Perempuan Hidup-hidup Kerana Jantina!

Dulu..masa 'orang rumah' mengandung, ramai yang bertanya, "awak rasa anak ni jantinaya apa, lelaki ke perempuan?", "Awak nak anak apa, lelaki ke perempuan?".

comel
Gambar hiasan.

Tapi biasanya SP akan jawab dengan mudah (dengan nada sedikit meluat), "Kalau isteri saya melahirkan 100 anak dan semuanya perempuan, saya akan bergembira yang tidak terhingga. Dan kalau isteri saya melahirkan 100 anak dan semuanya lelaki, saya akan bergembira yang tidak terhingga.

Mungkin berkat tidak memilih dan bersyukur dengan apa yang ada, sekarang SP ada 2 orang anak, seorang perempuan berusia 6 tahun dan adik lelakinya berusia 4 tahun.

Bersyukur sangat dikurniakan anak-anak yang lahir dari zuriat kita sendiri. Ada orang yang berkahwin selama berpuluh tahun tidak dikurniakan keistimewaan itu.

Malangnya, kisah yang berlaku di India, seorang ayah (durjana) cuba menanam anak perempuannya hidup-hidup hanya kerana anaknya seorang gadis!

Hati iblis dan jijik

Anak-perempuan

Dek kerana tidak mahukan anak perempuan, seorang bapa telah nekad menanam anak perempuannya hidup-hidup.

Abdul Hussein, dituduh cuba untuk menguburkan anak perempuannya, yang berusia 10 tahun hidup-hidup atas alasan yang tidak munasabah, di Tripura, India.

Dia dikatakan ‘cuba menguburkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun hidup-hidup, hanya kerana dia adalah seorang gadis’.

Polis berkata, saksi melihat Abdul Hussein menggali sebuah lubang di taman belakang rumahnya ketika isterinya keluar, dan kemudian meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangannya diikat dan mulut ditutup.

Suspek dikatakan telah menimbus tanah sehingga paras dada, apabila gambar yang diambil menunjukkan kanak-kanak perempuan dengan tangan terikat dan kepala dikotori tanah.

Apabila isterinya pulang, suspek cuba menyembunyikan kegiatannya dengan meletakkan bakul buluh di atas kepala anak perempuan mereka, dengan niat untuk meneruskannya perbuatan tersebut selepas ini.

Tetapi, isterinya mula mempersoalkan di mana anak mereka, dan perbuatannya mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang meilhat kejadian terbabit.

Mereka dikatakan telah memukul suspek sebelum memanggil polis.-tamat

Jadi, jika anda seorang ibu atau ayah, jangan dipilih jantina anak anda, syukurilah nikmat Allah..

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, December 23, 2014

Video Kereta Langgar Motor Berebut Pam Minyak

Video Kereta Langgar Motor Berebut Pam Minyak

Tak faham sungguh kami dengan spesis pemandu yang kurang ajar dan kaki pembuli seperti dalam rakaman video ini.

Video Kereta Langgar Motor Berebut Pam Minyak

Alkisahnya, pemandu tersebut dan seorang penunggang motosikal secara tidak sengaja masuk ke petak mengisi minyak pada masa yang sama.

Penunggang itu kemudiannya turun daripada motosikalnya untuk membuat pembayaran di kaunter.

Pada masa yang sama, pemandu kereta tersebut kelihatan seperti mahu beredar dari situ.

Rupa-rupanya, ada taktik kotor yang dirancangnya apabila dia sengaja mengundur keretanya sehingga melanggar motosikal tersebut.

Menyedari kejadian itu, penunggang motosikal itu segera mengejar dan membaling helmet ke arah kereta tersebut.

Malangnya ia sudah memecut laju meninggalkan stesen minyak itu.

Kot ya pun, takkanlah tak boleh sabar sikit?

Bukan lama pun masa yang diambil nak isi minyak motosikal.

Rasanya, orang macam inilah yang paling layak dihempuk dengan ‘steering lock’..


Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, November 09, 2014

Video Remaja Perempuan Buli Rakan Pula Tersebar!

Video Remaja Perempuan Buli Rakan Pula Tersebar!

Belum pun reda kes penyebaran video buli di asrama anak-anak yatim di Perlis, kali ini tersebar pula video sekumpulan remaja perempuan membuli rakan sendiri.

Video Remaja Perempuan Buli Rakan Pula Tersebar!

Menerusi video berdurasi enam minit ini, sekumpulan remaja wanita dirakam membelasah mangsa yang tidak terdaya melawan pembelasah-pembelasahnya.

Tak dapat dipastikan sebab berlaku perbalahan meskipun butir percakapan mereka jelas loghat Pantai Timur.

Agaknya apalah nasib budak-budak ini kalau polis dah mula menyiasat video ini..

Sepatutnya di usia sebegini, mereka memanfaatkan sebaiknya masa dengan menelaah pelajaran atau melakukan aktiviti yang lebih mendatangkan kebaikan.

Ini tidak, kalau dah tertangkap, tak ke bagi kesan pada masa depan tu nanti.


Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, July 16, 2014

Pekerja Bertudung Dipecat Dan Dihina Majikan Singapura!

Pekerja Bertudung Dipecat Dan Dihina Majikan Singapura!

Seorang wanita bertudung di Singapura dilaporkan diberhentikan kerja semata-mata kerana tudung yang dipakainya.

Zafirah Edwards

Tak cukup dengan itu, wanita berkenaan turut dihina apabila diarah meninggalkan premis di pusat beli belah terkenal itu menggunakan pintu servis manakala begnya digeledah pengawal keselamatan.

Kejadian ini tersebar selepas ia dikongsikan kakak mangsa, Zafirah Edwards di Facebook, Rabu lalu.

Menurut Zafirah dalam posting Facebook, adiknya sedang bekerja di bahagian pakaian sukan popular di pusat beli belah tersebut apabila melihat dua pengurus bercakap dalam bahasa Mandarin dengan seorang pekerja lain sambil membuat isyarat tangan tentang tudung dipakai adiknya.

Tidak lama kemudian seorang kaki tangan memberitahu adiknya bahawa dia tidak boleh bekerja di situ kerana memakai tudung.

Tambah menyakitkan hati, adiknya diminta keluar menerusi pintu servis dan begnya digeledah pengawal keselamatan seolah-olah telah melakukan kesalahan besar.

Susulan kejadian ini, emel daripada Ahli Parlimen Zainal Sapari yang meminta Kementerian Tenaga Kerja Singapura melakukan penyiasatan telah tersebar.

Zafirah Edwards [2]

Difahamkan, permohonan maaf berhubung isu ini telah dibuat namun Zafirah berasakan ia tidak memadai bagi membetulkan keadaan yang telah menimpa adiknya dan kini dia masih berutus emel dengan pusat beli belah tersebut untuk mencari penyelesaian terbaik.-Mynewshub.my

Zafirah Edwards [3]

Friday, June 06, 2014

Hindraf Desak Kuasa Jabatan Agama Islam Di Hapuskan!

Hindraf Desak Kuasa Jabatan Agama Islam Di Hapuskan!

Bila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan upacara perkahwinan hindu yang melibatkan pengantin perempuan bergama Islam, Hindraf yang jadi ektremis Hindu meroyan salahkan JAIS.

Waythamoorthy - Pelampau Hindu Hindraf

Kononnya tindakan JAIS adalah salah sebab menghalang kebebasan agama dikalangan bukan Islam dan juga tindakan JAIS tu dianggap sebagai menceroboh serta menganggu upacara agama lain.

Kadang-kadang tak faham pasal perangai Hindu Hindraf ni. Apalah bodoh sangat sampaikan perkara macam ni pun dorang tak mampu nak fikir?

JAIS membuat pemeriksaan upacara hindu tu pasal ada umat Islam yang terlibat. Kalau Hindu sama Hindu yang kahwin, lantak doranglah kan.

Yang Hindraf meroyan sangat tuduh JAIS menceroboh la bagai tu apa hal? Memang suka buat kecoh la puak-puak Hindraf ni.

Mereka nak tuduh JAIS langgar Akta 11 Perlembagaan Persekutuan, tapi mereka tu yang sebenarnya tak faham perlembagaan.

Pelampau Hindraf

Dalam perlembagaan jelas ditulis bahawa dilarang sama sekali agama lain menyebarkan fahaman agama terhadap umat Islam dan juga dilarang sama sekali agama lain menyeret umat Islam masuk agama dorang. Nak berpolitik pun agak-agaklah!

Dah tu, Hindraf desak pulak kuasa badan agama Islam seperti JAIS perlu dihentikan segera kerana ia melanggar sensitiviti agamalah konon.

Patutnya pelampau agama macam Hindraf ni diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Berpolitik tu satu hal, tapi bila dah campur pasal agama Islam, puak-puak ni memang melampau!

[Sumber]

Friday, April 11, 2014

Ibu Tergamak Kerat Tiga Jari Anak Sendiri

Ibu Tergamak Kerat Tiga Jari Anak Sendiri

Gila dan sangat kejam. Ia berlaku ke atas seorang budak berusia lapan tahun apabila tiga jarinya telah dipotong oleh ibunya selepas wanita itu bergaduh dengan bapanya.

Ibu Potong Tiga Jari Anak Sendiri

Semuanya kerana Mingmei Sun, 34, marahkan suaminya Tu, 36, yang jarang pulang awal untuk membantu anaknya membuat kerja sekolah, hingga menyebabkan dia yang terpaksa membantu anaknya.

Marah dengan tindakan Tu yang masuk ke dalam bilik tidur dan mengunci pintu dari dalam selepas bertengkar, Sun telah menarik anaknya dan memotong tiga jari tangannya dengan pisau pemotong daging.

Selepas memotong jari anaknya, dia cuba mencincang tangan anaknya, namun gagal.

(Baca: WTH! Restoran Khusus Bagi Mereka Yang Cantik Dan Tampan Sahaja!)

Jeritan kesakitan budak itu menyebabkan bapanya keluar dari bilik dan terus membawa anaknya ke hospital.

Menurut doktor, setibanya di hospital, budak itu meraung kesakitan dan kehilangan banyak darah.

“Nasib baik bapanya bertindak pantas dengan membalut tiga jari yang dipotong itu dalam tuala dan ais.

“Kepantasan bapanya berfikir membolehkan pembedahan menyambung jarinya dilakukan. Kita perlu melihat dalam beberapa hari lagi keadaan jari yang disambung itu,’’ kata doktor.

Ibunya kini ditahan polis.

Sumber: Mynewshub.my

Monday, March 03, 2014

Video Gadis Belasah Warga Tua Dalam Bas!

Video Gadis Belasah Warga Tua Dalam Bas!

Tidak padan dengan jantina, dua perempuan muda melakukan serangan berunsur perkauman terhadap lelaki warga emas berusia 77 tahun yang juga rabun dalam sebuah bas, lapor media.

Lana Janet Watmough and Layni Gloria Cameron

Kejadian itu menjadi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa selepas rakaman mengenainya dimuat naik di laman sosial - terima kasih kepada seorang budak perempuan yang berani.

Lana Janet Watmough, 21, dan Layni Gloria Cameron, 17, menyerah diri kepada polis selepas rakaman kejadian itu tersebar kepada umum.

Semalam, kedua-duanya mereka didakwa menyerang dan mengganggu mangsa.

Lana dibebaskan dengan jaminan manakala Layni masih ditahan reman.

Seorang budak perempuan berusia 13 tahun merakamkan kejadian itu yang menunjukkan mereka turut menendang dan meludah Paul Bittigieg yang ketika itu duduk di bahagian depan bas.



Kedua-duanya mereka juga memaki hamun penumpang lain ketika menaiki bas itu, termasuk seorang ibu yang membawa anaknya.

Bercakap kepada media, Buttigieg berkata, dua perempuan terbabit memaki hamun orang ketika menaiki bas dari pintu belakang.

“Saya berkata dengan baik supaya jangan menyeranah kami, namun tiba-tiba mereka memukul saya,” katanya.

Kes itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menandatangani petisyen selain mewujudkan kumpulan di Facebook mendesak mereka ditangkap.

Sementara itu, peguam bela dua wanita terbabit berkata anak guamnya turut menerima ancaman bunuh.

Kes 2 London: Seorang wanita yang menjadi buruan kumpulan gengster menyaman polis yang menyelamatkannya kerana pihak berkuasa didakwa melanggar hak asasi.

Julie, 47 London police protection

Wanita dikenali sebagai Julie, 47, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London bagi menuntut ganti rugi £100,000 (RM549,000) daripada Polis Metropolitan.

Berdasarkan dokumen difail, Julie mendakwa dia kini papa kedana selepas hampir sedekad dimasukkan ke skim perlindungan saksi.

Tuntutannya bakal didengar lewat tahun ini dan dia akan mewakili dirinya sendiri berikutan tidak mampu melantik peguam.

Jurumekap profesional itu tinggal di beberapa lokasi rahsia bersama anak perempuan remajanya di selatan England sejak dia dan bekas teman lelakinya - pengedar dadah yang mempunyai kaitan dengan keluarga gengster Adams - menjadi buruan penjenayah.

Kata Julie, polis melarangnya bekerja ketika berada dalam skim perlindungan saksi mengakibatkan rumahnya di London, serta beberapa harta lain, dirampas bank disebabkan gagal membayar hutangnya.

“Saya hilang segala-galanya.

“Mereka berjanji akan menebus balik sebarang kerugian dialami sepanjang berada dalam program perlindungan saksi itu, tetapi kini saya tiada duit langsung dan masih takut setiap kali terdengar pintu rumah diketuk,” katanya.

Menurut Julie, masalahnya bermula selepas polis merampas sejumlah besar dadah di dalam van dipandu bekas teman lelakinya.

Dorling merempuh van itu supaya ditangkap kerana bimbang diburu anggota geng yang mungkin melihatnya sebagai tali barut akibat kejadian itu.

Polis kemudian menghubungi Julie dengan amaran dia menjadi sasaran pembunuh upahan.

Julie berkata dia dimaklumkan program itu hanya untuk enam bulan sehingga perlu memberi keterangan terhadap Dorling.

“Namun kini sudah bertahun-tahun saya hidup bagai pelarian.

“Saya, ibu dan anak perempuan tinggal di sembilan rumah antara 2003 dan 2011,” katanya.

Agensi Kes 3 Florida: Seorang wanita yang terkenal selepas gambarnya di balai polis dimuat naik ke Internet kini menyaman sebuah syarikat yang didakwa menyalahgunakannya untuk mengaut keuntungan.

Meagan Simmons, 28

Meagan Simmons, 28, menuduh InstantCheckmate.com meraih keuntungan daripada imej itu yang diambil ketika dia ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 2010.

Gambar itu banyak kali digunakan dalam Internet berikutan keayuan wajahnya.

Namun peguam Meagan, Matthew Cristmenyifatkan perbuatan syarikat terbabit sebagai melampau.

Ini berikutan syarikat yang melakukan pemeriksaan latar belakang untuk pelanggannya menggunakan gambar itu dalam iklan berserta slogan “Kadangkala yang comel tidak semestinya tidak bersalah.” “Ini isu membabitkan harta intelek.

Jika mereka mahu menggunakan imej itu mereka perlu membayarnya,” katanya. -Agensi

Perogol Kepanasan Selepas Baca Ayat Kursi!

Perogol Kepanasan Selepas Baca Ayat Kursi!

“Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.

Gambar hiasan.

Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.

Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.

“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.

Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri.

“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.

Dia (penjenayah) memeluk dan mula mencium saya.

Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.

“Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya.

“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu merogol.

“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata,” katanya.

Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah.

“Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.

“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya,” katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain.

Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK).

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Video Lelaki Bisu Sembuh Dengan Ayat Al-Qur'an

Sumber: Hmetro Online

Tuesday, February 25, 2014

Sebar Video 'Panas' Berang Putus Cinta!

Sebar Video 'Panas' Berang Putus Cinta!

Kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak menyebarkan gambar bogel dan video bekas teman wanitanya dalam keadaan mengaibkan sejak seminggu lalu.

Sebar video lucah
Gambar hiasan.

Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan ini kerana tidak tahan sikap panas barannya.

Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel mangsa di laman sosial.

Sumber berkata, mulanya mangsa tidak mengendahkan ugutan lelaki terbabit sehingga pada Rabu lalu dia menerima pesanan melalui WeChat dari seorang rakan yang ternampak gambar bogelnya dimuatkan dalam Facebook.


Lebih teruk, katanya, lelaki terbabit turut membuka sebuah lagi akaun Facebook untuk menyebarkan gambar bogel dan video lucahnya selain turut dimuatkan ke YouTube.

“Mangsa menghubungi lelaki itu, namun dia menafikan bertanggungjawab mengenai penyebaran gambar dan video lucah berkenaan.

“Temberang lelaki itu terbongkar apabila dia memarahi mangsa dan memaklumkan penyebaran gambar bogel dan video lucah sebagai balasan tindakannya memutuskan hubungan mereka,” katanya.

Berikutan itu mangsa ditemani seorang rakan membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut, kelmarin. –myMetro Online

Tuesday, February 18, 2014

Bekas Suami Ugut Sebar Gambar Tanpa Pakaian!

Bekas Suami Ugut Sebar Gambar Tanpa Pakaian!

Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin.

Isteri-Cantik
Gambar hiasan.

Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk wanita berkenaan dua bulan lalu.

Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang tidak menyukai pilihan keluarga wanita itu menyebabkan dia mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa di Internet sekiranya meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya berikutan sikap panas barannya dan selepas bercerai, dia tidak menghubungi lelaki itu.

“Namun, tiba-tiba bekas suami menghubungi saya kelmarin dan menyatakan niatnya untuk berjumpa.

Meskipun saya terkejut menerima panggilan itu, saya tetap berjumpa dengannya kerana dia menyatakan ada hal penting untuk dibincangkan.

“Ketika perjumpaan itu, bekas suami menunjukkan satu gambar bogel saya yang dipercayai dirakam ketika kami sah sebagai suami isteri dan dia meminta saya membatalkan perkahwinan dengan bakal suami dengan dakwaan bakal suami saya kaki perempuan,” katanya.

Beliau berkata, apabila dia menyatakan tidak mampu untuk membatalkan perkahwinan berikutan bakal suami pilihan keluarga, bekas suaminya naik angin dan mula mengugut menyebarkan gambar bogelnya.

Katanya, lelaki itu turut mengugut akan memukul dan membunuhnya jika enggan menurut perintahnya itu.

Bagi mengelak lelaki itu bertindak agresif, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan.

BACA INI JUGA: Fantasi Wanita Ketika Hubungan Intim

Sumber: Hmetro

Saturday, February 15, 2014

Video Pemandu Kaya Singapura Hina Pemandu Bas!

Video Pemandu Kaya Singapura Hina Pemandu Bas!

Alkisahnya di pusat membeli-belah Tampines One, Singapura, satu perang mulut telah berlaku antara penumpang sebuah kereta Mitsubishi Lancer dan pemandu bas.

Orang-kaya-sombong

Menerusi info pada video tersebut, kereta tersebut telah meletak kereta di laluan yang tidak sepatutnya hingga menghalang laluan sebuah bas.

Dalam pertengkaran itu, penumpang kereta tersebut dilihat memandang rendah kepada pekerjaan pemandu bas melalui dialog balas antara mereka;

Penumpang kereta: No wonder you’re bus driver. Cannot find a proper job! (Patutlah awak pemandu bas. Tak dapat cari kerja bagus!)

Pemandu bas: Bus driver earn more than you lah! (Pemandu bas dapat (gaji) lebih banyak daripada awaklah!)

Penumpang kereta: Ah, please lah. You earn how much? I got car, you got what? Bus lah! (Ah, tolonglah. Berapa awak dapat? Saya ada kereta, awak ada apa? Bus lah!)

Amboi, sombongnya! Baru pakai kereta mahal sikit dah berlagak ya.


Agaknya dia lupa, Tuhan boleh tarik balik kesenangan dan kemewahan bila-bila masa saja...

Sumber: Wanita New Zealand Memandu Sejauh 300 Kilometer Ketika Tidur!

Sumber: Mynewshub

Thursday, February 13, 2014

Video Ustaz Pijak Kepala Lelaki Viral Di Indonesia!

Video Ustaz Pijak Kepala Lelaki Viral Di Indonesia!

Laman sosial Indonesia minggu ini kecoh dengan penyebaran sebuah kilp youtube selama 3 minit yang memperlihatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Hariri menginjak kepala seorang lelaki kerana marah yang teramat.

Ustaz Hariri Pijak Kepala

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Bandung, Jawa Barat.

Lelaki yang diinjak kepalanya itu merupakan petugas yang menjaga sistem bunyi pada majlis berkenaan.

Pengurus ustaz berkenaan yang dihubungi media Indonesia, Odet memberitahu majikannya bertindaknya demikian kerana marah dengan kualiti bunyi yang disediakan lelaki itu.

(Baca: Pengantin Wanita Silap Tiduri Pengapit Lelaki Di Malam Pertama)

“Kita sewa sound kan wajar ingin yang kualitasnya baik,” katanya.

Menurut beliau, tindakan lelaki itu yang memohon maaf dalam keadaan marah kepada Ustaz hariri menjadi punca mengapa majikannya bertindak menginjak kepada lelaki itu.

Namun menurut Odet, Ustaz Hariri telah memohon maaf kepada lelaki berkenaan dan menganggap isu itu sebagai selesai.

Begitupun, komuniti aktif media online Indonesia nampaknya tidak menerima perlakukan ustaz berkenaan dengan begitu mudah sekali.


Ramai yang menyifatkan ustaz berkenaan yang muncul dalam beberapa sinetron seperti Islam KTP dan Sampean Muslim sebagai sombong dan memalukan penganut Islam.

Sumber: Mynewshub

Wednesday, January 08, 2014

Pelajar Ditampar 40 Kali Sehingga Buta!

Pelajar Ditampar 40 Kali Sehingga Buta!

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun di China terpaksa menjalani pembedahan mata selepas ditampar hampir 40 kali hanya kerana gagal menyiapkan kerja rumah diberi gurunya.

Pelajar ditampar 40 kali
Mangsa mengalami masalah penglihatan mata kiri.

Kanak-kanak berasal dari Zhengzhou di wilayah Henan itu berkata, dia ditampar selepas gurunya menyuruh semua rakan sekelas berbuat demikian sebagai hukuman tidak menyiapkan kerjanya.

Malah, katanya, guru itu menjanjikan hadiah untuk murid yang menghasilkan bunyi menampar paling kuat.

“Selepas disepak, guru itu memaksa saya membuat tekan tubi dan melarang saya makan tengah hari,” katanya seperti dilapor media.

(Baca: Suami Bunuh Isteri Gara-gara Bosan Di Ranjang!)

Ketika itu mangsa menyangka masalahnya akan berakhir di situ saja sehinggalah dia berasa ada sesuatu tidak kena pada dirinya.

Menurut mangsa dia gagal melihat dengan jelas menggunakan mata kirinya beberapa jam kemudian.

Difahamkan, guru berkenaan menganggap hukuman berat adalah kaedah terbaik mendorong muridnya belajar dengan lebih baik.

Pelajar ditampar 40 kali
Ibu mangsa dibayar pampasan RM16,000 oleh pihak sekolah.

Sementara itu, ibu mangsa berkata dia terkejut apabila mengetahui betapa teruk kecederaan dialami anaknya.

“Malah doktor memaklumkan anak saya mungkin tidak lagi dapat menggunakan mata kirinya,” katanya.

Menurut wanita terbabit, keluarganya menerima pampasan sebanyak 30,000 yuan (RM16,278) yang sudah pun digunakan untuk perbelanjaan pembedahan itu.

“Saya berharap anak saya tidak cacat,” katanya. -Agensi

Saturday, December 14, 2013

Mimpi Ngeri Seorang Blogger Ditahan Imigresen Malaysia!

Mimpi Ngeri Seorang Blogger Ditahan Imigresen Malaysia!

Seorang blogger, tampil dengan satu kisah mengejutkan berkaitan pengalamannya ditahan oleh Kastam Malaysia, 5 Disember lalu.

A week in the Malaysian Hell

Pengalaman yang dicoretkan blogger berkenaan di laman http://zakariasmini.wordpress.com, menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya dan rata-rata pasti simpati padanya.

Pengalaman pahit ‘Zakariasmini’ bermula apabila dia memutuskan untuk kembali ke Malaysia bagi memulakan penghidupan baru termasuk bercita-cita untuk menetap dan memulakan karier di sini.

Tetapi sebaik tiba di KLIA pada 5 Disember jam 10.45 malam, mimpi ngerinya pun bermula.

(Baca: Best Popular Post Widget for Blogger)

Ketika cuba melepasi kaunter imigrasi, ‘Zakariasmini’ diarahkan mengikut pegawai ke pejabat berasingan.

Selepas pemeriksaan dibuat, dia diberitahu tidak boleh memasuki Malaysia kerana namanya disenarai hitam sejak 2012.

Menurutnya, apa yang berlaku pada 2012 tidaklah terlalu buruk malah isu berkenaan telah pun diselesaikan kolej tempatnya belajar hingga dia langsung tidak menduga dia tak boleh memasuki negara ini dalam tempoh 5 tahun sebagai hukuman.

A week in the Malaysian Hell

Begitu pun, ‘Zakariasmini’ akur tidak ada apa boleh dilakukan lagi lalu mengirim Whatsapp memberitahu apa yang berlaku kepada beberapa rakannya.

Dia kemudiannya dibawa ke ruang luas yang mempunyai dua bilik, satu dipenuhi pekerja warga asing dan satu lagi bilik yang dipisahkan pula kepada ruang lelaki dan perempuan.

Di sini dia ditertawakan sebelum telefon bimbitnya dicampakkan ke dalam bakul yang penuh dengan telefon bimbit lain.

Jam tangannya turut diambil salah seorang petugas imegresen yang menyatakan ‘ia cantik’, ‘you boy no need time’ dan ‘you will be here for a while’.

A week in the Malaysian Hell

Sejak itu ‘Zakariasmini’ terpaksa tinggal bercampur dengan orang yang tersekat sepertinya termasuk mereka yang mempunyai rekod jenayah dan pelacur.

Mereka di sana tidak boleh mandi, tandas yang disediakan amat kotor dan berbau, tiada tempat tidur juga tanpa makanan mahu pun minuman.

Makanan akan dibawa akan petugas tapi sesiapa yang tidak sempat mengambilnya akan dikenakan bayaran RM15 untuk nasi goreng dan RM5 bagi sebotol air mineral kecil.

‘Zakariasmini’ mendakwa permintaannya untuk menghubungi keluarga mahu pun peguam turut dinafikan.

Nasib malangnya hanya berakhir pada 7 Disember apabila dimaklumkan dia boleh terbang ke negara asalnya dalam masa 30 minit tapi perlu membayar USD1100 untuk tiket.

(Baca: Masalah Background Gambar Gelap Selepas Muat Naik Pengguna Blogspot)

Mujurlah dia mampu membayarnya lalu dibenarkan pulang bersama telefon bimbit dan beg bimbit. Namun jam Guess miliknya lenyap begitu sahaja, begitu juga beg 30kg yang dibawanya bersama dan diisi pelbagai barangan berharga.

Coretan pengalaman ‘Zakariasmini’ ini ditulisnya dalam penerbangan balik ke negara asal dengan perasaan sangat tercalar terhadap apa yang telah dilalui selama 3 hari.

Sebenarnya, pengalaman lebih jelas telah dicoretkan di laman http://zakariasmini.wordpress.com, termasuk insiden yang membuatkannya menangis paling teruk seumur hidup dan apa yang membuatkan dia dipaksa tidur depan tandas oleh pegawai imegresen.

A week in the Malaysian Hell

Pengalaman tersebutlah yang membuatkan sesiapa sahaja yang membaca akan berasakan ada yang tidak kena dengan pengurusan imegresen yang bertugas mengendalikan pelawat yang tersekat seperti ‘Zakariasmini’.

Walaupun penulis blog ini bukan warga Malaysia, keadilan adalah hak setiap manusia di dunia ini.

Maka dakwaan ‘Zakariasmini’ ini wajar disiasat dan jika benar ada ketidakadilan telah berlaku, maka pihak yang bertanggung jawab seharusnya dibawa ke muka pengaddilan.

Sumber: Mynewshub

Friday, December 06, 2013

Video Budak 10 Tahun Campak Bayi Dari Tingkat 25!

Video Budak 10 Tahun Campak Bayi Dari Tingkat 25!

Satu rakaman memaparkan seorang pelajar perempuan menyerang seorang kanak-kanak lelaki di dalam lif dan mencampakkannya ke bawah dari beranda di tingkat 25 memeranjatkan seluruh negara.

Video Budak 10 Tahun Campak Bayi Dari Tingkat 25!

Rakaman video pengawasan itu yang menunjukkan pelajar perempuan terbabit memukul dengan kejam kanak-kanak berkenaan selepas menghempas dan menendangnya beberapa kali di dalam lif tersebar luas dalam laman sosial mirip Twitter China, Sina Weibo, mencetuskan perdebatan hangat melibatkan lebih 310,000 perbincangan dalam mikroblog.

Portal berita dalam talian BjNews melaporkan insiden itu berlaku pada 25 Nov di bandaraya Chongqing, barat daya China, apabila nenek kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan itu yang digelar 'Yuanyuan' keluar dari lif dengan membawa basikal cucunya, pintu lif tertutup dan meninggalkan Yuanyuan bersama pelajar perempuan berumur 10 tahun itu.

Rakaman itu menunjukkan selepas menyerang anak kecil itu dengan kejam, lif tiba di tingkat 25, pelajar perempuan mengangkat Yuanyuan dan mencampakkannya keluar.

Setelah mendapati lif berhenti di tingkat 25, si nenek yang amat bimbang berkata dia segera bergegas ke tingkat berkenaan dan berjumpa pelajar perempuan itu.



Bagaimanapun, pelajar itu berkata dia tidak nampak kanak-kanak itu dan mendakwa seseorang telah membawanya pergi, tetapi tidak ingat sama ada wanita atau lelaki yang membawanya, kata nenek dan menambah pelajar itu malah menawarkan diri untuk mencari cucunya.

"Dalam masa lima minit, Yuanyuan terbaring berlumuran darah di atas tanah di luar bangunan," kata nenek itu.

Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami pendarahan paru-paru dan retak tempurung kepala. Keadaannya stabil dan diletakkan di bawah pemerhatian dalam unit rawatan rapi di sebuah hospital.

Sungguhpun menerima 58,000 yuan (US$9,464) daripada keluarga pelajar perempuan itu, ibu mangsa berkata pada Rabu dia akan memfailkan saman terhadap keluarga pelajar berkenaan.

Sumber: Bernama

Monday, November 04, 2013

Gadis Pintar Bunuh Diri Tidak Tahan Di Buli Rakan Sekolah

Gadis Pintar Bunuh Diri Tidak Tahan Di Buli Rakan Sekolah

Nampaknya remaja Barat mempunyai ancaman baru yang boleh membawa kematian iaitu kes buli di sekolah dan di laman sosial.

Izzy Dix

Kes remaja membunuh diri disebabkan hal ini semakin meningkat dengan kes terbaru melibatkan seorang pelajar perempuan, Izzy Dix, 14.

Izzy ditemui mati menggantung diri dalam bilik tidur di kediaman mereka di Devon, England oleh ibunya, Gabbi, bulan lepas.

Tidak lama sebelum mengambil keputusan menamatkan riwayat sendiri, Izzy telah menulis sebuah puisi berjudul I Give Up yang membayangkan dia tertekan kerana dibuli secara emosi oleh rakan-rakan di sekolah.

Izzy Dix

Dia tertekan kerana tiada siapa mahu berkawan dengannya dan diejek dengan panggilan ‘pelik’, ‘hodoh’ dan ‘tak ada siapa nak’.

Kematian Izzy mengejutkan Gabby memandangkan Izzy merupakan pelajar pintar dan menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di Universiti Oxford satu hari nanti.

Dia menyalahkan pihak sekolah, Brixham College, kerana tidak mengambil berat tentang aduan yang dibuatnya beberapa bulan sebelum kematian Izzy berkenaan isu diejek dan disisihkan kerana dapat melihat perkara berkenaan mempengaruhi emosi anaknya.

Gabby juga melahirkan rasa geram apabila melihat ada rakan sekolah anaknya yang menjadi punca kejadian turut hadir dan memeluk dirinya ketika majlis memperingati Izzy diadakan.

Izzy Dix

Sebagai ibu tunggal yang hanya ada Izzy bagi menemani hidup, peristiwa yang berlaku meninggalkan impak besar kepada Gabby jadi sukar untuk dia memaafkan ‘pembunuh’ anaknya.

Disebabkan insiden ini Gabby tidak lagi pulang ke rumah sejak hari dia menemui Izzy tergantung dalam keadaan tidak bernyawa.

Sumber: Mynewshub

Saturday, November 02, 2013

 Bapa Kurung Anak Sendiri Dalam Reban Ayam

Bapa Kurung Anak Sendiri Dalam Reban Ayam

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bukan saja dimaki dan dipukul ayahnya sendiri, malah turut dikurung dalam reban ayam gara-gara tindakannya yang gemar ke rumah kakaknya dalam kejadian di Kampung Teluk Pasu, Manir di sini, Ahad lalu.

Reban Ayam
Gambar hiasan.

Menurut sumber, nasib menimpa kanak-kanak malang itu hanya diketahui kakaknya berusia 20 tahun yang tinggal di Kampung Losong Megat Hussin, di sini, kira-kira jam 8 malam hari sama selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lagi adik perempuannya yang memaklumkan perbuatan ayah mereka.

Katanya, sebelum kejadian itu, mangsa yang berada di rumah kakaknya dimarahi suspek berusia 50-an yang kebetulan datang ke rumah kakaknya itu.

“Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang masih kecil dimaki hamun suspek yang dikatakan tidak suka melihat anaknya berada di situ.

“Selepas puas memarahi mangsa, suspek kemudian beredar sambil membawa mangsa meninggalkan kediaman itu.

“Perasaan tidak puas hati suspek rupa-rupanya tidak berakhir di situ apabila mangsa dipukul ketika berada di rumah.

“Malah, suspek turut bertindak kejam apabila mengurung anak kecil itu di dalam reban ayam kononnya sebagai memberi pengajaran,” katanya.

Sumber berkata, ketika kejadian, seorang lagi kakak mangsa berusia 16 tahun turut berada di rumah, tetapi hanya mampu melihat tindakan tidak berperikemanusiaan ayah mereka kerana bimbang diapa-apakan jika masuk campur sebelum memaklumkan kejadian itu kepada kakaknya.

Katanya, susulan kejadian itu, kakak mangsa yang bimbang keselamatan adiknya membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian berkenaan.

-Kosmo

Tuesday, September 10, 2013

Teman Lelaki Mengamuk Koyakkan Baju Dalam Kekasih

Teman Lelaki Mengamuk Koyakkan Baju Dalam Kekasih

Amat memalukan, namun itulah yang terjadi apabila seorang lelaki bertindak menyerang dan mengoyakkan bahagian atas bikini teman wanitanya yang sedang terlibat dalam sesi penggambaran pertandingan pakaian renang.

Bai Jing

Tindakan lelaki itu berjaya dirakamkan oleh jurukamera yang bertugas bermula dengan dia menceroboh masuk ke set dan menjerit ke arah teman wanitanya itu.

Dia kemudiannya bertindak menarik tangan gadis yang dikenali sebagai Bai Jing sambil mengarahkannya untuk meninggalkan set itu.

Video itu turut menyaksikan percubaan seorang peserta lelaki untuk menghalang tindakannya, namun mengundang padah apabila dia ditolak dan ditendang oleh lelaki itu.

Pengacara wanita yang cuba menenangkan keadaan juga turut dikasari oleh lelaki tersebut.

Kemuncak kemarahan lelaki itu terserlah apabila dia menarik bahagian atas bikini teman wanitanya sehingga terkoyak di hadapan peserta dan krew yang bertugas.

Penyebaran video ini sekaligus mengundang pelbagai kritikan selain mewujudkan spekulasi bahawa insiden ini dirancang untuk meraih publisiti.

Namun, jika ia benar-benar terjadi, ia mencerminkan betapa buruknya sikap lelaki itu yang tidak tahu menghormati maruah teman wanitanya sendiri. -Mynewshub


Tuesday, September 03, 2013

George HW Bush Tersasul Nelson Mandela Meninggal Dunia!

George HW Bush Tersasul Nelson Mandela Meninggal Dunia!

Presiden Amerika Syarikat ke-41, George W Bush tersilap mengumumkan kematian bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pagi kelmarin.

George Bush, Nelson Mandela's

Perkara itu berlaku apabila jurucakap Bush, Jim McGrath tersilap membaca tajuk berita di akhbar Washington Post.

“Kenyataan Bush itu dibuat ekoran kesilapan dalam membaca tajuk berita di Washington Post.

Kesilapan bodoh daripada saya. Minta maaf kepada semua,” tulis McGrath di Twitter.

Kenyataan asal berbunyi: “Barbara dan saya berdukacita dengan pemergian seorang daripada pemimpin paling hebat pernah kami kenali.

“Saya kagum dengan Nelson Mandela yang mampu memaafkan mereka yang menghukumnya.

“Dia menjadi contoh individu yang sangat pemurah.

“Mandela tabah dan mengubah sejarah negaranya. Barbara dan saya sangat menghormati Presiden Mandela dan mengucapkan takziah kepada keluarganya dan semua pemimpin Afrika Selatan.”

Bagaimanapun, pejabat presiden Afrika Selatan membetulkan kenyataan itu dengan berkata Mandela masih hidup.

“Ia jelas sekali tidak benar. Kami melihatnya sebagai kesilapan dan tidak akan membesarkan hal itu,“ kata jurucakap pejabat presiden, Mac Maharaj.

Mandela dibawa pulang dari hospital kelmarin selepas dirawat sejak Jun lalu akibat jangkitan paru-paru. Keadaannya masih kritikal. -Agensi