Nov 9, 2014

Video Remaja Perempuan Buli Rakan Pula Tersebar!

Belum pun reda kes penyebaran video buli di asrama anak-anak yatim di Perlis, kali ini tersebar pula video sekumpulan remaja perempuan membuli rakan sendiri.

Video Remaja Perempuan Buli Rakan Pula Tersebar!

Menerusi video berdurasi enam minit ini, sekumpulan remaja wanita dirakam membelasah mangsa yang tidak terdaya melawan pembelasah-pembelasahnya.

Tak dapat dipastikan sebab berlaku perbalahan meskipun butir percakapan mereka jelas loghat Pantai Timur.

Agaknya apalah nasib budak-budak ini kalau polis dah mula menyiasat video ini..

Sepatutnya di usia sebegini, mereka memanfaatkan sebaiknya masa dengan menelaah pelajaran atau melakukan aktiviti yang lebih mendatangkan kebaikan.

Ini tidak, kalau dah tertangkap, tak ke bagi kesan pada masa depan tu nanti.

video

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

macam macam kes buli sekarang ni. tak tahu la apa nak jadi dengan budak sekarang. ni yang kita tahu... yang kita tak tahu lagi banyak agaknya.

Kes buli ni dah mula terbuka satu persatu... hhmmm

Memang pelbagai. Mungkin banyak sangat teknik membuli yang boleh ditiru dari internet..

Semakin mudah disebar kerana internet..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon